You are on page 1of 7

PENULISAN ESEI (TUGASAN 1 DAN 2)

Nama Pelajar : IMAN NUR ANAQI BIN ISHAK

Angka Giliran : 2019302310228

Nombor Kad Pengenalan : 011024-07-0307

Kumpulan : PSV 2

Kod dan Nama Kursus : GSB 1012

Nama Pensyarah : ENCIK AHMAD JIHADI BIN ABU SAMAD

Tarikh Hantar : 19 OGOS 2019

Saya IMAN NUR ANAQI BIN ISHAK dengan ini mengaku bahawa saya telah
menerima maklum balas kerja khusus saya daripada pensyarah.

Isi Kandungan
Tandatangan : Tarikh :

1
Isi Kandungan Tugasan 1

No. Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 3

2.0 Pandangan tokoh tempatan tentang takrif 4


kesantunan bahasa

3.0 Ciri-ciri Budi Bahasa 5

4.0 Kepentingan Budi Bahasa 6

5.0 Rumusan 7

2
1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), perkataan ‘Kesantunan’ membawa


maksud perihal santun, kesopanan, kehalusan budi bahasa atau budi pekerti. Kesantunan
diambil daripada perkataan dasar iaitu ‘santun’ yang bermakna halus budi bahasa atau budi
pekerti, beradab, sopan manakala perkataan ‘bahasa’ bermaksud sistem lambang bunyi
suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia
untuk melahirkan perasaan dan fikiran. Berdasarkan artikel Kesantunan “Bahasa Dalam
Kalangan Remaja Sekolah Menengah”, kesantunan bahasa merujuk kepada nilai sopan,
melibatkan pertuturan yang elok, halus dan indah serta sikap yang memancarkan budi
pekerti mulia. Strategi kesantunan dalam pertuturan mestilah menggunakan bahasa yang
halus, kata gelaran dan sapaan yang menepati konteksnya oleh seseorang penutur itu.
Tidak mempunyai maksud sindiran atau ejekan sebaliknya mengandungi unsur kejujuran,
serta menggunakan bahasa yang tidak menyinggung perasaan orang lain yang
mendengarnya merupakan kata-kata yang perlu diucapkan oleh setiap orang. Tingkah laku
dan penggunaan bahasa seseorang dapat dilihat untuk menilai kesantunan bahasa
seseorang itu. Bahasa yang digunakan bukan hanya menentukan pola budaya tetapi juga
menentukan cara dan corak fikir penuturnya, (Sapir-Whorf,1921). Daripada petikan Sapir-
Whorf (1921), dapat disimpulkan bahawa bahasa juga mempengaruhi perilaku penuturnya.
Selain itu, kesantunan bahasa juga boleh dikatakan sebagai etika sosial. Ini bermakna
sesuatu yang asas diperlukan untuk mewujudkan keramahan dan penghormatan kepada
seseorang tetamu dalam sesebuah masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana
sebahagian besar perlakuan penutur selalu mengancam keinginan muka para penutur dan
kesantunan memainkan peranan memperbaik ancaman muka tersebut (Brown & Levinso,
1978). Daripada teori tersebut, Brown dan Levinson (1978) lebih mementingkan pada
rasionaliti dan “muka”. Muka ini merujuk kepada dua kehendak yang berbeza, iaitu muka
positif yang merujuk kepada keinginan diri seseorang itu untuk rasa dihargai,disukai dan
disenangi oleh orang lain, manakala muka negatif ialah keinginan diri seseorang untuk
bertindak dengan bebas melakukan sesuatu atau tidak ingin dihalang oleh orang lain.

3
2.0 Pandangan Tokoh Tempatan Tentang Taktif Kesantunan Bahasa

Menurut daripada sumber buku rujukan Kesantunan Masyarakat Malaysia (2018), Amat
Juhari Moain (1992) menyatakan bahawa Kesantunan merupakan adab dan tertib untuk
merujuk kesantunan berbahasa sama ada melalui lisan atau tulisan yang mesti
mengandungi komponen kesopanan, kehalusan, adab tertib dan mengandungi nilai hormat
yang tinggi ketika berkomunikasi dengan individu lain. Ini menunjukkan seseorang yang
bersantun akan mempunyai ciri-ciri yang baik dalam pertuturan dan penulisannya seperti
sopan, halus, beradab tertib dan saling hormat-menghormati. Kesantunan sebagai langkah
dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan, tidak biadap
atau kurang ajar (Abdull Sukor Shaari et al.,2003). Pendapat ini merupakan sejajar dengan
pendapat yang diberikan oleh Amat Juhari Moain (1992).Pemilihan kata yang digunakan
ketika bertegur sapa iaitu bahasa sapaan, nada, gerak laku dan gaya yang digunakan ketika
berkomunikasi merupakan aspek yang ditekankan dalam kesantunan oleh Abdull Sukor
Shaari et. al.

