You are on page 1of 3

MOHD RIZA

Terdapat tiga kementerian yang mengendalikan sistem pendidikan bagi MBK


iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan. Perkhidmatan yang disediakan
di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ialah cacat
fizikal yang teruk, pelbagai kecacatan dan kecacatan yang tidak membolehkan kanak-
kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan KPM. KPM bertanggung
jawab dalam menyediakan pendidikan kepada murid yang mengalami masalah Sindrom
Down, Autisme ringan , Attention Deficit Hyperaktif Disorder, Terencat Akal Minimum
dan Bermasalah Pembelajaran spesifik (disleksia).

PJ Suaian telah diubahsuai daripada kurikulum biasa bagi memenuhi keperluan


khas murid yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Kaedah yang
direka ini meliputi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan
jasmani. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 - Peraturan Pendidikan Khas (1997) ‘
murid-murid dengan keperluan khas’ bermakna murid yang mempunyai kecacatan
penglihatan, kecacatan pendengaran dan masalah pembelajaran.

Terdapat tiga peringkat perkembangan berdasarkan kepada peranan dan


tanggung jawab yang dimainkan oleh badan-badan sukarela dalam dan luar negeri
serta peranan kerajaan dan selaku penggerak utama. Bahagian Pendidikan khas KPM
telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 yang dpertanggung jawabkan untuk merancang
dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah. Ia juga akan
merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas selain daripada
penyediaan rancangan latihan dan pembangunan staf.

Terdapat empat jenis sekolah Pendidikan khas yang terdapat di Malaysia iaitu
bermula daripada Pra sekolah yang mempersyaratkan umur kanak-kanak tidak kurang
daripada 5 tahun dan boleh menguruskan diri sendiri. Pendidikan rendah iaitu berumur
daripada 6 tahun hingga 14 tahun. Sekolah rendah hanya menawarkan aliran akademik
disamping penyediaan asrama dan juga makanan secara percuma. Pendidikan
Menengah bermula daripada umur 13 tahun hingga 19 tahun. Pendidikan Menengah
menawarkan aliran akademik dan juga vokasional. Dan yang terakhir ialah Pendidikan
Teknik dan Vokasional. Di mana ia merangkumi Sekolah Khas dan juga Program
Pendidikan Khas Integrasi.

You might also like