You are on page 1of 17

PELAKSANAAN PROGRAM SIPARTNERS+ DAN

HUBUNGANNYA DENGAN STANDARD KUALITI


PENDIDIKAN MALAYSIA DI SEKOLAH MENENGAH
(IMPLEMENTATION OF THE SIPARTNERS+ PROGRAM AND ITS
RELATIONSHIP WITH MALAYSIAN EDUCATION QUALITY
STANDARDS IN SECONDARY SCHOOLS)
1 2
Sharifah Sofiah Abdul Rahman , Mohd Izham Bin Mohd Hamzah
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
1
sharifahsofiah.ar@gmail.com
2
izham@ukm.edu.my

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan program School Improvement Partner (SIPartners)
dan hubungannya dengan tahap kualiti pendidikan sekolah menengah yang dinilai melalui Standard 1, Standard
2 dan Standard 3 berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) pada tahun 2010. Reka bentuk
kajian ini ialah kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian adalah seramai 118 responden
daripada 22 buah sekolah menengah yang terdiri daripada barisan pentadbir dan ketua-ketua bidang di Zon
Bangsar, Kuala Lumpur. Pemilihan sampel berdasarkan Krejcie dan Morgan (1970) dan data kajian diperoleh
melalui soal selidik yang diadaptasi dari Fuziah (2011) dan instrumen dalam Standard 1, Standard 2, dan
Standard 3 dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) tahun 2010. Keputusan dianalisis melalui
program SPSS (Statistical Package For Social Science) Versi 16.0. Dapatan keseluruhan kajian menunjukkan
bahawa tahap pelaksanaan Program Sipartners+ di sekolah berada pada tahap yang tinggi (min =4.33, sp
=0.554). Keputusan analisis juga menunjukkan keseluruhan tahap kualiti pengurusan sekolah menengah berada
pada tahap yang tinggi (min =4.37 sp =0.637). Ujian ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan terhadap tahap pelaksanaan program dengan faktor demografi kelayakan akademik tertingggi dan
jawatan. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pelaksanaan program dengan faktor
demografi pengalaman mentadbir. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
antara pelaksanaan program dan kualiti pengurusan sekolah. Impilasi kajian ialah dapat membantu ke arah
kefahaman yang lebih jelas tentang kemunasabahan program SIPartners+ dalam mengupayakan kepimpinan
kearah peningkatan pencapaian kualiti sekolah. Kesimpulannya, pelaksanaan program SIPartners+ berada pada
tahap yang tinggi dan meningkatkan standard kualiti pendidikan sekolah menengah di Malaysia.

Kata Kunci: Pelaksanaan, Program SIPartners+, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM), sekolah
menengah.

ABSTRACT
This study was conducted to determine the implementation of the School Improvement Partner (SIPartners)
program and the quality of school management assessed through standard 1, standard 2 and standard 3 based
on Malaysian Education Quality Standards (SKPM), 2010. The sample of the study was 118 respondent from 22
secondary schools consist of Administrators and Head of Panitia in Bangsar, Kuala Lumpur. The design of this
study is quantitative using the survey method. Sample selection is based on Krejcie and Morgan (1970. Data of
this study was collected through a questionnaire which was adapted from Fuziah (2011) and instrument in
Standard 1, Standard 2, and Standard 3 in Malaysian Education Quality Standards (SKPM), 2010. The data
obtained will be analyzed through the SPSS (Statistical Package For Social Science) Version 16.0. The overall
findings show that the level of implementation of the Sipartners+ Program in schools is at a high level (min =
4.33, sp = 0.554). The results of the analysis also show that the overall quality of the secondary school
management is at a high level (min = 4.37 sp = 0.637). ANOVA test inference analysis showed that there was
no significant difference in the level of program implementation with the demographic factor of higher
academic qualification and position. While there is a significant difference between the level of program
implementation and the demographic factors of administering experience. Pearson Correlation Analysis shows
that there is a significant relationship between program implementation and school management quality. The

338
impact of the study is to ensure SIPartners+ programs would improve the quality of school achievement. In
conclusion, the implementation of the SIPartners+ program is at a high level and can enhance our quality
education towards achieving an excellence school organizational.
Keywords: Implementation, SIPartners + Program, Malaysian Education Quality Standard 2010 (SKPM),
secondary school.

PENGENALAN
Program School Improvement Partner (SIPartners+) dikenali sebagai Program Rakan Peningkatan Sekolah
(KPM 2012). Program ini mula diperkenalkan pada tahun 2013 di negeri Sabah dan Kedah. Menurut Tan Shin
Yi (2015), inisiatif baharu ini diperkenalkan setelah SIPartner di bawah Program Pembangunan Prestasi Sekolah
yang telah dilaksanakan pada tahun 2010 hingga 2012 menunjukkan impak yang membanggakan. Jawatan
Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (School Improvement Specialist Coach SISC+) dan Rakan
Peningkatan Sekolah SIPartner+ telah diwujudkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk membimbing
guru dan pemimpin sekolah meningkatkan prestasi sekolah, khususnya bagi sekolah berprestasi rendah.
Sistem Pengurusan Kualiti mula diperkenalkan secara rasmi di dalam pentadbiran awam pada 24 Jun 1990
dengan penerbitan buku Panduan Pengurusan dan Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Awam. Pada tahun 2010
pula, satu dokumen telah dikeluarkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan
Malaysia yang bertujuan untuk memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di
institut pendidikan. Dokumen tersebut merupakan Dokumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).
Dokumen ini bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam menghasilkan sekolah-sekolah berkesan menjelangnya
tahun 2020.

LATAR BELAKANG
SIPartners+ dilantik sebagai jurulatih dan pembimbing kepada 25 hingga 30 pemimpin sekolah dalam
menguruskan sekolah dengan lebih berkesan (Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan 2014). SIPartners+ juga
akan bergandingan dengan School Improvement Specialist Coach (SISC+) dalam set sekolah yang sama. Pihak
ini perlu memberi bimbingan secara satu-satu dalam kepimpinan sekolah khususnya pengetua. SIPartners+
bertindak memberi sokongan dan intervensi khusus mengikut keperluan setiap sekolah. Ini kerana setiap sekolah
menghadapi situasi masalah dan kekangan yang berbeza dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah, (Tan Shin
Yi 2015).
Di samping itu, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM 2010) yang telah diterbitkan oleh Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah bertujuan untuk memastikan
segala usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah berjalan dengan lancar bagi meningkatkan kualiti pendidikan
negara kita. Huraian di bawah menunjukkan penerangan yang bertujuan membantu pengetua dan guru besar
atau pihak yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sekolah untuk memahami kandungan SKPM 2010
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2010).

