You are on page 1of 9

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 1 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 1 - Soalan 23
Baca jadual serta maklumat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya menggunakan ayat yang lengkap.

Pesta Kanak-kanak Hulu Perak telah diadakan pada cuti penggal kedua persekolahan. Pesta kali
ini berjaya menarik minat hampir keseluruhan sekolah di Daerah Hulu Perak untuk turut serta.

TARIKH ACARA TEMPAT / MASA

12/09/2016  Majlis Perasmian Oleh Pegawai Sekolah Kebangsaan Banggol


Pelajaran Daerah Hulu Perak. Belimbing, Lenggong.
 Persembahan Pantomin “Tsunami”. Mulai jam 2.00 petang.

13/09/2016  Pertandingan Teater Kanak-kanak. Sekolah Kebangsaan Banggol


 Pertunjukan Permainan Tradisional. Belimbing, Lenggong.
Mulai jam 8.30 pagi.

14/09/2016  Pertandingan Mendeklamasikan Sekolah Kebangsaan Sumpitan,


Sajak, Syarahan dan Melafazkan Puisi. Lenggong.
 Kuiz Bahasa Melayu. Mulai jam 9.00 pagi.

15/09/2016  Persembahan Koir. Sekolah Kebangsaan Lubuk


 Pengumuman Keputusan. Kawah, Lenggong.
 Penyampaian Hadiah Oleh Mulai jam 9.00 pagi.
Pengarah Pendidikan Negeri Perak.

(a) Mengapakah panel hakim tidak dijemput ke SK Lubuk Kawah, Lenggong pada hari itu?
Panel hakim tidak dijemput ke SK Lubuk Kawah, Lenggong
____________________________________________________- pada hari itu kerana tadak ada
_____________________________________
sebarang pertandingan yang dijalankan.
____________________________________________________-
_____________________________________
[2 markah]

(b) Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh


Tuan Pengarah Penddikan Negeri Perak.
____________________________________________________-
_____________________________________
____________________________________________________-
_____________________________________
[1 markah]

(c) Apakah kebaikan yang boleh kita peroleh daripada Pesta Kanak-kanak tersebut?
Kebaikan yang boleh diperoleh daripada Pesta Kanak-kanak tersebut seperti kita
____________________________________________________- dapat
_____________________________________
mengasah minat dan bakat seni serta kematangan berbahasa dalam kalangan murid.

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

____________________________________________________-
_____________________________________
[3 markah]

Latihan 2 - Soalan 23
Baca iklan percutian di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat yang lengkap.

CUTI-CUTI MALAYSIA
Keindahanmu Mempesona
2 Hari Di Tasik Banding - RM400.00
2 Hari Di Pulau Redang - RM550.00
2 Hari Di Pulau Perhentian - RM550.00
2 Hari Di Taman Negara - RM530.00
3 Hari Di Kota Kinabalu - RM970.00
Pakej istimewa ini hanya ditawarkan untuk tempoh selama sebulan dari tarikh iklan ini. Kadar
yang berbeza akan dikenakan selepas tamat tarikh promosi. Kami menawarkan pakej percutian
serta pakej pelancongan yang mudah, murah, dan meriah. Pilihlah destinasi yang menawan hati
anda. Destinasi yang mengembalikan keceriaan hidup anda! Pihak kami akan menguruskan
tentang pengangkutan, penginapan dan makanan.
Nikmati percutian anda dan keluarga anda bersama-sama kami. Buatlah tempahan anda
sekarang. (Tempahan boleh dibuat mulai 10 September 2016).
Hubungi kami di alamat berikut: Pejabat cawangan kami:
Syarikat Kembara Sdn. Bhd. Negeri Sembilan - 06-4573439
No. 240, Lorong Tengah, Pulau Pinang - 04-7245688
Taman Tun Dr. Ismail, Johor Bahru - 07-2229770
54000 Kuala Lumpur. Kuala Terengganu - 09-5654422
Telefon: 03-28222468/019-5432775 (cuti-cuti Malaysia – Keindahan Mempersona)

(a) Nyatakan jenis perkhidmatan yang disediakan oleh agensi pelancongan tersebut.
Agensi pelancongan tersebut menyediakan perkhidmatan
____________________________________________________- pengangkutan, penginapan dan
_____________________________________
makanan kepada para pelanggannya.
____________________________________________________-
_____________________________________
[2 markah]

(b) Bagi penduduk di negeri Terengganu, tempahan pakej boleh dibuat dengan menghubungi
Pejabat Cawangan Syarikat Kembara Sdn. Bhd. di talian
____________________________________________________- 09-5654422.
_____________________________________
____________________________________________________-
_____________________________________
[1 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 3 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

(c) Pada pendapat kamu, mengapakah kita digalakkan melancong di dalam negara sendiri?
Saya berpendapat negara kita juga banyak tempat menarik yang boleh dilawati malahan
____________________________________________________-
_____________________________________
perbelanjaannya lebih murah di samping boleh menyokong kempen ‘Cuti-cuti Malaysia’.
____________________________________________________-
_____________________________________
[3 markah]

Latihan 3 - Soalan 23
Baca jadual aktiviti di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat yang lengkap.

