You are on page 1of 8

PERSEPSI KOMUNITI TEMPATAN TERHADAP PEMBANGUNAN HOMESTAY

KAWASAN KAJIAN: FELDA SEMENCHU

BAB 1

1.1 PENGENALAN
Sektor pelancongan merupakan antara industri yang penting kepada negara terutama
dari segi ekonomi. Menyedari tentang hal ini, pihak Kerajaan telah menjalankan beberapa
usaha untuk memperkasakan lagi industri pelancongan negara. Pelbagai usaha dipergiatkan
bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancongan global.
Pelbagai bentuk pembangunan pelancongan yang diwujudkan dan ini secara langsung
memberi kesan kepada perubahan di kawasan yang dibangunkan. Menurut Yahaya Ibrahim
dalam bukunya yang bertajuk Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti, 2008
menyatakan bahawa “pembangunan dan perubahan merupakan dua perkara yang tidak dapat
dipisahkan”. Menurutnya lagi dalam kajian-kajian terdahulu juga menyatakan pembangunan
aktiviti pelancongan memberikan impak yang besar yang sekali gus membawa perubahan
terhadap aspek sosioekonomi dan fizikal komuniti tempatan itu sendiri.
Dalam usaha menjayakan pembangunan yang dirancang, komuniti tempatan
memainkan peranan sebagai penyokong kearah memamajukan lagi industri melalui
penglibatan yang positif. Namun demikian, tidak semua komuniti seterusnya akan terlibat
dengan aktiviti pelancongan yang dibangunkan kerana setiap individu yang terlibat dan tidak
terlibat mempunyai faktor tersendiri. Bagi mereka yang terlibat, industri pelancongan
memang dapat meningkatkan tarafhidup penduduk setempat serta mendedahkan kebudayaan
tradisional kepada negara luar. Walau bagaimanapun, industri ini turut mengacau-bilaukan
sistem sosial rakyat negara ini, khususnya kepada kalangan remaja yang tipis iman dan
akhlak mereka. Sehubungan dengan itu, setiap rakyat negara ini perlu merasionalkan
pemikiran mereka dalam menapis dan memilih nilai budaya yang positif daripada pelancong
asing untuk dijadikan ikutan dan contoh teladan.
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Seringkali ditimbulkan bahawa aktiviti pembangunan seperti sektor pelancongan bakal
memberikan impak yang besar sekali gus membawa perubahan terhadap aspek ekonomi,
sosiobudaya dan fizikal komuniti tempatan. Dalam konteks pembangunan sektor
pelancongan, penyertaan penduduk amat perlu bukan sahaja sebagai tenaga kerja dalam
sector ini malah mereka boleh berperanan dalam menggalakkan lagi kedatangan pelancong
melalui sikap dan budaya mereka terhadap pelancong. Kemajuan pelancongan ini juga bukan
bergantung kepada tarikan alam semulajadi dan promosi besar-besaran semata-mata, tetapi
juga kesediaan komuniti tempatan menerima dan melayan para pelancong dengan baik dan
beretika. Kesediaan komuniti tempatan merupakan suatu sokongan moral terhadap sector
pelancongan yang juga secara langsungnya mencerminkan kesediaan mereka untuk
melibatkan diri dalam industry ini.
Program pembangunan homestay merupakan bentuk pelancongan desa yang melibatkan
pembangunan komuniti yang menyeru penglibatan komuniti dalam menghasilkan produk dan
aktivitinya. Oleh yang demikian, tempias pembangunan homestay ini akan diterima secara
langsung kepada komuniti itu sendiri sama ada mereka terlibat atau tidak. Fungsi
pelancongan desa ini adalah untuk mempromosi kepada perubahan tahap kemiskinan dan
pembangunan manusia iaitu dikalangan komuniti tempatan. Namun demikian, ianya
faedahnya tidak sampai kepada keseluruhan masyarakat, hanya sesetengah pihak yang
berkepentingan sahaja yang menerimanya terutama kepada pelabur luar dan jawatankuasa
atasan pembangunan pelancongan. Setiap pembangunan pelancongan yang dijalankan itu
juga pasti ada kebaikan dan keburukan. Melalui kesan inilah yang akan mempengaruhi
persepsi komuniti tempatan terhadap sector pelancongan di kawasan mereka. Ini seterusnya
kan mempengaruhi tahap penglibatan mereka dalam sector pembangunan pelancongan
tersebut.
Bagi pembangunan homestay pula, ia berfungsi sebagai pelancongan yang mempromosi
budaya dan komuniti tempatan yang membawa kepada pembangunan komuniti.
“Pelancongan berasakan komuniti merupakan pilihan yang baik bagi meningkatkan peluang
ekonomi, mendidik pemeliharaan alam sekitar, menghidupkan adat dan budaya di kawasan
luar Bandar” (Newin, 1999) Apabila aktiviti ini berlangsung dalam sesuatu tempoh yang
lama ia akan mula mempengaruhi komuniti dan membentuk kepada perubahan komuniti
terutama dalam aspek budaya. Budaya merupakan aset pelancongan yang boleh dijadikan
aktiviti pelancongan dan ia juga boleh musnahkan komuniti melalui ancaman budaya kerana
memberikan impak kepada perubahan sistem nilai, kelakuan,hubungan kekeluargaan, cara
hidup, moral dan adat resam, ketegangan antara generasi dan organisasi komuniti itu sendiri.

