You are on page 1of 2

UNTUK EDARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA

GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEMULA PRASEKOLAH

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pembangunan


Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah
memuktamadkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula
Prasekolah sebagai rujukan bagi semua pihak berkaitan. Garis panduan ini
disediakan dengan perbincangan bersama-sama Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah


Kawalan Pergerakan Bilangan 53 Tahun 2020 pada 15 Jun 2020 telah
meluluskan garis panduan ini serta bersetuju bahawa tarikh pembukaan
semula prasekolah / tabika / tadika Kerajaan dan swasta adalah bermula
dari 1 Julai 2020 (Rabu).

Garis panduan ini perlu dibaca bersekali dengan Garis Panduan


Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang telah dikeluarkan oleh KPM
pada 4 Jun 2020.
UNTUK EDARAN SEGERA

Garis panduan ini terpakai untuk semua kelas prasekolah / tabika / tadika
Kerajaan serta swasta dan boleh dimuat turun dari pautan berikut:
https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman.

- TAMAT -

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

19 JUN 2020

You might also like