JADUAL AKTIVITI TAHUNAN


Persatuan Sains dan Matematik – Sekolah Kebangsaan Seri Perkasa

TARIKH AKTIVITI TEMPAT


Bilik Mesyuarat Persatuan
13 Januari 2016 Mesyuarat Agung Persatuan
SK Seri Perkasa
Taman Rekreasi
23 – 30 Mac 2016 Minggu Sayangi Flora dan Fauna
SK Seri Perkasa
Dewan Ilmu
13 April 2016 Kuiz Sahabat Sains Matematik 1
SK Seri Perkasa
Dewan Ilmu
20 April 2016 Kuiz Sahabat Sains Matematik 2
SK Seri Perkasa
Hutan Lipur Kuala Woh,
22 Jun 2016 Ekspedisi Jejak Sains Matematik 1
Tapah, Perak.
Hutan Lipur Kuala Woh,
27 Julai 2016 Ekspedisi Jejak Sains Matematik 2
Tapah, Perak.
24 September 2016 Aktiviti Lawatan Sambil Belajar Taman Botani, Putrajaya
12 Oktober 2016 Program Sekolah Dalam Taman SK Seri Perkasa

(a) Nyatakan aktiviti yang mungkin melibatkan para peserta diajar cara-cara membaca kompas.
Peserta yang terlibat dalam Ekspedisi Jejak Sains Matematik 1 dan 2 akan diajar cara-
____________________________________________________-
_____________________________________
cara membaca kompas kerana melibatkan laluan di kawasan Hutan Lipur Kuala Woh.
____________________________________________________-
_____________________________________
[2 markah]

(b) Pertandingan mengarang, ulam-ulaman penting untuk kesihatan mungkin diadakan pada
23 hingga 30 Mac 2016.
____________________________________________________-
_____________________________________

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 4 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

____________________________________________________-
_____________________________________
[1 markah]

(c) Pada pendapat kamu, mengapakah mesyuarat agung persatuan perlu diadakan?
Pada pendapat saya, mesyuarat agung persatuan perlu diadakan adalah
____________________________________________________- untuk melantik
_____________________________________
anggota jawatankuasa kelab yang baharu dan merancang aktiviti tahunan.
____________________________________________________-
_____________________________________
[3 markah]

Latihan 4 - Soalan 23
Baca iklan yang disiarkan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya menggunakan ayat yang lengkap.

INSTITUT PENGAJIAN WAWASAN


TINGKAT 3, BANGGUNAN ALAM MEGA, 41050 SHAH ALAM, SELANGOR

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi


mengisi beberapa kekosongan jawatan sebagai tenaga pengajar sambilan di institut kami dalam
bidang-bidang berikut:
 Pengajian Sains dan Komputer
Syarat Kelulusan:
 Pengajian Matematik
Sijil Perguruan Malaysia
 Pengajian Sastera

Gaji dan elaun akan dibayar berdasarkan kelayakkan dan pengalaman kerja sedia ada para
pemohon. Kepada mereka yang berminat, sila hantarkan resume atau butir-butir peribadi yang
lengkap kepada:
Pengetua Institut Pengajian Wawasan,
Tingkat 3, Banggunan Alam Mega,
41050 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Atau hubungi kami di talian: 03-42911126
Tarikh tutup permohonan pada: 30 September 2016
* Hanya calon-calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temu duga.

(a) Nyatakan dua bidang utama yang boleh mengisi kekosongan jawatan yang telah diiklankan.
Dua bidang utama yang boleh mengisi kekosongan jawatan
____________________________________________________- yang telah diiklankan ialah
_____________________________________
Pengajian Sain dan Komputer serta Pengajian Matematik.
____________________________________________________-
_____________________________________
[2 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 5 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

(b) Jawatan yang ditawarkan oleh Institut Pengajian Wawasan adalah sebagai
tenaga pengajar sambilan.
____________________________________________________-
_____________________________________
____________________________________________________-
_____________________________________
[1 markah]

(c) Apakah syarat dan kelayakan pemohon yang ditetapakan oleh Institut Pengajian Wawasan?
Syarat dan kelayakan yang ditetapakan oleh Institut Pengajian Wawasan, para pemohon
____________________________________________________-
_____________________________________
mestilah warganegara Malaysia, berpengalaman dan memiliki Sijil Perguruan Malaysia.
____________________________________________________-
_____________________________________
[3 markah]

Latihan 5 - Soalan 23
Baca dan teliti jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan
ayat yang lengkap.

