You are on page 1of 1

AMANAT DARIPADA UNIT KOKURIKULUM SMKTS

UNTUK SEMUA…
Digalakkan kepada semua guru untuk access “GoogleDrive” Unit Kokurikulum, SMKTS.
(Saranan daripada Pihak KPM Pada Tahun 2017).
Makluman setiap kali aktiviti dan perancangan Unit Kokurikulum akan dimuatnaik di
“googledrive” bagi memudahkan guru-guru access pada bila-bila masa.
Penyelaras setiap unit, ketua guru penasihat atau semua guru penasihat (yang
dipertanggungjawabkan) perlu mengemaskini laporan setiap kali perjumpaan samada dalam fail
masing-masing (dalam bilik PK Kokurikulum) dan di dalam “googledrive” pada templet yang
telah disediakan (dua-dua kena dikemaskini). **galakkan pelajar untuk membuat laporan setiap kali perjumpaan.
Untuk perjumpaan bil/1 yang telah selesai, diingatkan kepada semua penyelaras / guru
penasihat agar mengemaskini pelaporan bergambar (hardcopy & softcopy) mengikut templet
masing-masing (jangan perap lama-lama).
Setiap kali perjumpaan (setiap hari rabu), mohon semua guru untuk beri kerjasama agar kotak
parking dihadapan tapak perhimpunan (berdekatan dengan astaka) dikosongkan bagi
memudahkan pelajar untuk berbaris dan tidak berkeliaran.
Diminta agar semua guru peka dan menepati masa terhadap jadual / takwim yang telah
dirancang bagi melancarkan aktiviti tersebut.
Ketua Unit perlu merancang aktiviti setiap kali perjumpaan agar pelajar seronok dan tidak
merasa bosan untuk melaksanakan aktiviti tersebut.
Tanggungjawab semua guru untuk memberikan dorongan dan semangat kepada pelajar untuk
turut serta setiap aktiviti Kokurikulum agar dapat membantu menaikkan markah PAJSK mereka
apabila mereka tamat persekolahan disamping menggalakkan gaya hidup sihat.
Untuk perhatian semua guru kelas, pengisian PAJSK akan dibuka secara online pada bulan 3.
Minta guru kelas peka terhadap unit pelajar masing-masing. Senarai nama boleh didapati
di googledrive Unit Kokurikulum.
Manakala guru penasihat akan mengisi markah PAJSK pada atau sebelum bulan 11. Unit
Kokurikulum akan sentiasa update dari masa ke semasa agar tiada ketirisan maklumat.
Bagi sukan atau acara yang terlibat dalam MSSD/MSSS/MSSM pengurus pasukan wajib
kemukakan kertas kerja dan pelaporan sebelum sukan atau acara dipertandingkan. (Senarai
semak telah dikeluarkan dan pengurus-pengurus perlu menandatangani borang tersebut tujuan
untuk mengenalpasti pasukan / acara yang ikut bertanding).
Setiap surat yang dikeluarkan perlu patuh dan mengikut nombor rujukan fail Unit masing-
masing tujuan untuk penyelarasan (boleh rujuk di googledrive Unit Kokurikulum atau dibilik PK
Kokurikulum).
Diharapkan agar semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Mohon kerjasama yang
padu daripada semua pihak bagi merealisasikan kecemerlangan sekolah kita khususnya di Unit
Kokurikulum dibawah pentadbiran saya. Kalau bukan kita siapa lagi??? Sekian, terima kasih.

You might also like