You are on page 1of 14

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/301887153

PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENGURUSAN AKTIVITI DAKWAH


DI SEKOLAH

Article · April 2014

CITATIONS READS

0 9,223

1 author:

Razaleigh Muhamat Kawangit


Universiti Kebangsaan Malaysia
98 PUBLICATIONS   120 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Modul Literasi Undang-undang untuk Muallaf View project

artikel da'wah View project

All content following this page was uploaded by Razaleigh Muhamat Kawangit on 05 May 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


1

PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENGURUSAN AKTIVITI


DAKWAH DI SEKOLAH
Oleh
Razaleigh Muhamat @ Kawangit

abstrak

Kertas kerja ini bertujuan melihat peranan guru Pendidikan Islam dalam
menjadi model dan pengurus kepada aktiviti dakwah di sekolah. Tidak dapat
dinafikan dua peranan sebagai model dan pengurus dakwah adalah
tanggungjawab yang besar. Melalui kajian berdasarkan metode dokumentasi
ini mendapati bahawa model guru sebagai muaddib, murabbi, mursyid,
mu’allim dan mudarris adalah sangat sesuai dijalankan diperingkat sekolah

1. PENGENALAN

Kecemerlangan sesebuah sekolah boleh diukur daripada pelbagai aspek sama ada berdasarkan
pencapaian dan disiplin pelajar, kepuasan kerja guru, persekitaran yang selesa dan selamat serta
penerimaan masyarakat. Untuk membina dan mengekalkan kecemerlangan ini, perlulah
dilakukan sesuatu pembaharuan mengikut tuntutan semasa. Di sini penulis ingin menekankan
tentang kepentingan kepimpinan guru Pendidikan Islam yang berkesan melalui model 5M dan
keperluan aktiviti-aktiviti dakwah yang terancang sebagai salah satu cara mengekalkan
kecemerlangan sesebuah sekolah. Oleh itu penilaian pelajar akan diambil kira untuk mengukur
sejauhmana kejayaan dan keberkesanan kepimpinan guru dalam melaksanakan aktiviti dakwah
di sekolah,

2. DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM

Ilmu tatabahasa Melayu menjelaskan ‘Pendidikan’ ialah kata nama terbitan yang berakar umbi
daripada kata dasar ‘didik’ yang bermaksud jaga atau pelihara atau ajar dengan hati sejak kecil
(Kamus Dewan: 2010: 350). Dalam bahasa Inggeris pendidikan disebut sebagai ‘education’ yang
dikatakan berasal daripada gabungan dua perkataan dalam bahasa Latin iaitu e’ex (keluar) dan
ducereduc (memimpin). Ia juga boleh diertikan sebagai mengumpul maklumat ke dalam diri bagi
membentuk bakat (Universal Dictionary, 1986: 491). Pendidikan dalam Islam dari segi bahasa
Arab terdiri daripada beberapa perkataan utama iaitu tarbiyyah, tarhib, ta’dib, tadris dan ta’lim.
Perkataan tarbiyyah adalah asal daripada bahasa arab iaitu raba yarbu riba rabw yang
membawa makna bertambah, biak dan naik. Daripada perkataan ini diterbitkan perkataan rabba
yurabbi tarbiyyatan yang bermaksud mengasuh dan mendidik (Ibn Mandhur, 1997 : 207; al-
Bustani, 1956 : 229). Ta’dib berasal daripada dua kata akar iaitu aduba ya’dubu adab yang
bermaksud santun, beradab dan sopan (Ibn Mandhur, 1997 : 206). Perkataan tadris berasal
daripada perkataan darrasa yudarrisu tadris bermaksud mempelajari (Ibn Mandhur, 1997 : 79).
Perkataan ta’lim berasal daripada kata akar ‘alima ya’lamu ‘lman bermaksud tahu, mengetahui
dan dapat tahu (Ibn Mandhur, 1997 : 416).
2

Di sini jelaslah definisi pendidikan dalam Islam dapat disimpulkan sebagai suatu proses
mengasuh dan mendidik, membela, mematuhi arahan pemimpin, membuang sifat yang tercela
kepada kelakuan yang terpuji dan membentuk sikap belajar. Pendidikan Islam juga merupakan
suatu proses melaksanakan falsafah pendidikan dan menterjemahkannnya secara realiti dalam
dalam kehidupan seharian.

3. MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM

Matlamat diertikan sebagai tujuan atau objektif terhadap sesuatu perkara yang ingin dicapai. Ia
merupakan satu ahdaf dalam Pendidikan Islam. Ini kerana sesuatu sistem yang akan
dilaksanakan itu mesti memenuhi matlamat yang telah dirancang. perancangan yang disusun
perlu ada matlamat untuk mencapainya. Matlamat pendidikan dalam Islam juga membawa
mafhum sebagai “suatu hasil” atau “dapatan” yang dikehendaki pada akhir sesuatu program
yang direncanakan. Sebelum sesuatu dasar atau sistem itu dikendalikan, hala tuju (matlamat)
perlu difikirkan supaya destinasi yang ingin dituju sampai pada arahnya (Ghazali Darusalam,
2004: 32).

