You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI GELUGOR

JALAN SULTAN AZLAN SHAH


11700 GELUGOR
PULAU PINANG

Tarikh : : 07.01.2020
Masa : 1.45 tgh
Tempat : Bilik Nukleus 2
Kehadiran :
En. Aziz Bin Ahmad (Penasihat)
Pn. Khoo Ghee San (Pengerusi)
Pn. Nurimah Hanim Binti Ishak (Setiausaha)
En. Mohd Yahya Fadzli Bin Jusoh ( Ahli Jawatankuasa)
En. Mohd Khairulhisham Bin Mohamad ( Ahli Jawatankuasa)
Pn. Jagajothi A/P T. Selvarasah ( Ahli Jawatankuasa)

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2020

1. Ucapan Aluan Pengerusi


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa ke Mesyurat Panitia
Sains kali Pertama 2020. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru Sains kerana telah
berusaha meningkatkan prestasi dan kelulusan UPSR pada 2019. Keputusan UPSR 2019
menunjukkan peningkatan dan beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru
tahun 6 yang telah berusaha bertungkus lumus.
Tindakan : Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat


Pn. Jothi mencadangkan supaya minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh En.
Fadzli.
Tindakan : Makluman

3. Perkara-perkara Berbangkit
3.1 Buku aktiviti Tahun 4 belum ada dalam pasaran maka jumlah latihan belum dapat
ditetapkan.

3.2 Kekurangan kerusi murid di ketiga-tiga bilik sains telah dimaklumkan kepada pihak
pentadbir sejak tahun 2019 lagi namun belum ada tindakan yang diambil.

Tindakan : Makluman

4. Isu-isu Semasa
4.1 Pengurusan PdPc
4.1.1 Pengerusi mengingatkan semua guru Sains bahawa penyelarasan RPT perlu dijalankan
iaitu 38 minggu dan tidak perlu letakkan tarikh. Walaubagaimanapun Tahun 6 perlu
menghabiskan silibus sebelum bulan Mei.

4.1.2 Semua hasil kerja murid (evidence) hendaklah disimpan selama 6 bulan.

4.1.3 Penetapan jumlah latihan murid iaitu di samping buku aktiviti murid juga harus
mempunyai satu buku latihan sains. Puan Jothi mencadangkan agar nota diberi dalam
bentuk peta i-think dan soalan latihan harus diambil dari buku teks.

4.1.4 Buku latihan perlu dihantar kepada para pentadbir pada bulan Mac dan Oktober iaitu
sebanyak 10 buah bagi setiap kelas dan meliputi murid dari pelbagai tahap penguasaan.

4.1.5 Pelaporan PBD perlu dihantar secara offline kepada Setiausaha PBD pada bulan Jun dan
Oktober iaitu melibatkan Tahun 1 hingga 6. Guru tidak perlu takut untuk memberi TP yang
tinggi kepada murid.

4.1.6 Pencerapan guru boleh dilakukan melalui pelbagai teknik dan perlu berpandukan kepada
jadual dalam buku pengurusan sekolah. Salah satu teknik ialah melalui video dan boleh
dijadikan sebagai PLC.
Tindakan : Guru Sains

4.2 Pengurusan Peperiksaan

4.2.1 Peperiksaan bagi tahap 2 akan diadakan sebanyak 3 kali iaitu UP1, PKSR1 dan PKSR2.

4.2.2 Format kertas soalan , JSU dan ZIPGRADE perlu diselaraskan. Penyediaan kertas soalan
hendaklah mengikut jadual Unit Peperiksaan. MGB akan mengubal soalan peperiksaan
tahun 6.

4.2.3 Guru-guru perlu membuat TOV dan ETR bagi Tahap 2 kecuali tahun 4 berdasarkan
keputusan PKSR2 2019.

4.2.4 Guru-guru juga harus bersedia untuk PBD Tahap 1.

4.3 Perancangan Aktiviti Tahunan

4.3.1 Minggu Sains akan diadakan selepas UPSR dan dijadikan Minggu STEM dimana panitia
Sains akan bergabung dengan panitia Matematik.

4.3.2 Kelas Bimbingan Petang anjuran PUZ akan dijalankan mulai bulan Februari. Sebelum
mendapat modul PUZ, guru hendaklah menyediakan modul KPS bagi menjalankan
ulangkaji yang lebih terancang.

4.3.3 Selepas PPPA tahun 6, setiap seorang guru sains akan mengambil 2 orang anak angkat
dari kelas sendiri dikalangan murid yang menunjukkan semangat belajar yang tinggi.

4.3.4 Gerak gempur UPSR akan dijalankan oleh Cikgu Fadzli untuk murid-murid Tahun6.

4.3.5 Aktiviti PLC akan diadakan sebanyak 10 kali setahun dari bulan Februari hingga Oktober.
Nombor rujukan harus diwujudkan dan borang akan disediakan oleh PK1.PLC akan
dijalankan pada minggu 1 dan 3 mengikut jadual. PLC secara kecil-kecilan perlu direkod
dalam DPM.

5. Hal-hal lain
5.1 Pengerusi akan meminta pandangan semua ahli berkenaan penggunaan duit PCG.
6. Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 tengahari dengan ucapan terima kasih daripada
pengerusi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. ………………………………………
(NURIMAH HANIM BT ISHAK) (KHOO GHEE SAN)
Setiausaha Panitia Sains, Ketua Panitia Sains,
SK Sungai Gelugor, SK Sungai Gelugor,
Pulau Pinang. Pulau Pinag.

You might also like