PENYATAAN MASALAH
Menurut Tan Shin Yi (2015), kebanyakan SIPartners+ tidak diterima oleh sesetengah guru besar/pengetua.
Pemimpin sekolah tersebut melihat SIPartners+ sebagai pihak luar yang cuba campur tangan dalam urusan
sekolah. Menurut beliau lagi, memang tidak dinafikan SIPartners+ merupakan mentor luaran kepada organisasi
sekolah, jadi guru besar/pengetua tidak ingin dipandang sebagai pentadbir yang tidak mahir menguruskan
sekolah. Namun, terdapat segelintir guru besar/pengetua menerima lawatan SIPartners+ sebagai penghubung
kepada PPD untuk menyelesaikan masalah sekolah seperti kekurangan guru, kekurangan prasarana dan
sebagainya.
Kepentingan kepimpinan pengetua menjadi salah satu elemen dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
(Jemaah Nazir Sekolah 2003). Selain itu, Azizi et al. (2008) mengatakan bahawa pengurusan dan pentadbiran
pengetua yang tidak cekap akan mengakibatkan impak negatif terhadap prestasi sekolah. Isu ini dikukuhkan lagi
oleh Laporan dari Jemaah Nazir (JNJK) (2009), yang merumuskan bahawa salah satu dari masalah utama yang
dikesan dalam kalangan pengetua ialah pengetua tidak cekap dalam pengurusan terutamanya pengurusan
sekolah.
Tanggungjawab dan peranan pelaksaan program kementerian masih bergantung kepada kerelaan guru
besar/pengetua, bukan SIPartners+. Sebagai mentor, SIPartners+ berusaha mewujudkan situasi di mana guru
besar/pengetua mengakui kepentingan sesuatu perubahan ke arah kebaikan. Kedatangan SIPartners+ ke
sesetengah sekolah sukar diterima oleh guru besar/pengetua. Lawatan SIPartners+ dipandang mudah oleh
pentadbir sekolah berkenaan. Bak kata pepatah rambut sama hitam hati lain-lain, tahap penerimaan setiap
pentadbir sekolah terhadap SIPartners+ adalah berbeza-beza. Oleh kerana pengetua sekolah merupakan tunggak

339
utama sekolah, maka kerjasama dan sikap keterbukaan pengetua sekolah terhadap SIPartners+ menentukan
pelan pelaksanaan penambahbaikan dan kualiti pengurusan sekolah.
Lazimnya, kualiti pengurusan sekolah akan berada pada tahap yang tinggi jika pemimpin sekolah memainkan
peranan yang aktif dalam pengurusan sekolah. Namun, oleh kerana berlaku sedikit kelompangan dalam
kepemimpinan pengetua, maka kualiti pengurusan sekolah tidak dapat dicapai dengan maksima. Justeru,
keberkesanan program SIPartners+ haruslah dikaji dengan lebih mendalam agar dapat memantapkan lagi kualiti
pengurusan sekolah berdasarkan SKPM 2010.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah untuk:
1. Mengenal pasti tahap pelaksanaan program SIPartners+ di sekolah.
2. Mengenal pasti tahap kualiti pengurusan sekolah menengah berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia 2010.
3. Mengenal pasti perbezaan tahap pelaksanaan program SIPartners+ di sekolah berdasarkan faktor
demografi pentadbir (kelayakan akademik tertinggi, pengalaman mentadbir, dan jawatan).
4. Mengenal pasti hubungan antara pelaksanaan program SIPartners+ dengan Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia

PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian adalah seperti berikut :
1. Apakah tahap pelaksanaan program SIPartners+ di sekolah?
2. Apakah tahap kualiti pengurusan sekolah menengah berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
2010?
3. Apakah terdapat perbezaan tahap pelaksanaan program SIPartners+ di sekolah berdasarkan faktor
demografi pentadbir (kelayakan akademik tertinggi, pengalaman mentadbir dan jawatan)?
4. Adakah terdapat hubungan antara pelaksanaan program SIPartners+ dengan Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia?

KERANGKA KONSEP
Bagi kajian ini, kerangka konseptual kajian adalah berdasarkan kepada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
(2010) adaptasi dari Fuziah (2011) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Terdapat 5 standard yang
telah ditetapkan oleh SKPM tetapi pengkaji hanya mengkaji Standard 1 Kepimpinan dan Hala Tuju, Standard 2
Pengurusan Organisasi dan Standard 3 Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan, serta Hal Ehwal Murid
sahaja. Pemboleh ubah bebas bagi kajian ini ialah faktor-faktor demografi pentadbir yang terdiri daripada
kelayakan akademik tertinggi, pengalaman mengajar, dan jawatan pentadbir. Manakala pemboleh ubah
bersandar ialah elemen-elemen yang terkandung di dalam pelaksanaan SIPartners+ dan juga berdasarkan SKPM
2010 iaitu aspek Standard 1 Kepimpinan dan Hala Tuju, Standard 2 Pengurusan Organisasi dan Standard 3
Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan, serta Hal Ehwal Murid.

340
Pelaksanaan SIPartners+
(KPM, 2013)

1. Membuat Peer Coaching atau


Pembimbing Instruksi
2. Memberi latihan kepada pemimpin
sekolah.
3. Membantu dalam penyelesaian masalah
pemimpin sekolah.

FAKTOR
TAHAP KUALITI
DEMOGRAFI
PENGURUSAN
1. Kelayakan
SEKOLAH YANG
Akademik Tertinggi
TERHASIL
2. Pengalaman
Mentadbir
STANDARD KUALITI PENDIDIKAN
3. Jawatan
MALAYSIA 2010
(SKPM 2010)
Standard 1
 Kepimpinan dan Hala Tuju
Standard 2
 Pengurusan Organisasi
Standard 3
 Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum
dan Sukan, serta Hal Ehwal Murid
Standard 4
 Pembelajaran dan Pengajaran
Standard 5
 Kemenjadian Murid

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian


[Sumber: Diubahsuai dari Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (2010) adaptasi dari Fuziah Mat Yakop
(2011) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (2013)]

KAJIAN LITERATUR

Bidang Tugas SIPartners+


Bidang tugas SIPartners+ yang telah ditentukan oleh KPM adalah seperti berikut (KPM 2013):
i. Lawatan SIPartners+ ke sekolah untuk melakukan melaksanakan peer coaching.
ii. Memberi latihan kepada pemimpin sekolah, misalnya KSSR dan KSSM.
iii. Membuat laporan dan membantu dalam penyelesaian masalah yang dihadapi oleh pemimpin sekolah.
Konsep Umum Kualiti
Rushami Zien dalam Abdullah Wafi (2013) mendefinisikan kualiti dalam institusi pendidikan sebagai
keupayaan untuk membentuk visi kualiti organisasi dan seterusnya meransang warga kerja untuk memberikan
komitmen dalam perancangan dan pelaksanaan prinsip-prinsip kualiti ke dalam organisasi bagi mencapai
matlamat kualiti yang ditetapkan secara berterusan.
Kajian-kajian Lepas

Satu kajian pelaksanaan SISC+ dan SIPartner+, bawah inistatif DTP telah diadakan di negeri Kedah dan Sabah
(Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2014). Antaranya pihak Pejabat Pendidikan Daerah
Ranau (2014) telah melaksanakan kajian tersebut bermula 5 hingga 6 April 2014 melibatkan tiga orang pegawai
SIPartner+ (Amran Chin 2015 dalam Tan Shin Yi 2015). Sebanyak 279 SISC+, 68 SIPartner+, 400 guru Bahasa
Malaysia, 400 guru Bahasa Inggeris, 400 guru Matematik dan 500 guru besar/ pengetua dipilih sebagai
responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa besar/pengetua telah menunjukkan kemahiran yang tinggi dalam
pentadbiran dan pengurusan sekolah selepas mendapat bimbingan daripada SIPartner+, (Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 2014).

