You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING JAYA

LORONG MASJID I (3/69 – I), 46000 PETALING JAYA


SELANGOR DARUL EHSAN. TEL : 03- 77828051

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Tarikh : 09 Februari 2017


Kepada,
AJK Induk dan AJK Kerja Pusat Sumber,
SK Petaling Jaya

Tuan,

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK DAN JAWATANKUASA KERJA PSS KALI


PERTAMA 2017

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan berdasarkan ketetapan berikut:

Tarikh : 15 Februari 2017


Masa : 2.00 – 4.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Petaling Jaya

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

1.0 Ucapan Pengerusi


2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Perkara Dibincangkan
5.0 Hal-hal lain
6.0 Penangguhan Mesyuarat

4. Kehadiran dan kerjasama tuan diucapkan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

...................................................
( MASDIANA BINTI ISHAK )
Guru Penyelaras Media,
Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya.
SK PETALING JAYA
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK DAN JAWATANKUASA KERJA PSS
KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 15 Februari 2017


Masa : 2.00 – 4.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Petaling Jaya

Kehadiran :
1. PN. ASIAH BT AMIR - PENASIHAT
2. PN. ROSELILAWATI BT MAARIS - NAIB PENGERUSI
3. EN. HARUN BIN OTHMAN - NAIB PENGERUSI
4. PN. KAMARIAH BT NGAH - NAIB PENGERUSI
5. PN. MASDIANA BT ISHAK - SETIAUSAHA
6. CIK RAMANI A/P MANIMARAN - AJKPERPUSTAKAAN
7. PN. EMILIA DIYANA BT SULAIMAN - AJK BILIK APD
8. PN. NUR FATIHAH BT MOHD GHANI - AJK PROGRAM NILAM
9. CIK HANIM IRSYADA BT CHE IBRAHIM - AJK BILIK BBM
10. EN. NASHARUL NIZAR BIN RAMLI - AJK KOKURIKULUM
11. PN. NUR AMIRAH BT ISMAIL - AJK PERKEMBANGAN STAF
12. CIK SALAMIAH BT HADZRI - GURU BIMBINGAN
KAUNSELING
13. CIK AZLINI BT GANTI - KETUA PANITIA BM
14. PN. MAUREEN - KETUA PANITIA BI
15. PN. FARIDAH BT ALI - KETUA PANITIA MATEMATIK
16. CIK HII MEE HA - KETUA PANITIA SAINS

AGENDA
1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1 Pn. Asiah mengucapkan terima kasih kepada AJK yang dapat menghadirkan diri ke
mesyuarat Jawatankuaa Induk Pusat Sumber Bil 1/2017.
1.2 Beliau memaklumkan bahawa bahawa pusat sumber merangkumi semua hal di dalam
sekolah yang membabitkan murid, guru, kurikulum dan kokurikulum.

Tindakan : Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 1/2017
2.1 Dicadangkan oleh Pn. Maureen dan disokong oleh Cik Azlini.

Tindakan : Makluman
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1.1 GPM meminta kerjasama daripada semua guru untuk memantau murid semasa
berada di pusat sumber. Hal ini kerana banyak buku yang berselerak dan tidak
berada di rak yang sepatutnya.

4. PERKARA DIBINCANGKAN
4.1 Program NILAM
4.1.1 Pn. Nur Fatihah telah dilantik sebagai penyelaras Program NILAM bagi
menggantikan Cik Noor Fadzilah yang telah pencen.
4.1.2 Pn. Nur Fatihah berharap agar guru-guru dapat memberikan kerjasama
yang baik kepada beliau dalam menjalankan Program NILAM ini.
4.1.3 GPM memaklumkan bahawa data NILAM akan dikutip seperti biasa
pada bulan Mac.
4.1.4 GPM juga dimaklumkan oleh pihak PKG, NILAM akan bertukar kepada
NILAM ditambah baik. Semua GPM akan dipanggil untuk mesyuarat
berkenaan NILAM ditambah baik ini pada suatu tarikh yang akan
diberitahu.
4.1.5 Pelancaran Hari Nilam 1Selangor (HAN1S) dan Kem Membaca 1
Malaysia (KM1M) akan dijalankan oleh Pn. Nur Fatihah apabila GPM
cuti bersalin.
Tindakan : Pn. Nur Fatihah

4.2 Perancangan PSS sepanjang tahun 2017


4.2.1 GPM memaklumkan beberapa aktiviti telah dirancang.

BIL PERANCANGAN / AKTIVITI OBJEKTIF BULAN


1 Menyusun atur buku dan keadaan Buku-buku lebih teratur mengikut Januari
fizikal pusat sumber dewey dan mudah untuk dicari dan
boleh digunakan dengan segera.

2 Mesyuarat JK Induk dan JK Kerja PSS AJK tahu peranan dan tugasan Januari
berdasarkan perancangan strategik. April
Ogos

3 Majlis Pelantikan Pengawas PSS Memberi pentauliahan kepada murid- Januari


murid yang dipilih sebagai pengawas
pusat sumber.

4 Kursus Kepimpinan Pengawas PSS Memberi motivasi dan pendedahan Februari


terhadap bidang tugas yang telah
diamanahkan.

5 Pelancaran Program NILAM Menggalakkan budaya membaca di Februari


kalangan murid.

6 Langganan Akhbar Berita Harian Memberi pendedahan kepada murid Februari-


DIDIK tentang soalan-soalan UPSR yang September
terkini.

7 Jadual Penggunaan PSS untuk mata Menetapkan giliran penggunaan pusat Januari
pelajaran BM dan BI sumber sekolah secara berjadual.

8 Pengurusan bahan, fail dan rekod Mengemaskini data dan bahan di Sepanjang
PSS. pusat sumber. tahun

9 Program Bacaan 10 minit Memupuk tabiat membaca di Januari –


kalangan murid dan merekodkan November
bacaan dalam buku NILAM.

10 Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) Menggalakkan budaya membaca dan April


mencari ilmu dalam kalangan murid.

11 Minggu Pusat Sumber Meningkatkan ilmu pengetahuan Julai


murid.
5. HAL-HAL LAIN
5.1 GPM memaklumkan kunci pusat sumber akan diserahkan kepada Cik Ramani dan Pn.
Emilia apabila GPM cuti bersalin.
5.2 Cik Ramani juga akan menguruskan urusan penjualan surat khabar BH dan DIDIK
sepanjang GPM cuti bersalin.
5.3 Kem Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber telah berjalan dengan lancar pada 4 Februari
yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Nur Fatihah dan Pn. Emilia yang turut
sama membantu menjayakan kem tersebut.
5.4 Pemberian surat lantikan kepada pengawas pusat sumber akan dijalankan pada minggu
hadapan.

6. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh,
MASDIANA BINTI ISHAK
GPM,
SK Petaling Jaya.

You might also like