Butiran di bawah menceritakan hobi, cita-cita, sukan kegemaran, mata pelajaran yang disukai
serta keahlian kelab bagi lima orang murid. Murid-murid ini belajar dalam satu kelas yang sama
namun bagi mereka ada persamaan dan perbezaan bagi lima kategori yang disenaraikan seperti
jadual di bawah ini:

Butiran Razman Raj Kumar Chong Beng Jamilah Kuldip Singh

Mengumpul
Hobi Bersukan Bersukan Melancong Membaca
setem

Atlit Pegawai
Cita-cita Akauntan Pramugari Doktor
Negara Bank

Sukan Bola Bola


Badminton Badminton Badminton
Kegemaran Sepak Jaring

Mata Bahasa Bahasa


Sains Matematik Sains
Pelajaran Melayu Inggeris

Keahlian Bola Bahasa


Matematik Kembara Sains
Kelab Sepak Inggeris

(a) Berdasarkan jadual, nyatakan satu persamaan antara Razman dengan Kuldip Singh.
Razman dengan Kuldip Singh mempunyai persamaan
____________________________________________________- dalam mata pelajaran yang mereka
_____________________________________
sukai, kedua-duanya meminati mata pelajaran Sains.

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 6 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

____________________________________________________-
_____________________________________
[2 markah]

(b) Jenis sukan yang diminati oleh majoriti murid-murid tersebut ialah
permainan badminton.
____________________________________________________-
_____________________________________
____________________________________________________-
_____________________________________
[1 markah]

(c) Pada pendapat kamu, mengapakah Jamilah memilih untuk menyertai Kelab Kembara?
Jamilah memilih menyertai Kelab Kembara adalah untuk
____________________________________________________- menimba ilmu dan pengalaman
_____________________________________
atas minatnya melancong dan cita-citanya hendak menjadi seorang pramugari.
____________________________________________________-
_____________________________________
[3 markah]

Latihan 6 - Soalan 23
Baca dan teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan
ayat yang lengkap.

BUKIT MEWAH SENDIRIAN BERHAD


(Anak Syarikat Mercu Mewah Sendirian Berhad)

TAWARAN JUALAN
RUMAH KEDAI & PEJABAT
(BUMIPUTERA : POTONGAN HARGA 5%)
Lokasi : Majlis Perbandaran Teluk Intan,
Daerah Hilir Perak.
Luas Keseluruhan : 3 400 kps (40 kaki X 85 kaki)
Harga Jualan : RM485 000.00 ke atas

Dijangka Siap : 18 bulan dari tarikh menandatangani:


‘Perjanjian Jual Beli’
Tempoh Permohonan : Selama 6 bulan sahaja
Permohonan Bermula : Pada 2 Januari 2017
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Telefon:
BUKIT MEWAH SENDIRIAN BERHAD 05-6233333
No. 105-G, Jalan Denai Intan, 019-5753333
Bandar Baru, 36000 Teluk Intan, Faks:
Perak Darul Ridzuan. 05-6266333

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 7 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

(a) Di manakah letaknya rumah kedai dan pejabat yang diiklankan oleh syarikat tersebut.
Rumah kedai dan pejabat yang diiklankan oleh syarikat
____________________________________________________- tersebut terletak di kawasan Majlis
_____________________________________
Perbandaran Teluk Intan, daerah Hilir Perak.
____________________________________________________-
_____________________________________
[2 markah]

(b) Iklan tawaran jualan rumah kedai dan pejabat di atas telah dikeluarkan oleh
Syarikat Bukit Mewah Sendirian Berhad.
____________________________________________________-
_____________________________________
____________________________________________________-
_____________________________________
[1 markah]

(c) Bilakah projek rumah kedai dan pejabat ini paling awal boleh diserahkan kepada pembeli?
Rumah kedai dan pejabat ini paling awal boleh diserahkan kepada pembeli adalah
____________________________________________________- pada
_____________________________________
bulan Jun 2018, iaitu 18 bulan dari tarikh menandatangani ‘Perjanjian Jual Beli’.
____________________________________________________-
_____________________________________
[3 markah]

Latihan 7 - Soalan 23
Baca iklan pertandingan melukis poster di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya menggunakan ayat yang lengkap.

