You are on page 1of 5

Penyertaan Politik.

Penyertaan politik adalah merupakan kegiatan yang dilakukan oleh rakyat bagi

mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pemerintah. Penyertaan ini boleh melibatkan orang

perseorangan ataupun dilakukan secara kumpulan, samada teratur melalui pertubuhan ataupun

secara spontan, samada secara bertahan terus atau sekali-sekala, samada secara aman atau

kekerasan, secara sah menurut undang-undang atau secara haram sama ada secara berkesan atau

tidak berkesan. Pujukan atau rayuan dan cara penekanan biasanya tidak berkesan bagi kumpulan

atau untuk mempengaruhi isu yang terhad, yang tidak besar. Pembaharuan yang berkesan hampir

sentiasa memerlukan perubahan dalam penyertaan politik, yang biasanya berlaku hasil daripada

campuran strategi pujuk rayu dan strategi penekanan. Istilah “penyertaan politik” telah

digunakan dengan berbagai-bagai maksud, tetapi adakah penyertaan politik beerti hanya

kelakuan, atau adakah istilah ini meliputi sikap dan tanggapan yang menjadi prasyarat kelakuan

penyertaan (misalnya, maklumat politik, tanggapan tentang kaitan politik dengan persoalan

seseorang, tentang kepercayaan bahawa individu dapat mempengaruhi keputusan dan tindakan

kerajaan.)?. Jika kelakukan manusia, adakah ini meliputi semua kegiatan politik yang berkaitan

(Misalnya, rusuhan perkauman atau mogok ) atau hanya merupakan kegiatan yang dibentuk

untuk mempengaruhi kewibawaan dan proses membuat keputusan kerajaan?. Menurut para

sarjana penyertaan politik dapat ditakrif sebagai kegiatan yang dilakukan oleh rakyat biasa

dengan tujuan untuk mempengaruhi proses membuat keputusan kerajaan. Berikut merupakan

aspek daripada takrifan penyertaan politik. Takrifan ini meliputi kegiatan, tetapi tidak meliputi

sikap orang, namun begitu sesetengah sarjana mentakrif penyertaan politik termasuk orientasi

rakyat terhadap politik dan juga tabii atau kelakuan politik mereka yang sebenarnya.

Pengetahuan mengenai politik, minat terhadap politik, perasaan keupayaan dan keberkesanan
politik mempunyai hubungan rapat dengan penyertaan masyarakat dalam politik, melibatkan

kegiatan politik rakyat biasa atau orang perseorangan, kegiatan yang bertujuan mempengaruhi

pembuatan keputuan kerajaan. Kegiatan seperti ini tertumpu kepada pihak-pihak berkuasa awam,

iaitu pihak yang secara umumnya diakui mempunyai kuasa membuat keputusan yang sah yang

menentukan pengagihan nilai dalam masyarakat, contohnya mogok yang dilakukan untuk

mempengaruhi kerajaan menaikkan paras gaji adalah kegiatan penyertaan politik. Usaha untuk

mempengaruhi pembuatan keputusan pemerintah atau kerajaan boleh berlaku dengan cara

pujukan, rayuaan atau desakan supaya suara mereka (rakyat) didengari. Kegiatan seperti

bantahan, tunjuk perasaan dan rusuhan, kegiatan ganas pihak pemberontak yang dilakukan untuk

mempengaruhi pihak berkuasa kerajaan adalah merupakan penyertaan politik. Kesimpulannya

istilah penyertaan politik adalah meliputi semua bentuk kegiatan yang dibentuk oleh pelakunya

untuk mempengaruhi keputusan kerajaan.

Bentuk penyertaan politik.

Rakyat mempunyai dua alternatif sekiranya mereka ingin melibatkan diri dalam politik,

samada secara sah ataupun tidak sah. Kebanyakan rakyat atau individu-individu memilih

menyertai aktiviti politik yang ditetapkan oleh undang-undang atau tidak menyertai langsung.

Masyarakat biasanya akan melibatkan diri dalam aktiviti politik yang diterima umum. Secara

simboliknya sebahagian rakyat menyertai atau melibatkan diri dalam politik secara aktif dan

secara pasif, contohnya menghadiri perhimpunan politik, memberi maklumbalas kepada tinjauan

politik, menonton calon-calon pilihanraya di televisyen atau meletakkan pelekat parti-parti

politik yang mereka sokong di kereta mereka. Pengundiaan merupakan bentuk penyertaan

konvensional masyarakat dalam politik yang dapat dizahirkan. Namun begitu, keberkesanan

aktiviti dapat diukur melalui penyertaan yang aktif daripada warganegara dan bergantung kepada
beberapa faktor seperti, samada setiap undi yang diberikan akan dikira dengan adil dan saiz

pemilih (semakin banyak jumlah pengundi semakin kurangnya kesan daripada setiap undi yang

dibuang). Selain itu kekurangan pilihan dalam pilihanraya dan juga dalam pengundian tidak

memberi sebarang kesan kepada sesebuah negara kerana suara rakyat kurang didengari.