Matlamat utama sistem pendidikan Islam ialah untuk memberikan kemahiran,


pengetahuan dan membangunkan insan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Dalam dunia
pendidikan kini, sekolah dan guru mempunyai peranan yang sangat penting kerana mereka telah
mengambil alih sebahagian besat tugas keluarga untuk mendidik generasi muda.Dengan
perkataan lain, perkembangan kemajuan teknologi dan complexity masyarakat global tanpa
sempadan yang mengejar kemewahan kebendaan, tugas pendidikan kini hampir diserahkan
kepada institusi formal, khususnya sekolah Iab. Tamuri 2010). Di sini jelas menunjukkan betapa
pentingnya peranan sekolah yang bukan sahaja satu tempat untuk pelajar menimba ilmu tetapi
juga untuk tujuan pembangunan moral dan sosial mereka.

Syed Ali Ashraf (1993: 3) mengatakan pendidikan dalam Islam bertujuan melahirkan
khalifatullah yang mempunyai perkembangan yang seimbang. Ianya berasaskan kepada aspek
kerohanian kerana melaluinya manusia akan terdidik untuk taat dan patuh kepada hukum yang
disyariatkan oleh Allah SWT. Prof. Dr. A. Athiyah al-Abrasyi (1970) menjelaskan matlamat
Pendidikan Islam iaitu “ Pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat
hidup dengan sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya, sempurna akhlaknya, halus
dan murni perasaannya, bekerjasama, baik bahasanya, tulisan dan lisannya serta dapat
membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik” (Ghazali Darusalam, 2004: 32).

Berdasarkan pendapat di atas dapatlah dijelaskan bahawa matlamat Pendidikan Islam


adalah untuk:

a) Mengatur kehidupan yang sempurna berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.


b) Dapat memberi kebahagiaan hidup.
c) Menanam semangat nasionalisme kepada negara.
d) Memiliki ketahanan rohani dan jasmani.
e) Membentuk akhlak yang mulia.
f) Kebolehan dan kecekapan dalam pekerjaan.
3

4. PENGHAYATAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (FPI) OLEH GURU PENDIDIKAN
ISLAM

Di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ada mengaitkan tentang usaha agar pendidikan di
Malaysia dapat mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
(JERI). Kepentingan serta kekuatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di sini ialah pelajar bukan
sahaja dapat dibentuk sebagai seorang yang bijak dan berpengetahuan dalam bidang akademik
malah mereka juga dapat menjadi seorang yang aktif, progresif dalam sukan dan aktiviti ko-
kurikulum dan juga dapat mengawal emosi dan perasaan dengan berkesan di samping sentiasa
dapat berfikir dengan positif dan rasional (Mohd Yusuf Ahmad, 2005 :46).

Di dalam Falsafah Pendidikan Islam, dasar utama yang menjadi asasnya ialah Al-Quran
dan Al-Sunnah dan matlamatnya untuk mempotensikan seseorang insan agar menjadi muslim
yang berilmu pengetahuan, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia ke arah melengkapkan
diri serta tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah (Ghazali Darusalam 2004 : 175).
Matlamat dan arah tuju Falsafah Pendidikan Islam adalah menjurus kepada pembangunan
pendidikan Islam dalam empat aspek utama iaitu:

a) Menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai dasar dalam pembelajaran seumur


hidup bagi mendapat ilmu, kemahiran dan penghayatan.

b) Membentuk umat Islam menjadi hamba Allah yang mahir, keperibadian tinggi
serta mempunyai pandangan semesta yang selari dengan ajaran Islam.

c) Membentuk umat Islam yang bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan alam
sekitar.

d) Membentuk insan soleh sehingga mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia


dan akhirat (Kamarul Jasmi, 2007 : 24).

Kefahaman yang jelas terhadap FPK dan FPI mampu memberi dorongan dalaman yang
lebih berkesan kepada guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran serta
penglibatan mereka dalam aktiviti dakwah yang dijalankan. Kedudukan Pendidikan Islam dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dianggap sebagai regu untuk mencapai suatu matlamat. Oleh
itu, Pendidikan Islam tidak boleh dilihat dalam konteks sebagai satu mata pelajaran semata-mata
tetapi sebaliknya ia juga mempunyai peranan penting dalam memberi pengisian kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepatuhan dan kepercayaan kepada Tuhan
(Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSM 2008) .

Di sini jelaslah bahawa Falsafah Pendidikan Islam merupakan pendokong utama kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Matlamat kedua-duanya adalah selari iaitu ke arah melahirkan generasi Islam yang berilmu dan
4

berakhlak mulia. Keadaan ini telah meletakkan guru Pendidikan Islam di kedudukan yang tinggi
serta merupakan satu cabaran yang besar kepada mereka dalam menyumbang ke arah
merealisasikan apa yang dikehendaki dalam isi kandungan Falsafah Pendidikan keseluruhannya.

5. KEDUDUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM SISTEM PENDIDIKAN

Pada awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu (kini Semenanjung Malaysia), guru telah
memainkan peranan yang penting dalam mendidik, memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada
pelajar-pelajarnya. Pada waktu itu, ibu bapa dan masyarakat memberi penghormatan yang sangat
tinggi terhadap guru-guru agama. Ini adalah menurut kajian Abdul Raof Dalip 1993; Ishak Mohd
Rejab 1993; Rosnani Hashim 1996; Wan Zahidi Wan Teh 1993 (Zaharah Hussin, 2005 : 84).

Sebelum abad ke-20 lagi, ibu bapa Melayu telah menghantar anak-anak mereka seawal
usia lima tahun ke rumah guru-guru agama. Pada waktu itu, guru agama dipandang sangat mulia
kerana mereka mengajar dengan penuh keikhlasan tanpa memperoleh sebarang ganjaran
daripada pemerintah (Rosnani Hashim 1996 :20). Mereka yang berkebolehan dalam bidang
agama menjadi tumpuan untuk proses sosialisasi kanak-kanak dan orang dewasa berasaskan
ajaran Islam. Pendidikan rasmi untuk kanak-kanak Melayu bermula sejak mereka berumur enam
tahun di kelas al-Quran. Di situ mereka diajar oleh imam tentang cara bersopan santun, membaca
doa dan mengaji al-Quran (Ahmad Kilani Mohamed, 2003 : 25)

Bilangan mereka yang datang belajar di rumah guru bertambah dari semasa ke semasa
hingga keadaan menjadi sesak. Bagi mengatasinya timbullah idea untuk mendirikan surau. Maka
pembelajaranpun berpindahlah dari rumah guru ke surau atau masjid. Mahmood Yaacob (1974)
menyatakan bahawa ada antara para pelajar itu yang datang dari jauh. Ini mewujudkan masalah
berulang alik atau tempat tinggal. Apabila bilangan mereka semakin bertambah, pondok-pondok
kecil didirikan di persekitaran rumah guru. Dengan ini wujudlah apa yang disebut sebagai sistem
pondok (Ahmad Kilani Mohamed, 2003 : 26)
.
Menurut Zainal Abidin Abdul Kadir (1993) Pendidikan Islam telah berjalan di bawah
zaman penjajahan selama lebih 400 tahun sehinggalah wujudnya Penyata Pelajaran Razak (1956)
dan Penyata Pelajaran Abdul Rahman Talib (1960). Dalam kedua-dua penyata tersebut,
Pendidikan Islam telah dibicarakan untuk diletakkan ‘bersama’ dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan. Akta Pelajaran (1961), telah memasukkan mata pelajaran agama Islam dalam
jadual waktu dengan peruntukan masa belajarnya sebanyak 120 minit seminggu. Pada tahun
1988, mata pelajaran agama (Pendidikan Islam) telah ditambah daripada 120 minit kepada 240
minit seminggu (Ahmad Kilani Mohamed, 2003 : 26)

Akhir tahun 1980-an merupakan tahun-tahun reformasi dan penjelmaan kembali


Pendidikan Islam dalam Sistem Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dengan
berani telah menjadikan ‘kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan’ sebagai teras dan dasar
penjurusan segala aktiviti pendidikan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan FPN telah
mendokong cita-cita dan hasrat Falsafah Pendidikan Islam. FPN telah meletakkan ‘pembinaan
insan seimbang’ dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani ke arah melahirkan insan sepadu
yang tunduk dan patuh kepada Tuhan ( Hamidah Sulaiman, 2005 : 34).
5

Memandangkan besarnya peranan guru dari dahulu hingga sekarang, maka kerajaan telah
menaiktaraf kedudukan guru melalui kursus-kursus perguruan. Ucapan Dato’ Hj Abdul Majid
bin Omar di dalam Pidato Kepimpinan (2007) menjelaskan mulai tahun 2005, dalam usaha
kerajaan melahirkan tenaga pengajar yang mahir dan berwibawa, pemilihan guru Pendidikan
Islam adalah berdasarkan tiga pelan iaitu Aktiviti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan
calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Calon bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
(KPLI) perlu memiliki ijazah yang menepati bidang yang dipohon, menduduki Ujian
Pemilihan Calon Guru Malaysia (MteST), aktif dalam ko-kurikulum, melepasi tapisan
keselamatan, bebas dari penyalahgunaan bahan dadah dan lulus temuduga (Abdul Majid
Omar 2007).

Bagi aktiviti kursus perguruan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula calon perlu
melepasi syarat-syarat akademik yang ditetapkan, menduduki Ujian Sahsiah Guru, ujian
bertulis Bahasa Inggeris dan lulus temu duga. Menurutnya lagi, Kementerian juga telah
mengambilkira kelayakan dalam memenuhi Petunjuk Prestasi Utama untuk diberi insentif
kepada para guru. Melalui proses seperti ini dapat meyakinkan bahawa guru yang diambil
mampu menyumbang dan merealisasikan wawasan negara. Pemilihan guru bukan sekadar
akademik semata-mata malah mereka yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum bagi membentuk
modal insan yang cemerlang ( Abdul Majid Omar 2007).

