You are on page 1of 21

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

MALAYSIA FRANCE INSTITUTE

MPU 3113 HUBUNGAN ETNIK


TAJUK TUGASAN :
CABARAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI
DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH:
ADIFARIZAL BIN MOHD ARIFFIN

Bil Student ID Nama Program


1. 50213119262 MOHD DANIAL BIN SALI MECHA
2. 50213119263 FAIZ MOHD NAJIB BIN EJI MECHA

GROUP : LMZ
OGOS 2020

1
ISI KANDUNGAN

1. Pendahuluan..........................................................................................................................3

2. Cabaran - cabaran dalam memupuk integrasi di Malaysia..................................................5

2.1 Tanggapan meraikan upacara atau perayaan kaum lain bertentangan ......................

dengan agama sendiri..............................................................................................6

2.2 Cabaran-cabaran integrasi dari segi budaya............................................................9

2.3 Kemelut dan perubahan politik antara variasi kaum di Malaysia.........................11

2.4 Fokus yang berlainan dalam sektor ekonomi........................................................13

2.5 Cabaran memupuk integrasi dari segi social.........................................................16

2.6 Perpisahan pendidikan antara kaum sejak dari Sekolah Rendah..........................17

3. Penutup................................................................................................................................19

4. Rujukan...............................................................................................................................20

2
1. PENDAHULUAN

Malaysia ialah sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum yang
mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui bahasa, politik,
ekonomi, tempat tinggal, dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum
Cina, kaum India, kaum Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak terdapat kaum Kadazan,
Iban, Kayan, Bajau, Bidayuh, dan banyak lagi. Mereka ini juga dianggap sebagai kaum
Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang Asli.

Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara
yang mempunyai kepelbagaian kaum yang terdiri dari kaum Melayu, kaum Cina, dan kaum
India. Kaum-kaum ini juga terdiri daripada pelbagai agama, bahasa, budaya, dan etnik yang
tersendiri. Kaum Melayu terdiri daripada etnik Jawa, Bugis, Rawa, Banjar yang datang dari
kepulauan Indonesia. Manakala kaum Cina terdiri daripada etnik Kwangsi, Hakka, Hokkien,
Kantonis, Teochew, dan Hainan. Bagi kaum India pula mereka terdiri dari kasta Maruthuvar,
Vanniyar, Thevar, Nadar, Yadhavar, dan Adhi Dravidar. Kesemua etnik ini mempunyai
bahasa yang berbeza dan cara hidup yang berbeza.

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam
kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit
politik. Manakala, perpaduan pula boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air (Shamsul Amri 2007).

Jika digabungkan kedua-dua perkataan ini, integrasi perpaduan bermaksud


mewujudkan satu masyarakat bersatu padu dengan satu identiti nasional. Kerjasama ini boleh
dibentuk melalui integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan politik.
Dalam konteks politik di Malaysia, integrasi dan perpaduan tidak banyak melibatkan unsur-
unsur asimilasi tetapi lebih mirip kepada integrasi, akomodasi dan akulturasi.

Menurut Ting Chew Peh (1987), proses mencapai sebuah masyarakat integrasi
bukanlah sesuatu yang mudah. Integrasi adalah suatu proses yang kompleks. Pada hemat
pengkaji, kata-kata Ting Chew Peh ini memang tidak boleh dinafikan kebenarannya. Kita
dapat lihat setiap kaum membawa hal masing-masing daripada pelbagai sudut seperti sejarah,
pendidikan, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Boleh dikatakan kebanyakannya bersifat
perkauman. Ia telah berakar umbi sejak dahulu lagi, sebelum, semasa dan selepas merdeka.
Usaha ke arah mengintegrasikan perpaduan berasaskan satu identiti nasional tidak dapat

3
diterima oleh orang bukan Melayu. Malaysia seperti negara lain yang ingin mencapai
kemajuan dan negara kita sedang menuju negara maju. Oleh itu untuk mencapai impian ini,
negara mestilah menyatupadukan semua kaum dengan melaksanakan pelbagai dasar seperti
Rukun Negara, Dasar Pendidikan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru,
dan Dasar Pembangunan Negara.

