You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA JENGKA 24

26400 Bandar Jengka,


PAHANG Kod Sekolah : CBA2010

____________________________________________________________________________________

Kepada,
Ahli Jawatankuasa,
Panitia Sains,
SK FELDA Jengka 24,
26400 Bandar Jengka,
Pahang. 30 Jun 2020

Tuan,

MESYUARAT PANITIA SAINS BIL.2 / 2020

Merujuk kepada perkara di atas, memaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan
seperti butiran berikut :

Tempat : Bilik Mesyurat


Tarikh : 2 Julai 2020 ( Khamis )
Masa : 12.30 Tengah hari

2. Antara agenda yang akan dibincangkan adalah seperti berikut :


2.1 Ucapan Ketua Panitia
2.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.1 / 2020
2.3 Analisis Markah Peperiksaan Mac 2020 tahap 1
2.4 Analisis Markah Peperiksaan Mac 2020 tahap 2
2.5 Perbincangan perkembangan Mata pelajaran Sains
2.6 Lain-lain / Perkara Berbangkit

3. Kerjasama pihak tuan dapat hadir ke mesyuarat ini didahulukan dengan ucapan
ribuan terima kasih.
Sekian .

Saya yang menjalankan amanah,

……………………….
( AHMAD HELMI B KASSIM )
Ketua Panitia Sains
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS
BIL. 2 / 2020
Tarikh : 2.07.2020 ( Khamis )
Masa : 12.30 tengah hari – 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyurat
Kehadiran : En Zulkarnain Bin Sulaiman ( Guru PK Kokurikulum )
En Ahmad Helmi Bin Kassim
En Mohd Notfi Bin Ibrahim

1.0 Ucapan Ketua Panitia

Ketua Panitia mengalu-alukan kehadiran AJK panitia Sains. Beliau berharap agar
semua AJK dapat menyumbangkan idea serta pandangan yang bernas demi
meningkatkan prestasi mata pelajaran Sains di sekolah ini.

1.1 Ucapan Wakil Pengerusi

En Zulkarnain Bin Sulaiman mengalu-alukan kehadiran semua AJK panitia Sains.


Beliau memohon supaya perbincangan yang diadakan melalui mesyuarat ini dapat
membuahkan hasil pencapaian mata pelajaran Sains yang membanggakan di sekolah
ini. Beliau juga memohon guru-guru supaya melaksanakan beberapa prinsip dan
norma baharu musim PKP berikutan penularan wabak covid19 dalam menjalankan
pengajaran dan pembelajaran seperti mana yang diarahkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Beberapa perkara perlu menjalankan pengajaran dan
pembelajaran adalah seperti berikut :-

 Pastikan murid menjaga jarak sosial


 Pemeriksaan tahap kesihatan murid sebelum masuk kelas
 Penggunaan pencuci tangan
 Pemakaian topeng muka jika bergejala
 Merekod suhu badan murid

Tindakan : Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


Minit Mesyuarat yang lalu dibentangkan oleh En Mohd Notfi Bin Ibrahim Ia dicadang
oleh En.Ahmad Helmi Bin Kassim dan disokong oleh En Zulkarnain Bin Sulaiman.

3.0 Analisis Post - Mortem Peperiksaan Mac Tahun 2020 Dan PBD

Ketua Panitia Sains membentangkan Post- Mortem Peperiksaan Mac Tahun tahap 1
dan tahap 2 bagi tahun 2020.

3.1. Tahap 1

Mengikut penilaian KSSR Tahap Penguasaan.


Analisa dan post-mortem Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 2020 bagi kelas Tahun 1
hingga Tahun 3 sehingga Jun.

BIL TP TP TP TP TP TP
TAHUN % % % % % %
MURID 1 2 3 4 5 6

1C 22 0 0 0 0 6 27.2% 4 18.1% 6 27.2% 6 27.2%

PPT 22 0 0 10 45.4% 12 54.6% 0 0 0 0 0 0

2C 27 0 0 0 0 5 18.5% 8 29.6% 8 29.6% 6 22.2%

PPT 27 0 0 10 37.0% 12 63.0% 5 0 0 0 0 0

3C 21 0 0 0 0 3 14.2% 5 23.8% 6 28.5% 7 33.3%

PPT 21 0 0 10 47.6% 6 52.4% 5 0 0 0 0 0

Pencapaian Tahap Penguasaan tahun 1, 2, 3


Ulasan :
Terdapat peningkatan markah dalam kalangan murid yang selalu mendapat
markah rendah. Murid yang memperolehi band 3 hingga 4 mempunyai sikap
yang positif. selalu mereka selalu mematuhi arahan guru . Mereka telah
berusaha dengan sungguhnya untuk mencapai hasil ini. murid- murid begini
mempunyai daya usaha yang tinggi untuk menyiapkan kerja rumah dan
tugasan di dalam kelas.