Di sini jelas menunjukkan betapa tingginya kedudukan Guru Pendidikan Islam di dalam
sistem pendidikan sejak dari mulanya kedatangan Islam ke Tanah Melayu hingga sekarang.
Jika dilihat dari penerangan di atas, jelas menunjukkan perkembangan Pendidikan Islam
berjalan dengan teratur dan sistematik bermula dari Institusi Rumah Imam atau Guru, Institusi
Pondok, Institusi Madrasah, Sistem Sekular , Pendidikan Islam di zaman penjajah, selepas
merdeka hingga masa kini di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Guru adalah agen pendidikan yang berkesan (Ahmad Mohd Salleh 1997 ). Walau sebaik
manapun sesuatu sistem pendidikan itu, jika guru yang mengajar bukan guru yang berkesan
bermakna apa yang disampaikan/ diajar tidak akan difahami pelajar dan seterusnya matlamat
pengajaran tidak tercapai (Zaharah Hussin, 2005 : 85). Oleh itu, guru-guru Pendidikan Islam
perlulah mengukuhkan lagi peranan dan tanggungjawab mereka dalam merealisasikan hasrat
Falsafah Pendidikan amnya dan Falsafah Pendidikan Guru khususnya. Dalam konteks kajian ini,
penyelidik akan menjuruskan peranan guru Pendidikan Islam kepada kepada lima model (5M)
utama iaitu guru sebagai muaddib , murabbi, mursyid, muallim dan mudarris.

6. KONSEP GURU DALAM ISLAM

Kewibawaan pendidik Muslim adalah sangat penting dalam usaha melaksanakan tugas
mendidik dan memimpin pelajar secara lebih berkesan. Keunggulan dan keluhuran peribadi
Rasulullah SAW jika dapat diterapkan dalam setiap diri pendidik akan dapat menjadi role
model kepada para pelajar. Terdapat sekurang-kurangnya lima komponen yang menjadi ciri guru
muslim iaitu muaddib, murabbi, mursyid, mu’allim dan mudarris yang dikenali sebagai model
5M (Ab Halim Tamuri et al. 2008, 2010).
6

6.1 Guru Pendidikan Islam sebagai muaddib

Perkataan mu’addib boleh diterjemahkan sebagai pembentuk adab yang diambil dari perkataan
addaba yaaddibu ta’diban yang bermaksud penyucian atau membersihkan seseorang daripada
kekotoran. Ta’dib al-sabiyyin sertinya mendidik anak dengan tarbiyyah yang solehah dan bebas
daripada perbuatan cela dan kotor (Anis et.al 1972). Menurut (Abdullah 1995), T a’dib dari segi
terminologi membawa maksud dalam proses mendidik atau membentuk. Seseorang individu
yang terdidik mempunyai kemampuan untuk mengembangkan segala potensinya ke arah
pembentukan peribadi, sikap dan sahsiah selaras dengan acuan pembentukan yang ditetapkan
oleh Allah S.W.T. (Kamarul Jasmi, 2007 : 85).

Konsep ta’dib merupakan proses mengasuh, mendidik, membentuk, membimbing,


menanam, menyuci, menitis dan menyuburkan akhlak mulia dalam pembinaan dan
pembangunan diri insan. Ta’dib juga meliputi proses pembentukan akhlak, disiplin, tingkahlaku,
sahsiah dan seluruh adab sopan seseorang insan. Oleh itu, ta’dib bertujuan untuk membentuk dan
mengembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beramal soleh dan berperibadi
mulia ke arah melengkapkan diri sebagai hamba Allah yang bertaqwa (Kamarul Jasmi, 2007 :
85).

Ciri-ciri muaddib Guru Pendidikan Islam iaitu:


a) Memakai pakaian yang sesuai dan kemas (menutup aurat).
b) Menepati masa.
c) Menuturkan kata-kata dengan sopan dan berhemah.
d) Menunjukkan kewibawaan (berautoriti dan berilmu)
e) Menunjukkan sikap prihatin terhadap kebajikan pelajar.
f) Mempamerkan sifat tawaddu’ atau rendah diri.
g) Mempamerkan sifat keceriaan.
h) Menerapkan akhlak semasa pengajaran & pembelajaran.
i) Mengambil berat terhadap perkembangan adab pelajar.
j) Menjaga maruah diri.
k) Menampilkan perwatakan atau personaliti yang baik (Kamarul Jasmi, 2007 : 89).

