Professional Documents
Culture Documents
Isi Pelajaran bmm3108 Interaksi 1 Edit
Isi Pelajaran bmm3108 Interaksi 1 Edit
1.1 Sipnosis
Tajuk ini akan membolehkan pelajar mengenal pasti tiga perkara utama, iaitu konsep
fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan baku. Fonologi
ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia.
Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik
mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat
fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi
sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem
tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan
kita.
1.3 Definisi
Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut
manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Apakah yang
dikatakan bunyi-bunyi yang bermakna itu? Kita sedia maklum pertuturan ialah bunyi-
bunyi yang bermakna kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami
perkara yang dituturkan. Dengan itu, bunyi yang bermakna itu ialah bunyi bahasa.
Cuba anda fikirkan pelbagai bunyi yang boleh dihasilkan melalui mulut selain daripada
pertuturan. Misalnya bunyi siulan, batuk, dengkuran dan berdehem. Adakah bunyi ini
bermakna? Boleh ya, boleh tidak.
Oleh itu, bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna adalah yang dihasilkan oleh alat
artikulasi. Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya adalah merumuskan,
menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan
teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu. Fonetik pula ialah
kajian yang ditinjau dari segi bahan fizik atau jizim yang mewujudkan bentuk ucapan.
Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan alat-alat yang menghasilkan bunyi
atau fonetik artikulasi, pendengaran, iaitu bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik
auditori dan sifat bunyi atau fonetik akustik. Seterusnya, fonemik pula ialah bidang yang
mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur
bunyi bahasa itu.
Aktiviti 1
Catatkan perbezaan definisi fonologi dan fonetik yang telah anda pelajari.
Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian
(artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan
pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur
(artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan
sebagainya.
Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah
gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat
diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang
diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.
Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui
pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang
paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat
mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi
tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu
fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya
peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.
Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan
oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa
yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Fonetik pula bermaksud bidang yang
mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia
memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Anda boleh membaca perbezaan antara
kedua-dua bidang kajian ini dengan merujuk buku Siti Hajar Abd. Aziz (2008).
Aktiviti 1
Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna
dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa Melayu baku mempunyai
keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan
semantik. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Menurut Awang Sariyan
(2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah
sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut
dialek Riau-Johor. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah
berjalan serentak dengan KBSM (1988).
Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut
:
Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah
dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan.
Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan
juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata
terbitan.
Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu
bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa
Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.
Sebutan Baku
Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka,
tertutup, di tengah atau di akhir kata.Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja
dan dieja seperti mana dilafazkan.
Contoh:
Berdasarkan sebutan baku, fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ], sama ada
terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘i’
perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘i’ pada suku
kata tertutup dibunyikan dengan [e].
Contoh:
Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor Riau
Alih [a lih] [ a leh]
Mukim [mu kim] [mu kem]
Hasil [ha sil] [ha sil]
Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ], sama ada terletak
pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘u’ perlu
dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘u’ pada suku kata
tertutup dibunyikan dengan [o].
Contohnya:
Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa
Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV , KVK , KVK + KVK.
Kata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa
Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.
Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan
hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu, sama
ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang atau ayat
pasif dan seumpamanya. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan
empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai
nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2
memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. Intonasi bahasa Melayu
mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan
bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan
frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya.
Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang
empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:
Ejaan Sebutan
Muhammad Hatta [mu.ham.mad hat.ta]
James Bond [jéms bÕnd]
Nelson Mandela [nẼl.sen man.dé.la]
Lim Keng Yaik [lim kéng yék]
Boutros Boutros-Ghali [but.ros but.ros gha.li]
Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan
setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:
Ejaan Sebutan
Selangor Darul Ehsan [se.la.ngor da.rul éh.san]
Bosnia-Herzegovina [bos.nia her.ze.go.vi.na]
Pyongyang [pyong.yang]
New Zealand [niu zi.lẼnd]
Sunway Lagoon [sun.wéi le.gun]
Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau
nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu. Contohnya:
Ejaan Sebutan
Bank Bumiputera [baângk bu.mi.pu.te.ra]
Radio Televisyen Malaysia [ra.dio té.lé.vi.syen me.lé.sia]
Universiti Teknologi [u.ni.ver.si.ti ték.no.lo.gi me.lé.sia]
Malaysia
Agensi Pengiklanan [a.gén.si pe.ngi.la.nan mul.ti.mé.dia] atau
Multimedia [a.gén.si peng. Öik.la.nan mul.ti.mé.dia]
Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan
bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara
pemenggalan suku kata ejaan, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.
