Professional Documents
Culture Documents
Group Concept Paper
Group Concept Paper
0 TAJUK
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF TERHADAP PENCAPAIAN DAN
MOTIVASI MURID SEKOLAH RENDAH DALAM PEMBELAJARAN TOPIK
FOTOSINTESIS DALAM MATA PELAJARAN SAINS TAHUN 4
2.0 ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap
pencapaian dan motivasi murid dalam pembelajaran topik Fotosintesis di sebuah sekolah
rendah jenis kebangsaan Cina di Melaka. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan kuasi
eksperimen berbentuk kuantitatif . Sampel kajian ini terdiri daripada 40 orang murid dalam
kumpulan kawalan dan 40 orang murid dalam kumpulan eksperimen. Ujian pra diguna untuk
menguji pencapaian murid kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen sebelum rawatan
diberikan manakala ujian pasca diguna untuk menguji pencapaian murid selepas
pembelajaran dan pemudahcaraan tradisional dan koperatif dilaksanakan. Borang soal selidik
digunakan untuk mendapat data tentang motivasi dan persepsi murid mengenai pembelajaran
koperatif. Data dianalisis menggunakan SPSS 22.0 untuk pemerihalan data deskriptif dan
inferensi. Kesimpulannya, pendekatan koperatif dapat meningkatkan pencapaian dan
motivasi murid.
3.0 PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia telah mengalami gelombang reformasi yang begitu pesat
sesuai dengan tuntuan era teknologi maklumat. Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada
pendidikan harus dilakukan untuk membina dan mengembangkan tahap kognitif murid-
murid. Maka, guru memainkan peranan yang penting dalam membimbing murid-murid ke
arah tersebut. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan bagi
meningkatkan penguasaan ilmu sains dan motivasi murid untuk belajar sains.
Pembelajaran koperatif berasaskan teori konstruktivisme Vtgosky menyatakan murid
belajar melalui interaksi sosial dalam pembelajaran kelompok dapat membantu percambahan
idea dan meningkatkan pemikiran murid dalam kelompok belajar yang ditentukan oleh guru.
Zahara dan Suzela (2011) menyatakan bahawa penggunaan pembelajaran koperatif
diharapkan dapat memberi kesan kepada tingkah laku positif murid untuk meningkatkan
pencapaian sains serta meningkatkan motivasi murid.
8.2 INSTRUMEN
Borang Soal Selidik
Bagi tinjauan deskriptif satu set borang soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk
mengumpul data dalam kajian ini. Set soalan borang soal selidik digunakan untuk
menentukan motivasi murid dan persepsi murid terhadap pembelajaran Sains. Set soalan soal
selidik diberikan kepada murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan selepas tamat
sesi kajian penggunaan kaedah pembelajaran koperatif yang mengambil masa selama dua
minggu.
Dalam kajian ini, soal selidik adalah berbentuk tertutup kerana mudah untuk
dikendalikan dan sistem skala Likert dipilih untuk digunakan. Skala ini melibatkan lima
jawapan, iaitu 1–5, di mana skala 5 adalah nilai positif dan skala 1 adalah nilai negatif. Skala
ini dipilih kerana ketekalan pernyataannya dan boleh diukur dengan baik. Kaedah ini akan
menggunakan nombor dan peratusan untuk menilai jawapan responden.
A (Cemerlang) 80 – 100
B (Baik) 65 – 79
C (Memuaskan) 50 – 64
Berdasarkan data skor ujian kali pertama dan skor ujian kali kedua, analisis korelasi
Pearson telah dijalankan ke atas skor-skor tersebut.
Jadual :Nilai pekali korelasi (r) dan hubungan kekuatan korelasi
10.0 PERBINCANGAN
Pembelajaran koperatif dapat membantu murid dalam perkongsian pengetahuan
antara satu sama lain. Untuk tujuan ini, murid perlu memahami tajuk fotosintesis dengan
sepenuhnya, bukan sekadar menghafal sesuatu topik. Hal ini mengakibatkan pemprosesan
pada aras lebih tinggi yang meningkatkan daya ingatan dan seterusnya membolehkan mereka
menunjukkan pencapaian yang lebih baik.
Selain itu, pembelajaran kognitif juga boleh membaiki kemahiran sosial murid. Ahli-
ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai objektif pembelajaran. Secara tidak
langsung, mereka perlu mempelajari atau memperbaik kemahiran sosial mereka. Murid yang
bersuara perlahan perlu meninggikan suara supaya didengari dan difahami oleh ahli
kumpulan lain. Teguran sesama ahli perlu dilakukan dengan sewajarnya agar dinamik
kumpulan tidak hancur dan gerak kerja berjalan lancar.
11.0 RUMUSAN
Pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pembelajaran secara umumnya kerana
mempunyai dasar-dasar atau prinsip-prinsip yang khusus. Di samping itu, pembelajaran
koperatif mampu diajar melalui penerapan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati,
bertanggungjawab dan kemahiran-kemahiran sosial yang berguna dan efektif kepada murid.
Melalui pembelajaran koperatif, kesedaran dapat dikukuhkan oleh guru melalui penerapan
nilai hormat dan bertanggungjawab dalam diri murid. Hal ini dapat disemaikan dalam
pengajaran guru sekiranya guru mengajar nilai-nilai ini ketika pembelajaran koperatif berlaku
dalam bilik darjah.
Selain itu, murid akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran koperatif apabila
penglibatan murid mempunyai motivasi tersendiri untuk belajar. Pembelajaran koperatif
melalui pelbagai strategi dapat membantu murid mempunyai nilai bertanggungjawab
terhadap pembelajaran mereka sendiri dan guru berperanan sebagai pembimbing. Strategi
pembelajaran koperatif yang mewujudkan pelbagai aktiviti yang menarik membantu murid
tertumpu kepada pembelajaran.