Di sini jelas menunjukkan sifat Guru Pendidikan Islam yang muaddib merujuk kepada
peranan guru di dalam bilik darjah dan perlaksanaan aktiviti dakwah yang dijalankan untuk
mengasuh, mendidik, membentuk, membimbing, menanam, dan menyuburkan akhlak mulia,
disiplin, tingkah laku, sahsiah dan adab sopan dalam pembinaan dan pembangunan diri para
pelajar. Proses ta’dib ini bersumberkan wahyu Allah SWT. Manakala nilai ta’dib yang cuba
diterapkan di dalam diri pelajar adalah bersufat mutlak, kekal abadi dan suci serta diasaskan
kepada keimanan yang kukuh kepada Allah SWT.

6.2 Guru Pendidikan Islam Sebagai murabbi

Dalam Kamus Dewan (2010 : 1609), tarbiyyah bermaksud pendidikan. Perkataan itu berasal
dari kata kerja “didik” membawa maksud pelihara, ajar atau jaga dengan hati-hati. Apabila diberi
imbuhan “pen” dan “an” membawa maksud perihal mendidik atau pengetahuan mendidik yang
meliputi latihan dan pengajaran. Atan Long (1982) menerangkan maksud pendidikan adalah satu
7

proses dan aktiviti untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki dalam diri seseorang. Ianya
selaras dengan firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Israa’ : 24 yang maksudnya: “Dan
rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah:
"Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku
masa kecil.” ( Al-Qur’an, al-Israa’ 17, 24)

Berdasarkan ayat di atas definisi tarbiyyah menjurus kepada maksud mencurahkan kasih
sayang, memelihara, mendidik semasa kecil dan mengembangkan. Ini bermakna konsep
tarbiyyah lebih menjurus kepada penumpuan pendidikan jasmani, rohani dan pemantauan
perkembangan fizikal seseorang individu. Di sini konsep tarbiyyah merujuk kepada peranan guru
dalam bilik darjah untuk menjaga, membesar, mencurah kasih sayang, mendidik, mengajar,
menyubur dan memelihara fitrah para pelajar serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud
dalam diri mereka secara beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras dengan
kematangan yang dilalui oleh para pelajar tersebut (Kamarul Jasmi, 2007 : 94).

Ciri-ciri murabbi Guru Pendidikan Islam iaitu:

a) Menerapkan unsur ketauhidan.


b) Menerapkan nilai kemanusiaan.
c) Menyahkan nilai bukan Islam.
d) Menggunakan bahasa komunikasi yang sesuai dengan pelajar.
e) Memotivasikan pelajar.
f) Mengenali pelajar dan keluarga mereka.
g) Mendampingi pelajar dengan mesra.
h) Menunjukkan kasih sayang terhadap pelajar.
i) Menghormati idea atau potensi pelajar.
j) Menegur pelajar secara hikmah (tidak mengugut, sindir dan berleter).
k) Menghukum pelajar untuk mendidik dan bukan mendenda.
l) Memanggil pelajar dengan mesra dan penuh kasih sayang.
m) Mewujudkan hubungan keibubapaan dengan pelajar (Kamarul Jasmi, 2007 : 95).

Di sini jelas menunjukkan sifat guru yang murabbi melibatkan proses mendidik,
memelihara dan membentuk pelajar sehingga wujud rasa kasih sayang dan saling percaya
mempercayai antara mereka. Guru murabbi merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah
dan perlaksanaan aktiviti dakwah untuk menjaga, mencurahkan kasih sayang, mendidik,
mengajar, menyubur dan memelihara fitrah para pelajar serta memupuk bakat dan kebolehan
yang wujud dalam diri mereka secara beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras
dengan kematangan yang dilalui oleh para pelajar tersebut. Guru berperanan merealisasikan
pembentukan dan pembangunan para pelajar dari pelbagai aspek meliputi jasmani, emosi, rohani,
intelektual dan spiritual (JERIS) agar dapat melahirkan insan soleh yang berakhlak mulia
menurut kaca mata Islam.

6.3 Guru Pendidikan Islam sebagai mursyid

Konsep irsyad menurut al-Quran mengandungi maksud jalan petunjuk, pemimpin yang memberi
petunjuk, dan petunjuk ke jalan yang benar. Konsep irsyad juga bermaksud proses memberi
8

arahan, panduan, bimbingan dan petunjuk serta menjaga, mengikuti, menasihati dan memimpin
ke jalan yang benar. Ianya merujuk kepada kepimpinan guru melalui pengajaran dan aktiviti
dakwah iaitu menjaga, menasihati, mengarah, membimbing, memberi petunjuk kepada para
pelajar ke arah pembentukan dan pembanguan diri pelajar sebagai insan soleh.

Ciri-ciri mursyid Guru Pendidikan Islam iaitu:


a) Bersikap adil terhadap pelajar.
b) Mengamalkan ciri musyawarah.
c) Mempamerkan sikap tegas.
d) Mempamerkan sifat kepimpinan yang mesra kepada pelajar, ibubapa dan
masyarakat.
e) Menampilkan kepimpinan berhikmah.
f) Mencetuskan idea atau semangat pelajar untuk maju dan berjaya.
g) Bertindak pantas terhadap isu yang dihadapi oleh pelajar.
h) Menggalakkan daya kepimpinan di kalangan pelajar.
i) Mengawal suasana pembelajaran dan kelas dengan berkesan.
j) Membimbing pelajar membuat keputusan.
k) Mengaitkan tanggungjawab pelajar sebagai khalifatullah (Kamarul Jasmi, 2007 : 95).