4.0 Analisa dan post-mortem Peperiksaan Mac Tahun 2020 bagi kelas Tahun 4,
Tahun 5 dan Tahun 6

Pencapaian dan target tahun 4 /5/ 6

BIL BI BI BI BI BIL BIL


BIL
TAHUN MURI L % L % L % L % % LULUS GAGAL GPMP
E
D A B C D % %

4C 19 2 10.5 5 26.3 6 31.5 6 31.5 0 0 100 0 2.84

P1 19 0 0 1 5.26 8 42.1 3 15.7 7 38.8 63.1 36.9 3.84

5C 17 2 11.7 5 29.4 5 29.4 5 29.4 0 0 100 0 2.47

P1 17 0 0 1 6.25 1 6.25 13 81.25 1 6.25 93.75 6.25 3.64

6C 25 2 8 10 40 8 32 5 20 0 0 100 0 2.64

P1 25 0 0 4 10 7 17.5 11 27.5 3 7.5 92.5 7.5 3.52

Tindakan Susulan :
Guru Sains ini akan memberi latihan secara terperinci dari aras yang
paling mudah. Guru sains perlu meningkatkan latihan soalan Kertas 2. Oleh
itu, murid akan mahir dalam menjawab soalan Kertas 2.

Analisis Kuantiti :

Rujuk Lembaran markah.

Tindakan :

Sebagai tindakan susulan Guru Sains ini akan memberi latihan secara
terperinci dari aras yang paling mudah. Guru kelas diminta membantu guru ini
untuk menyelesaikan masalah kehadiran murid sekolah ini. guru perlu
meningkatkan latihan kertas 2. latihan berformat UPSR kertas 1 dan kertas
2 perlu diberikan . Markah murid pula perlu disimpan dalam fail peribadi
murid- murid. Melalui ini, guru dapat meningkatkan keputusan murid.

4.1 Ketua Panitia mengaktifkan aktiviti bulanan sains bagi matapelajaran Sains

4.2 Beliau juga mencadangkan penyemakan soalan dilakukan oleh seorang ketua
kumpulan yang berpotensi cemerlang manakala guru hanya berperanan sebagai
fasilitator dan memperbanyakan latihan pengulangan soalan topikal berformat
UPSR.

Tindakan : Guru Sains

5.0 Lain-lain / Perkara Berbangkit


5.1 Program Peningkatan Mata Pelajaran

AJK panitia Sains program peningkatan seperti :

 Minggu Sains/Bengkel Sains Kertas 2


 Kuiz Sains
 Peta i Think

Tindakan : KETUA PANITIA

5.2 Pencerapan dan Pemantauan

Pencerapan fasa 1 telah diajalankan pada bulan mac oleh guru besar. Guru besar juga
turut memberikan komen penambah baikan bagi subjek sains. Guru besar akan
mengadakan pencerapan dari semasa ke semasa mengikut jadual pencerapan guru
yang ditetapkan dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah. Jadual tersebut telah diedarkan
kepada semua guru.

5.3 Semakan Buku Nota Dan Latihan Murid

Semakan pertama menyemak buku latihan fasa 1 telah dijalankan oleh guru besar serta
pencerapan bagi subjek sains telah dilakuan oleh Guru besar
Guru besar dan Ketua Panitia akan menyemak buku rampaian murid sebanyak 3 kali
dalam setahun. Semakan tersebut akan diadakan pada bulan Mac, Jun dan September.

5.4 Perkara Berbangkit

Tiada
(Tindakan Semua Guru Sains)

Ucapan Penangguhan
Ketua panitia menangguhkan mesyuarat dengan ucapan jutaan terima kasih kepada
semua yang hadir.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang sehingga ke satu tarikh yang akan
ditetapkan nanti.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………………… ...………………………… (
En Ahmad Helmi B Kassim ) ( En Amin Zaki Bin Bakar )
Ketua Panitia Sains Guru Besar
SK FELDA Jengka 24
26400 Bandar Jengka
Pahang

You might also like