You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT KURIKULUM

KALI PERTAMA 2018


SK PERMATANG DAMAR LAUT
PULAU PINANG

Tarikh : 28 Disember 2017


Hari : Khamis
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Bilik Komputer

1 : Ucapan Guru Besar, Puan Madihah binti Ismail


1.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama guru menjayakan sesi
persekolahan bagi tahun 2017.
1.2 Guru Besar berharap agar semua guru dapat memberikan kerjasama yang lebih mantap
untuk tahun 2018.
Tindakan : Semua guru

2: Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Kedua


2.1 Puan Nurul Shimaa selaku Setiausaha Kurikulum membentangkan Minit Mesyuarat
Kurikulum Kali Keempat 2017 tanpa sebarang pindaan.
2.2 Minit Mesyuarat ini disahkan oleh Puan Normala dan disahkan oleh Puan Nor Hajjah.

Tindakan : Makluman
3: Perkara-Perkara Berbangkit
3.1 Semua Ketua Panitia perlu menghantar minit mesyuarat keempat dengan kadar segera.
3.2 Semua Ketua Panitia perlu menghantar Pelan Strategik, Taktikal dan Operasi pada
minggu pertama persekolahan kepada setiausaha kurikulum.
3.3 Sipi 5 telah disiapkan oleh Cikgu Ismalia dan akan diedarkan kepada semua Ketua
Panitia.
3.4 Setiap panitia perlu memastikan semua perancangan yang dibuat selaras termasuk
OPPM, GROW serta Perancangan Strategik, Operasi dan Taktikal.
3.5 Tarikh pelaksanaan i-think telah dilanjutkan. Semua guru boleh menyiapkan apabila
ada kelapangan.
3.6 Panitia yang belum menghantar borang post-mortem diminta menghantar borang
tersebut dengan segera kepada Setiausaha Kurikulum.
3.7 Ketua Panitia perlu mengkaji head-count bersama ahli panitia masing-masing.
3.8 Puan Shaira perlu bekerjasama dengan Puan Zurainy Nayi untuk memantau
pelaksanaan PLC.
Tindakan : Ketua Panitia

4: Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Thoupek bin Osman


4.1 Encik Thoupek mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama yang
diberikan sepanjang tahun 2018.
4.2 Encik Thoupek memaklumkan masa balik bagi sesi persekolahan tahun 2018 seperti
berikut:
4.2.1 Tahun 1 dan 2 : Isnin hingga Rabu = 1.35, Khamis = 1.05 dan Jumaat 12.05
4.2.2 Tahun 3 : Isnin hingga Khamis = 1.05 dan Jumaat = 12.05
4.2.3 Tahun 4, 5 dan 6 : Isnin hingga Khamis = 1.35 dan Jumaat = 12.05
4.3 Masa bacaan yaasin dan perhimpunan telah dimasukkan di dalam jadual waktu.
4.4 Calon UPSR bagi tahun 2018 ialah seramai 76 orang.
4.5 Mulai tahun 2018 murid tidak akan di streaming dan semua kelas adalah sama.
4.6 Guru Pusat Sumber perlu menyediakan kad pinjaman buku di perpustakaan.
4.7 Guru Bahasa Inggeris perlu bercakap dalam Bahasa Inggeris di perhimpunan sekurang-
kurangnya seminggu sekali.
4.8 Ketua Panitia merupakan penggerak untuk membantu menaikkan pencapaian subjek
masing-masing.
4.9 Semua pertandingan boleh dibuat awal. Tidak perlu tunggu minggu panitia untuk
mengadakan pertandingan.
4.10 Guru perlu memberikan latihan dan menyemak buku latihan murid bermula pada
minggu pertama.
4.11 Semua guru perlu menepati masa untuk ke kelas dan ke kelas ganti.

