You are on page 1of 6

 Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum

Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu  politik


perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil
tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman
seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan
ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia
tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu
padu.Ianya ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang
mengemukakan ideologi Malaysian Malaysia bagi  mendapatkan hak
yang sama rata dalam kalangan penduduk di negara ini.Sekali
pandang ianya merupakan suatu isu yang kecil tetapi sebenarnya
isu ini berlawanan dengan kontrak sosial yang dibuat sebelum
negara ini mencapai kemerdekaan. 

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud


terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar
“divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat
memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah
yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang
ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan
pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di
kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-
lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti
perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala
masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah.
Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini
terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah
renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari
segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British
melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini.
Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah
mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat
daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi
dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih
lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih
lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah
membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak
diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri
daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan
komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang
sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan
perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara
sesama kaum terbabit.

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya


berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran
British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi kesedaran
kebangaaan pemuda –pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya
menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya
datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan
berkiblatkan China. Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil
sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil
terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh
syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan
sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem
persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah
kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris
dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar
sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris
juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam
masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka
memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu
golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan
terdidik – berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular  yang
tidak mempunyai pandangan dunia (world – view) yang sama.
Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem
pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan
sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah
memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan
sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Penyalahgunaan media sosial  telah mula menular sejak akhir-akhir


ini. Media sosial seperti web dan blog serta face book menyebabkan
timbulnya  kerenggangan kaum kerana banyak menimbulkan isu
sensitif . Beberapa laman web yang bebas bergerak telah
memperkatakan begitu banyak isu bersifat sensiti di samping
menaburkan fitnah serta berita palsu menyebabkan wujudnya
keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa kenyataan
bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa
sekarang. Keadaan ini pula tidak diambil tindakan oleh pihak
berkuasa kerana pertindihan tugas dan bidang kuasa antara badan
penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi.  Penyebaran berita
palsu dan tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan
persengketaan terhadap anggota masyarakat di negara ini. Isu
kalimah Allah dalam bible yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu
contohnya  menyebabkan berlaku pertentangan pendapat dalam
kalangan rakyat di negara ini. Ianya bakal menyebabkan wujudnya
rasa benci dan dendam dalam masyarakat yang mampu
mengguggat keamanan negara.

Campurtangan kuasa luar juga boleh menlunturkan perpaduan di


negara ini.Beberapa individu yang dikenalpasti sedang berusaha
mendapatkan kerjasama daripada Amerika Syarikat dan Australia
dalam usaha mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap
permasalahan yang mereka hadapi. Kehadiran beberapa pemimpin
dari luar ini boleh dianggap cuba mencampuri urusan negara ini
kerana cuba mempertikaikan isu hubungan sesama jenis dan hak
golongan  lesbian, gay dan transgender di negara ini.Segelintir
anggota masyarakat juga mengaitkan isu di atas sebagai isu hak
asasi manusia di negara ini. Dengan menjadikan isu ini sebagai isu
hak asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian daripada
anggota masyarakat.

(e) Langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan


perpaduan kaum di Malaysia           

Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak


kerajaan mampu mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di
negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah
dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang
merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan
perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai
strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik,
ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama,
Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan
Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan,
Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan
Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan
Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan
Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN),
program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program
Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang
dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat
dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat
antara rakyat di negara ini.
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
memperkenalkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya
telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini
diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun
2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan
yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud
kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya
persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana
hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam
sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang
kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan
terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar
semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini
dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk
menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.Antara
aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar, kursus
motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran
kebudyaan dan persembahan pentas.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah


mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN
sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan
dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang
merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul
kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan
dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang
dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal
bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam
membentuk perpaduan kaum.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti


kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil
bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat
memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu
sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang
tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative
masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang
hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri
menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk
diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus
dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan
sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya
perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti
kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk
semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring
dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama

Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah


menjaga budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan
agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan
pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang
sentiasa dlpatuhi dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia
terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan
Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-
sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari
Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi
Muhammad s.a.w, 
 
Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi
yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk
Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea
satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan
kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya.
Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.Ia
adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara
menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan
terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan
kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad
Badawi
 
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap
menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia
perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan
bagi jangka masa panjang. Prinsip utama yang mendasari
1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga
besar. Oleh yang demikian slogan ini sudah tentu menjadi satu
pemangkin kepada perpaduan rakyat di negara ini.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang


kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan.
Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara
satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan
rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa
hormoni antara kaum di negara ini.

(f) Rumusan

Pengetahuan 
 
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini
menginjak menjadi sebuah negara maju menjelang tahnun 2020.
Antara faktor  utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui
situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau
tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain.
 
Berdasarkan peristiwa  13 Mei 1969  kita wajar  memperkuat
semula perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota
masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di
negara yang kita cintai ini.
 
Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan
menghayati peristiwa sejarah negara negara ini yang terjajah
sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi
menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .

Iktibar
 
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya
dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur,
hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan
 
Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa
mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak terpengaruh dengan
anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang
bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini
agar menjadi lebih bermakna akhirnya.

You might also like