Pertandingan Melukis Poster


Majlis Perbandaran Teluk Intan, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Daerah Hilir Perak akan
mengadakan pertandingan melukis poster. Pertandingan ini akan diadakan pada 18 Mac 2017
bertempat di Dataran Menara Condong, Teluk Intan. Pertandingan ini terbahagi kepada dua
kategori, iaitu murid-murid sekolah rendah dan murid-murid sekolah menengah.
Setiap lukisan mestilah bertemakan ‘Keindahan Menara Condong’. Borang penyertaan
boleh didapati percuma di pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan dan di Jabatan Pendidikan
Daerah Hilir Perak. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya
pada 11 Mac 2017.

Hadiah-hadiah Menarik Disediakan Untuk Setiap Pemenang:


Kategori Sekolah Rendah Kategori Sekolah Menengah
Hadiah Pertama : RM300.00 Hadiah Pertama : RM400.00
Hadiah Kedua : RM250.00 Hadiah Kedua : RM350.00
Hadiah ketiga : RM200.00 Hadiah ketiga : RM300.00

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 8 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

10 Hadiah Sagu Hati Bernilai RM50.00 Setiap Satu

Para peserta yang ingin mengambil bahagian, anda dikehendaki menyediakan sendiri peralatan
melukis. Pihak penganjur hanya menyediakan kertas lukisan semasa pertandingan tersebut.

(a) Di manakah pertandingan melukis poster bagi kedua-dua kategori itu akan diadakan?
Pertandingan melukis poster bagi kedua-dua kategori
____________________________________________________- itu akan berlangsung di Dataran
_____________________________________
Menara Condong, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.
____________________________________________________-
_____________________________________
[2 markah]

(b) Pertandingan melukis poster kategori sekolah rendah dan menengah itu akan diadakan pada
18 Mac 2017.
____________________________________________________-
_____________________________________
____________________________________________________-
_____________________________________
[1 markah]

(c) Berapakah nilai hadiah berupa wang tunai untuk kategori sekolah rendah dan menengah?
Hadiah wang tunai untuk kategori sekolah rendah adalah sebanyak
____________________________________________________- RM1 250.00 manakala
_____________________________________
bagi sekolah menengah pula adalah sebanyak RM1 550.00 sahaja.
____________________________________________________-
_____________________________________
[3 markah]

Latihan 8 - Soalan 23
Baca maklumat tentang kesihatan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya menggunakan ayat yang lengkap.

Zat makanan merupakan bahan-bahan yang diperlukan oleh tubuh supaya kita dapat terus hidup.
Ada dua jenis zat makanan, iaitu zat makanan makro seperti karbohidrat, lemak, protein dan air
manakala zat makanan mikro pula seperti vitamin dan mineral.

ZAT SUMBER FUNGSI


Karbohidrat roti, ubi, nasi, kentang merupakan sumber utama pembekal
tenaga kepada manusia
Protein susu, ikan, daging, ayam, kekacang membina tisu badan dan membaiki
tisu badan yang rosak
Vitamin buah-buahan dan sayur-sayuran menjauhkan penyakit, mengelakkan
mata rabun, memberi kecergasan

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 9 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Garam mineral susu, telur, kerang, ayam membina tulang dan gigi kita serta
boleh menjauhkan penyakit
Lemak minyak masak, mentega, keju dapat melindungi organ terpenting
seperti jantung dan buah pinggang
Pelawas buah-buahan seperti limau, jagung, mengelakkan sembelit serta dapat
betik, nanas, tembikai, tomato membantu penghadaman

(a) Nyatakan tiga jenis makanan yang boleh membina tulang dan gigi yang sihat dan kuat.
Tiga jenis makanan yang boleh membina tulang dan gigi
____________________________________________________- yang sihat dan kuat ialah susu,
_____________________________________
kerang dan ayam.
____________________________________________________-
_____________________________________
[2 markah]

(b) Badan yang tidak cergas dan mata mulai berasa rabun dapat dielakkan dengan memakan
banyak buah-buhan dan sayur-sayuran.
____________________________________________________-
_____________________________________
____________________________________________________-
_____________________________________
[1 markah]

(c) Mengapakah seseorang itu sering mengalami sembelit dan mudah pula dijangkiti penyakit?
Seseorang itu sering mengalami sembelit dan mudah pula dijangkiti
____________________________________________________- penyakit kerana dia
_____________________________________
kekurangan sajian makanan yang mengandungi vitamin dan pelawas.
____________________________________________________-
_____________________________________
[3 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016

You might also like