You are on page 1of 12

PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KEMAMAN

PAYOH,
24210 KEMASEK,
TERENGGANU

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA PROGRAM/ BUILDING TECHNOLOGY


PROGRAM CODE AND NAME M02-41-04

BC-070-2:2014
TAHAP/
LEVEL BUILDING OPERATION & MAINTENANCE TECHNICIAN
L2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI/
CU1 BUILDING FINISHES MAINTENACE
COMPETENCY UNIT
NUM. AND TITLE

NO. DAN PERNYATAAN AKTIVITI 1. Identify building finishes maintenance requirement


KERJA / 2. Prepare building finishes maintenance tools,
WORK ACTIVITIES NO AND equipment and material
STATEMENT 3. Repair building finishes
4. Report building finishes maintenance work

No. KOD/ Muka : 1 Drp : 12


BC070-2-CU1/P(1/17)/T1
CODE No.
TAJUK / TITLE : PENGENALAN KEPADA BINAAN BANGUNAN

TUJUAN /PURPOSE :

Kertas penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai definisi industri


binaan, jenis – jenis kerja dalam industri binaan, ciri – ciri projek binaandan peranan
pihak yang terlibat dalam industri binaan untuk memahirkan pelatih memahami ciri – ciri
industri binaan dan konsep yang digunakan dalam industri binaan.

PENERANGAN / INFORMATION :

1.1 PENGENALAN

Proses pembinaan meliputi segala aktiviti yang dilakukan di tapak binaan untuk
memenuhi segala kehendak lukisan dan penentuan yang terkandung dalam sesuatu
dokumen kontrak binaan.
Kontrak binaan ialah perjanjian yang ditandatangani oleh klien (pemilik projek)
dan kontraktor (pihak yang membina). Kontrak binaan hanya menentukan hasil yang
dikehendaki dan tidak menentukan bagaimana cara untuk mendapatkan hasil tersebut.
Lukisan dan penentuan hanya memperincikan secara grafik dan bertulis tentang
apa yang dikehendaki klien. Klien tidak berhak untuk mempersoalkan hasil yang telah
disiapkan, tetapi tidak berhak campur tangan dari segi kaedah atau cara pembinaan.
1.1.1 Definisi Industri Binaan

Industri binaan meliputi pelbagai aktiviti yang meluas dan mencabar. The
Asian Productivity Organisation (1983) mentakrifkan industri binaan sebagai
aktiviti pengeluaran yang mana menghasilkan produk secara fizikal. Daripada
definisi yang dinyatakan, dapat disimpulkan bahawa industri binaan mempunyai
kepentingan bagi perkara berikut :
i. Menyediakan kemudahan untuk kegunaan orang ramai
ii. Menyediakan peluang pekerjaan
iii. Mengeluarkan hasil keluaran – pembangunan fizikal
iv. Menjana ekonomi Negara
v. Menghasilkan penemuan teknologi terkini
vi. Meningkatkan nilai tanah

1.1.2 Jenis – Jenis Kerja Dalam Industri Binaan

Pada umumnya industri binaan dapat dikategorikan kepada dua iaitu projek
bangunan dan projek kejuruteraan awam.

i) Bangunan
 Kediaman / Perumahan
Kategori ini biasanya merangkumi pembinaan rumah serta
kondominium untuk tujuan perumahan. Tujuan penghasilan bangunan
kediaman adalah untuk diduduki atau disewakan untuk tujuan
pelaburan jangka masa panjang. Pembinaan sektor perumahan
merupakan sektor yang paling aktif biarpun Negara mengalami
kemelesetan ekonomi memandangkan keperluan rumah untuk
penduduk bagi setiap Negara adalah sentiasa di bawah paras yang
tidak mencukupi.
 Bangunan Perdagangan
Jenis ini melibatkan pembinaan bangunan untuk tujuan komersil seperti
kompleks membeli belah, pejabat, hotel dan bangunan untuk
perusahaan ringan. Kadar pembangunan bangunan lazimnya
bergantung kepada keadaan ekonomi Negara.

