You are on page 1of 1

3.

0 Ringkasan Eksekutif

Unique Phone Case merupakan perniagaan sarung telefon (phone case) dan konfeksionari
secara runcit. Produk dijual secara atas talian supaya menyenangkan pelanggan untuk
membuat pesanan. Kos projek ini adalah sebanyak RM1000. Modal sumbangan akan
didapatkan daripada tabungan semua pemilik perniagaan. Pembiayaan akan digunakan untuk
pembelian stok atau stok tambhan. Orientasi utama Unique Phone Case adalah untuk
memastikan kepuasan pelanggan dalam membeli produk berasaskan sarung telefon yang
murah, cantik dan mampu melindungi telefon pelanggan menerusi pelbagai pilihan barisan
produk yang kompeten seperti penawaran barangan dan perkhidmatan yang yang berkesan
dengan citarasa dan kehendak pelanggan, harga berpatutan, akses maklumat melalui laman
web, khidmat lepas jualan yang menarik dijangka membawa peningkatan jualan berterusan
kepada perniagaan ini. Oleh itu, sarung telefon yang dijual akan dibincang oleh semua
pemilik supaya memilih sarung telefon berkualiti. Pelajar UUM merupakan sasaran pasaran
perniagaan ini. Pesaing-pesaing utama ialah perniagaan yang jual sarung telefon di UUM
seperti Your Phone Case. Strategi pemasaran adalan produk, harga, tempat dan promosi.
Produk yang unik dapat menarik perhatian pelanggan. Harga yang bepatutan pelanggan yang
dapat membeli. Tempat pula adalah atas talian supaya pelanggan senang membuat pesanan.
Promosi perniagaan ini adalah RM10 untuk satu sarung telefon, RM 18 untuk dua sarung
telefon dan RM26 untuk tiga sarung telefon. Prospek perniagaan ini adalah sangat cerah dan
mempunyai potensi besar untuk berkembang berdasarkan permintaan yang semasa dan
potensi yang semakin meningkat oleh kerana keinginan pelanggan ingin mengguna sarung
telefon di pasaran.

You might also like