Justeru itu, semua kaum di Malaysia diwajibkan memahami, menerima, menghormati


dan mengamalkan nilai hidup dan identiti yang sama bagi membentuk rakyat yang sama
selaras dengan impian mencapai negara yang maju dan mencapai masyarakat yang
berintegrasi.

Proses mencapai sebuah masyarakat yang berintegrasi bukanlah sesuatu yang mudah.
Kita dapat lihat setiap kaum membawa hal masing-masing daripada pelbagai sudut seperti
sejarah, pendidikan, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Boleh dikatakan kebanyakannya
bersifat perkauman. Ia telah berakar umbi sejak dahulu lagi, sebelum, semasa dan selepas
merdeka. Usaha ke arah mengintegrasikan perpaduan berasaskan satu identiti nasional tidak
dapat diterima oleh orang bukan Melayu dan inilah yang merupakan salah satu agenda
disebalik penjajahan British sebelum merdeka.

Oleh itu, kerajaan mestilah berusaha untuk menyatukan hubungan etnik, perpaduan
dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan dan seterusnya pembangunan negara
berjalan rancak tanpa sebarang gangguan ataupun berlakunya prasangka antara kaum. Selain
itu juga, integrasi kaum dan hubungan etnik sangat penting supaya tenaga negara dapat
disalurkan kepada memajukan negara. Selaras dengan harapan pemimpin negara untuk
mencapai negara maju. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik,
perkara ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada
perpaduan rakyat di negara itu sendiri. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat
perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati sesama kaum.

4
2. CABARAN - CABARAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI DI MALAYSIA

Cabaran utama yang menghalang intergrasi kaum dan hubungan etnik di negara kita
adalah bersangkutan dengan nilai hidup iaitu prasangka, perkauman, etnosentrisme,
sosioekonomi, dan pemisahan fizikal. Kesemua perkara ini membawa perpecahan antara
kaum dan etnik kerana mereka masih kukuh kepada peranan tradisional dan berpegang teguh
kepada nilai-nilai yang terbatas antara kaum. Masalah hubungan etnik dan intergrasi kaum ini
berpunca daripada dasar-dasar British ketika menjajah Tanak Melayu dulu.

Sikap prasangka buruk antara kaum dan mengutamakan etnik sendiri menjadi penghalang
kepada perpaduan antara kaum dan bercorak generalisasi dan stereotaip di atas bukti-bukti
yang tidak kukuh. Masalah prasangka buruk antara kaum ini bermula dari Era Penjajahan
British yang menjalankan pemerintahan Dasar Pecah dan Belah yang telah menjarakkan
perpaduan antara kaum. Begitu juga Era Pendudukan Jepun yang telah mengamalkan sikap
berat sebelah dengan semangat anti-Cina telah memberi peluang kepada kaum Melayu
membabitkan diri dalam bidang perniagaan keadaan ini telah menimbulkan kemarahan kaum
Cina. Setelah Jepun menyerah kalah kaum Cina telah mengambil tindakan dengan membalas
dendam kepada kaum Melayu kesannya berlakulah pergaduhan antara kaum.

Kedudukan geografi juga mempengaruhi masalah integrasi kaum dan hubungan etnik
kerana jarak yang jauh menyukarkan perhubungan dan sukar mengenali etnik lain. Sebagai
contoh kedudukan Sabah dan Sarawak yang terpisah dengan Semenanjung Malaysia sukar
untuk berhubung dan ia boleh menimbulkan prasangka antara kaum dan etnik.

Manakala perkauman pula merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri


dalam bidang politik, agama, ekonomi, pendidikan, dan sosial atau kebudayaan dimana
satusatu etnik mementingkan kaumnya sendiri. Sikap perkauman ini boleh menwujudkan
hubungan yang tegang dan menjarakkan sosial antara individu. Sikap perkauman ini boleh
menghalang perpaduan rakyat sekali gus merencatkan kemajuan negara. Etnosentrisme pula
merujuk kepada kepercayaan bahawa unsur-unsur budaya sendiri adalah yang terbaik dari
budaya etnik lain. Sikap ini menghalang interaksi dan pergaulan yang luas antara kaum dan
etnik.

