You are on page 1of 2

NO.

SOALAN: 21

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN WAYTHA MOORTHY A/L PONNUSAMY

TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020 (SELASA)

SOALAN NO. 21

Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan daripada jumlah 525


sekolah Tamil, berapakah sekolah yang disediakan dengan kemudahan
pra-sekolah. Apakah langkah-langkah yang sedang dilaksanakan oleh
Kerajaan untuk memastikan semua sekolah Tamil mempunyai
kemudahan pra-sekolah.

1
NO. SOALAN: 21

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam melaksanakan


peluasan kelas prasekolah tanpa mengira lokasi di kawasan yang
berkeperluan. KPM berhasrat meningkatkan enrolmen prasekolah
seperti yang terkandung dalam Anjakan 1 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu meningkatkan kualiti
prasekolah dan menggalakkan enrolmen sejagat menjelang tahun 2020.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan membuka


prasekolah di semua jenis institusi bawah KPM termasuk Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah berdasarkan permintaan, keperluan
dan kesesuaian tempat. Kelas prasekolah baharu KPM dilaksanakan
secara berterusan mengikut unjuran keperluan daripada Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN). Sehingga Julai 2020, sebanyak 247 buah
SJKT di seluruh negara telah dilengkapi dengan kemudahan
prasekolah.

Sekian, terima kasih.

NJM42

You might also like