Contohnya:
Ejaan Sebutan
Felda [fél.da] atau (Federal Land Development Authority)
(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)
UNESCO [yu.nés.ko] atau (United Nations Educational, Scientific
and Cultural Organization)
UMNO [am.no] atau (United Malays National Organization)
(Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)
tadika [ta.di.ka] atau (taman didikan kanak-kanak)
ADUN [a.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri)
Plus [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan)
Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi
dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi,
atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya:
Ejaan Sebutan
DBP [di.bi.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka)
TLDM [ti.él.di.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia)
JKKK [jé.ké.ké.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan
Kemajuan Kampung)
RTM [ar.ti.ém] atau (Radio Televisyen Malaysia)
PLO [pi.él.o] atau (Palestinian Liberation Organization)
(Pertubuhan Pembebasan Palestin)
TAJ
UK 2 DAN 3 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR
2.1 Sipnosis
Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk
menghasilkan ujaran. Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal yang
digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal. Perbincangan turut merangkumi artikulasi
diftong dan konsonan yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi diftong dan konsonan.
Selain itu, perbincangan turut ditumpukan kepada definisi dan jenis diftong serta
konsonan dalam Bahasa Melayu.
Untuk pengetahuan anda, artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang
terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini sebenarnya
mempunyai tugas-tugas asas, iaitu mengunyah makanan, menelan dan menghembus
nafas. Oleh itu, tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan
bunyi-bunyi bahasa.
Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah artikulasi.
Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan seperti lidah,
bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Daerah artikulasi
termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan
ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat
didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.
Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan, iaitu lidah,
bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut, manakala daerah
artikulasi ialah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Daerah artikulasi ialah
bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan
hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.
Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan
bawah), gigi, lelangit, anak tekak, lidah, dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin,
1998:16-17).
Separuh tinggi
e o
(separuh sempit)
Separuh rendah ε
(separuh luas)
Rendah (luas) a
Seterusnya, keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral, hampar dan
Labelkan alat-alat artikulasi yang digunakan untuk menghasilkan bunyi
bundar. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat
bahasa.
dihasilkan, iaitu [i, e, a, o, u, ] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu [ε]
i._____________________________ vii.________________________
dan []. Bunyi-bunyi [ε] dan [] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan
ii._____________________________ viii.________________________
yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, seperti beg dan bos. Layari internet untuk
melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyiix.________________________
iii._____________________________ vokal Bahasa Melayu.
iv._____________________________ x.__________________________
v._____________________________ xi._________________________
vi._____________________________ xii.________________________
___________________________
2.6 Diftong dan Konsonan
Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Diftong boleh
membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #], [# panau #] dan [# amboi #].
Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya, mengenai
(Abdullah Hassan, 2006:42).
Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada
letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah
sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan
lain-lain.
Bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah. Diftong
Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa, iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut
dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai]
pandai, dan [a] dalam [pula] pulau, (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan
yang luas pada kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pantai], (iii) diftong menurun,
iaitu diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya, [ai]
dalam [pandai] pandai dan (iv) diftong sempit, iaitu diftong yang melibatkan perubahan
yang sempit pada kedudukan lidah contohnya, [oi] dalam [sepoi] sepoi.
Konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan, letusan, sengauan, sisian, geseran,
malaran dan getaran. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif).
Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama
ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara
akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan contohnya p] [pulau]
(awal) dan [atap] (akhir).
Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini dihasilkan
dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru.
Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga pendapat yang
menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t]
digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č], manakala bunyi [d] pula
digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j].
Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi
sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk
menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru
akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [], dan [].
Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif) dan
malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan
terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh
hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga
mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].
Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang
melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam bahasa
Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [š], dan [h].
Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bentuk ini
menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan
menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu
bunyi getaran, iaitu [r].
Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bunyi
bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara, seperti bunyi [b], [d], [g], [m], [n],
[r], [l], [w], dan [y]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak
bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f], [s], dan [h].
Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibir-gigi tak
bersuara, (ii) Geseran bibir-gusi bersuara, (iii) Geseran gigi tak bersuara,
(iv) Geseran gigi bersuara, (v) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan (vi)
Geseran lelangit lembut bersuara.
Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara, bibir bawah dirapatkan kepada gigi
atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan rapat
kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut
dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa
menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’, [hafal] ‘hafal’, dan [ma af] ‘maaf’.
Cara mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara mengeluarkan
geseran [f]. Perbezaannya ialah, pita suara tidak digetarkan. Contoh sebutan: [vkal]
‘vokal’, [vərsi] ‘versi’, dan [univərsiti] ‘universiti’.
Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada di antara gigi
atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak.
Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di
daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [alaa] ‘Selasa’
(thalatha), [inen] ‘Isnin’ (Ithnin), dan [hade] ‘hadis’ (hadith). Cara mengeluarkan
geseran gigi bersuara pula, sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara.
Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. Contoh
sebutan: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim), dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir).
Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara, belakang lidah dirapatkan ke
lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat
kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan
bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh
sebutan: [xabar] ‘khabar’, [axbar] ‘akhbar’, dan [axer] ‘akhir’.
gusi [r].
Aktiviti 3
1. Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris
berikut:
4.1 Sipnosis
Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam Bahasa
Melayu. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal, konsonan dan diftong. Huruf
konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap.
Huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan
dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah, 1977:42).
Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami
sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan
rongga mulut dan bentuk bibir. Konsonan pula ialah bunyi yang dihasilkan dengan
melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu
dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian
sekejap-sekejap. Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. Dengan
perkataan lain, diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal, iaitu
satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah
Hassan,2006:44).
Terdapat enam huruf vokal dalam Bahasa Melayu, iaitu huruf a, i, u, e pepet, e taling
dan o. Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga, terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan.
Selain itu, terdapat juga tiga bunyi diftong, iaitu ai, au dan oi yang ditunjukkan dalam
Rajah 4.1 di bawah.
Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon)
tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata. Daripada segi cara
sebutan, konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh, iaitu letupan, letusan,
geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal.
Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada
Bahasa Arab melainkan konsonan v. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris.
Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab, digunakan untuk
mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya, skuasy. Huruf ain
seperti dalam perkataan ma’na, digantikan dengan huruf k menjadi makna. Pada tempat
lain, huruf ‘i (‘ilmu), ‘a (‘alam), ‘u (‘umur) digugurkan. Ejaan nama seperti ‘Abdullah,
Sa’odah, Nor ‘Aini sudah ditiadakan. Selain itu, huruf hamzah digugurkan tetapi masih
terdapat dalam perkataan seperti Dato’, sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan
oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri.
Seterusnya, dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu, terdapat sembilan konsonan
gandingan dan rangkap yang digunakan, iaitu kh, gh, ny, ng, sh, ch, dz, dh dan th.
Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini, iaitu kh, gh, ny dan ng.
Akan tetapi, konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. Selain itu,
empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal, iaitu ch
menjadi c, dz menjadi z, dh menjadi d dan th menjadi s. (Abdullah Hassan, 2006:95-96).
Sebenarnya jika anda peka, tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi
Baharu. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan daripada sembilan
kepada lima, iaitu empat kekal, manakala satu berubah satu huruf. Empat lagi konsonan
gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal untuk memudahkan ejaan. Namun,
walaupun huruf berubah, bunyi sebutannya tetap sama.
Aktiviti 4