You are on page 1of 5

Tarikh : 05.09.

2020 / Jumaat

Kelas : 4 Zaaba

Tajuk : Pecahan, Perpuluhan dan Peratus

Standard Kandungan : 2.1 Pecahan

Standard Pembelajaran : 2.1.1 Menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor


bercampur dan sebaliknya.

Aktiviti 1: (Individu)
a. Murid menghasilkan bentuk segi empat sama daripada sehelai kertas A4.
b. Murid membahagikan bentuk terhasil kepada beberapa bahagian sama besar.
c. Murid mewarnakan beberapa bahagian dengan pensil.
d. Murid menyatakan nilai pecahan bagi bahagian yang telah diwarnakan.
e. Guru mengingatkan tentang jenis pecahan dihasilkan ialah pecahan wajar.
Contoh:

3
4

Aktiviti 2: (Berpasangan)
a. Setiap pasangan menggunakan hasil kerja masing-masing daripada Aktiviti 1.
b. Murid menyatakan nilai pecahan bagi gabungan bahagian yang diwarnakan.
Contoh:

3 2 5
4 4 4

c. Guru menegaskan tentang jenis pecahan dihasilkan ialah pecahan tak wajar.
d. Murid membanding jenis pecahan dan merumuskan konsep pecahan wajar dan
pecahan tak wajar.
Aktiviti 3: (Berpasangan)
a. Setiap pasangan menggunakan hasil kerja masing-masing daripada Aktiviti 1.
b. Murid memindahkan bahagian diwarnakan pada satu bentuk terhasil untuk
memenuhkan bahagian pada satu lagi bentuk terhasil. Bahagian yang telah
dipindahkan dibiarkan kosong.
Contoh:

3 2 1
1
4 4 4
c. Guru menegaskan tentang nilai pecahan jika keseluruhan bahagian diwarnakan
ialah 1.
d. Murid menyatakan nilai pecahan terhasil dalam bentuk nombor bercampur.
e. Murid menyatakan operasi penukaran pecahan tak wajar kepada nombor
bercampur dalam bentuk ayat matematik.
Contoh:

5 4 1 1
= + =1
4 4 4 4
f. Murid menyatakan operasi penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak
wajar dalam bentuk ayat matematik.
Contoh:
1 4 1 5
1 = + =
4 4 4 4

Aktiviti 4: (Berpasangan)
a. Guru menunjukkan kaedah pengiraan bahagi untuk penukaran pecahan tak wajar
kepada nombor bercampur.
Contoh:
1
5 1 4 5
= 5÷4=1
4 4 4
1

b. Guru menegaskan tentang hasil jawapan perlu dalam bentuk termudah.


c. Murid melaksanakan operasi penukaran pecahan tak wajar kepada nombor
bercampur dengan kaedah pengiraan bahagi atau merujuk Jadual Sifir Pelbagai
Guna(JSPG).
Aktiviti 5:
Guru membimbing murid menukar nombor bercampur kepada pecahan tak wajar
dengan aktiviti, gambar rajah dan pengiraan.
Contoh:
Mengira:
24+3 11
2 34 = 4 = 4

Gambar rajah:

2 34 11
4

Aktiviti 6: (Berpasangan)
a. Guru menunjukkan kaedah pengiraan tambah pecahan untuk penukaran nombor
bercampur kepada pecahan tak wajar.
Contoh:

1 4 1 5
1 = + =
4 4 4 4
b. Murid melaksanakan operasi penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak
wajar dengan kaedah pengiraan tambah pecahan.

Aktiviti 7: (Kumpulan lima-lima)


a. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan penukaran beberapa pecahan tak wajar
kepada nombor bercampur dan penukaran beberapa nombor bercampur kepada
pecahan tak wajar menggunakan kaedah gambarajah dan pengiraan.
b. Hasil kerja dipersembahkan untuk dinilai dan disemak oleh kumpulan lain.

Pentaksiran:
Boleh dilaksanakan melalui penyataan ayat matematik penukaran pecahan tak wajar
kepada nombor bercampur dan sebaliknya. Pentaksiran juga boleh dikukuhkan lagi
melalui Lembaran Kerja yang dilengkapkan murid.

Sikap dan Nilai:


Terapkan sifat saling bekerjasama terutama apabila berada di dalam kumpulan.
Melatih sikap kepimpinan dalam mengagihkan tugas dan melaksanakan tugas diberi.
Lembaran Kerja 1
Nama: __________________________ Kelas: _______________
Tulis pecahan kawasan berlorek bagi gambar rajah berikut.
Lembaran Kerja 2
Nama: __________________________ Kelas: _______________
a. Tukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur.

3 7
= =
2 6

6 12
= =
4 10

b. Tukar nombor bercampur kepada pecahan tak wajar.

2 3
1 = 2 =
3 4

5 3
2 = 3 =
8 10

You might also like