Sifat guru mursyid merupakan seorang yang sentiasa bersedia menjadi penasihat yang
ikhlas, bertindak sebagai mentor iaitu pengajar, penasihat dan pendorong kepada pelajar di
bawah asuhannya untuk berkembang dan mencapai kecemerlangan, seorang pendengar yang
baik tempat pelajar mencurahkan isi hati dan sentiasa ingin berusaha untuk berkongsi impian
dengan anak didik mereka ke arah membina persepsi kendiri yang ceria. Guru mursyid merujuk
kepada aspek guru dalam bilik darjah dan aktiviti dakwah iaitu untuk menjaga, menasihati,
mengarah, membimbing dan memberi petunjuk kepada para pelajar ke arah pembentukan dan
pembangunan diri (JERIS) sebagai insan soleh.

6.4 Guru Pendidikan Islam sebagai muallim

Konsep ta’lim ditakrifkan sebagai suatu proses pemberitahuan, pengajaran, pemindahan dan
penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan daripada seorang guru kepada pelajarnya. Ilmu
pengetahuan itu bersumberkan wahyu Allah SWT. Ta’lim merujuk kepada peranan guru dalam
pengajaran dan menjalankan aktiviti dakwah dengan cara memberitahu, mengajar,
menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu pengetahuan kepada para pelajar
sama ada melalui latihan, arahan atau sebarang bentuk pengajaran yang seumpamanya. Proses
ta’lim juga berperanan untuk mencorak dan mewarnai pembentukan dan pembangunan diri para
pelajar sebagai insan soleh (Kamarul Jasmi, 2007 : 101).

Ciri-ciri mu’allim Guru Pendidikan Islam iaitu:

a) Memiliki dan menguasai ilmu.


b) Menghargai dan meningkatkan ilmu.
c) Menepati fakta.
d) Menyatupadukan ilmu intra dan inter bidang.
e) Menguasai huraian dan sukatan pelajaran.
9

f) Mengetahui isu semasa.


g) Menggalakkan percambahan ilmu.
h) Merangsang pemikiran pelajar melalui Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis
(KBKK).
i) Mempelbagaikan sumber ilmu.
j) Menggalakkan pembelajaran kendiri.
k) Mengamalkan budaya penyelidikan (Kamarul Jasmi, 2007 : 101).

Kesimpulannya bagi melengkapi sikap guru muallim, dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sewajarnya mereka mempunyai niat yang ikhlas, mengetahui dasar-dasar
pendidikan, dan strategi mengajar yang berkesan, memberi rangsangan motivasi kepada para
pelajar dan memahami kaedah-kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan. Guru Pendidikan
Islam juga perlu berusaha meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dengan kecekapan
ikhtisas perguruan, sentiasa mencari pendekatan pengajaran yang menimbulkan minat pelajar
terhadap penghayatan agama dan cintakan agama Islam.

Guru muallim merujuk peranan guru dalam bilik darjah dan perlaksanaan aktiviti dakwah
untuk memberitahu, mengajar, menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu
pengetahuan kepada para pelajar sama ada melalui latihan, arahan atau sebarang bentuk
pengajaran yang dirancang.

6.5 Guru Pendidikan Islam sebagai mudarris

Konsep mudarris merujuk kepada ciri pengajar yang berkesan yang melibatkan aspek pengajaran
dan pembelajaran (P&P) bermula daripada persediaan mengajar sehingga kepada proses
pengajaran dan pembelajaran dan akhirnya penilaian kendiri. Aspek ini lebih menyentuh kepada
aspek luaran P&P berkesan guru.

Ciri-ciri mudarris Guru Pendidikan Islam iaitu:

a) Menarik perhatian pelajar semasa P&P.


b) Menstruktur kandungan pengajaran.
c) Mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
d) Memperkenalkan tajuk pengajaran semasa pengajaran.
e) Menyampaikan maklumat dengan mudah, tepat dan jelas.
f) Menggunakan papan hitam atau papan putih dengan berkesan.
g) Menyesuaikan strategi pengajaran dengan masa, minat dan kebolehan atau tahap
pelajar.
h) Mengawal bilik darjah dengan baik.
i) Menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan berkesan.
j) Memiliki sifat humor.
k) Memiliki kemahiran interpersonal yang baik (Kamarul Jasmi, 2007 : 84).