341
Selain itu, kesan pelaksanaan program SIPartner+ terhadap peningkatan kualiti sekolah dari aspek
kepimpinan dan hala tuju sekolah dapat dilihat melalui kajian oleh Zakaria Othman et al. (2014) Kajian beliau
dijalankan di sebuah sekolah berprestasi rendah di daerah Tuaran, Sabah. Kajian dilaksanakan untuk menilai
kualiti sekolah sebelum dan selepas kehadiran SIPartner+. Merujuk kepada sekolah kajian, kualiti guru dan
kualiti kepimpinan pada tahun 2012 adalah tinggi.

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian


Dalam penyelidikan ini, penyelidik memilih kaedah kuantitatif dalam bentuk tinjauan deskriptif. Kaedah
kuantitatif adalah satu kajian yang boleh diukur melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat
pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Instrumen dalam kajian ini adalah melalui soal selidik yang diadaptasi
dari Fuziah (2011) dan instrumen dalam Standard 1, Standard 2, dan Standard 3 dalam Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPM) tahun 2010.
Populasi Dan Sampel Kajian

Bilangan sekolah menengah Zon Bangsar Pudu adalah sebanyak 53 buah sekolah. Namun hanya 22 buah
sekolah yang mendapat band 5. Pengkaji telah menggunakan pemilihan sampel berdasarkan Krejcie dan Morgan
(1970) dan didapati bilangan sampel iaitu jumlah pentadbir yang diperlukan sebanyak 118 orang responden
daripada kalangan 22 buah sekolah menengah Zon Bangsar Pudu yang mendapat band 5.
Instrumen kajian
Instrumen yang digunakan untuk kajian ini adalah borang soal selidik. Menurut Roselena (2007), soal selidik
digunakan dalam kajian kerana pengumpulan data dapat dilakukan dengan cepat dan meluas, sesuai dengan
bilangan responden yang ramai. Penggunaan soal selidik juga dapat menjimatkan masa serta membolehkan
responden menjawab soalan yang dikemukakan tanpa dikawal dan dipengaruhi oleh penyelidik. Pemilihan
jawapan berdasarkan skala Likert yang menunjukkan nilai dari ‘sangat tidak setuju’ hingga ‘sangat setuju. Skor
bagi skala Likert adalah ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Jadual 3.3: Darjah persetujuan skala Likert

Skor Interpretasi

1 Sangat tidak setuju


2 Tidak setuju
3 Kurang setuju
4 Setuju
5 Sangat setuju

Prosedur Penganalisisan data


Data yang diperolehi daripada soal selidik akan dianalisis melalui program SPSS (Statistical Package For Social
Science) Versi 16.0. Analisis deskriptif (kekerapan, peratus, dan skor min) digunakan untuk menerangkan latar
belakang responden. Bagi tujuan analisis data, beberapa bentuk analisis statistik digunakan. Analisis yang
terlibat di dalam kajian ini ialah analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis deskriptif melibatkan
kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawai. Manakala analisis inferensi melibatkan ujian ANOVA dan Ujian
Korelasi Pearson. Analisis deskriptif adalah untuk mengkaji demografi responden, tahap pelaksanaan
SIPartner+, dan tahap kualiti pengurusan sekolah yang meliputi aspek pengurusan kurikulum, kokurikulum dan
sukan, serta hal ehwal pelajar. Analisis deskriptif digunakan dalam kajian ini kerana data yang dihasilkan dapat
dianggap sebagai ringkasan daripada keseluruhan set data. Ia juga dapat memberi maklumat secara langsung dan
mudah (Walsh 2008). Selain itu, analisis inferensi ANOVA digunakan untuk mengenalpasti perbezaan
pelaksanaan SIPartner+ berdasarkan demografi responden dan analisis Korelasi Pearson pula dijalankan untuk
mengenal pasti hubungan antara pelaksanaan program SIPartner+ dengan kualiti pendidikan sekolah. Dalam
kajian ini, hubungan di antara pelaksanaan SIPartner+ dengan kualiti pengurusan sekolah melalui piawaian
SKPM 2010 dikaji.

342
Kesahan, Kebolehpercayaan Dan Kajian Rintis
Bagi tujuan kajian ini, penyelidik telah menjalankan kajian rintis ke atas 60 orang responden pengetua, penolong
kanan tadbir, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum, penolong kanan petang, dan
ketua-ketua bidang daripada 6 buah sekolah menengah di sekitar daerah Petaling Perdana yang mendapat band
5. Kajian rintis dijalankan untuk melihat tahap kefahaman responden terhadap arahan dan item-item yang
terkandung dalam soal selidik. Hasil kajian rintis menunjukkan item soalan yang dibina berada dalam nilai
kebolehpercayaan yang diterima iaitu 0.708. Oleh itu instrumen boleh disahkan kebolehpercayaannya dan
digunakan dalam proses pengumpulan data.

DAPATAN KAJIAN

Analisis Demografi Responden


Jadual 4.1 Profil demografi responden kajian

Demografi Kekerapan Peratusan

Kelayakan akademik tertinggi


Ijazah Sarjana Muda 85 70.8
Sarjana 34 28.3
PhD 1 0.8

Pengalaman mentadbir
1-5 Tahun 8 6.7
6-10 Tahun 36 30.0
11-15 Tahun 28 23.3
> 16 Tahun 48 40.0

Jawatan
Pengetua/GuruBesar 13 10.8
Penolong Kanan Tadbir 18 15.0
Penolong Kanan HEM 17 14.2
Penolong Kanan Kokurikulum 17 14.2
Penolong Kanan Petang 10 8.3
Ketua Bidang 45 37.5

Mengikut kelayakan akademik tertinggi, majoriti responden merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan
70.8% ( 85 orang) dan selebihnya dengan kelayakan Sarjana 28.3% (34 orang), dan seorang responden PhD
0.8% (1 orang) . Berdasarkan pengalaman mentadbir, 40% responden (48 orang) berpengalaman lebih 16 tahun.
23.3% responden (28 orang) berpengalaman 11 hingga 15 tahun. 30% responden (36 orang) berpengalaman 6
hingga 10 tahun. Selebihnya hanya 6.7% (8 orang) berpengalaman 1 hingga 5 tahun. Demografi responden
kajian bagi item jawatan terdiri daripada 37.5% (45 orang) majoriti merupakan Ketua Bidang, 15.0% (18 orang)
Penolong Kanan Tadbir, 14.2% (17 orang) Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum. Jawatan
Pengetua dalam kalangan responden seramai 10.8% (13 orang) dan selebihnya 8.3% (10 orang) adalah Penolong
Kanan Petang.

Tahap Pelaksanaan Program SIPartners+ Di Sekolah


Jadual 4.2: Tahap Pelaksanaan Program S1partners+ Di Sekolah

Bil. Membuat Peer Coaching STS TS KS S SS Min SP Interp.