5
2.1 TANGGAPAN BAHAWA MERAIKAN UPACARA ATAU PERAYAAN KAUM
LAIN BERTENTANGAN DENGAN AGAMA SENDIRI

Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat berbilang agama dan budaya yang
hidup secara aman dan damai serta mengekalkan keunikan masing-masing. Kemajmukan ini
menjadikan Malaysia sebuah negara yang sering dicontohi oleh masyarakat antarabangsa.

Walau bagaimanapun kemajmukan tersebut turut digariskan sebagai salah satu cabaran
utama dalam misi menjayakan pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju
pada 2020. Situasi semasa yang berkaitan dengan aspek agama dan hubungan antara agama
khususnya antara Islam dan bukan Islam merupakan fenomena dalam perhubungan antara
penganut agama sekarang.Beberapa permasalahan kajian telah dikenal pasti.

Perbezaan nilai dan agama setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan dan
Bahasa yang berbeza. Orang Melayu, Orang Cina, Orang India terus dengan system hidup
yang berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka. Selain daripada itu kewujudan akhbar yang
pelbagai Bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukukan lagi
perasaan kumpulan etnik masing-masing.

Tahun Islam Buddha Kristian Hindu Konfusianisme Tiada Agama


& Taoisme Agama Lain

2000 60.4% 19.2% 9.1% 6.3% 2.6% - 2.4%


2010 61.3% 19.8% 9.2% 6.3% 1.3% 0.7% 0.5%
Table 1.Angka-angka Banci Penduduk.

I. Islam
6
Islam adalah agama utama negara dan diiktiraf sebagai agama rasmi negara. Ia diamalkan
oleh kira-kira 60 peratus rakyat Malaysia. Kebanyakan hari suci umat Islam adalah hari cuti
kebangsaan, termasuk akhir bulan Ramadhan, akhir haji, dan hari lahir Nabi
Muhammad.Islam dianggap telah dibawa ke Malaysia sekitar abad ke-12 oleh pedagang
India. Pada awal abad ke-15 Kesultanan Melaka, yang biasanya dianggap sebagai negeri
bebas pertama di Semenanjung, telah diasaskan. Dipimpin oleh penganut Islam pengaruh
Melaka menyebabkan penyebaran Islam ke seluruh penduduk Melayu.

II. Buddha

Ramai orang Cina Malaysia mengamalkan pelbagai kepercayaan, termasuk Mahayana dan
mazhab agama Buddha lain, agama kaum Cina, Konfusianisme dan Daoisme. Walaupun
Buddhisme berpengaruh sebelum kedatangan Islam, majoriti penduduk China semasa datang
semasa pemerintahan Tanah Melayu British. Tahun Baru Cina disambut sebagai cuti
kebangsaan.Bagi kebanyakan orang Cina, agama adalah bahagian penting dalam kehidupan
budaya mereka.

III. Hindu

Majoriti orang Tamil yang membentuk 9% penduduk Malaysia mengamalkan Hinduisme.


Hinduisme berpengaruh sebelum Islam, tetapi pengikut moden kebanyakannya berasal dari
masyarakat pendatang dari Tamil Nadu yang datang ke Tanah Melayu untuk bekerja di
ladang getah British. Sebuah komuniti kecil pendatang dari Utara India juga wujud. Kuil-kuil
luar bandar sering didedikasikan untuk dewa tunggal, sementara kuil-kuil luar bandar sering
menjadi rumah kepada pelbagai dewa-dewa yang berbeza. Kebanyakan dibawa dengan
pendatang. Kebanyakan kuil mengikut tradisi Saivite dari India Selatan, untuk menyembah
Siva. Cuti Hindu Thaipusam dan Deepavali adalah cuti kebangsaan.

