You are on page 1of 10

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ)

i. Huruf KPJ bermaksud singkatan kepada KELAB PENCEGAHAN JENAYAH.

ii. Bulatan berbentuk mata :


Melambangkan ahli kelab yang sentiasa prihatin terhadap perkembangan persekitaran
secara berterusan.

iii. Warna MERAH :


Melambangkan keberanian ahli dalam mencegah kegiatan jenayah.

iv. Warna BIRU :


Melambangkan perpaduan dikalangan ahli.

v. Warna KUNING :
Melambangkan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang Negara.

vi. Latar belakang WARNA PUTIH :


Melambangkan keikhlasan sumbangan ahli terhadap usaha pencegahan jenayah.

Latar Belakang KPJ.

Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah
menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Matlamat Penubuhan KPJ.

1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya


gejala antisosial di sekeliling mereka.

2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha
mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.

3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan
jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks
mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.

Objektif KPJ.

1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.

2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.

3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang
bersesuaian.

5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama,
bangsa dan negara.

Peranan Ahli KPJ.

Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima domain
pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:

1. Pembudayaan Adab Murid


2. Peningkatan Disiplin Murid
3. Perpaduan Murid
4. Patriotisme
5. Jatidiri

VISI

Matlamat penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah adalah untuk membentuk komuniti


murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan
mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan
masyarakat yang harmoni dan aman.

MISI
 Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
 Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid.
 Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi
jenayah.
 Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan  aktiviti
yang berfaedah.
 Melahirkan murid yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara dalam hal
menangani jenayah.

MOTTO

“Mencegah lebih baik daripada Memerangi”

CARTA ORGANISASI KPJ


SK WIRA 2014

PENGERUSI
DATIN HAJJAH NOORAZIZA BT SABARUDIN (GB)

NAIB PENGERUSI
PN. NOORHAYATI BT. RASUL
KETUA
CIK NURUL IZZAH BINTI KHALIL

GURU PENASIHAT
PN NOORZURAINI BT AWANG
PN NORKAMISAH BT HARUN

AHLI JAWATANKUASA KPJ

GURU PENASIHAT : CIK NURUL IZZAH KHALIL (K)


PN NOORZURAINI BT AWANG (PK)
PN NORKAMISAH BT HARUN

PENGERUSI : MUHAMAD AIMAN BIN MUHD AKMAN


NAIB PENGERUSI : NUR ADLIN SOFIYA BT AHAMAD
SETIAUSAHA : MUHD LUQMAN HAKIM B FAIZUL KHAN
BENDAHARI : NUR SABRINA BT SHARULNIZAM
NAIB BENDAHARI : AIMAN RUSYAIDI BIN AHMAD HAJIZI

AJK :

TAHUN 6 :
1. FAZLIN BINTI RAZAK
2. AHMAD FARID AIZAD B KHARUDIN
TAHUN 5 :
1. MUHAMAD AFIF BIN KAMZURI
2. AHMAD HAKIM BIN ABDUL RAHMAN

TAHUN 4 :
1. ROSE AFRINA BINTI SABRI
2. MUHAMMAD NAZRULLAH B BAHAROM

MINIT MESYUARAT KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ)


SK WIRA, JALAN PANCHING, KUANTAN, PAHANG.

TARIKH : 15 JANUARI 2014


TEMPAT : 5 AMMAR
MASA : 1.30 PETANG

AGENDA
i. Ucapan Aluan
ii. Pencalonan dan perlantikan AJK baru
iii. Cadangan kutipan yuran keahlian
iv. Penerangan etika pemakaian uniform TKRS
v. Aktiviti-aktiviti KPJ yang akan dijalankan
vi. Hal-Hal Lain

Ucapan Aluan
Cik Nurul Izzah binti Khalil mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada murid-murid yang
telah terpilih untuk menyertai Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ). Beliau juga turut mengalu-
alukan kedatangan semua ahli pada perjumpaan pertama kali ini. Ahli – ahli KPJ turut
diperkenalkan dengan guru-guru penasihat yang menjadi peneraju kepada KPJ tahun ini.

Pencalonan dan Pelantikan Ahli Jawatkuasa bagi Sesi 2014

Setelah sesi pencalonan dan pengundian dijalankan, berikut merupakan nama-nama ahli
jawatankuasa yang telah terpilih dan dilantik.

PENGERUSI : MUHAMAD AIMAN BIN MUHD AKMAN


NAIB PENGERUSI : NUR ADLIN SOFIYA BT AHAMAD
SETIAUSAHA : MUHD LUQMAN HAKIM B FAIZUL KHAN
BENDAHARI : NUR SABRINA BT SHARULNIZAM
NAIB BENDAHARI : AIMAN RUSYAIDI BIN AHMAD HAJIZI

AJK :

TAHUN 6 :
1. FAZLIN BINTI RAZAK
2. AHMAD FARID AIZAD B KHARUDIN

TAHUN 5 :
1. MUHAMAD AFIF BIN KAMZURI
2. AHMAD HAKIM BIN ABDUL RAHMAN

TAHUN 4 :
1. ROSE AFRINA BINTI SABRI
2. MUHAMMAD NAZRULLAH B BAHAROM

Cadangan Kutipan Yuran ahli

Tiada kutipan yuran yang akan dibuat, kecuali apabila hendak mengadakan aktiviti khas yang
memerlukan kutipan wang seperti jamuan akhir tahun.
Penerangan Etika Pemakaian Uniform TKRS

Guru menerangkan ahli KPJ wajib memakai pakaian uniform lengkap unit beruniform masing-
masing sepertimana pertauran pakaian pada hari kokurikulum iaitu hari Rabu yang ditetapkan di
sekolah.

Aktiviti-Aktiviti KPJ yang akan dijalankan

i. Mencipta logo
ii. Sumbang saran tajuk jenayah
iii. Pameran pencegahan jenayah
iv. Ceamah
v. Tayangan video
vi. Pertandingan buku log

Hal-Hal Lain

Guru Penasihat memaklumkan kepada ahli bahawa perjumpaan akan diadakan pada hari Rabu,
jam 1.30 – 2.30 petang mengikut jadual kelab yang ditetapkan pihak seolah. Jika terdapat
sebarang pindaan, para ahli akan dimaklumkan. Para ahli diingatkan sekali lagi agar mematuhi
segala peraturan, undang-undang dan tatalaku serta arahan yang telah dan akan dimaklumkan
samada secara bertulis ataupun lisan. Ahli-ahli KPJ juga dinasihatkan dan diberi amaran bagi
mengelakkan berlakunya gejala ponteng pada setiap perjumpaan mingguan.
Mesyuarat ditangguhkan jam 2.30 petang.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

MUHD LUQMAN HAKIM B FAIZUL KHAN NURUL IZZAH BINTI KHALIL


SETIAUSAHA KPJ GURU PENASIHAT KPJ
SK WIRA, KUANTAN. SK WIRA, KUANTAN.

You might also like