1. Menjelaskan program 1 4 18 57 40 4.09 0.830 Tinggi


SIPartner+ kepada warga (0.8%) (3.3%) (15.0%) (47.5%) (33.3%)
sekolah

343
2. Mewujudkan perkongsian - - 6 85 29 4.19 0.507 Tinggi
pengalaman di antara satu (5.0%) (70.8%) (24.2%)
sama lain
3. Membuat maklum balas - - 3 76 41 4.32 0.518 Tinggi
antara satu sama lain (2.5%) (63.3%) (34.2%)
4. Menerima sokongan untuk - - 3 72 45 4.35 0.529 Tinggi
peningkatan kualiti sekolah. (2.5%) (60.0%) (37.5%)
5. Menerima khidmat - - 3 74 43 4.33 0.524 Tinggi
bimbingan untuk (2.5%) (61.7%) (35.8%)
peningkatan kualiti sekolah.
6. Menjalin hubungan bagi- - 7 59 54 4.39 0.598 Tinggi
meningkatkan komitmen (5.8%) (49.2%) (45.0%)
pemimpin sekolah.
Keseluruhan 4.28 0.584 Tinggi
Jadual di atas menunjukkan tahap pelaksanaan SIPartners+ dari dimensi membuat peer coaching. Item yang
mempunyai min yang paling tinggi ialah menjalin hubungan bagi meningkatkan komitmen pemimpin sekolah
(min = 4.39 dan sp = 0.598) berada pada tahap tinggi. Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa
seramai 7 orang (5.8%) pentadbir menyatakan kurang setuju, seramai 59 orang (49.2%) pentadbir menyatakan
setuju, dan seramai 54 orang (45.0%) pentadbir menyatakan sangat setuju. Manakala item yang mempunyai min
yang paling rendah ialah menjelaskan program SIPartners+ kepada warga sekolah (min = 4.09 dan sp = 0.830)
berada pada tahap tinggi. Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 1 orang (0.8%)
pentadbir menyatakan sangat tidak setuju, 4 orang (3.3%) pentadbir menyatakan tidak setuju, 18 orang (15.0%)
pentadbir menyatakan kurang setuju, seramai 57 orang (47.5%) pentadbir menyatakan setuju, dan seramai 40
orang (33.3%) pentadbir menyatakan sangat setuju. Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa tahap
pelaksanaan SIPartners+ dari dimensi membuat peer coaching berada pada tahap yang tinggi (min = 4.28 dan sp
= 0.584)

Bil Memberi Latihan STS TS KS S SS Min SP Interp.

Kepada Pemimpin Sekolah


1. Mendapat kemahiran - - 4 64 52 4.40 0.556 Tinggi
bersesuaian (3.3%) (53.3%) (43.3%)
2. Menerima pengetahuan - - 2 93 25 4.19 0.436 Tinggi
(1.7%) (53.3%) (43.3%)
3. Menggunakan pengetahuan - - 3 66 51 4.40 0.541 Tinggi
yang diterima sebaik mungkin (2.5%) (55.0%) (42.5%)
4. Mempengaruhi aktiviti kumpulan- 1 5 67 47 4.33 0.599 Tinggi
ke arah pencapaian matlamat (0.8%) (4.2%) (55.8%) (39.2%)
5. Merancang strategi berkesan - - - 69 51 4.43 0.496 Tinggi
terhadap program (57.5%) (42.5%)
Keseluruhan 4.35 0.526 Tinggi

Jadual di atas menunjukkan tahap pelaksanaan SIPartners+ dari dimensi memberi latihan kepada pemimpin
sekolah. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah merancang strategi berkesan terhadap program
yang dilaksanakan (min = 4.43 dan sp = 0.496) berada pada tahap tinggi. Dari segi kekerapan dan peratusan
menunjukkan bahawa seramai 69 orang (57.5%) pentadbir menyatakan menyatakan setuju, dan seramai 51

344
orang (42.5%) pentadbir menyatakan sangat setuju. Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah
ialah menerima pengetahuan (min = 4.19 dan sp = 0.436) berada pada tahap tinggi. Dari segi kekerapan dan
peratusan menunjukkan bahawa seramai 2 orang (1.7%) pentadbir menyatakan kurang setuju, 93 orang (53.3%)
pentadbir menyatakan setuju, dan 25 orang (43.3%) pentadbir menyatakan sangat setuju. Secara
keseluruhannya menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan SIPartners+ dari dimensi memberi latihan kepada
pemimpin sekolah berada pada tahap yang tinggi (min = 4.35 dan sp = 0.526)

Bil Memberi Penyelesaian STS TS KS S SS Min SP Interp.

Masalah Pemimpin Sekolah

1. Mengenalpasti tindakan untuk - - - 54 66 4.55 0.499 Tinggi


menyelesaikan masalah (45.0%) (55.0%)
2. Mencari cara yang sesuai - - 1 79 40 4.33 0.488 Tinggi
untuk menyelesaikan masalah (0.8%) (65.8%) (33.3%)
3. Membuat perubahan kepada - 1 21 62 36 4.11 0.708 Tinggi
sekolah melalui bimbingan dan (0.8%) (17.5%) (51.7) (30.0%)
sokongan SIPartners+.
4. Bekerjasama dengan pentadbir - - 1 62 57 4.47 0.517 Tinggi
lain untuk memperbaiki prestasi (0.8%) (51.7) (47.5%)
sekolah.
Keseluruhan 4.37 0.553 Tinggi

Jadual di atas menunjukkan tahap pelaksanaan SIPartners+ dari dimensi memberi penyelesaian masalah kepada
pemimpin sekolah. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah mengenal pasti tindakan untuk
menyelesaikan masalah (min = 4.55 dan sp = 0.499) berada pada tahap tinggi. Dari segi kekerapan dan
peratusan menunjukkan bahawa seramai 54 orang (45.0%) pentadbir menyatakan setuju, dan seramai 66 orang
(55.0%) pentadbir menyatakan sangat setuju. Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah
membuat perubahan kepada sekolah melalui bimbingan dan sokongan SIPartners+ (min = 4.11 dan sp = 0.708)
berada pada tahap tinggi. Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 1 orang (0.8%)
pentadbir menyatakan tidak setuju, 21 orang (17.5%) pentadbir menyatakan tidak setuju, 62 orang (51.7%)
pentadbir menyatakan setuju, dan seramai 36 orang (30.0%) pentadbir menyatakan sangat setuju. Secara
keseluruhannya menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan SIPartners+ dari dimensi memberi penyelesaian
masalah kepada pemimpin sekolah berada pada tahap yang tinggi (min = 4.37 dan sp = 0.553)

Tahap Kualiti Pendidikan Sekolah


Standard 1: Kepimpinan dan Hala Tuju

Jadual 4.3: Tahap Kualiti Standard 1 (Kepimpinan dan Hala Tuju)

Bil. Kepimpinan danSTS TS KS S SS Min SP Interp.

Hala Tuju

1. Memastikan visi dan misi - - 7 80 33 4.23 0.537 Tinggi


sekolah menjadi hala tuju (5.8%) (66.7%) (27.5%)
seluruh warga sekolah ke arah
pencapaian matlamat yang
ditetapkan.