Saban tahun, sambutan perayaan Hari Krismas atau Hari Natal yang disambut
penganut Kristian di seluruh dunia menimbulkan polemik dan salah faham kalangan
masyarakat Islam. Terdapat pandangan yang diutarakan yang membolehkan orang Islam

7
untuk meraikan sambutan itu, tetapi pada masa sama, wujud pendapat lebih keras yang
melarang hingga menjatuhkan hukum haram kepada umat Islam untuk meraikannya.

Melihat dalam konteks Malaysia yang dihuni masyarakat berbilang kaum, bangsa dan
agama, beliau lebih cenderung kepada pandangan yang membolehkan umat Islam turut sama
meraikannya. Tidak salah umat Islam untuk mengucapkan Selamat Hari Natal atau ‘Merry
Christmas’ kepada penganut Kristian bagi memperlihatkan keharmonian kaum dan agama
dalam sesebuah negara.

Dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini yang mempunyai pelbagai kaum
dan agama, kita perlu melihat perayaan itu sebagai satu acara yang diraikan oleh semua.
Banyak perayaan lain yang disambut seperti Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali
yang turut diraikan semua masyarakat di negara ini. Ini menjadikan tidak salah untuk umat
Islam turut sama menghormati perayaan agama lain dan turut mengambil bahagian.
Kecenderungan untuk membolehkan umat Islam meraikan sambutan Krismas juga
disebabkan wujud sedikit persamaan antara ajaran Islam dan Kristian yang kedua-duanya
adalah agama samawi selain agama Yahudi.

Mungkin pandangan yang mengharamkan umat Islam meraikan hari Krismas dirujuk
daripada negara yang majoriti besarnya adalah orang Islam dan bilangan penganut Kristian
terlalu sedikit atau tiada menjadikan umat Islam dilarang untuk meraikan dan menyambutnya.
Allah SWT berfirman: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil
terhadap orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari
negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah SWT
hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang yang memerangi kamu
kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu daripada kampung halaman kamu, serta
membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan
mereka teman rapat, maka mereka itulah orang yang zalim.

2.2 CABARAN-CABARAN INTEGRASI DARI SEGI BUDAYA

Di Malaysia, terdapat 3 kaum utama iaitu melayu, cina dan india. Setiap kaum
terdapat berlainan cara hidup dan budaya. Sebagai contoh, budaya atau cara makan setiap

8
kaum berbeza. Kaum melayu menggunakan tangan untuk makan. Manakala, kaum cina
menggunakan chopsticks untuk makan. Kaum india menggunakan daun pisang sebagai alas
untuk meletakkan makanan. Hal ini membuktikan bahawa setiap kaum mempunyai cara
tersendiri dalam kehidupan seharian. Tetapi terdapat juga cabaran dalam memupuk semangat
integrasi dalam setiap kaum di Malaysia dari segi budaya. Antaranya ialah:

a) Etnosentrisme

Maksud etnosentrisme adalah sesuatu bangsa menggangap budaya dan adat resamnya
lebih bagus daripada kaum lain. Apabila ini berlaku dalam masyrakat kita, ini akan
menyebabkan setiap kaum memandang rendah terhadap adat resam dan budaya sesuatu kaum.
Hal ini boleh menyebabkan persefahaman antara kaum akan musnah dan semangat integrasi
antara kaum di Malaysia akan hilang. Hal ini boleh dibendung di peringkat rumah lagi dengan
cara ibu bapa tidak memperlekehkan adat kaum lain dihadapan anak-anak. Ibu bapa juga
hendaklah memberitahu kepada anak-anaknya untuk menghormati adat dan budaya kaum lain
dan jangan merasakan adat dan budaya kaum kita lebih bagus dari kaum lain.

