You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA KEMANUSIAAN BIL 3/ 2018

Tarikh : 02 Ogos 2018

Hari : Khamis

Tempat : Bilik Mesyuarat SKPK Besut

BIL PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS

3.1 Ucapan Pengerusi

3.1.1 Ucapan terima kasih daripada pengerusi


kepada semua AJK kerana dapat hadirkan diri.
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan umul
kitab AL-Fatihah.

3.2
Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat bil 2/2018

3.2.1 Puan Khadijah mencadangkan agar Minit Puan


Mesyuarat Panitia Sains Bil 3 Tahun 2018 Khadijah
disahkan.

Puan Zulina menyokong cadangan tersebut.


Puan Zulina

3.3 Perkara berbangkit

3.3.1 Program cuti terancang telah dijalankan. Semua AJK

3.4 Peperiksaan dan Pentaksiran

3.4.1 Puan Malisa mengingatkan guru untuk Semua AJK


menggunakan font yang betul iaitu Century
Gothic dan saiz 12. Gambar yang digunakan
dalam soalan juga mestilah besar dan jelas.
Puan Malisa berpesan supaya semua guru
perlu membuat mendapatkan tandatangan
Ketua Panitia dan Penolong Kanan
Pentadbiran bagi tujuan semakan.
3.4.2 Puan Noorlida mengingatkan guru-guru Semua AJK
mengenai tujuan kertas peperiksaan yang
disediakan sendiri oleh guru. Hal ini supaya
guru telah mengenali murid masing-masing dan
dapat membuat soalan yang mudah difahami
dan sesuai dengan tahap murid.

3.4.3 Puan Noorlida mengingatkan semua guru Semua AJK


untuk menyediakan bahan soft copy bagi
memudahkan paparan markah murid dan
melancarkan dialog prestasi.

3.4.4 Puan Noorlida mencadangkan satu program Semua AJK


untuk menambahkan kosa kata untuk semua
panitia. Semua panitia perlu berbincang
mengenai satu program atau aktiviti dan alat
bantu belajar yang sesuai bagi menyelesaikan
masalah lemah kosa kata dalam kalangan
murid.

3.4.5 Puan Malisa memberikan penerangan Semua AJK


mengenai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang
perlu dilakukan dalam tempoh masa seminggu.
Tarikh yang ditetapkan adalah 12 – 16 Ogos
2018. Semua guru perlu mengambil tindakan
dan melaksanakan PBD mengikut jadual waktu
masing-masing

3.5 Karnival PASR Peringkat Sekolah

3.5.1 Puan Malisa mengumumkan tarikh yang telah Semua AJK


dipersetujui bagi mengadakan Karnival PASR
Peringkat Sekolah adalah pada 30 Ogos 2018
bersamaan dengan Khamis.

3.5.2 Puan Malisa juga menerangkan mengenai Semua AJK


PASR yang telah memasuki era ProKhas 1
iaitu bermula pada bulan Julai hingga
September.

3.5.3 Puan Malisa mengingatkan bahawa Karnival Semua AJK


PASR ini melibatkan semua panitia. Antara
akitiviti yang dicadangkan ialah jualan hasil
kerja murid, jualan hasil semaian, pemeran dan
aktiviti panitia. Puan Malisa mengharapkan
kerjasama daripada semua ahli untuk
menjayakan program yang telah dirancang.

3.6 Hal-hal lain

3.6.1 Puan Malisa mengingatkan semua ahli supaya Semua AJK


peka dengan sistem online seperti e-operasi,
HERMIS dan e-pangkat. Semua ahli diingatkan
supaya melengkapkan maklumat peribadi
masing-masing. Puan Malisa juga
mengingatkan semua ahli untuk membuat
permohonna cuti melalui HERMIS.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

______________________ _____________________

(CIK MARLIATI BT AWANG) (PN. MALISA BT HUSSIN)


Setiausaha Panitia Kemanusiaan, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Sek. Keb. Pend. Khas Besut Sek. Keb. Pendidikan Khas Besut

You might also like