You are on page 1of 6

1.

0 TAJUK
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF TERHADAP PENCAPAIAN DAN
MOTIVASI MURID SEKOLAH  RENDAH DALAM PEMBELAJARAN TOPIK
FOTOSINTESIS DALAM MATA PELAJARAN SAINS TAHUN 4

2.0 ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap
pencapaian dan motivasi murid dalam pembelajaran topik Fotosintesis di sebuah sekolah
rendah jenis kebangsaan Cina di Melaka. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan kuasi
eksperimen berbentuk kuantitatif . Sampel kajian ini terdiri daripada 40 orang murid dalam
kumpulan kawalan dan 40 orang murid dalam kumpulan eksperimen. Ujian pra diguna untuk
menguji pencapaian murid kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen sebelum rawatan
diberikan manakala ujian pasca diguna untuk menguji pencapaian murid selepas
pembelajaran dan pemudahcaraan tradisional dan koperatif dilaksanakan. Borang soal selidik
digunakan untuk mendapat data tentang motivasi dan persepsi murid mengenai pembelajaran
koperatif. Data dianalisis menggunakan SPSS 22.0 untuk pemerihalan data deskriptif dan
inferensi. Kesimpulannya, pendekatan koperatif dapat meningkatkan pencapaian dan
motivasi murid.

3.0 PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia telah mengalami gelombang reformasi yang begitu pesat
sesuai dengan tuntuan era teknologi maklumat. Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada
pendidikan harus dilakukan untuk membina dan mengembangkan tahap kognitif murid-
murid. Maka, guru memainkan peranan yang penting dalam membimbing murid-murid ke
arah tersebut. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan bagi
meningkatkan penguasaan ilmu sains dan motivasi murid untuk belajar sains.
Pembelajaran koperatif berasaskan teori konstruktivisme Vtgosky  menyatakan murid
belajar melalui interaksi sosial dalam pembelajaran kelompok dapat membantu percambahan
idea dan meningkatkan pemikiran murid dalam kelompok belajar yang ditentukan oleh guru.
Zahara dan Suzela (2011) menyatakan bahawa penggunaan pembelajaran koperatif
diharapkan dapat memberi kesan kepada tingkah laku positif murid untuk meningkatkan
pencapaian sains serta meningkatkan motivasi murid.   

4.0 PERMASALAHAN KAJIAN


Pembelajaran di dalam bilik darjah yang sering kali diganggu oleh murid dikatakan
sebagai murid-murid yang mempunyai masalah disiplin. Perlakuan murid yang sebegitu
memang dikaitkan dengan pelbagai sebab. Antara faktor yang menyebabkan murid ini
bersikap sedemikian kerana disebabkan kesedaran yang kurang tentang nilai-nilai murni
seperti hormat-menghormati dan bertanggungjawab. Penyebab utama masalah di dalam bilik
darjah ialah kurangnya motivasi terhadap pengajaran guru. Sekiranya murid-murid
mempunyai sikap yang negatif terhadap mata pelajaran sains, mereka akan menunjukkan
tingkah laku yang negatif, seperti tidak menunjukkan minat yang tinggi terhadap kandungan
yang disampaikan oleh guru, tidak menunjukkan respon yang baik, mengantuk, tidak
melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) dan seterusnya
pencapaian yang diperoleh dalam mata pelajaran sains amat mengecewakan. Sikap seperti ini
telah menjadi kebiasaan dalam kalangan murid aliran perdana di Malaysia. Hal ini adalah
kerana murid-murid yang lemah sedikit dan banyak memerlukan kesabaran untuk mendidik
mereka berbanding dengan murid-murid aliran tinggi.
Di samping itu, penyelidik menganggap bahawa topik pembelajaran proses
fotosintesis adalah terlalu abstrak terhadap murid menyebabkan kesukaran murid untuk
memahami kandungan. Murid tidak dapat membayangkan proses fotosintesis yang berlaku
dalam tumbuhan hijau.
-Guru kurang memberi perhatian kepada kaedah pengajaran yang pelbagai kerana terlalu
menumpukan kepada usaha untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan penguasaan teknik
menjawab soalan peperiksaan.
-Pembelajaran murid adalah pasif dan memusatkan guru. Murid bergantung semata-mata
kepada guru dalam Pembelajaran dan pemudahcaraan untuk mendapatkan maklumat atau
informasi.

5.0 Tujuan Kajian


Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan pembelajaran koperatif untuk
meningkatkan pencapaian dan motivasi murid dalam pembelajaran topik fotosintesis dalam
mata pelajaran Sains Tahun 4 .