Kesimpulannya konsep mudarris merujuk kepada ciri pengajar yang berkesan


melibatkan aspek pengajaran dan pembelajaran bermula daripada persediaan mengajar
sehingga kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta penilaian kendiri. Konsep ini lebih
10

menyentuh kepada aspek luaran pengajaran dan pembelajaran berkesan guru. Konsep guru
mudarris dinilai daripada lima aspek utama iaitu ciri-ciri peribadi yang dimiliki, kaedah-kaedah
pengajaran yang digunakan, kejayaan mewujudkan iklim dan personaliti bilik darjah yang baik,
mempunyai kepakaran serta mempunyai kecekapan dan kemampuan membuat keputusan yang
profesional.

Ke semua ciri model 5M Guru Pendidikan Islam seperti yang telah diterangkan di atas
mempunyai hubungkait antara satu sama lain. Ianya dapat dirumuskan berdasarkan rajah 2.1 di
bawah.

MUDARRIS
MUDARRIS

MURSYID MUADDIB
GURU
MURSYID
MURSYID MUADDIB
PENDIDIKAN
ISLAM
MURSYID MURABBI

MURSYID
MURSYID MURABBI

Rajah 1: Konsep guru dari perspektif Islam


Sumber : Kajian Ab. HalimTamuri et. al 2010

Secara keseluruhannya, setelah dilihat ciri-ciri keunggulan pendidik seperti yang


digariskan dalam konsep 5M dapat dilihat bahawa ianya merupakan sifat yang perlu dimiliki
dan diamalkan oleh guru-guru Pendidikan Islam khasnya dan semua guru akademik amnya,
kerana ianya jelas menonjolkan ketokohan memimpin, keperibadian mulia, sifat kasih sayang
dan berjiwa luhur. Sifat-sifat ini dijangkakan mampu menjadikan mereka sebagai ikutan yang
terbaik dan berkesan kepada pelajar ke arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).

7. RUJUKAN

Abdul Halim El-Muhammady. 1991. Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin dan Peranan
Pendidik. Petaling Jaya: Dewan Pustaka Islam.
Ab. Halim Tamuri & Khadijah Abdul Razak. 2003. Pengajaran akhlak di sekolah
menengah Persepsi pelajar-pelajar. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 3) Antara
tradisi dan inovasi. Bangi : Fakulti Pendidikan UKM.
Ab. Halim Tamuri, Mohd Izham Hamzah, Masribanun Duki . 2007. Penilaian Pelajar-
Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Amalan Kepimpinan Guru Pendidikan Islam.
Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Jilid 17 Bil. Julai : 33 – 50.
11

Ab. Halim Tamuri. 2008. Kajian Perbandingan Amalan Pengajaran Guru Pendidikan
Islam dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi : Fakulti
Pendidikan UKM.
Ab. Halim Tamuri, Mohd Aderi Che Noh, Khadijah Abdul Razak, Kamarulzaman Abdul
Ghani & Zarin Ismail. 2010. Penilaian Pelajar-pelajar Terhadap Amalan Guru
Pendidikan Islam Di Sekolah-Sekolah Menengah Di Malaysia. Persidangan Serantau
Pendidikan Islam, 24-25 Julai.
Abdul Majid Omar. 2007. Pidato Kepimpinan Ke arah
Profesion Perguruan Yang Cemerlang. http://
www. Scribd. Com/doc/ 28250724/kepimpinan guru ( 20 April 2010).
Abdull Sukor Shaari. 2008. Guru Berkesan : Petua dan Panduan. Sintok Penerbit
Universiti Utara Malaysia.
Abu Bakar Nordin. 1985. Penilaian afektif. MASA Enterprise.
Ahmad Fazullah Mohd Zainal Abidin, Jamal Rizal Razali, Hasnah Hussin (pngr). 2007.
Modal Insan: Konsep, Aplikasi & Isu-isu Kontemporari dalam Cabaran Pemerkasaan
Tamadun Insan. Universiti Malaysia Pahang.
Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Abrasyi, Mohd Athiyah. 1970. Dasar-dasar Pokok Pendidikan Islam. Terj.H.
Bustami A. Gani & Djohar Bahry L.I.S. Jakarta: Bulan Bintang.
Ahmad Haji Awang. 1984. Kegiatan dakwah dan permasalahannya di sekolah.
Himpunan kertas-kertas kerja kursus dakwah dan kepimpinan bagi guru-guru (bukan guru
agama) sekolah menengah dan sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ahmad Mohd Salleh. 1997. Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Selangor
Darul Ehsan : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ahmad Kilani Mohamed. 2003. Pengurusan Pendidikan di Sekolah: Huraian Menurut
Perspektif Islam. Skudai Johor Darul Takzim: Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Ahmad Sunawari Long. 2008. Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam.
Bangi: Fakulti Pengajian Islam UKM.
Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim: Quantum
Books.
Amran Kasimin. 1985. Saudara Baru Cina di Wilayah dan Selangor. Monograf II,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Anis, Ibrahim et al. 1972. Al-Mu’jam al-Wasit al-Mu’jam al-Lughawi. Kaherah: t.pt.
Atan Long. 1982. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim et. al.. 2007. Menguasai Penyelidikan Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Azman Che Omar. 2001. Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Babbie, Earl. 1986. The Practice Of Social Research. California : Wadsworth
Publishing.
Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA).2004.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Education dan Psychological Measurement. 1970. Vol.
30
Fahrul Irfan Ishak. 2000. Buku Panduan Dakwah di Sekolah Menengah Johor Bharu: Johor
Bharu: Penerbitan At-Taqwa.
12