345
2. Memastikan visi dan misi - - 7 62 51 4.37 0.593 Tinggi
sekolah menjadi hala tuju (5.8%) (51.7%) (42.5%)
seluruh warga sekolah ke arah
pencapaian objektif yang
ditetapkan.
3. Mengamalkan komunikasi - - - 74 46 4.38 0.488 Tinggi
berkesan untuk perkongsian idea. (61.7%) (38.3%)
4. Mengamalkan komunikasi - - - 66 54 4.45 0.499 Tinggi
berkesan untuk perkongsian (55.0%) (45.0%)
maklumat.
5. Menerajui penyediaan - - 2 62 56 4.45 0.532 Tinggi
perancangan strategik (1.7%) (51.7%) (46.7%)
(pelan strategik, taktikal dan
operasi) untuk mencapai
matlamat sekolah.
6. Memotivasikan warga sekolah - - - 1 73 4.42 0.495 Tinggi
untuk meningkatkan kualiti kerja. (0.8%) (60.8%)
7. Membuat keputusan untuk - - 2 65 53 4.43 0.529 Tinggi
meningkatkan kualiti pengurusan (1.7%) (54.2%) (44.2%)
sekolah.
8. Membuat penyelesaian masalah - - - 68 53 4.43 0.498 Tinggi
untuk meningkatkan kualiti (56.7%) (43.3%)
pengurusan sekolah.
9. Menerajui pelaksanaan kurikulum- - 1 71 48 4.39 0.507 Tinggi
yang menggalakkan pemupukan (0.8%) (59.2%) (40.0%)
budaya belajar.
10. Mewujudkan perkongsian - - 2 73 45 4.36 0.515 Tinggi
tanggungjawab bagi memupuk (1.7%) (60.8%) (37.5%)
kesedaran tanggungjawab
bersama dalam mengurus
sekolah.
Keseluruhan 4.39 0.519 Tinggi

Jadual menunjukkan tahap kualiti pendidikan sekolah menengah berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia 2010 dari Standard 1: Kepimpinan dan Hala Tuju. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah
mengamalkan komunikasi berkesan untuk perkongsian maklumat (min = 4.45 dan sp = 0.499) berada pada
tahap tinggi. Selain itu, min yang paling tinggi juga ialah menerajui penyediaan perancangan strategik (pelan
strategik, taktikal dan operasi) untuk mencapai matlamat sekolah (min = 4.45 dan sp = 0.532) berada pada tahap
tinggi. Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa 66 orang (55.0%) pentadbir menyatakan setuju,
dan 54 orang (45.0%) pentadbir menyatakan sangat setuju. Kekerapan dan peratusan item berikutnya
menunjukkan 2 orang (1.7%) pentadbir menyatakan kurang setuju, 62 orang (51.7%) pentadbir menyatakan
setuju dan 56 orang (46.7%) pentadbir menyatakan sangat setuju. Manakala item yang mempunyai min yang
paling rendah ialah memastikan visi dan misi sekolah menjadi hala tuju seluruh warga sekolah ke arah
pencapaian matlamat yang ditetapkan (min = 4.23 dan sp = 0.537) berada pada tahap tinggi. Dari segi kekerapan

346
dan peratusan, 7 orang (5.8%) pentadbir menyatakan kurang setuju, 80 orang (66.7%) pentadbir menyatakan
setuju dan 33 orang (27.5%) pentadbir menyatakan sangat setuju. Keseluruhannya, tahap kualiti pendidikan
sekolah menengah berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 dari Standard 1: Kepimpinan dan
Hala Tuju berada pada tahap yang tinggi (min = 4.39 dan sp = 0.519).

Standard 2: Pengurusan Organisasi

Jadual 4.4: Tahap Kualiti Standard 2 (Pengurusan Organisasi)


Bil. Pengurusan STS TS KS S SS Min SP Interp.

Organisasi

1. Sumber manusia diurus untuk - - 4 68 48 4.37 0.549 Tinggi


meningkatkan kualiti kerja (3.3%) (56.7%) (40.0%)
warga sekolah.
2. Kemudahan prasarana diurus - - 4 79 37 4.28 0.518 Tinggi
untuk memastikan keselesaan (3.3%) (65.8%) (30.8%)
warga sekolah.
3. Kemudahan prasarana di urus - - 4 63 53 4.41 0.558 Tinggi
untuk memastikan keselamatan (3.3%) (52.5%) (44.2%)
warga sekolah.
4. Kewangan, aset alih dan asset - - 7 69 44 4.31 0.577 Tinggi
tidak alih kerajaan diurus (5.8%) (57.5%) (36.7%)
untuk memastikan setiap
perbelanjaan memberi pulangan
yang optimum.
5. Data dan maklumat diurus supaya- - 7 71 42 4.29 0.571 Tinggi
mudah diakses (5.8%) (59.2%) (35.0%)
6. Data dan maklumat diurus supaya- - 8 74 38 4.25 0.569 Tinggi
mudah dimanfaatkan (6.7%) (61.7%) (31.7%)
7. Sumber pendidikan dan Teknologi- - 10 65 45 4.29 0.614 Tinggi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) (8.3%) (54.2%) (37.5%)
diurus bagi menyokong peningkatan
kualiti pembelajaran dan pengajaran
8. Persekitaran dan suasana yang - - 1 73 46 4.38 0.503 Tinggi
kondusif diwujudkan bagi (0.8%) (60.8%) (38.3%)
memastikan kesejahteraan warga
sekolah dalam melaksanakan
tanggungjawab
9. Permuafakatan diwujudkan - - - 83 37 4.31 0.464 Tinggi
untuk memperoleh sumbangan (69.2%) (30.8%)
pelbagai pihak bagi manfaat
sekolah

347
10. Permuafakatan diwujudkan - - 2 79 39 4.31 0.499 Tinggi
untuk memperoleh sokongan (1.7%) (65.8%) (32.5%)
pelbagai pihak bagi manfaat
sekolah
11. Asrama diurus untuk - - 12 72 36 4.20 0.603 Tinggi
memastikan keselesaan murid. (10.0%) (60.0%) (30.0%)
12. Asrama diurus untuk - - 11 67 42 4.26 0.615 Tinggi
memastikan keselamatan murid. (9.2%) (55.8%) (35.0%)
13. Asrama diurus untuk - - 11 61 48 4.31 0.632 Tinggi
memastikan perkembangan (9.2%) (50.8%) (40.0%)
sahsiah murid.

Keseluruhan 4.31 0.560 Tinggi

Jadual menunjukkan tahap kualiti pendidikan sekolah menengah berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia 2010 dari Standard 2: Pengurusan Organisasi. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah
kemudahan prasarana di urus untuk memastikan keselamatan warga sekolah (min = 4.41 dan sp = 0.558) berada
pada tahap tinggi. Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 4 orang (3.3%) pentadbir
menyatakan kurang setuju, 63 orang (52.5%) pentadbir menyatakan kurang setuju dan seramai 53 orang (44.2%)
pentadbir menyatakan sangat setuju. Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah asrama
diurus untuk memastikan keselesaan murid (min = 4.20 dan sp = 0.603) berada pada tahap tinggi. Dari segi
kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 12 orang (10.0%) pentadbir menyatakan kurang setuju,
72 orang (60.0%) pentadbir menyatakan setuju dan seramai 36 orang (30.0%) pentadbir menyatakan sangat
setuju. Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa tahap kualiti pendidikan sekolah menengah berdasarkan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 dari Standard 2: Pengurusan Organisasi berada pada tahap yang
tinggi (min = 4.31 dan sp = 0.560).

Standard 3: Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum Dan Sukan Serta Hal Ehwal Murid
Jadual 4.5: Tahap Kualiti Standard 3
(Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum Dan Sukan Serta Hal Ehwal Murid)
Bil. Pengurusan Kurikulum, STS TS KS S SS Min SP Interp.

