You are on page 1of 9

Tn Hj Amran harungi dan tempuhi bersama guru guru SK Kampung Baru Kerteh.

Pastinya
setiap aktiviti yang dilalui menjadi kenangan terindah yang terpahat di hati dan menjadi
ingatan kepada kita semua.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan

Itu adat, itu lumrah kehidupan

Begitulah rentetan perjalanan

Walau sukar untuk ditelan

Kaki tetap mengorak jalan

Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu marilah sama-sama kita hayati persembahan multimedia yang memaparkan detik
–detik pahit manis sepanjang perkhidmatan Tn Hj Amran d SK Kampung Baru Kerteh.

Begitulah sebentar tadi dapat kita bersama-sama mengimbau kenangan yang kita telah
lakarkan bersama . Mudah-mudahan ianya dapat menjadi bingkisan yang tidak ternilai
untuk Tn Hj Amran khususnya serta bekas guru dan guru-guru SK Kampung Baru umumnya.

Hadirin yang dihormati sekelian,

Bagi memeriahkan lagi majlis sanjungan budi lambaian kasih ini, kita akan menyaksikan satu
lagi persembahan Action Song. Persembahan action song terdiri dari 15 org murid-murid
tahun 3. Bertemakan Succes Is A Journey, kami persilakan kumpulan Action Song 2015.

Terima kasih diucapkan kepada anak anak comel tahun 3 di atas persembahan yang sungguh
menghiburkan itu tadi. Untuk makluman pada hadirin, Pasukan a.song itu tadi telahpun
dinobatkan sebagai johan peringkat negeri dlm Pertandingan Ko Akademik Bahasa Inggeris
baru-baru ini. Ini telah melayakkan SK Kampung Baru Kerteh sekali lagi mewakili negeri
Terengganu di dalam pertandingan A song peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di
Johor tidak lama lagi. Kejayaan ini tidak mungkin dikecapi tanpa sokongan padu daripada Tn
Hj Amran b Salleh. Beliau sangat komited dan memberikan kecaknaan yang tinggi dalam
membantu kumpulan Action song ini dari pelbagai segi demi meraih kejayaan yang
cemerlang. Semestinya tidak dilupakan , sekalung tahniah buat guru pembimbing kumpulan

1
Action song ini, tidak lain dan tidak bukan, Teacher Farrahida bt Zakbah dgn dibantu oleh Pn
Sharafina Izzah bt Shahruddin. Tahniah buat semua warga SK Kampung Baru Kerteh.

UCAPAN-UCAPAN

1. Ucapan wakil PIBG

Hadirin yg dihormati sekelian,

Tak molek ada alu tiada lesungnya

Tak berguna ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Untuk itu, majlis menjemput En Rosli b Awang, Yang Dipertua PIBG SK Kampung Baru
Kerteh ke pentas bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih En Rosli bin Awang di atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha
Pn Norizan bt Abd Rahman, mantan Penolong Kanan Pentadbiran SK Kg Baru Kerteh bagi
menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

2
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn Norizan bt Abd Rahman yang sekarang
ini bertugas sebagai penoPenolong Kanan Pentadbiran di SK Kemasek.

Majlis seterusnya menjemput pula sahabat seperjuangan En Zamri b Harun, selaku wakil
guru SK Kampung Baru Kerteh ke pentas bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan

Terima kasih En Zamri di atas ucapan itu tadi.

Majlis menjemput En………………………………..bagi menyampaikan ucapan. Majlis dengan


hormatnya mempersilakan

JEMPUT GB NAIK PENTAS

Tenang-tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung

Hati terkenang mulut menyebut

Budi yang baik sentiasa dijunjung

Tinggi-tinggi si burung helang

Hendak dicapai tak sampai tangan

Budi sedikit tidakkan hilang

Kekal menjadi kenang-kenangan

3
Dengan diiringi oleh 6 wakil murid SK Kampung Baru Kerteh, majlis dengan segala hormat
dan berbesar hati menjemput yang diraikan, Tn Hj Amran B Salleh untuk naik ke pentas,
bersemayam di atas singgahsana dihias indah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Segak bergaya putera mahkota

Tenang Bersemayam di singgahsana nan indah

Izinkan saya membacakan biodata Yang Berusaha Tn Hj Amran b Salleh

Didahului dengan lafaz Bismillah

Bismillahirrohmanirrohim…

Tanggal 24 mei 1958 merupakan tarikh bermakna buat pasangan bertuah Encik Salleh b Hj
Mohd. Amin dan Puan Zaimah bt. Besar, di kampung Telaga Papan Kerteh apabila telah
sempurna lahirnya seorang putera. Anak ke 4 dari 8 adik beradik ini telah diberi nama
Amran bin Salleh. Dijaga sebaik mungkin dengan didikan sempurna. Beliau mendapat
pendidikan awal sekolah rendah di sekolah Kebangsaan Kerteh pada tahun 1965. Detik
waktu menginjak pantas, pada tahun 1972 beliau melanjutkan pelajaran peringkat
menengah di Sultan Ismail Secondary School, Kemaman, Terengganu. Setelah memperolehi
sijil Malaysian Certificate of Education MCE, beliau meneruskan pengajian ke tingkatan 6 di
Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Berbekalkan doa dan harapan ibu
bapa, beliau kemudian melanjutkan pelajaran di bidang perguruan di Maktab Perguruan
Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah pada tahun 1980. Bermula dari situ, beliau terus gigih
menimba ilmu dan lahirlah semangat yang jitu untuk menjadi insan bergelar GURU. Bak kata
pepatah, Genggam bara api biar sampai jadi arang. Begitulah semangat yang dimiliki oleh
Encik Amran bin Salleh ketika itu.

