You are on page 1of 5

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/1

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

Tarikh : 17 Jun 2020

Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran : 11 orang

Pengerusi : Pn. Nooraishah binti Othman

Guru Besar SK Gombang

1. Perutusan Pengerusi

1.1 Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Taklimat Garis
Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah.
1.2 Ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke Taklimat pada pagi
ini.
1.3 Bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Mohd Zaki bin Ismail.

2. Fokus Taklimat

2.1 Taklimat Penataran Keselamatan Pembukaan Semula Sekolah


2.1.1 Semua guru digalakkan untuk memuat turun modul Penataran
Keselamatan Pembukaan Semula Sekolah.
2.1.2 Guru perlu berada dalam kawasan bermula dari 7 Jun 2020.
2.1.3 PdP perlu dijalankan dalam apa bentuk cara bermula pada 24 Jun
2020.
2.1.4 Sekolah perlu memastikan Kawasan sekolah telah diatur mengikut
SOP yang telah ditetapkan sebagai persediaan menerima kehadiran
murid.
2.1.5 Sediakan QR Code sekolah bagi memudahkan urusan pengambilan
maklumat pelawat.
Tindakan : Semua Guru

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/1

2.2 Taklimat Peranan Guru


2.2.1 Guru bertugas secara giliran bagi mengambil saringan suhu dan
kawalan murid sepanjang waktu persekolahan.
2.2.2 Tugasan guru pada waktu rehat dan penjagaan laluan di blok.
2.2.2.1 Guru perlu berada Bersama dengan murid di dalam
kelas sewaktu rehat.
2.2.2.2 Memastikan pengurusan pembuangan sisa makanan dilakukan
mengikut garis panduan yang ditetapkan.

4.2.2.3 Mengawal sepenuhnya pergerakan murid keluar masuk kelas.

2.2.3 Tugasan guru mengawal pergerakan murid pada waktu datang dan
balik.
2.2.3.1 Memastikan murid bergerak dalam jarak selamat.

Tindakan : Semua Guru

2.3 Taklimat Pengurusan Murid dan Warga SKG.


2.3.1 Kehadiran & Balik-Saringan Kesihatan
2.3.1.1 Laluan murid di pintu utama sahaja.
2.3.1.2 Murid akan melalui saringan penyemakan suhu wajib 3 kali sehari
iaitu jam 7.30 pagi, 10.00 pagi dan 12.00 tgh.
2.3.1.3 Pelawat dan guru disaring di pintu utama.
2.3.1.4 Pembentukan stesen saringan di kantin.

2.3.2 Agihan Kelas dan Guru Kelas


2.3.2.1 Untuk fasa 1 pembukaan sekolah hanya persediaan untuk tahun
5 dan 6 sahaja.
2.3.2.2 Tahun 6 dan 5 akan ditempatkan di Blok B (2 buah kelas - tahun
6 dan tahun 5)
2.3.2.3 PdPC berjalan mengikut jadual yg ditetapkan semasa PKPP

2.3.3 Persediaan Bilik Darjah dan Agihan Peralatan.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/1

2.3.3.1 Setiap guru yang masuk ke kelas perlu memastikan susunan meja
berada dalam jarak 1 meter.
2.3.3.2 Guru kelas perlu menyediakan senarai nama murid dalam kelas
tersebut dan tampal pada papan info kelas.
2.3.3.3 Guru kelas juga perlu tagging nama murid pada meja.
2.3.3.4 Perlu pastikan ada info berkenaan dengan gejala Covid 19

2.3.4 Laluan Pergerakan dan Pelan Lantai.


2.3.4.1 AJK pengagihan tugas akan ada bagi membantu dalam membuat
laluan pergerakan murid .
2.3.4.2 Laluan pergerakan adalah sehala dimana murid akan ke kelas
sebaik sahaja selesai saringan suhu pada waktu pagi.
2.3.4.3 Tanda penjarakan akan diletakkan untuk memandu arah
pergerakan murid dalam kawasan sekolah.
2.3.4.4 Laluan tangga untuk naik dan turun juga akan dilabel supaya
murid tidak bertembung antara satu sama lain.

2.3.5 Bilik Kesihatan dan Isolasi


2.3.5.1 Bilik kesihatan akan dijadikan bilik isolasi untuk ditempatkan murid
yang bergejala setelah hubungi ibu bapa/penjaga.
2.3.5.2 Bilik kesihatan juga akan dijadikan penempatan sementara bagi
murid yang menghadapi masalah kesihatan yang lain.
2.3.5.3 Murid yang bergejala akan dilaporkan kepada guru kesihatan dan
akan ditempatkan di bilik kesihatan bersama dengan guru
kesihatan sehingga ibu bapa datang ambil.
2.3.5.4 Bilik kesihatan juga perlu dilabel penjarakan katil dan tempat
menunggu bagi murid.
2.3.5.5 Kemudahan sabun mencuci tangan serta sanitizer akan
disediakan.

2.3.6 Waktu Rehat /Kantin

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/1

2.3.6.1 Tanda penjarakan akan diletakkan pada ruang berbaris untuk


pembelian dan pengambilan makanan serta laluan ke sinki
membasuh tangan.
2.3.6.2 Begitu juga dengan laluan dari kelas ke kantin/kantin ke kelas bagi
murid membeli makanan berbungkus.
2.3.6.3 Semua murid akan makan dalam kelas dengan dipantau oleh
guru.
2.3.6.4 Guru harus memastikan bekalan makanan yang dibeli dibungkus
dengan kemas dan dibuang di tempat yang disedakan setelah
murid selesai makan.
2.3.6.5 Tong sampah akan disediakan di bahagian luar bilik darjah.
2.3.6.6 Guru-guru bertugas akan mengawal pergerakan murid ketika
pembelian makanan di kantin- dibantu oleh guru-guru lain.

2.3.7 Hebahan Maklumat/Info


2.3.7.1 Para ibu bapa akan sentiasa diberi info semasa berkenaan
dengan murid supaya mereka turut membantu pihak sekolah
dalam pengurusan pembukaan semula sekolah.
2.3.7.2 Penyebaran maklumat akan disebarkan melalui whatsApp PIBG
dan harap guru kelas dapat bertindak pantas dalam perkara
tersebut.

Tindakan : Semua Guru

2.4 Taklimat Kewangan


2.4.1 Semakan Wang Peruntukan Teras.
2.4.2 Semakan Wang Kelab KEBIRUS
Tindakan : Semua Guru

3. Hal – hal Lain

3.1 Kemaskini bilik guru agar kelihatan kemas.


3.2 Penambahbaikan landskap dan keceriaan sekolah.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/1

4. Penangguhan Taklimat

4.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:23 tgh

Minit dicatat oleh : Disemak oleh :

(MUHAMMAD SHAFIQ SHAH BIN HAIZAL @ HALIM)

Setiausaha Mesyuarat Pengurusan Sekolah

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like