You are on page 1of 2

PENGHARGAAN

Assalamulaikum. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan Tugasan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 2020. Tugasan ini amat penting
penting buat saya kerana perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus subjek
Geografi.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat guru subjek saya iaitu Puan
Zarita kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini
dengan penuh dedikasi. Saya juga amat menghargai jasa guru saya kerana memberikan
bimbingan dan tunjuk ajar agar saya dapat menyiapakan tugasan ini dengan sempurna.

Sekalung penghargaan kepada ibu bapa saya yang telah memberi sokongan dan dorongan
kepada saya sepanjang melakukan tugasan ini. Terima kasih juga saya ucapkan kerana telah
memberi bantuan dari segi kewangan. Tidak lupa juga kepada para responden yang telah
terlibat dalam memberi menjawab segala persoalan yang saya ajukan berkaitan dengan
tugasan saya.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan saya yang sama-sama telah bertungkus
lumus dalam menyempurnakan tugasan ini. Segala perkongsian maklumat yang diberikan
kepada saya amatlah berguna dan saya sangat menghargainya.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya menyiapkan
tugasan ini samada secara langsung atau tidak langsung.

Pendahuluan

Saya menjalankan kajian ini bagi memenuhi keperluan Tugasan Kerja Lapangan Geografi
Tingkatan 1 2020. Kajian yang telah saya jalankan ialah berkaitan dengan pengurusan sisa
domestik yang terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair di Kampung Permatang Haji
Hasan 13200 Kepala Batas Pulau Pinang.

Saya memilih Kampung Permatang Haji Hasan kerana tempat ini merupakan tempat tinggal
saya. Kampung ini terletak berdekatan dengan pusat bandar iaitu Seberang Jaya seterusnya
mempunyai kepadatan penduduk yang agak ramai. Pengurusan sisa domestik yang
merupakan sisa yang terhasil di Kawasan perumahan dapat dikaji dengan lebih teliti dan
tepat kerana mempunyai penduduk yang ramai kerana terdapat lebih banyak pemboleh
ubah dalam kajian ini .Hal ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian di sini dengan
lebih menyeluruh dalam menyempurnakan tugasan ini.

Kajian ini menfokuskan terhadap pengurusan sisa domestik. Sisa domestik ialah bahan-
bahan yang dibuang daripada kawasan perumahan . Pegurusan sisa domestiK ini sangatlah
penting bagi mengelakkan kesan yang negatif kepada alam sekitar. Oleh itu tugasan yang
dijalankan ini amat penting dalam mengenal pasti pengurusan sisa domestic dia tempat
tinggal saya .
Obektif kajian

-untuk memahami konsep sisa domestik


-untuk menyatakan jenis sisa domestik yang terdapat di Kampung Permatang Haji Hasan
-untuk mengkaji pengurusan sisa domestic di Kampung Permatang Haji Hasan
-untuk mengenal pasti kesan pembuangan sisa domestik di Kampung Permatang Haji Hasan
-untuk menghuraikan langkah-langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di
Kampung Permatang Haji Hasan

You might also like