 Bangunan Industri
Pembangunan jenis ini biasanya tertumpu di kawasan perindustrian.
Bangunan kilang akan dibina oleh pemilik kilang atau pemilik tanah dan
disewakan kepada pengusaha. Permintaan kepada pembinaan
bangunan industri amat bergantung kepada keadaan ekonomi serta
insentif yang diberikan oleh kerajaan.

ii) Kejuruteraan Awam


 Pembinaan kejuruteraan awam biasanya melibatkan pembinaan jalan
raya/lebuh raya, pembinaan jambatan, jalan kereta api, empangan,
lapangan terbang, prasarana kemudahan awam seperti sekolah dan
lain – lain.

1.1.3 Hubungan Antara Industri Binaan Dengan Pertumbuhan Ekonomi Negara

Industri binaan merupakan salah satu industri utama yang mempunyai


hubungan yang rapat dengan keadaan ekonomi negara. Apabila keadaan
ekonomi berkembang, industri binaan akan turut berkembang bagi memenuhi
permintaan yang bertambah. Ini kerana permintaan berkesan terhadap
barangan dan perkhidmatan akan bertambah apabila jumlah pendapatan
penduduk bertambah.
Oleh sebab itu industri binaan dianggap sebagai penggalak terhadap
perkembangan industri-industri lain. Banyak aktiviti ekonomi lain yang berkaitan
dengannya turut berkembang. Umpamanya ialah pengeluaran bahan-bahan,
komponen, peralatan dan loji binaan. Selain itu jika sesuatu projek binaan mula
dilaksanakan di sesuatu tempat , berbagai-bagai aktiviti seperti perumahan,
perniagaan dan lain-lain mula berkembang. Industri binaan juga merupakan
industri perkhidmatan yang membantu industri – industri lain dalam
menyediakan kemudahan infrastruktur fizikal dan bangunan.

1.2 CIRI – CIRI PROJEK BINAAN

Sesuatu projek binaan mempunyai ciri – ciri tersendiri yang menjadikannya sangat
berbeza jika dibandingkan dengan hasil keluaran yang dikeluarkan oleh lain - lain
industri. Antara ciri – ciri utama tersebut adalah seperti berikut :

 Reka bentuk tersendiri


Setiap projek binaan mempunyai rekabentuk yang tersendiri. Antara faktor
yang mempengaruhi adalah seperti berikut :
 Fungsi atau kegunaan bangunan
 Keadaan alam sekitar
 Menonjolkan identiti
 Prestij
Setiap projek memerlukan pendekatan yang berbeza untuk
melaksanakannya. Pengalaman yang lepas tidak dapat digunakan
sepenuhnya untuk projek seterusnya. Bahan binaan, loji dan kemahiran
pekerja yang berbeza diperlukan untuk setiap projek.

 Saiz projek yang besar dan kompleks


Projek yang besar dan kompleks akan melibatkan :
 Modal yang besar
 Jenis dan bilangan loji yang banyak
 Jenis dan jumlah pekerja yang ramai
 Kaedah dan teknik binaan yang rumit
 Ramai pihak yang terlibat seperti perunding dan pihak berkuasa
tempatan

Oleh yang demikian, perlaksanaan projek binaan memerlukan pengurusan


yang bersistematik. Tenaga pengurusan perlu mempunyai kecekapan yang
tinggi untuk memberikan pulangan yang tinggi terhadap modal yang telah
dilaburkan.

 Lokasi yang berlainan


Lokasi yang berlainan bukan sahaja mempengaruhi projek pembinaan tetapi
juga menyebabkan beberapa implikasi yang lain. Jarak sesuatu tapak dari
ibu pejabat mempengaruhi kos overhead. Selain daripada itu, pihak yang
terlibat juga berlainan kerana biasanya mengikut kawasan yang terlibat.