Kokurikulum Dan Sukan

Serta Hal Ehwal Murid

1. Ketetapan dibuat bagi - 1 3 74 42 4.31 0.562 Tinggi


memastikan kepatuhan dan (0.8%) (2.5%) (61.7%) (35.0%)
keselarasan pelaksanaan
kurikulum
2. Ketetapan dibuat bagi - - 6 84 30 4.20 0.512 Tinggi
memastikan kepatuhan dan (5.0%) (70.0%) (25.0%)
keselarasan pelaksanaan
kokurikulum dan sukan.
3. Ketetapan dibuat bagi - - 4 68 48 4.37 0.549 Tinggi
memastikan kepatuhan dan (3.3%) (56.7%) (40.0%)

348
keselarasan pelaksanaan hal
ehwal murid.
4. Mata pelajaran diurus untuk - - - 58 62 4.52 0.502 Tinggi
meningkatkan kualiti pembelajaran (48.3%) (51.7%)
dan pengajaran.
5. Program peningkatan akademik - - - 49 71 4.60 0.494 Tinggi
murid diurus untuk menyokong (40.8%) (59.2%)
peningkatan prestasi murid
6. Jadual waktu disediakan bagi - - - 47 73 4.61 0.490 Tinggi
membolehkan pembelajaran dan (39.2%) (60.8%)
pengajaran dilaksanakan dengan teratur
7. Peperiksaan awam, pentaksiran dan- - - 49 71 4.60 0.494 Tinggi
penilaian berasaskan sekolah diurus (40.8%) (59.2%)
untuk mengesan pencapaian murid
8. Peperiksaan awam, pentaksiran - - - 52 67 4.98 4.631 Tinggi
dan penilaian berasaskan sekolah (43.3%) (55.8%)
diurus untuk mengesan masalah
pembelajaran murid
9. Kelab dan persatuan diurus - - 2 62 56 4.45 0.532 Tinggi
untuk memastikan penglibatan (1.7%) (51.7%) (46.7%)
murid secara menyeluruh.
10. Kelab dan persatuan diurus - - 5 64 51 4.38 0.568 Tinggi
untuk memastikan pengukuhan (4.2%) (53.3%) (42.5%)
terhadap pembelajaran di bilik darjah.
11. Badan beruniform diurus untuk - - 4 62 53 4.73 3.566 Tinggi
memastikan penglibatan murid (3.3%) (51.7%) (44.2%)
secara menyeluruh dari segi intelek,
rohani, emosi, jasmani dan sosial
12. Badan beruniform diurus untuk - - 3 70 47 4.37 0.533 Tinggi
memastikan pengukuhan terhadap (2.5%) (58.3%) (39.2%)
pembangunan perwatakan murid dari
segi intelek, rohani, emosi, jasmani
dan sosial
13.Program Sukan Untuk Semua - - 4 58 58 4.45 0.563 Tinggi
diurus untuk memastikan penglibatan (3.3%) (48.3%) (48.3%)
murid secara menyeluruh.
14. Program Sukan Untuk Semua - - 6 57 57 4.43 0.589 Tinggi
diurus untuk memastikan pengukuhan (5.0%) (47.5%) (47.5%)
terhadap pengetahuan, kemahiran
dan pembangunan sahsiah murid.

349
15.Program Sukan Untuk Kecemerlangan- - 7 79 34 4.23 0.542 Tinggi
sekolah diurus untuk mengesan bakat (5.8%) (65.8%) (28.3%)
serta potensi murid ke arah peningkatan
pencapaian sukan sekolah.
16. Program Sukan Untuk Kecemerlangan- - 5 66 49 4.37 0.564 Tinggi
sekolah diurus untuk memperkembangkan (4.2%) (55.0%) (40.8%)
bakat serta potensi murid ke arah
peningkatan pencapaian sukan sekolah.
17. Penilaian diurus untuk mengesan - - 5 71 44 4.33 0.553 Tinggi
pencapaian murid dalam kokurikulum (4.2%) (59.2%) (36.7%)
dan sukan.
18. Disiplin murid diurus untuk - - - 62 58 4.48 0.502 Tinggi
membentuk sikap murid (51.7%) (48.3%)
19. Disiplin murid diurus untuk - - - 60 60 4.50 0.502 Tinggi
membentuk perlakuan positif murid. (50.0%) (50.0%)
20. Perkhidmatan bimbingan dan - - 5 69 46 4.34 0.558 Tinggi
kaunseling disediakan untuk membantu (4.2%) (57.5%) (38.5%)
dan membimbing murid dari segi akademik.
21. Perkhidmatan bimbingan dan - - 6 58 56 4.42 0.588 Tinggi
kaunseling disediakan untuk membantu (5.0%) (48.3%) (46.7%)
dan membimbing murid dari segi
kokurikulum.
22. Perkhidmatan bimbingan dan - - 1 68 51 4.42 0.512 Tinggi
kaunseling disediakan untuk membantu (0.8%) (56.7%) (42.5%)
dan membimbing murid dari segi sahsiah.
23. Perkhidmatan bimbingan dan - - 7 73 40 4.28 0.565 Tinggi
kaunseling disediakan untuk membantu (5.8%) (60.8%) (33.3%)
dan membimbing murid dari segi kerjaya
murid.
24. Perkhidmatan kebajikan, kesihatan- - 1 72 47 4.38 0.505 Tinggi
dan keselamatan disediakan untuk (0.8%) (60.0%) (39.2%)
memastikan kesejahteraan murid.

Keseluruhan 4.41 0.832 Tinggi

Jadual menunjukkan tahap kualiti pendidikan sekolah menengah berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia 2010 dari Standard 3: Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum Dan Sukan Serta Hal Ehwal Murid. Item
yang mempunyai min yang paling tinggi ialah peperiksaan awam, pentaksiran dan penilaian berasaskan sekolah
diurus untuk mengesan masalah pembelajaran murid (min = 4.98 dan sp = 4.631) berada pada tahap tinggi. Dari
segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 52 orang (43.3%) pentadbir menyatakan setuju dan
seramai 67 orang (55.8%) pentadbir menyatakan sangat setuju. Manakala item yang mempunyai min yang
paling rendah ialah ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan (min = 4.20 dan
sp = 0.512) berada pada tahap tinggi. Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 6 orang
(5.0%) pentadbir menyatakan kurang setuju, 84 orang (70.0%) pentadbir menyatakan setuju dan seramai 30

350
orang (25.0%) pentadbir menyatakan sangat setuju. Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa tahap kualiti
pendidikan sekolah menengah berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 dari Standard 3:
Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum Dan Sukan Serta Hal Ehwal Murid berada pada tahap yang tinggi (min =
4.41 dan sp = 0.832).
Analisis Perbezaan Tahap Pelaksanaan Program S1Partners+ Berdasarkan Faktor Demografi.

Jadual 4.6: Nilai ujian statistik varian bagi perbezaan tahap pelaksanaan program
Ujian Varian Anova F Total df Nilai p
Kelayakan akademik tertinggi 0.543 20 0.940
Pengalaman mentadbir 2.476 20 0.002
Jawatan 0.701 20 0.816

Jadual 4.4 menunjukkan keputusan nilai p yang dijalankan bagi menilai perbezaan tahap pelaksanaan program.
Nilai F ialah 0.523 bagi faktor kelayakan akademik, 2.476 untuk faktor pengalaman mentadbir dan 0.701 bagi
faktor jawatan. Dengan darjah kebebasan sebanyak 20, nilai signifikan p menunjukkan p>0.05. Maka nilai p
menunjukkan Ho tidak berjaya ditolak dan membuktikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
tahap pelaksanaan program dengan faktor demografi pentadbir kelayakan akademik tertingggi dan jawatan.
Namun begitu, bagi faktor pengalaman mentadbir, nilai p=0.002 menunjukkan p<0.05, maka nilai p ini
menunjukkan Ho berjaya ditolak dan membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pelaksanaan
program dengan faktor demografi pengalaman mentadbir.