Tanggal 1 Mei 1982, beliau secara rasmi bergelar seorang guru apabila menjejakkan kaki di
Sekolah Menengah Kg Awah Temerloh Pahang. Perkhidmatan beliau di situ berakhir pada

4
31 Disember 1982 apabila beliau bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 21,
Temerloh Pahang pada 1 Januari 1983. Selama 5 tahun anak muda berwawasan tinggi ini
menabur bakti dengan penuh semangat di sekolah ini. Pada 1 januari 1988, beliau sungguh
teruja kerana akhirnya berpeluang mendidik anak-anak kelahiran bumi Terengganu apabila
permohonan pertukaran beliau diluluskan dan ditempatkan di Sekolah menengah Ketengah
Jaya. Selama setahun di sana, sekali lagi pada 1 Januari 1989 beliau bertukar ke Sekolah
Menengah Kerteh dan berkhidmat di SMK Kerteh sehingga tahun 1994.

Setelah bertugas dengan penuh dedikasi sebagai guru penolong selama 12 tahun, akhirnya
beliau telah dilantik sebagai Guru Penyelia Petang di Sekolah Kebangsaan Kemasek pd 1
Januari 1995. Berbekalkan pengalaman dan semangat serta idea-idea yang inovatif , beliau
cemerlang dengan jawatan yg disandang ketika itu sehingga dianugerahkan Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, pada tahun 1997.
Seterusnya pada 1 januari 1998, beliau diarahkan pula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan
Padang Kubu. Pada tahun 1999, beliau ditukarkan kembali ke SK Kemasek sebagai Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Perjuangannya sebagai guru tidak pernah pudar, malah
beliau semakin cekal dan matang dalam mengharungi pelbagai ujian dalam arena
pendidikan. Jasa dan kepimpinan beliau tidak dipandang sepi, justeru pada tahun 2000
beliau telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan Guru Besar di Sekolah
Kebangsaan Felda Rasau Kerteh 5, Kemaman, Terengganu. Selama 4 tahun di sana, bermula
tanggal 16 Oktober 2002 , bermulalah tugas beliau sebagai Guru Besar perintis di sekolah
Kebangsaan Kampung Baru Kerteh yang baru sahaja beroperasi pada waktu itu. Menjadi
nakhoda kepada seramai 11 orang guru perintis dan 399 orang murid perintis bukanlah satu
tugas yang enteng. Beliau dengan yakin dan berani mengemudi SK Kampung Baru Kerteh ini
walaupun dalam serba kekurangan. Dari tahun ke tahun hasil usaha berterusan dan
cetusan-cetusan idea beliau, SK Kampung Baru Kerteh terus mengorak langkah dan semakin
digeruni. Pelbagai kejayaan dilakar sepanjang pentadbiran beliau. Beliau sendiri tidak
pernah jemu memberi kata-kata perangsang dan semangat kepada guru-guru dan murid-
murid walaupun kadangkala idea tersendiri beliau sukar diterima. Itulah keunikan insan
bernama Tn Hj Amran b Salleh. Sering tampil dengan idea dan semangat yang di luar
jangkaan. Beliau juga seorang yang berjiwa penyayang terutama terhadap anak-anak murid.
Ini diakui sendiri oleh semua pelajar SK Kampung Baru Kerteh.

5
Beliau juga merupakan penyokong paling kuat untuk semua aktiviti atau program yang
dijalankan. Banyak kejayaan telah dicapai hasil sokongan beliau seperti Kejayaan pasukan
kawad unit beruniform, pasukan action song, olahraga dan juga kegemilangan akademik. SK
Kampung Baru Kerteh pernah mendapat anugerah Sekolah Lonjakan Saujana pada tahun
2010 dan sekali lagi beliau mendapat pengiktirafan Jabatan pendidikan Negeri Terengganu
dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 2010. Pada tahun yang sama juga beliau telah
berjaya menamatkan pelajaran setelah 4 tahun bertungkus lumus dalam mengikuti kursus
pengajian Matematik dan akhirnya menggenggam segulung ijazah daripada Universiti
Terbuka Malaysia. Ini jelas membuktikan bahawa beliau sangat bercita-cita tinggi dan
pantang menyerah kalah. Penglibatan beliau sebagai ahli Majlis Guru Besar juga aktif
sehingga di pilih untuk memegang tampuk tertinggi kepimpinan Guru Besar sebagai
Pengerusi Guru Besar Daerah Kemaman dari tahun 2012 sehingga 2013. Keprihatinannya,
kecekalannya dan wawasannya patut kita contohi. Pada tahun 2013, beliau sekali lagi
menerima anugerah. Kali ini di peringkat kebangsaan dengan

Anugerah Pingat Pangkuan Negara PPM daripada Yang Dipertuan Agong, Almu'tasimu
Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan
Badlishah.

