You are on page 1of 4

1.

GUPPY ( POECILIA RETICULATE )

WARNA : Putih Keperakkan , Kemerahan dan Keemasan


SAIZ : 30 mm Panjang
ASAL : Tirnidad
CARA MENJAGA : Mudah
MAKANAN : Semua jenis makanan ikan
JANTINA : Ikan betina lebih besar daripa ikan jantan
PEMBIAKKAN : Bertelur ( di dalam badan ikan betina )

2. ANGEL FISH ( PTEROPHYLLUM SCALARE )

WARNA : Putih keperakkan , kebiruan dan berbelang hitam


SAIZ : 110 mm panjang
ASAL : Amerika Selatan
CARA MENJAGA : Mudah
MAKANAN : Semua jenis makanan ikan
JANTINA : Ikan jantan mempunyai saluran pernafasan yang  
besar
PEMBIAKKAN : Bertelur ( telur di simpan dicelah batu atau daun

3. IKAN PELAGA ( BETTA SPLENDERS ) 


WARNA : Biru kehitaman dan kemerahan
SAIZ : 60 mm panjang
ASAL : Thailand
CARA MENJAGA : Mudah
MAKANAN : Semua jenis makanan ikan
JANTINA : Ikan jantan mempunyai sirip yang lebih besar
PEMBIAKKAN : Bertelur ( telur di simpan di bawah sarang yang berbentuk buih  di atas permukaan air)

4. IKAN EMAS ( ORANDA )

WARNA : Keputihan, hitam, kekuningan dan kemerahan


SAIZ : 120 mm panjang
ASAL : China
CARA MENJAGA : Mudah
MAKANAN : Semua jenis makanan ikan
JANTINA : Ikan jantan mempunyai bonjol pernafasan di kepala dan di penutup insang
PEMBIAKKAN : Bertelur ( telur di tabur di bahagian dasar akuarium )

5. IKAN KOI

WARNA : Putih bertompok merah, kekuningan dan ada yang bertompok hitam


SAIZ : 250 mm panjang
ASAL : Jepun
CARA MENJAGA : Mudah
MAKANAN : Semua jenis makanan ikan
JANTINA : Ikan betina leboh besar daripada ikan jantan
PEMBIAKKAN : Bertelur ( telur di tabur di bahagian dasar akuarium )
6. IKAN KELISA ( AROWANA )

WARNA : Keemasan dan Keperakkan


SAIZ : 100 mm panjang
ASAL : Amerika Selatan
CARA MENJAGA : Mudah
MAKANAN : Semua jenis makanan ikan
PEMBIAKAN : Bertelur

CIRI-CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN


Ciri Istimewa Ikan Hiasan

Ciri-ciri istimewa ikan hiasan boleh dilihat melalui warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip,
cara dan tabiat makan dan jantina. Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan
popular dan mampu memberii pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha ikan
hiasan. Kebanyakkan ikan diselaputi oleh sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai
pelindung daripada bacteria dan serangan penyakit. Kulit ikan mengandungi
„chromatophoraes‟ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan.
Ikan hiasan terkenal dengan beberapa ciri istimewa. Antaranya:

a. Pergerakan
Ikan mempunyai pergerakan unik contohnya ikan mas yang bergerak perlahan dan
mengasyikkan apabila kita memerhatikannya.

b. Sisik
Ikan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna mengikut spesis.Sisik nipis
berlendir berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria dan serangan penyakit.

c. Saiz
Terdapat ikan hiasan yang kecil dan ada yang besar seperti ikan Kelisa mempunyai saiz
badan yang besar manakala ikan Guppy mempunyai saiz yang kecil.

d. Sirip
Ada ikan sirip pendek dan ada yang sirip panjang

e. Bentuk badan
Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti pipih,gemuk, pendek dan
panjang. Ikan Tiger Barb mempunyai bentuk badan pipih.

f. Warna badan
Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik.

g. Cara makan

Ikan hiasan mempunyai bebeapa jenis spesis dan habitat. Terdapat ikan hiasan yang makan
makanan hidup dan makanan kering.Contoh ikan Tiger Barb makan makanan rumusan dan
makanan hidup.

h. Jantina
Terdapat beberapa perkara yang membezakan jantan atau betina ikan hiasan seperti bentuk
badan, warna dan saiz ikan. Ikan Angelfish dibezakan melalui bentuk badan.Ikan jantan
lebih besar dan perut pipih.

i. Cara pembiakan
Ikan membiak dengan dua cara iaitu bertelur dan beranak. Tiger barb dan Guppy
merupakan spesis yang beranak. Di anggarkan setiap kali kelahiran sebanyak 40-50 ekor
anak ikan terhasil.Ikan Arowana bertelur dan di eram di dalam mulutnya sehingga menetas
menjadi anak ikan. Ikan hiasan biasanya
bertelur di celah-celah tumbuhan akuatik.

You might also like