Ghazali Darusalam. 2004. Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Utusan


Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Gillham, B. 2000. Case Study research method. London : Continum.
Ibn Mandhur, al-‘Allamah Abi al-Fadl Jamal al-Din ibn Muhammad ibnu Mukram ibn
Mandhur al-Afriqi al-Misr. 1997. Lisan al-Arab. Jld. 1 – 5. Beirut :Dar al-Fikr.
Hamidah Sulaiman . 2005. Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Bentong Pahang:
PTS Professsional Publishing Sdn. Bhd.
H. Mahmud Yunus. 1973. Kamus Arab Indonesia. Jakarta: Yayasan Penyelenggara
Penterjemah Pentafsir Al-Quran..
Jamaliah Abdul Hamid, Norashimah Ismail. 2005. Pengurusan & Kepimpinan
Pendidikan. Teori, Polisi dan Pelaksanaan.2005.Serdang : Penerbit Universiti Putra
Malaysia.
Kamus Dewan. 2010. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam Kaedah
Pengajaran & Pembelajaran. Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Khalim Zainal, Abdul Salam Yussof, Zaharah Hassan. (pnyt).2009. Kepimpinan. UKM :
Pusat Pengajian Umum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1980. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Taraf
Pelajaran Di Sekolah-sekolah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1990. Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Model Penilaian MBS. 2006-2007. Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan Pendidikan. Skudai : Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd Radzi Ab. Ghani. 2001. Persepsi Guru Pendidikan Islam Terhadap Peranan dan
Penglibatan Pengetua Dalam Menggerakkan Aktiviti Dakwah Pelajar di Sekolah. Tesis
Sarjana Fakulti Pendidikan UKM.
Mohd Yusuf Ahmad .2005. Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Bentong Pahang:
PTS Professsional Publishing Sdn. Bhd.
Mohd Majid Kongting. 1990. Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd Najib Najmuddin. 2003. Hubungan Antara Amalan Agama Dengan
PencapaianAkademik Di Kalangan Pelajar Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan
UKM.
Muhammad ‘Atiyyah al-Abrashi. t.t. Al-Tarbiyyah Al-Islamiyyah Wa Falasifatuha. Cet. 3,
Al-Qahirah: Dar Al-Fikr Al’Arabiy.
Panduan Pengurusan Surau Dan Aktiviti Keagamaan : Di sekolah Dan Asrama. 2002.
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah. Jabatan Pendidikan Kelantan.
Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSM. 2008.
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. Kementerian Pelajaran
Malaysia : Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Rohani Abd Hamid. 1998. Persepsi Guru Yang Berkualiti. Kertas Kerja Projek Sekolah
Siswazah Universiti Utara Malaysia (UUM).
13

Rohaty Mohd Mahzub. 2002. Identiti Guru : Cabaran dan Hala Tuju. Prosiding Seminar
Kebangsaan Profesion Perguruan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor,
hlm. 110-121.
Rosnani Hashim. 1996. Educational Dualism In Malaysia : Implication For Theory
And Practice. Kuala Lumpur : Oxford UP.
Sabitha Marican. 2005.Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangor : Prentice Hall.
Sabitha Marican. 2006. Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmatik. Batu Caves
Selangor : Edusystem Sdn. Bhd.
Samsudin Md. Noor. 2007. Kursus Pentaksiran Pendidikan Islam KBSM. Bahagian
Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sulaiaman Masri. 2003. Kaedah Penyelidikan Dan Panduan : Penulisan Esei, Proposal
Tesis. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors.
Syed Ali Ashraf. 1994. Horizon Baru Dalam Pendidikan Islam. Terj. Ahmad Ismail.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Bahasa.
Tajul Ariffin Noordin.1990. Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Universal dictionary. 1986. London: The Reader’s Digest Asociation Limited.
Zaharah Hussin. 2005. Mendidik Generasi Berakhlak Mulia: Fokus Peranan Guru
Pendidikan Islam. Universiti Malaya : Fakulti Pendidikan. http:/
myais. Fstkm.um.edu.my/ 4987/ (30 April 2010).
Zaidatun Tasir, Mohd Salleh Abu. 2003. Analisis Data Berkomputer SPSS 11.5 For
Windows. Kuala Lumpur : Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.
Zalmiza Zakariya. 2004. Penerimaan Dan Penghayatan Pelajar Terhadap
Matapelajaran Pendidikan Islam. Disertasi Sarjana, Jabatan Pengajian Islam.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zaradi Sudin. 1998. Pengurusan Dakwah Islamiah Bersepadu Di Sekolah
Menengah. Satu Kajian Kes Di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Hulu
Perak, Perak. Projek Penyelidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

View publication stats

You might also like