 Bergantung kepada keadaan setempat


Bagi tujuan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan akan berubah
bergantung pada kawasan projek. Contohnya peraturan – peraturan
tempatan, building codes, akta dan undang – undang kecil.
1.3 AKTIVITI – AKTIVITI YANG TERLIBAT DALAM PEMBINAAN

1.3.1 Kajian Kemungkinan


Kajian ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu
pembinaan dijalankan. Di antara kajian yang perlu dibuat ialah :
i. Kajian Sosial iaitu untuk menentukan untung rugi, dapat memenuhi
permintaan pelanggan atau tidak juga tercapai atau tidak bagi
menyelesaikan masa sosial.
ii. Kajian penyiasatan tanah bagi menentukan jenis-jenis tanah dan
keupayaan galasnya.
iii. Laporan perlu dibuat berdasarkan laporan yang sedia ada dan kajian-
kajian baru yang telah dibuat

1.3.2 Rekabentuk
Peringkat rekabentuk dibahagikan kepada subperingkat : cadangan
rangka,reka bentuk skim, rekabentuk terperinci dan maklumat pengeluaran.
Cadangan rangka dan rekabentuk skim kadang kala dikenali sebagai ‘pelan
lakar’, manakala reka bentuk terperinci dan maklumat pengeluaran sebagai
‘lukisan kerja’. Sebagai rumusannya peringkat ini merangkumi :
 Reka bentuk skim, termasuk anggaran kos
 Reka bentuk terperinci
 Lukisan kerja, spesifikasi dan jadual
 Bil kuantiti
 Anggaran kos akhir

1.3.3 Tender
Tawaran dikeluarkan setelah plan selesai dibuat bagi memilih
kontraktor yang sesuai untuk membina dan menyiapkan projek pembinaan
tersebut.
1.3.4 Kontrak
Kontrak adalah suatu perjanjian di antara dua atau lebih pihak yang
bertanggungjawab dan perjanjian itu berkuatkuasa oleh undang-undang.
Dari segi kontrak, pihak utama dalam kontrak binaan ialah kontraktor
sebagai pihak yang membuat tawaran dan tuanpunya sebagai pihak yang
menerima. Manakala perunding merupakan pihak lain yang biasanya
dilantik oleh tuanpunya

1.3.5 Pembinaan
Kontraktor yang telah menandatangani kontrak mesti membina dan
menyiapkan pembinaan mengikut waktu yang dihadkan dan kos yang
dipersetujui dan juga mengikut kualiti yang telah ditentukan.

1.3.6 Penyerahan
Projek pembinaan akan diserahkan oleh kontraktor kepada pemaju atau
tuanpunya setelah pembinaan siap sepenuhnya (termasuk setelah tamat
tempoh tanggungan kecacatan).

1.3.7 Penggunaan & Penyelenggaraan


Setelah projek pembinaan itu boleh digunakan atau diduduki oleh
pengguna maka majikan atau tuanpunya akan sentiasa membuat
penyenggaraan yang mana perlu.
1.4 PERANAN PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PEMBINAAN

1.4.1 Pemilik
Pemilik boleh terdiri daripada perseorangan, lembaga jawatankuasa
atau perbadanan sama ada perniagaan, awam, swasta atau pertubuhan –
pertubuhan sukarela. Bertanggungjawab menyediakan peruntukan
kewangan, menyediakan tapak untuk projek pembinaan dan mendapatkan
kelulusan perancangan dan sebagainya.

1.4.2 Arkitek
Arkitek akan bertindak sebagai ahli pasukan utama di mana dia akan
dilantik terlebih dahulu dan kemudiannya memberi nasihat mengenai
pemilihan ahli yang lain. Tanggungjawab arkitek adalah mentafsirkan
ringkasan klien dan membantunya dalam membuat keputusan berkaitan
dengan proek, menyediakan rekabentuk awal dan rekabentuk terperinci,
menyelia kerja pembinaan dan mendapat kebenaran perancangan dan hal-
hal berkaitan perundangan. Arkitek juga akan bertindak sebagai
penimbangtara sekiranya berlakunya pertelingkahan diantara klien dan
kontraktor.