Keprihatinan beliau terhadap kebajikan warga SK Kampung Baru Kerteh tidak dapat
dinafikan juga sehingga tercetusnya idea beliau untuk membangunkan sebuah surau bagi
kemudahan semua. Umum mengetahui surau Luqmanul Hakim tidak dapat menampung
jumlah makmum yang ramai. Oleh yang demikian, sebuah surau baru telah mendapat
kelulusan untuk dibina di perkarangan sekolah dengan berbekalkan bantuan dan sumbangan
derma daripada pelbagai pihak. Projek pembinaan surau ini diterajui oleh beliau di mana
pelbagai aktiviti dan program telah diilhamkan bertujuan mengumpul dana pembinaan.
Alhamdulilah sehingga hari ini, berkat usaha dan kerjasama semua pihak, hanya dalam masa
tidak sampai 3 bulan tapak surau sekolah telah berjaya didirikan. Terima kasih Tn Haji
Amran.

Terang bulan di malam hari

Indah gemerlap bintang bercahaya

6
Kasih dan sayang ikhlas terpatri

Rindu bertaut sepenuh jiwa

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu guruku

Budi yang ditabur, didulangi ilmu

Panggilan keramat CIKGU buatmu kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Tinggi sungguh pohon kuini

Dililit pepaku bersulam semalu

Sudilah tuan maafkan kami

Atas segala Tutur kata dan perilaku

UCAPAN GB

Hadirin dan hadirat sekalian,

Yang ditunggu- tunggu sudah tiba

Yang dinanti-nanti sudah bersedia

Majlis dengan penuh takzim dan rendah hati menjemput Yang dirai Tuan Hj Amran Bin Salleh
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan

Terima kasih Guru besar kami, Tn hj Amran bin Saleh di atas ucapan itu tadi. Akan kami
pegang amanahmu, akan kami ingat nasihatmu. Hanya doa mampu kami hulurkan.

ACARA PENYAMPAIAN HADIAHSK Kampung Baru Kerteh,

Hadirin sekalian,

7
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah untuk insan istimewa yang kami
raikan hari ini iaitu Tn Hj amran b Salleh.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Encik Ahmad Razman
bin Abd Rahman, Pen kanan Ko Kurikulum bagi mengiringi yang diraikan Tn Hj Amran b
Salleh untuk menerima cenderamata kenang kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan:

(BACA SENARAI)

Penyampaian cenderahati dimulakan dengan menjemput:

1. ________________________
2. ________________________
3. ________________________
4. ________________________
5. ________________________
6. ________________________
7. ________________________
8. ________________________
9. ________________________
10. ________________________
11. ________________________

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah sudi menitipkan cenderamata yang
istimewa buat Guru Besar Tn Hj Amran B Salleh. Rasanya teramat kecil nilainya jika
dibandingkan dengan jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada warga SK Kampung Baru
Kerteh. Namun, yang sedikit itu besar harapan bagi kami, untuk tn Hj Amran kenang-
kenangkan kami di sini.

Tapi masih ada lagi hadiah surprise buat Tn Hj Amran. Hadiah terakhir dari kami yang tidak
boleh didapati di mana-mana saja. Hanya di Sk Kg Baru Kerteh ini sahaja. Sangat teruja untuk

8
kami sampaikan. Dengan itu, kami dengan berbesar hati ingin menghadiahkan gabungan
suara guru-guru SK Kampung Baru Kerteh untuk mempersembahkan nyanyian, sebagai
bingkisan terakhir kami buat Tn Hj Amran. Dengarlah iramanya, hayatilah bait bait

Hadirin sekalian, maka berakhirlah sudah majlis program kita pada hari ini. Sebelum
mengundurkan diri, Sekalung budi, seuntai kasih dihulurkan. Terima kasih dan penghargaan
tidak terhingga kepada semua warga Sk Kampung Baru Kerteh dengan kolaborasi bersama
PIBG SK Kampung Baru Kerteh di atas sempurnanya majlis meraikan persaraan Tn Hj
Amran Bin Salleh, Guru Besar SK Kg Baru Kerteh. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas
nya.

Sebelum Bersurai, kita akan mengadakan sesi fotografi.

Selesai fotografi, semua dipersilakan untuk ke jamuan perpisahan. Dipersilakan.

(Sesi Fotografi)

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Andai tersilap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta.

Hinggap merbah di tanah rata,


Ikan keli dalam perigi
Salam berpisah beriring kata
Lain kali bersua lagi

You might also like