6.0 Objektif Kajian


1. Mengenal pasti pencapaian murid dalam pembelajaran topik fotosintesis antara kumpulan
eksperimen dengan kumpulan kawalan dalam ujian pra.
2. Mengenal pasti pencapaian murid dalam pembelajaran topik fotosintesis antara kumpulan
eksperimen yang menggunakan pembelajaran koperatif dengan kumpulan kawalan yang
diajar secara tradisional dalam ujian pasca.
3. Mengenal pasti perbezaan pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan
eksperimen.
4. Mengenal pasti perbezaan pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan.
5. Mengenal pasti perbezaan motivasi murid terhadap pembelajaran topik fotosintesis antara
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

7.0 HIPOTESIS KAJIAN


Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian murid dalam pembelajaran
topik fotosintesis antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dalam ujian pra.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian murid dalam pembelajaran
topik fotosintesis antara kumpulan eksperimen yang menggunakan pembelajaran koperatif
dengan kumpulan kawalan yang diajar secara tradisional dalam ujian pasca.
Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi
kumpulan eksperimen.
Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi
kumpulan kawalan.
Ho5: Tidak terdapat perbezaan motivasi murid yang signifikan terhadap pembelajaran topik
fotosintesis antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

8.0 KAEDAH (METODOLOGI)


8.1 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini merupakan suatu kajian kuantitatif berbentuk kuasi eksperimental deskriptif yang
melibatkan dua kumpulan kelas tahun empat di sebuah sekolah rendah. Kajian ini dijalankan
secara cross sectional. Hal ini disebabkan kekangan masa. 80 murid dibahagikan kepada dua
kumpulan. Kumpulan pertama adalah kumpulan kawalan dan kumpulan kedua adalah
kumpulan eksperimen. Setiap kumpulan terdiri daripada 40 orang murid. Topik yang akan
diajar dalam kajian ini adalah Fotosintesis tahun 4.

Kumpulan kawalan PdPc dengan kaedah tradisional dijalankan

Kumpulan PdPc dengan kaedah koperatif dijalankan


eksperimen
Masa yang diambil untuk kajian ini adalah selama 2 minggu.

8.2 INSTRUMEN
Borang Soal Selidik
Bagi tinjauan deskriptif satu set borang soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk
mengumpul data dalam kajian ini. Set soalan borang soal selidik digunakan untuk
menentukan motivasi murid dan persepsi murid terhadap pembelajaran Sains. Set soalan soal
selidik diberikan kepada murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan selepas tamat
sesi kajian penggunaan kaedah pembelajaran koperatif yang mengambil masa selama dua
minggu.
Dalam kajian ini, soal selidik adalah berbentuk tertutup kerana mudah untuk
dikendalikan dan sistem skala Likert dipilih untuk digunakan. Skala ini melibatkan lima
jawapan, iaitu 1–5, di mana skala 5 adalah nilai positif dan skala 1 adalah nilai negatif. Skala
ini dipilih kerana ketekalan pernyataannya dan boleh diukur dengan baik. Kaedah ini akan
menggunakan nombor dan peratusan untuk menilai jawapan responden.

8.3 Ujian Pra dan Ujian Pasca


Instrumen kajian terdiri daripada dua kertas ujian iaitu kertas ujian pra dan kertas ujian pasca.
Ujian pra digunakan untuk mengesan tahap pencapaian murid dalam aspek pembelajaran
Sains yang menggunakan kaedah pembelajaran biasa atau tradisional. Ujian pasca pula
digunakan untuk menguji kesan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam
pembelajaran Sains, topik fotosintesis tahun 4 sekolah rendah. Soalan-soalan yang diuji bagi
ujian pra dan ujian pasca adalah soalan yang difikirkan sesuai dengan objektif kajian dan
soalan-soalan ini diambil daripada buku-buku aktiviti yang lazimnya digunakan oleh  guru-
guru Sains dalam proses PdPc mereka.
Ujian pra akan diberikan kepada kedua-dua kumpulan eksperimen dan kawalan
sebelum PdPc dijalankan untuk melihat pencapaian murid dalam aspek pembelajaran Sains.
Guru akan menjalankan PdPc topik Fotosintesis dengan kaedah tradisional kepada murid
kumpulan kawalan manakala PdPc kaedah koperatif kepada murid dalam kumpulan
eksperimen selama 2 minggu. Selepas itu, Ujian Pasca dijalankan untuk mendapat data
pencapaian. Pencapaian akan dinilai dan pengkaji akan membuat perbandingan antara
kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

8.4 Kesahan dan kebolehpercayaan


Bagi menentukan kesahan kandungan, pengkaji telah membina item-item dalam alat kajian
ini berdasarkan jadual penentu ujian (JPU) mengikut aras taksanomi Bloom. Bagi
meningkatkan lagi kesahan kandungannya pengkaji juga merujuk kepada beberapa orang
guru yang berpengalaman dalam PdPc mata pelajaran Sains bagi mendapatkan pandangan
dan komen mereka.
Pengkaji juga menjalankan ujian rintis ke atas soal selidik motivasi dan persepsi
menggunakan kaedah uji-ulang-uji untuk mendapatkan pekali kebolehpercayaan instrumen
kajian. Kajian yang sama ditadbirkan ke atas 30 orang murid yang tidak terlibat dalam kajian
ini dalam jarak masa tiga minggu bagi melihat ketekalan alat kajian.