b) Wujudnya akhbar atau majalah yang berunsurkan kaum

Akhbar ini diwujudkan untuk semua orang tahu akan situasi terkini dalam negara.
Tetapi muncul akhbar khas yang menyentuh soal perkauman. Ini akan melaga-lagakan
dengan kaum lain. Hal ini akan menyebabkan pergaduhan antara kaum dan membuatkan
sesuatu kaum tidak berpuas hati dengan kaum yang lain. Hal ini juga akan menghilangkan
intrgrasi dalam setiap kaum. Ini dapat dibendung dengan cara pihak media massa dan pihak
ngo dan pihak berkuasa berkerjasama dalam membasmi akhbar-akhbar tersebut. Apabila
semua pihak berkerjasama dalam hal ini, akhbar-akhbar ini dapat dihapuskan dan sikap
integrasi dalam masyarakat dapat dipupuk kembali. Apabila semua bangsa bersatu negara
akan harmoni dan damai.

c) Tidak suka belajar budaya kaum lain

Sikap ini sering terjadi dalam masyarakat sekarang. Mereka beranggapan bahawa jika
mereka belajar budaya sesuatu kaum, mereka kena menjadi kaum tersebut dan mengganut

9
agama kaum tersebut. Ini yang masyarakat sekarang beranggapan. Ini menyebabkan
masyarakat sekarang malas untuk mengenal antara kaum lain. Ini menyebabkan sikap
integrasi dalam masyarakat akan pupus dan hilang ditelan zaman. Kita boleh sahaja belajar
budaya sesuatu kaum yang lain kerana di Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum. Ini dapat
memupuk sikap hormat menghormati antara budaya lain. Ini juga dapat memupuk sikap
integrasi dalam diri kita.

10
2.3 KEMELUT DAN PERUBAHAN POLITIK ANTARA VARIASI KAUM DI MALAYSIA

Ketidakstabilan politik di Malaysia akhir-akhir ini sedikit menjejaskan kesejahteraan


antara kaum. Pelbagai isu-isu perkauman mahupun keagamaan sering kali dipaparkan dan
didengari di media sosial. Terdapat juga segelintir ahli pemimpin politik yang terdesak
menggunakan isu kaum untuk mengelirukan dan menarik sokongan orang ramai. Sebagai
contoh, sebahagian ahli politik yang tidak bertanggungjawab membangkitkan kenyataan
bahawa tulisan Jawi membawa kepada isu rasis dan dakyah agama. Selain itu, terdapat juga
masyarakat yang terjebak dengan ekstremisme menghina agama Islam dan Nabi Muhammad
SAW. Lebih menyedihkan lagi, segelintirnya adalah orang Melayu Islam. Hal ini jelas
membuktikan bahawa aspek politik amat perlu bagi membanteras isu perkauman yang
semakin berleluasa. Jika keadaan sebegini masih berlaku, keharmonian negara mungkin akan
terjejas dan tidak mustahil peristiwa 13 Mei 1969 boleh berlaku kembali.

Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah memahami serta mendalami sejarah dan perlembagaan
Malaysia. Negara kita telah mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan
seperti sistem dan struktur kerajaan British. Sewaktu perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu digubal, orang Melayu bersifat terbuka dalam menerima hak kerakyatan orang bukan
Melayu. Keterbukaan orang Melayu telah memberi hak kerakyatan kepada orang Cina dan
orang India yang sebahagian besarnya tidak fasih berbahasa Melayu walaupun mereka perlu
fasih bertutur bahasa Melayu bagi memperolehi kerakyatan. Orang bukan Melayu telah
berlapang dada mengenai kedudukan istimewa bumiputera dan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dimasukkan dalam perlembagaan Tanah Melayu. Sikap toleransi dan saling
memahami telah membentuk negara Malaysia yang berdaulat. Namun hari ini, masih ada
segelintir ahli politik yang mencabarkan kedudukan Perkara 153 dalam Perlembagaan
Persekutuan. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak boleh menerima istilah bangsa
Malaysia sama sekali kerana menurut mereka istilah itu menghapuskan kedudukan istimewa
orang Melayu dan pribumi. Barangkali kerana kurang memahami sejarah watan tanah air dan
peruntukan Perlembagaan
Persekutuan, mereka sanggup mengetepikan keharmonian negara demi agenda politik sendiri.