Tindakan : Semua guru


5: Maklumat Jawatankuasa Kurikulum, Guru Kelas dan Bilik-Bilik Khas
5.1 Rujuk takwim persekolahan 2018
5.2 Cikgu Thoupek meminta Cikgu Zuraini binti Dollah untuk menukar Setiausaha
Program Pendidikan Khas Integrasi kerana Cik Lew Ai Lee sudah memegang jawatan
beberapa jawatan setiausaha.
5.3 Puan Shantheni dikekalkan sebagai guru SPBT bagi tahun 2018.
Tindakan : Semua guru

6: Pembentangan Panitia
6.1 Panitia Bahasa Melayu, Puan Tuan Siti Mazura
6.1.1 Analisis PKSR 2 : Rujuk lampiran
6.1.2 Masalah yang dihadapi bagi murid tahun 6 ialah murid kerap tidak hadir ke
sekolah dan murid tidak menjawab soalan dan menghantar kertas kosong.
6.1.3 Kebanyakan murid tidak menguasai kosa kata menyebabkan murid tidak dapat
membuat karangan dan membina ayat dengan baik.
6.1.4 Masalah yang dihadapi oleh murid tahun 4 ialah murid masih belum biasa
dengan format baharu.
6.1.5 Strategi yang akan dilaksanakan ialah membuat teknik menjawab bagi murid
tahun 4, 5 dan 6. Murid tahap 1 akan difokuskan kepada ejaan dan tanda baca
dengan cara menulis imlak.
Tindakan : Makluman

6.2 Panitia Matematik, Puan Azura


6.2.1 Analisis PKSR 2 : Rujuk lampiran.
6.2.2 Masalah yang dihadapi ialah murid tidak dapat menguasai soalan penyelesaian
masalah dan murid juga tidak dapat menjawab soalan yang mempunyai 5
markah atau soalan rantaian kerana jika murid salah pada soalan pertama
mengakibatkan murid juga akan kehilangan markah bagi pengiraan seterusnya.
6.2.3 Strategi yang akan dilaksanakan ialah memberikan soalan penyelesaian masalah
dan soalan KBAT seawal minggu peperiksaan.
6.2.4 Kelas pagi bagi tahun 6 akan diteruskan seperti tahun lepas.
6.2.5 Penguasaan sifir dan celik fakta asas akan ditingkatkan iaitu akan dilaksanakan
5 minit pertama sewaktu pdpc.
Tindakan : Makluman
6.3 Panitia Bahasa Inggeris, Puan Shantheni
6.3.1 Analisis PKSR 2 : Rujuk lampiran
6.3.2 Masalah yang dihadapi ialah murid kurang menguasai kosa kata dalam Bahasa
Inggeris.
6.3.3 Panitia Bahasa Inggeris akan memfokuskan kepada soalan penulisan dan HOTS.
6.3.4 English Environment akan diwujudkan untuk mendedahkan murid tentang
Bahasa Inggeris iaitu dengan memaparkan bahan-bahan berbahasa Inggeris di
tempat-tempat yang akan dibincang bersama ahli panitia.
6.3.5 Morning English akan dilaksanakan pada waktu pagi untuk memfokuskan
kepada penguasaan kosa kata murid.

Tindakan : Makluman

6.4 Panitia Pendidikan Islam, Puan Nurul Huda


6.4.1 Analisis PKSR 2 : Rujuk lampiran
6.4.2 Masalah penguasaan jawi menyebabkan murid tidak dapat menjawab soalan
kerana semua soalan ditulis dalam tulisan jawi.
6.4.3 Panitia Pendidikan Islam akan meneruskan Kem Cemerlang Jawi seperti tahun
sebelum ini.
6.4.4 Kem Cemerlang Jawi mungkin diadakan pada hari persekolahan jika mendapat
izin daripada guru besar kerana masalah kehadiran berlaku apabila dibuat pada
hujung minggu.
6.4.5 Modul jawi juga akan dilaksanakan di dalam kelas sewaktu pdpc.

Tindakan : Makluman

6.5 Panitia Pendidikan Jasmani, Encik Azrol Izal


6.5.1 Semua data PAJSK dan SEGAK telah dimasukkan oleh guru-guru Pendidikan
Jasmani dan Guru Kelas dalam tempoh masa yang ditetapkan.
6.5.2 Kemasukan data PAJSK akan ditambah baik selepas ini.
6.5.3 Guru-guru yang memasukkan data perlu memasukkan data dengan betul dan
tepat.
6.5.4 Peralatan PJ yang rosak akan digantikan dengan alatan yang baru.
6.5.5 Guru-guru yang menggunakan alatan PJ perlu menyimpan semula di tempat asal
dengan keadaan yang baik.
Tindakan : Guru PJ dan Guru Kelas

6.6 Panitia Reka Bentuk dan Teknologi, Cik Norzie


6.6.1 Analisis PKSR 2 : Rujuk lampiran
6.6.2 Masa RBT dan TMK adalah sama dan bergilir-gilir menyebabkan beberapa
projek tidak dapat dilaksanakan.
Tindakan : Makluman