Antara isu-isu yang berkait dengan kes kajian adalah seperti berikut:
i. Kurang sokongan daripada komuniti tempatan
Hanya 20% yang terlibat secara langsung dalam program homestay di Felda
Semenchu. Persepsi negatif terhadap pelancong kerana penduduk tidak
menggemari sikap pelancong dan menganggap pelancong hanya mengganggu
ketenangan mereka.

ii. Kelemahan Aspek Pentadbiran


Sistem pentadbiran yang tidak komprehensif dan sistematik melalui peluang
penyertaan terhadap homestay, pengagihan pelancong ke rumah-rumah peserta
dan peluang penglibatan dengan aktiviti pelancongan hanya dengan pihak yang
disenangi jawatankuasa atasan.
Kurang pendedahan berkaitan peluang dan kebaikan apabila terlibat dengan
pembangunan homestay menyebabkan komuniti lain tidak peka berkaitan dengan
perkembangan ekonomi dan fizikal dari program homestay

1.3 PERSOALAN KAJIAN


Persoalan kajian yang disenaraikan ini akan menjadi rangka kajian yang akan dilaksanakan.
Di samping itu juga, ianya akan digunakan untuk menilai pencapaian matlamat kajian pada
akhirnya.
1. Adakah penduduk tempatan bersedia untuk melibatkan diri dalam program
pembangunan homestay?
2. Apakah kesan program pembangunan homestay terhadap penduduk tempatan?
3. Apakah isu dan masalah yang timbul berkaitan penduduk tempatan akibat dari
program pembangunan homestay?

1.4 MATLAMAT & OBJEKTIF KAJIAN


‘Meningkatkan kualiti perkhidmatan program pembangunan homestay dengan sokongan,
penglibatan dan kerjasama penduduk tempatan’
Objektif Kajian
1. Memahami kesedaran dan kesedian menyeluruh masyarakat tempatan terhadap
program pembangunan homestay.
2. Mengenalpasti kesan secara langsung dan tidak langsung program pembangunan
homestay kepada masyarakat tempatan.
3. Mengenalpasti isu dan masalah yang menjejaskan tahap kepuasan masyarakat
tempatan terhadap program pembangunan homestay.

1.5 SKOP KAJIAN


Terdapat beberapa aspek kajian yang akan dikaji berdasarkan kemampuan pengkaji dan
jangka masa kajian yang terhad. Oleh itu, bidang kajian ini merangkumi aspek-aspek kajian
seperti berikut:

1. Menilai keadaan semasa penduduk dan aktiviti pelancongan di kawasan kajian


dari segi pekerjaan penduduk, sosio-ekonomi, penglibatan, perkhidmatan,
perancangan dan pengurusan (collaborative planning) yang melibatkan semua
pihak dikawasan kajian.
2. Mengenalpasti halangan terhadap penyertaan aktif penduduk tempatan dalam
program pembangunan homestay.
3. Untuk mengenalpasti kesan positif dan negatif program pembangunan homestay
kepada masyarakat tempatan.
4. Mengenalpasti sebarang masalah yang menjejaskan tahap kepuasan penduduk
terhadap program homestay

1.6 PENDEKATAN KAJIAN


Peringkat kajian dibahagikan kepada 4 iaitu: (rujuk Rajah 1.1)

Fasa I - Kajian Awal


Langkah pertama dimulai dengan mengenal pasti isu dan masalah sebelum
menetapkan matlamat dan objektif. Seterusnya, persoalan penyelidikan dalam kajian
dirangka merujuk kepada kajian literatur dan kajian teoritikal. Setelah itu, empat skop kajian
ditentukan dengan berdasarkan persoalan penyelidikan.
Fasa II - Pengumpulan Maklumat
Fasa ini melibatkan dua komponen iaitu data primer dan data sekunder di mana ianya
digabungkan bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian. Bagi data primer, kajian tapak
dijalankan melalui kaedah temu bual. Manakala data sekunder diperolehi daripada laporan,
polisi, garis panduan, statistik daripada Tourism Malaysia, Majlis Tindakan Pelancongan
Negeri (MTPN) Johor dan sebagainya.