1.4.3 Juruukur Bahan


Semasa peringkat rekabentuk, juru ukur bahan berperanan sebagai
penasihat kos walaupun lukisan terperinci belum disediakan. Dia juga
membuat anggaran kasar untuk rujukan pihak pemaju dan bertindak
sebagai perancang kos bagi menganalisa secara sistematik setiap elemen
dalam sesebuah bangunan serta membuat perbandingan dengan kos
keseluruhan. Semasa peringkat pembinaan, juruukur bahan
bertanggungjawab menilai kerja di tapak bina untuk bayaran kemajuan dan
menilai arahan pindaan kerja (VO). Selain itu, juruukur bahan perlu
memastikan semua kecacatan telah diperbaiki semasa tempoh tanggungan
kecacatan dan menyediakan akaun muktamad.
1.4.4 Kontraktor
Kontraktor dipilih melalui proses tender. Dalam keadaan tertentu,
kontraktor boleh dilantik secara terus melalui proses perundingan.
Kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya kepada klien dalam segala hal
dalam kontrak. Di antara peranan kontraktor :
 Mengendalikan kerja pembinaan di tapak bina
 Berperanan dalam setiap pengawasan projek
 Bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti – aktiviti pembinaan
mengikut spesifikasi penyiapan yang dikehendaki oleh pihak klien.

1.4.5 Pihak Berkuasa Tempatan


Merupakan badan kerajaan ataupun swasta yang memberi kelulusan
kepada setiap projek yang dijalankan mengikut bidang masing- masing. Di
antara badan – badan yang biasa terlibat adalah Jabatan Bomba, Tenaga
Nasional berhad, Telekom Malaysia, Jabatan Pembentungan.dan lain –
lain .

1.4.6 Pembekal
Pembekal adalah pihak yang terlibat dalam membekalkan bahan –
bahan binaan atau alat – alat yang digunakan semasa proses pembinaan.
Pembekal boleh di lantik oleh klien dan disebut sebagai Pembekal
dinamakan. Walau bagaimanapun, biasanya pembekal akan dilantik oleh
pihak kontraktor. Peranan pembekal adalah membekalkan bahan atau
alatan sepertimana yang dikehendaki oleh klien mengikut spesifikasi bahan
yang telah diluluskan.

1.4.7 Syarikat Kewangan


Institusi kewangan terutamanya bank – bank perdagangan memainkan
peranan penting sebagai sumber pinjaman kepada kontraktor. Terdapat tiga
bentuk pinjaman iaitu pinjaman permulaan, pinjaman pertengahan dan
pinjaman akhiran.
1.5 RUMUSAN

Perancangan kerja yang lengkap perlu disediakan oleh kontraktor sebelum


memulakan sebarang kerja-kerja binaan di tapak. Ini kerana, proses pembinaan
bangunan melibatkan banyak jenis kerja yang memerlukan kemahiran yang berlainan
serta melibatkan banyak jenis sumber yang berlainan.
Banyak pihak yang terlibat seperti kontraktor kecil, pembekal, pihak berkuasa
tempatan dan perunding; yang perlu mengetahui bilakah perkhidmatan mereka
diperlukan. Oleh yang demikian, perancangan kerja yang lengkap diharapkan dapat
menyelaraskan kerja berbagai-bagai pihak ini, supaya kerja binaan dapat berjalan
lancar. Selain itu perancangan kerja juga dapat digunakan oleh klien untuk mengawasi
kemajuan kerja.
SOALAN / QUESTIONS :

1. Huraikan hubungan industri binaan dengan pertumbuhan ekonomi Negara

2. Pada pendapat anda mengapakah kontrak penting di dalam industri pembinaan?

3. Huraikan dengan terperinci perbezaan di antara tender dan kontrak.

RUJUKAN / REFERENCE :

1. Nota Politeknik Malaysia

2. Jahiman bin Badron (2011).”TeknologiBinaanBangunan”,PenerbitIBS Buku, Muka


surat 243 -257, ISBNNo.978-967-950-241-4

3. Abdul Hakim Mohammed (1994) “ Penyediaan Tapak Dan Struktur Bawah Bawah”,
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Muka Surat 1-12, ISBN 983-62-3958-8

You might also like