Analisis Hubungan Antara Pelaksanaan S1Partners+ Dengan Kualiti Pendidikan Sekolah

Jadual 4.7: Nilai ujian statistik korelasi


Item korelasi Pearson correlation Nilai signifikan
Pelaksanaan program SIPartenrs+ 0.419 0.00
Kualiti pengurusan sekolah (SKPM, 2010) 0.419 0.00

Nilai koralasi setiap item adalah positif (hubungan positif). Manakala nilai signifikan p adalah p<0.01
menujukkan Ho berjaya ditolak, terdapat hubungan yang signifikan antara pelaksaan program dan kualiti
pengurusan sekolah.

PERBINCANGAN
Dapatan kajian mendapati tahap pelaksanaan dari aspek membuat peer coaching berada pada tahap tinggi.
Membuat peer coaching dan lawatan bimbingan terhadap pengetua merupakan antara pelaksanaan SIPartners+.
Proses peer coaching merupakan proses untuk membentuk talian perhubungan berlandaskan peningkatan
keupayaan, pemberian bantuan dan sokongan untuk mencapai sasaran yang dirancang. Cowen (2008) dalam
Kunalan (2016) memetik beberapa kajian kes yang menunjukkan bahawa keberkesanan SIPartners+ bergantung
pada hubungan kepercayaan yang terjalin antara pengetua. Kinlaw (1999) pula menyatakan bahawa peer
coaching sentiasa berhubung kait dengan peningkatan prestasi atau kualiti pengurusan. Untuk meningkatkan
pencapaian, pembimbing perlu saling membuat perbincangan dan berkongsi pendapat di samping menetapkan
sasaran dan jangkaan yang ingin dicapai dengan jelas. Walaubagaimanapun, dapatan kajian oleh Kunalan (2016)
mendapati walaupun wujud pengaruh bimbingan dan peer coaching terhadap pencapaian sekolah, tetapi
pengaruhnya hanya mencapai 30.3 persatus sahaja. Ini disebabkan pengetahuan dan kemahiran SIPartners+
mempengaruhi bimbingan SIPartners+. SIPartners+ harus meningkatkan kemahiran kerana bimbingan sentiasa
berhubung kait dengan peningkatan prestasi (Kinlaw 1999). Keseluruhannya, bimbingan dan peer coaching
berada pada tahap yang tinggi dan memberi impak terhadap peningkatan kualiti pengurusan sejajar dengan
matlamat SIPartners+ untuk mengupayakan kepimpinan untuk peningkatan pencapaian sekolah.

351
Dapatan kajian dari aspek memberi latihan kepada pemimpin sekolah juga berada pada tahap tinggi.
Berdasarkan analisis, ini jelas menunjukkan SIPartners+ memberikan latihan atau mengendalikan kursus atau
program yang sesuai berdasarkan keperluan pentadbir. Program-program yang relevan mampu memainkan
peranan yang cukup signifikan terhadap usaha-usaha penambahbaikan sekolah, reformasi dasar-dasar sekolah,
peningkatan kualiti pengajaran, pembelajaran serta faedah perkongsian kepakaran antara pihak yang terlibat.
Konsep pendekatan pembangunan organisasi dalam konteks organisasi sekolah merupakan satu strategi yang
mengendalikan organisasi sebagai unit perubahan. Untuk memastikan keberkesanan pembangunan organisasi,
perancangan dan pelaksanaannya perlu dibangunkan dari dalam organisasi tersebut sendiri. Pembangunan
organisasi adalah pembangunan kepimpinan pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi organisasi
melalui proses perubahan organisasi yang sistematik dan dilaksanakan dalam persekitaran kerja (Siti Anidah
2012). Dapatan kajian ini juga selari dengan Guskey (2002), dan Moore (2008) yang turut mengakui bahawa
pembangunan organisasi adalah kesan daripada penambahbaikan yang berterusan ke atas pembangunan individu
sejurusnya pada peningkatan pencapaian sekolah. Namun, dapatan kajian ini tidak selari dengan dapatan kajian
oleh Kunalan (2016). Dapatan kajian beliau yang dijalankan di negeri Sabah menunjukkan SIPartners+ kurang
memainkan peranan dalam menyediakan latihan dan kursus yang diperlukan oleh kepimpinan sekolah. Ini
kerana kursus yang dianjurkan oleh SIPartners+ dipengaruhi oleh kelemahan dalaman yang menyebabkan
program pembangunan tersebut tidak berkesan. Kelemahan dalaman yang dimaksudkan ialah kurangnya kaedah
penilaian dalam menentukan impak dan pengurusan impak pembangunan professional.
Hasil kajian didapati item membuat penyelesaian masalah pemimpin sekolah berada pada tahap yang tinggi iaitu
4.37. SIPartners+ menjadi pengantara PPD dengan sekolah, membantu menyelesaikan masalah pengetua, dan
mempraktikkan penyelesaian masalah yang dapat di teladani. Kajian ini menunjukkan SIPartners+ dapat
membantu pengetua menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Penemuan kajian ini selaras dengan kajian
yang dilakukan oleh Kunalan (2016) yang menunjukkan persepsi pengetua terhadap SIPartners+ dalam sekolah
kajian adalah pada tahap yang tinggi. Malah terdapat hubungan positif secara kuat yang signifikan antara
pengantara dengan kepimpinan dan pencapaian sekolah. Hubungan serta pengaruh SIPartners+ sebagai
pengantara PPD dengan kepimpinan menyumbangkan 62.3 peratus terhadap kepimpinan dan 49.4 peratus
terhadap pencapaian sekolah. Kajian Kunalan (2016) juga menunjukkan SIPartners+ dapat mempraktikkan
teknik penyelesaian masalah yang dapat diteladani, memperkenalkan idea inovatif secara sistematik dalam
amalan kerja serta mendapatkan maklum balas daripada PPD. Dalam penilaian terhadap kajian ini, pengkaji
bersetuju dengan pendapat Woods et al. (2013) yang menyatakan bahawa kesatuan kumpulan contohnya ada
kepercayaan dan tiada konflik, fleksibiliti dan kapasiti sekolah, visi strategik dan minat untuk berinteraksi.
Penemuan kajian juga selaras dengan kajian yang dilakukan oleh Coleman (2012) terhadap 49 sesi temu ramah
bersama guru besar, pengetua, pemimpin sekolah dan lain-lain pihak berkepentingan terhadap pendidikan,
mengenalpasti kepercayaan sebagai elemen dan kunci pada usaha sama antara SIPartners+ dengan pengetua di
mana secara tidak langsung mendapat impak sebagai orang yang mempunyai nilai kepercayaan paling tinggi.
Selain itu, kajian ini selari dengan pendapat Hobson, Holmes dan Luck (2003) iaitu SIPartners+ berjaya
memainkan peranan sebagai mentor dan mengekalkan kejurulatihan.
Dapatan kajian untuk mengenal pasti perbezaan tahap pelaksanaan program SIPartners+ di sekolah berdasarkan
faktor demografi (kelayakan akademik, pengalaman mentadbir, dan jawatan) menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan tahap pelaksanaan program dengan faktor demografi kelayakan akademik tertingggi
dan jawatan. Hal ini kerana faktor demografi seperti kelayakan akademik tertingggi dan jawatan tidak
mempengaruhi tahap pelaksanaan program SIPartners+ di sekolah. Dapatan ini selari dengan dapatan oleh Tan
Shin Yi (2015) dalam kajian Pelaksanaan Program SIPartner+ di Negeri Johor. Kajian beliau menunjukkan
SIPartners+ berusaha memberikan bimbingan, peer coaching dan bantuan kepada pemimpin sekolah untuk
memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran sekolah. Walaubagaimanapun, bagi faktor pengalaman
mentadbir, dapatan membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pelaksanaan program dengan
faktor demografi pengalaman mentadbir. Faktor ini mempengaruhi tahap pelaksanaan program SIPartners+ di
sekolah. Hal ini kerana pengalaman mentadbir seseorang pemimpin sekolah memainkan peranan yang penting
dalam menentukan tahap keberkesanan sesuatu pelaksanaan program.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara pelaksanaan program dan
kualiti pengurusan sekolah. Keputusan analisis menyatakan dengan jelas bahawa komponen pelaksanaan
program SIPartners+ secara keseluruhan menyumbang pengaruh yang signifikan terhadap kualiti pengurusan
sekolah berdasarkan Standard 1 Kepimpinan dan Hala Tuju, Standard 2 Pengurusan Organisasi dan Standard 3
Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan, serta Hal Ehwal Murid. Dalam konteks kajian ini, didapati
semua komponen pelaksanaan program SIPartners+merupakan peramal yang nyata terhadap kualiti pengurusan
sekolah. Ketiga-tiga komponen tersebut ialah peer coaching, membuat lawatan dan membantu penyelesaian
masalah pemimpin sekolah. Justeruitu, kajian ini tidak menyokong hipotesis kajian yang mengandaikan tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara pelaksanaan program SIPartners+ di sekolah dengan kualiti
pengurusan sekolah menengah di Zon Bangsar Pudu Kuala Lumpur. Melalui analisis hubungan, didapati

