You are on page 1of 2

LIEW CHI CHIENG 271074

“Sepatutnya Malaysia membenarkan perkahwinan sama jenis, kerana perkara tersebut


merupakan hak asasi manusia"

Bagaimana pandangan anda?

Perkahwinan sama jenis ialah perkahwinan dua orang yang sama jantina iaitu lelaki
dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Ia dikelaskan sebagai perkahwinan sejenis
dan merupakan perkahwinan bukan lumrah. Saya berasa Malaysia tidak patutnya
membenarkan perkahwinan sama jenis kerana ini telah melanggar sistem nilai negara kita.

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia tidak boleh menerima semua


perkara yang dianggap sebagai hak asasi manusia oleh Barat, termasuk lesbian, gay,
biseksual dan transgender (LGBT) serta perkahwinan sejenis. Tun berkata, sistem nilai di
negara ini tidak sama dengan sistem nilai di Barat yang lebih bebas. "Sementara kita
menerima cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), kita perlu mengingatkan
mereka bahawa sistem nilai kita tidak sama dengan sistem Barat. "Di Malaysia ada perkara
tertentu yang kita tidak boleh terima walaupun sekarang dianggap sebagai hak asasi manusia
di negara Barat. "Kita tidak boleh terima umpamanya LGBT, perkahwinan antara lelaki
dengan lelaki dan wanita dengan wanita,” katanya pada sidang media selepas
mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah
(JKKMAR) Siri 4 2018 di Perdana Putra, di sini hari ini. Dr Mahathir berkata, konsep
keluarga di negara ini masih kekal iaitu terdiri daripada lelaki dan wanita serta anak atau anak
angkat, manakala perkahwinan sejenis tidak diiktiraf sebagai keluarga.

Dalam sistem hukum Islam, homoseksual merupakan kejahatan yang patut dihukum.
Dalam isu homoseksual antara dua lelaki dan dua perempuan, pihak yang aktif harus
dihukum sebat seratus kali jika ia tidak beristeri dan dibunuh jika ia beristeri, sedang pihak
yang pasif harus dibunuh tanpa peduli sudah beristeri atau tidak. Namun ulama feqah telah
sepakat atas keharaman homoseksual dan penghukuman terhadap pelakunya dengan
hukuman yang berat. Hanya ulama sahaja yang ada perbezaan pendapat dalam menentukan
ukuran hukuman yang ditetapkan bagi hukuman pelakunya. Menurut Imam Shafi’i bahawa
had terhadap pelaku homoseks adalah dihukum bunuh meskipun pelaku tersebut masih
bujang, baik yang mengerjakan mahupun yang dikerjakan. Larangan homoseksual yang
disamakan dengan perbuatan zina dalam ajaran Islam, bukan hanya merosak kemuliaan dan
martabat kemanusiaan tetapi risikonya lebih berat lagi iaitu dapat menimbulkan penyakit
kancer kelamin, AIDS dan sebagainya. Sudah tentu, perkahwinan waris yang telah menjalani
operasi pengganti kelamin dengan lelaki-lelaki dikategorikan sebagai praktek homoseksual
kerana tabiat kelakianannya tetap tidak boleh diubah oleh doktor meskipun ia sudah memiliki
kelamin perempuan buatan.

Maka disini terlihat kesempurnaan ajaran Islam dalam menetapkan suatu larangan
bagi manusia. Larangan tersebut mengandung unsur tanggungjawab, sebagai hamba kepada
tuhannya dan unsur kesihatan manusia yang menjadi salah satu sarana untuk meneruskan
hidupnya di dunia ini.

Walaupun terdapat banyak negara telah membenarkan perkahwinan sama jenis seperti
saya rasa Argentina ,Belgium, Brazil, Kanada dll tetapi saya tetap berasa Malaysia tidak
sepatutnya membenarkan perkahwinan sama jenis.

You might also like