Keadaan ini bertentangan dengan harapan rakyat yang inginkan perubahan melalui pilihanraya.

Akibatnya rakyat mengundi hanya sekadar ingin menunaikan tanggungjawab mereka sebagai

pengundi. Hal ini menyebabkan rakyat merasakan undian yang dilakukan oleh mereka tidak

memberi sebarang makna kerana mereka perlukan lebih banyak pilihan dan mahu suara mereka

didengari oleh pihak pemerintah. Kekurangan pilihan dalam pilihanraya tidak memberi makna

kepada sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi. Rejim politik yang berbeza

biasanya akan mempunyai tafsiran dan pandangan berbeza terhadap penyertaan politik yang

tidak sah atau haram. Kerajaan Autokrasi biasanya melarang dan mengurangkan aktiviti politik

berbanding kerajaan Demokratik. Bilangan parti politik yang diharamkan dalam kerajaan

Authoritarian lebih banyak berbanding dengan kerajaan Demokratik. Negara Autokrasi

mempunyai sistem pemerintahan yang bercorak mutlak dan menyeluruh seperti yang pernah

diamalkan oleh Benito Mussolini, Adolf Hitler dan Jose Stalin. Sistem pemerintahan ini

bertujuan untuk membangunkan semula masyarakat yang masih mundur dengan cara

mengehadkan dan mengawal kebebasan rakyat. Di samping itu, pelbagai peraturan

diperkenalkan supaya rakyat sentiasa tertakluk kepada arahan dan perintah yang dikeluarkan

oleh kerajaan (K. Ramanathan 2003, Thomas M. Magstadt 2006). Dalam pemerintahan

kerajaan demokratik rakyat biasanya akan mempunyai banyak pilihan parti politik, manakala

dalam kerajaan Autokrasi hanya satu parti iaitu parti pemerintah yang wujud. Kerajaan

Autokrasi juga dikenali sebagai political crime kerana mereka lebih tegas dalam rakyatnya yang
melanggar undang-undang berbanding dengan kerajaan yang mengamalkan pemerintahan

Demokrasi. Civil disobedience merupakan tindakan yang dilakukan untuk mengharapkan

perubahan berlaku kepada Negara (namun begitu bukan semua negara adalah sama, cara ini

mungkin berkesan kepada negara A dan bukan negara B). Civil disobedience melibatkan

pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh rakyat dengan harapan Negara sedar akan

ketidakadilan yang berlaku. Mahatma Gandhi melakukan cara yang sama dalam perjuangan

mencapai kemerdekaan India dari British, Gandhi tidak mengunakan cara kekerasan dalam

mencapai tujuannya serta menganjurkan demostrasi aman . Perkara yang sama juga pernah

dilakukan oleh Martin Luther King Jr, apabila beliau menganjurkan protes tanpa kekerasan

dalam usaha untuk mendorong kesamarataan kaum di Amerika Syarikat. Civil disobedience

menekankan aktiviti tanpa kekerasan dan mengalakkan pelakunya menerima hukuman yang

dikenakan sebagai sah, namun begitu terdapat juga cara yang melibatkan kekerasan iaitu

keganasan politik, dengan menggunakkan kekerasan atau ancaman kekerasan untuk menakutkan,

mematahkan semangat, menggugut dan menakluki penentang kerajaan yang berkerjasama

dengan pihak luar. Contohnya keganasan politik yang terbaru dilaporkan adalah di Thailand

yang melibatkan kumpulan baju merah yang pro bekas Perdana Menteri Thaksin. Mereka

memulakan penentangan terhadap kerajaan dengan perarakan dan tunjuk perasaan di sekitar

Bangkok yang bertukar menjadi ganas apabila berlaku pertempuran antara kumpulan tersebut

dengan pasukan keselamatan. Kesannya, beratus-ratus orang cedera dan seorang jurukamera

Reuters terbunuh. Secara kesimpulannya dapat dinyatakan disini samada penyertaan politik

dianggap haram atau sah bergantung kepada corak pemerintahan yang berbeza dan pentafsiran

penyertaan ini yang berbeza. Rakyat yang melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak dibenarkan

ini sering merasakan hak mereka dinafikan. Tanggapan hak yang semakin terhakis dan menjadi
mangsa kerajaan, ini menyebabkan mereka mengambil langkah yang mereka rasa perlu untuk

mempertahankan hak mereka.

You might also like