You are on page 1of 2

SYOR RESOLUSI AGM FELDA HOLDINGS BHD KE-22

BIL SYOR

1. Pihak Kementerian sewajarnya perlu mendapatkan jumlah kekerapan


mesyuarat tahunan Ahli Lembaga Pengarah yang lebih terperinci bagi
tahun 2016 dan 2017.

2. Mengikut resolusi, jumlah pembayaran yuran pengarah bagi tahun


SYOR
2017 sebanyak RM405,982.00 meningkat sebanyak RM24,982.00 atau
RESOLUSI 1
0.06% daripada tahun sebelumnya.

3. Disyorkan agar jumlah kekerapan mesyuarat diambil kira bagi


menjamin pembayaran yuran ini setimpal dengan beban tugas dan
tanggungjawab Lembaga Pengarah.

1. Penawaran diri Encik Azman bin Ahmad untuk mengisi kekosongan


Lembaga Pengarah dianggap bertepatan dengan pengalaman dan
jawatan semasa di FGVH (rujuk Lampiran 1).
SYOR
RESOLUSI 2
2. Disyorkan agar Encik Azman bin Ahmad boleh dilantik semula sebagai
Lembaga Pengarah atas pertimbangan Menteri kerana pelantikan
lembaga Pengarah tidak melanggar Artikel 106 Tataurusan Syarikat.

1. Encik Ahmad Tifli bin Dato’ Haji Mohd Talha merupakan bekas Ketua
Pegawai Kewangan FGVH. Beliau mempunyai pengalaman dalam
bidang pentadbiran kewangan (rujuk Lampiran 2).

2. Untuk perhatian Pihak Kementerian, beliau pernah disiasat berhubung


dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam syarikat FGVH
SYOR
(rujuk Lampiran 3).
RESOLUSI 3
3. Walaubagaimanapun, pelantikan beliau sebagai Lembaga Pengarah
tidak melanggar Artikel 106, Tataurusan Syarikat.

4. Disyorkan, Pihak Kementerian meneliti profil beliau dan seterusnya


mempertimbangkan pelantikan beliau.
1. Tetuan PriceWaterHouseCoopers telah dilantik sebagai juruaudit
syarikat bagi tahun 2017 dan 2018.

2. Walau bagaimanapun, jumlah pembayaran bagi tahun 2017 sebanyak


RM77,000.00 berbanding RM61,000.00 pada tahun sebelumnya. ini
menunjukkan peningkatan sebanyak RM 16,000.00 atau 20.7%.
SYOR
RESOLUSI 4
3. Disyorkan, pihak Kementerian mendapatkan kajian pasaran bagi tahun
ketiga lantikan syarikat PriceWaterHouseCoopers sebelum
menetapkan bayaran ganjaran yang munasabah.

4. Syarikat ini telah terbukti menjalankan audit secara telus (rujuk


Lampiran 4).

You might also like