8.5 Sampel Kajian


Sampel kajian dipilih secara rawak mudah. Lokasi kajian di sebuah sekolah rendah di
Melaka. Kajian dijalankan di sekolah perkhidmatan pengkaji untuk menjimatkan masa dan
kos.
Sampel kajian terdiri daripada 80 orang murid Tahun 4 daripada dua buah kelas
berasingan (eksperimen dan kawalan) di sebuah sekolah. Kedua-dua kumpulan masing-
masing terdiri daripada 40 orang murid. Sampel kajian menggunakan murid yang sedia ada di
dalam kelas yang ingin dikaji. Sampel kajian terdiri daripada 38 orang murid perempuan dan
42 orang murid lelaki.

9.0 CARA MENGANALISIS DATA


I. SOAL SELIDIK
Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan program SPSS 22.0. Analisis
deskriptif ini digunakan untuk menghuraikan demografi sampel kajian seperti peratus dan
frekuensi. Kedua, analisis secara statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data ujian-t
dalam kajian ini.

II. UJIAN PRA DAN PASCA


Data kuantitatif dianalisis. Pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca akan dinilai dan
pengkaji akan membuat perbandingan antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.
Gred penilaian untuk kedua-dua kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen menggunakan
markah standard mengikut piawaian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Jadual: Sistem Markah Standard Mengikut Piawaian KPM

Tahap penguasaan  (Gred) Peratus (%)

A (Cemerlang) 80 – 100

B (Baik) 65 – 79

C (Memuaskan) 50 – 64

D (Mencapai tahap minimum) 40 – 49

E (Tidak mencapai tahap 0 – 40


minimum)

Berdasarkan data skor ujian kali pertama dan skor ujian kali kedua, analisis korelasi
Pearson telah dijalankan ke atas skor-skor tersebut.
Jadual :Nilai pekali korelasi (r) dan hubungan kekuatan korelasi

Saiz pekali korelasi (r) Kekuatan korelasi

0.91 hingga 1.00 atau -0.91 hingga Sangat kuat


-1.00

0.71 hingga .90 atau -0.71 hingga -.90 Kuat

0.51 hingga .70 atau -0.51 hingga -.70 Sederhana

0.31 hingga .50 atau -0.31 hingga -.50 Lemah

0.01 hingga .30 atau -0.01 hingga -.30 Sangat lemah

0.00 Tiada korelasi

10.0 PERBINCANGAN
Pembelajaran koperatif dapat membantu murid dalam perkongsian pengetahuan
antara satu sama lain. Untuk tujuan ini, murid perlu memahami tajuk fotosintesis dengan
sepenuhnya, bukan sekadar menghafal sesuatu topik. Hal ini mengakibatkan pemprosesan
pada aras lebih tinggi yang meningkatkan daya ingatan dan seterusnya membolehkan mereka
menunjukkan pencapaian yang lebih baik.
Selain itu, pembelajaran kognitif juga boleh membaiki kemahiran sosial murid. Ahli-
ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai objektif pembelajaran. Secara tidak
langsung, mereka perlu mempelajari atau memperbaik kemahiran sosial mereka. Murid yang
bersuara perlahan perlu meninggikan suara supaya didengari dan difahami oleh ahli
kumpulan lain. Teguran sesama ahli perlu dilakukan dengan sewajarnya agar dinamik
kumpulan tidak hancur dan gerak kerja berjalan lancar.

11.0 RUMUSAN
Pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pembelajaran secara umumnya kerana
mempunyai dasar-dasar atau prinsip-prinsip yang khusus. Di samping itu, pembelajaran
koperatif mampu diajar melalui penerapan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati,
bertanggungjawab dan kemahiran-kemahiran sosial yang berguna dan efektif kepada murid.
Melalui pembelajaran koperatif, kesedaran dapat dikukuhkan oleh guru melalui penerapan
nilai hormat dan bertanggungjawab dalam diri murid. Hal ini dapat disemaikan dalam
pengajaran guru sekiranya guru mengajar nilai-nilai ini ketika pembelajaran koperatif berlaku
dalam bilik darjah.
Selain itu, murid akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran koperatif apabila
penglibatan murid mempunyai motivasi tersendiri untuk belajar. Pembelajaran koperatif
melalui pelbagai strategi dapat membantu murid mempunyai nilai bertanggungjawab
terhadap pembelajaran mereka sendiri dan guru berperanan sebagai pembimbing. Strategi
pembelajaran koperatif yang mewujudkan pelbagai aktiviti yang menarik membantu murid
tertumpu kepada pembelajaran.

You might also like