352
dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian DfES (2004,2005,2006) dalam kajian Kunalan (2016) yang
mengkaji peranan utama SIPartners+ iaitu untuk mencabar dan menyokong para pengetua sekolah berhubung
dengan pencapaian dan sasaran yang memerlukan peningkatan di sekolah masing-masing serta menerima
mereka sebagai rakan penting. Selain itu, kajian oleh National Audit Office (NAO) (2009) tentang Partnering
for School Improvement yang bersetuju bahawa SIPartners+ berpotensi memaksimumkan pencapaian sekolah.
Kajian yang dibuat pada 398 buah sekolah menengah di England menyatakan bahawa 80 peratus daripada
pengetua berpendapat SIPartners+ berjaya meningkatkan dan mengubah tingkah laku serta budaya pengetua.
Peranan SIPartners+ dapat mengubah dan membawa perubahan pada budaya sekolah menerusi
pengupayaan kepimpinan ke arah pencapaian sekolah. Program SIPartners+ merupakan salah satu program SIP
yang diberikan perhatian khusus dalam PPPM 2013-2025 malah program ini menjadi agenda utama dalam
proses penambahbaikan sekolah. Secara ringkasnya, terdapat hubungan positif yang signifikan antara
pelaksanaan program dan kualiti pengurusan sekolah.

CADANGAN
Kajian ini telah memberi tumpuan pada golongan pentadbir di Zon Bangsar Pudu Kuala Lumpur sahaja. Dalam
memastikan satu persepsi yang menyeluruh adalah dicadangkan supaya kajian yang akan datang dibuat di
negeri-negeri lain dalam mengkaji hubungan antara pembolehubah-pembolehubah kajian ini. Seterusnya, kajian
juga boleh dibuat untuk membandingkan persepsi pengetua dan guru besar kerana kajian ini hanya mengkaji
golongan pentadbir di sekolah menengah sahaja. Perbandingan ini dapat membantu pengkaji mengkaji
perbezaan yang mungkin wujud dalam pentadbiran terutamanya dalam aspek pengetahuan, kemahiran,
tingkahlaku dan kepuasan program.

RUJUKAN
Abdullah Wafi Ariffin. 2013. Kepimpinan Transformasi Pengetua dan Kualiti Pengurusan Sekolah Menengah di
Negeri Sembilan. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Rahim Abdul Rahman. 2012. Hubungan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) dengan Kualiti
Dan Produktiviti Guru di Sekolah Rendah Rintis Daerah Johor Bahru (atas talian).
http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/html/prosiding.htm [ 25 Mei 2016]

Advant, S.B. & Makhirja, S.J. 2003. Quality and Education. Dlm. Singh, R. K. Quality Education:
opportunities
and challenges in the 21st century, hlm. 20-30. Delhi: Abijet Publication

Azizi Hj Yahaya, Shahrin Hashim, Mohammad Najib Abd Ghaffar & Yusuf Boon. 2008. Isu-isu
Kepengetuaan
dan Pengurusan Sekolah. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK). 2010.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Chua, C. 2004. Perceptioan of Quality in Higher Education. Proceedings of the Australian Universities Quality
Forum.

Fuziah Mat Yakop. 2011. Hubungan Antara Kepimpinan Transformasi Pengetua Dengan Amalan Organisasi
Pembelajaran Gun Di Sekolah Menengah Kluster. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Guskey T. R 2002. Does it Make Difference? Evaluating Professional Developing. Educational Leadership.

Haliza Halid. 2006. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran serta Kokurikulum: Satu Kajian di Sekolah
Menengah Kebangsaan Abdul Jalil (SMKAJ), Hulu Langat, Selangor. Tesis Sarjana. Universiti
Teknologi Malaysia.

Hobson, A 2003. Mentoring and Coaching for New Leaders. Nottingham: National College for School
Leadership.

353
Jabatan Perdana Menteri- PEMANDU. 2010. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan.
Putrajaya. Jabatan Perdana Menteri.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Catalsying District Transformation to Improve Students outcomes.
Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Panduan Pengurusan Program SIPartner. Genting Highland:
Institut Aminuddin Baki.

Kinlaw, D. C 1999. Coaching for Commitment: Interpersonal Strategies for Obtaining Superior Performance
from Individual and Teams. San Francisco.

Kunalan Kuriaya. 2016. Pengaruh Peranan School Improvement Partner (SIPARTNER) Terhadap kepimpinan
Pengetua dan Pencapaian Sekolah Menengah di Negeri Sabah. Fakulti Psikologi dan Pendidikan.
Universiti Malaysia Sabah.

Soh Pen How. 2010. Pembangunan Dan Penilaian Sistem Pengurusan Kokurikulum Berasaskan web.Tesis
Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Tan Shin Yi. 2015. Pelaksanaan Program SIPartner+ di Negeri Johor. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi
Malaysia.

Yaacob (1998). Amalan Gaya kepimpinan Pengetua. Utusan Publication dan Distributars Sdn.Bhd

354

You might also like