Menurut daripada sumber Internet dalam artikel Pandangan Tokoh Kesantunan,


kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan
tertentu (Asmah Haji Omar,2000). Kesantunan perlu dikaitkan dalam strategi tersebut dan
perlu dituruti dengan kesantunan dan perlu diikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang
santun. Menurut pandangan beliau, terdapat dua jenis kesantunan iaitu kesantunan asas
dan kesantunan berkala. Kesantunan asas merujuk kepada kesantunan sedia ada dalam
masyarakat yang dijadikan pedoman berhubung antara satu sama lain seperti yang diberi
penekanan dalam ajaran agama, manakala kesantunan berkala bermaksud kesantunan
yang menggambarkan percakapan yang dilakukan oleh masyarakat berdasarkan keadaan,
situasi dan tempat tertentu seperti laras dan tempat berlainan dan pangkat seseorang.
Misalnya, anak dengan ibu bapa, pelajar dengan guru dan rakyat dengan pemimpin yang
mempunyai laras adab, pertuturan, peraturan dan etika tertentu.

4
3.0 Ciri-ciri Budi Bahasa

Peribahasa “yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi”
harus diterapkan dalam diri setiap orang supaya setiap orang dapat mementingkan
dalamannya iaitu budi bahasa bukannya luarannya iaitu kaya, kacak dan pandai. Jika
pandai tetapi tiada adab, tiada guna juga kerana akan dihina juga di mata masyarakat. Oleh
hal yang demikian, seseorang individu itu perlu menyemai tiga ciri budi bahasa tersebut.
Antara ciri budi bahasa ialah timbang rasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996),
timbang rasa bermaksud perasaan kasih atau simpati. Timbang rasa sebagai satu perkara
yang baik dan dapat diterima secara rasional, tetapi tidak sempurna dan kukuh jika hanya
bertimbang rasa dijadikan sebagai tumpuan atau fokus utama yang berdiri sendiri dalam
pendekatan pendidikan moral (A. V. Kelly,1978). Ini bermaksud timbang rasa merupakan
sesuatu yang positif dan dapat diterima akal fikiran dalam sesuatu masyarakat. Sebagai
contoh bagi menunjukkan sifat timbang rasa ialah, seseorang itu simpati terhadap mangsa-
mangsa kemalangan dengan tidak menyebarkan berita tentang kemalangan tersebut untuk
menghormati keluarga mangsa.
Ciri budi bahasa yang kedua ialah tolak ansur. Tolak ansur bermaksud saling menuruti
dan memberi, iaitu tidak bersifat berat sebelah, tidak mengharapkan balasan terhadap
setiap bantuan yang dihulurkan dan sedia memaafkan kesalahan orang lain. Tolak ansur
merupakan sifat yang penting kerana sifat tolak ansur dapat mengeratkan hubungan
silaturahim dalam kalangan masyarakat. Sifat ini perlu ada dalam diri setiap pemimpin
supaya tiada pihak yang akan berasa tidak selamat kerana tiada dasar negara yang
menguntungkan satu pihak sahaja. Misalnya, seseorang pelajar itu sentiasa menolong
gurunya dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan daripadanya.
Ciri budi bahasa yang ketiga ialah sopan santun. Sopan santun ialah sifat hormat tau
tertib yang bersesuaian dengan adab yang baik, tingkah laku yang tertib, sabar dan tenang
dalam menghadapi sesuatu perkara atau masalah. Sebagaimana yang semua tahu,
Malaysia sudah tentu terkenal dengan budaya sopan santun. Hal ini demikian kerana, sifat
sopan santun ini sudah menjadi budaya turun-temurun dari nenek moyang kita hingga ke
hari ini dan menjadi amalan serta cara hidup yang melambangkan identiti hidup
bermasyarakat. Contohnya, golongan muda membongkokkan badan ketika hendak berjalan
di hadapan golongan tua.