Fasa III – Analisis


Fasa ini melibatkan analisis terhadap data dan maklumat yang dikumpulkan semasa
fasa ke dua. Analisis ini akan mencari perkaitan antara persepsi komuniti tempatan terhadap
program pembangunan homestay dan sosio-demografi komuniti tempatan. Analisis juga
dibuat untuk mengetahui sama ada kesan program pembangunan homestay mempengaruhi
persepsi komuniti tempatan. Dan analisis terakhir ialah untuk menilai sejauhmana sumbangan
komuniti tempatan terhadap program pembangunan homestay.

Fasa IV - Penemuan Kajian dan Cadangan


Fasa yang terakhir iaitu penemuan kajian dan rumusan daripada analisis yang telah
dibuat. Fasa ini juga turut menjawab persoalan kajian yang telah dibentuk dan seterusnya
mencapai matlamat kajian iaitu ‘Meningkatkan Kualiti program pembangunan homestay
dengan sokongan, penglibatan dan kerjasama penduduk tempatan’
MATLAMAT DAN OBJEKTIF

FASA 1: KAJIAN AWAL


PENDEKATAN KAJIAN

SKOP KAJIAN

Menilai keadaan Mengenalpasti Untuk


semasa halangan mengenalpasti
penduduk dan terhadap kesan positif
aktiviti ke atas penyertaan aktif dan negatif
pelancongan penduduk program
FASA 2: PENGUMPULAN DATA
tempatan
PENGUMPULAN
MAKLUMAT
FASA 3: ANALISIS
ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN

Kesediaan Mengenalpasti Mengenalpasti


penglibatan kesan daripada isu dan
Masyarakat program masalah
tempatan pembangunan

FASA 4: PENEMUAN
KAJIAN
RUMUSAN DAN CADANGAN

Rajah 1.1: Peringkat kajian


1.7 KAEDAH PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

1. Instrumen Tinjauan (Survey Instrument)


i. Kaedah Soal Selidik
Kaedah soal selidik akan digunakan dalam kajian ini bagi memperoleh maklumat
tentang profil sosio ekonomik penduduk dan pandangan serta persepsi mereka tentang
program pembangunan homestay. Kaedah temubual ini akan melibatkan wakil
masyarakat, komuniti tempatan, pengusaha-pengusaha yang membantu dalam aktiviti
pelancongan di kawasan kajian serta pihak yang tidak terlibat langsung dalam
program.

Responden-responden yang terlibat adalah sepertimana berikut :


i. Komuniti yang terlibat secara langsung
 Penghulu Mukim
 Ketua Pengerusi Program Homestay
 Jawatankuasa program homestay
 Pengusaha penginapan
ii. Komuniti yang terlibat secara tidak langsung
 Pengusaha membuat kraftangan,
 Pengusaha makanan
 Pengusaha aktiviti pertanian
iii. Penduduk Tempatan yang tidak terlibat langsung dalam program
pembangunan homestay

Maklumat-maklumat mengenai profil sosio-ekonomi penduduk telah diperolehi


daripada hasil temubual dengan Penghulu Mukim, pengerusi program homestay dan ketua-
ketua kampung.
Antara aspek utama yang akan ditemubual untuk mengetahui persepsi penduduk tempatan
terhadap program pembangunan homestay adalah:
i. Tahap kesedaran penduduk tempatan terhadap program homestay
ii. Sejauhmana penduduk tempatan dimaklumkan dengan program homestay
iii. Impak program homestay terhadap komuniti tempatan
iv. Sejauhmana penerimaan penduduk tempatan terhadap program homestay
v. Bentuk dan tahap penglibatan penduduk tempatan dalam proses perancangan program
homestay tersebut.
vi. Peluang – peluang komuniti tempatan dalam menceburi aktiviti –aktiviti pelancongan.

You might also like