6.7 Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Encik Muhamad Yazid


6.7.1 Analisis PKSR 2 : Rujuk lampiran
6.7.2 Silibus TMK agak sukar menyebabkan murid tidak dapat memjawab dengan
baik.
Tindakan : Makluman

6.8 Panitia Muzik, Puan Nor Hajjah


6.8.1 100% murid lulus.
6.8.2 Penilaian dijalankan 2 kali setahun dan dijalankan di dalam kelas.
6.8.3 Penilaian dibuat secara berterusan sewaktu pdpc.
6.8.4 Kekangan yang dihadapi ialah peruntukan masa 1 waktu seminggu
menyebabkan murid kurang menguasai alatan.
Tindakan : Makluman

6.9 Panitia Pendidikan Seni, Cik Alagusundari


6.9.1 Semua murid lulus dalam subjek Pendidikan Seni Visual.
6.9.2 Guru PSV perlu mempelbagaikan bahan untuk menarik minat murid.
6.9.3 Panitia PSV akan menyediakan board seni untuk mempamerkan hasil karya
murid.
6.9.4 Guru yang hendak menggunakan peralatan seni boleh berjumpa dengan KP PSV
untuk megambil kunci.
Tindakan : Makluman
6.10 Panitia Sejarah, Encik Mohd Yusof
6.10.1 Analisis PKSR 2 : Rujuk lampiran.
6.10.2 Murid yang tidak hadir punca gagal dalam Ujian/Penilaian.
6.10.3 Bahan bantu mengajar seperti buku rujukan dan peta ada di sebelah meja KP
Sejarah untuk kegunaan guru Sejarah.
Tindakan : Makluman

6.11 Panitia Pendidikan Moral, Puan Mageswary


6.11.1 Seramai 2 orang calon sahaja untuk subjek Pendidikan Moral bagi tahun ini.
6.11.2 Kedua-dua calon ini lulus dalam semua ujian/penilaian yang dijalalankan.

Tindakan : Makluman
6.12 Panitia Bahasa Arab, Puan Noor Mastura
6.12.1 Analisis PKSR 2 : Rujuk lampiran.
6.12.2 Program pengesanan akan dilakukan untuk mengenalpasti tahap pencapaian
murid.
6.12.3 Latih tubi akan dijalankan secara berterusan sewaktu pdpc.
6.12.4 Pasukan Kalam Jamaie akan ditubuhkan pada tahun hadapan.
6.12.5 Pertandingan bercerita dalam Bahasa arab akan dilaksanakan mulai tahun
hadapan.
Tindakan : Makluman

6.13 Pemulihan Khas, Cik NoorSuhaili


6.13.1 3 orang murid telah mendapat kad OKU
6.13.2 Murid tahun 4 yang mengikuti kelas pemulihan telah dapat membina ayat.
6.13.3 Kekangan yang dihadapi ialah murid tidak hadir ke sekolah menyebabkan murid
tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran.
Tindakan : Makluman

6.14 SAPS dan Headcount, Puan Noriatul Ismalia


6.14.1 Semua markah PKSR 2 telah diisi mengikut masa yang ditetapkan.
6.14.2 Data bagi TOV, ETR dan Ujian Bulanan 1 tidak lengkap kerana ada guru yang
tidak isi.
6.14.3 Pada 17 Januari 2018, akan diadakan LDP untuk semua guru mengisi TOV dan
ETR.
Tindakan : Semua guru

7 : Hal-Hal Lain
7.1 Seorang guru akan dilantik untuk membuat jadual ganti jika Penolong Kanan
Pentadbiran tiada.
7.2 Semua guru diminta untuk mengawal disiplin murid sewaktu pdpc dijalankan.
7.3 Guru Besar menasihati semua Guru PJ agar tidak meninggalkan murid di padang tanpa
pengawasan.
7.4 Semua alatan PJ hendaklah disimpan dengan baik selepas digunakan.
7.5 Semua panitia diminta untuk mengemaskini notice board panitia masing-masing
secepat mungkin.
Tindakan : Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………….............…. …………...……....…………
( NURUL SHIMAA BINTI IBRAHIM ) ( MADIHAH BINTI ISMAIL)
Setiausaha Kurikulum SKPDL Guru Besar SKPDL

You might also like