5
4.0 Kepentingan Budi Bahasa

Pada pendapat saya, amalan berbudi bahasa mampu melahirkan masyarakat yang
lebih bertamadun. Hal ini demikian kerana, masyarakat yang bertamadun merupakan
masyarakat yang mementingkan tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur selain
pencapaian lahiriah. Oleh hal yang demikian, masyarakat zaman terdahulu kebanyakannya
mencapai zaman kegemilangan seperti zaman kerajaan Abbasiyah dan zaman kerajaan
Uthmaniah kerana mereka mementingkan budi bahasa. Mereka terapkan budi bahasa
kepada anak cucunya mereka kerana daripada budi bahasalah akan datang kepandaian
sehingga zaman mereka dapat membangun dengan pesat sehingga mampu mengalahkan
kerajaan Rom. Di sini kita dapat lihat betapa pentingnya budi bahasa tetapi amat sedih
ketika melihat zaman sekarang anak-anak muda sering menggunakan perkataan-perkataan
kesat kepada kawan-kawannya mahupun orang yang lebih tua. Ini seakan-seakan ibu bapa
mereka yang tidak mengajar mereka untuk berbudi bahasa ataupun ibu bapa mereka sendiri
yang sering menggunakan perkataan-perkataan kesat tersebut kepada mereka.
Sehubungan dengan itu, negara kita tidak akan maju jika budaya kotor ini te6ap diamalkan
oleh masyarakat Malaysia.
Selain itu, kepentingan budi bahasa dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat
berbilang kaum di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat yang berbudi
bahasa akan saling hormat-menghormati tidak kira apa jua kaum, latar belakang dan agama
seseorang individu itu. Kesannya, masyarakat yang sentiasa mengamalkan budaya hormat-
menghormati ini akan hidup dalam aman dan harmoni kerana tiadanya masalah perkauman
yang akan menyinggung perasaan dan menimbulkan pergaduhan sesetengah pihak. Oleh
itu, peristiwa 13 Mei 1969 mestilah kita jadikan sebagai iktibar supaya masyarakat negara
kita perlu kembali ke akar umbi iaitu mengamalkan budi bahasa. Dengan itu, semua lapisan
masyarakat perlu pegang kepada slogan “Berbudi Bahasa, Amalan Kita” agar peristiwa
hitam itu tidak berulang lagi.
Akhir sekali, peningkatan daripada industri pelancongan negara kita. Hal ini kerana,
masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti
memberi layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. Ini
dapat meninggalkan kesan yang positif tentang negara kita terhadap pelancong asing yang
datang ke negara kita. Mereka akan berasa seolah-olah mereka dialu-alukan dan dijemput
oleh penduduk tempatan ke negara kita. Hal ini akan memberi pengalaman yang dapat
diingati oleh pelancong itu sendiri kerana tiada gangguan dan kontroversi yang berlaku di
dalam negara kita sehingga dapat memburukkan nama negara kita di mata dunia.
Pelancong-pelancong itu juga akan memberi saranan kepada rakan-rakan mereka supaya
datang ke negara kita untuk mendapatkan percutian yang bermakna dan menyeronokkan.
Kita seyogianya menjadikan negara Jepun sebagai teladan kerana masyarakat Jepun
sentiasa kaya dengan budi bahasa apabila berurusan dengan pelancong asing. Contohnya,
perkataan arigatou gozaimasu yang sering diucapkan oleh setiap masyarakat Jepun setelah
berurusan dengan pelancong asing tidak kira apa-apa kedai yang dikunjungi sudah pasti
akan menunjukkan bahawa masyarakat Jepun tidak akan lupakan budi bahasa mereka
terhadap pelancong asing. Tamsilnya, budaya sebegini perlu ada dalam setiap individu agar
negara kita juga turut dapat disanjungi di mata dunia.

6
5.0 Rumusan

Berdasarkan pendapat saya, saya dapati bahawa kesantunan dan budi bahasa perlu
diterapkan dalam diri setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan muda kerana
merekalah yang akan membentuk negara sejajar dengan slogan “Pemuda Harapan Bangsa,
Pemudi Tiang Negara”. Oleh hal yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia tidak boleh
membiarkan anasir-anasir luar mengancam kedaulatan negara kita seperti memasukkan
budaya mereka ke negara kita. Kita mestilah tolak habis-habisan gangguan-gangguan yang
boleh melambatkan kemajuan negara kita. Sehubungan dengan itu, untuk merealisasikan
hasrat ini, semua pihak tidak kira badan kerajaan atau badan bukan kerajaan mestilah
berganding bahu bagai aur dengan tebing agar harapan untuk negara maju dapat menjadi
kenyataan.

You might also like