Isu-isu nasional melibatkan kepentingan kaum di negara ini akan terus disuarakan oleh
parti parti politik tertentu, sebahagiannya akan menimbulkan konflik dan kontroversi
berterusan sekiranya kerajaan tidak dapat membendung hal-hal sedemikian. Ia akan

11
membangkitkan halhal dan kepentingan rakyat di negara ini dan seterusnya akan menguji
perpaduan kaum. Persoalannya, mampukah parti-parti politik dalam kerajaan terbaru bangkit
membina suatu permuafakatan lebih mantap dan menjanjikan persekitaran politik negara yang
lebih baik dan mampu menarik minat pelabur ke negara kita? Inilah yang harus difikirkan
dan dijadikan ukuran kepada anjakan paradigma politik negara pada tahun akan datang. Jika
rakyat didedahkan dengan berterusan atas segala usaha kerajaan untuk memakmurkan rakyat,
sudah pasti sokongan rakyat akan diraih dan permainan politik yang tidak membawa faedah
akan ditolak oleh semua.

Kesimpulannya, mungkin politik hari ini akan menjadi lebih matang dan rakyat negara
kita ini akan lebih peka dalam membuat keputusan dalam memilih siapa yang pada mereka
layak memimpin dan memerintah negara ini. Kita melihat sikap-sikap politik menghalalkan
cara politik dendam, marah dan politik hanya berpaksi kepentingan tertentu lantas merebak
penyelewengan, rasuah, keruntuhan integriti dan penyalahgunaan kuasa amat menakutkan.
Perbezaan fahaman politik dalam kalangan seperti etnik tidak menjadi isu yang besar
sekiranya setiap komponen dalam organiasi bangsa Malaysia yang majmuk ini sendiri saling
bertoleransi dan bekerjasama.

12
2.4 FOKUS YANG BERLAINAN DALAM SEKTOR EKONOMI

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan
British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat
memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar pecah dan perintah telah
memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan.
Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar bandar iaitu di
kampung-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan
bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka.
Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini
telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhalang dan
menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di
mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana
dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah
mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta
oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor
perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi
tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara
mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri
daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan
berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan
prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum
terbabit.

Ini telah mewujudkan perasaan curiga antara kaum dan telah mewujudkan jurang ekonomi
antara kaum serta polarisasi antara kaum. Akibat dari dasar itu masih lagi di dominasi oleh
orang Cina dan kebanyakan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan
pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial kerana mereka hanya dapat meluangkan
masa ditempat kerja dan berkomunikasi dengan rakan sekerja. Jika rakan sekerja terdiri dari
kaum sama, maka interaksi dan komunikasi mereka berada dalam lingkungan kaum yang
sama. Ini menyebabkan perasaan perkauman dan kurangnya hubungan semakin menebal.

13
Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek ekonomi.
Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang tertentu
yang di dominasi oleh kaum-kaum tertentu dan ini adalah kerana kaum yang mendominasi itu
terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Diantara contoh yang boleh dibawa di
sini ialah dominasi di dalam bidang perniagaan yang telah di dominasi oleh kaum Cina sejak
dahalu lagi dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih mendominasi bidang lain juga
seperti bekerja dngan pasukan berunifrom (polis, askar) dan juga perguruan. Kerajaan juga
telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor perkhidmatan awam namun gagal dan
kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee (2009) pernah menyatakan bahawa “Mereka
(kaum Cina) yang terlalu bangga dengan tamadun mereka serta lebih suka berdikari dengan
menceburikan diri dalam bidang perniagaan yang menjadi darang daging mereka”.

Di semenanjung Malaysia, Bumiputera memiliki 32.3 peratus daripada jumlah pertubuhan


perdangangan runcit, manakala kaum Cina sebnayak 60.8 pertaus dan kaum India sebanyak
6.3 peratus. Di Sabah dan Sarawak, pemilikan Bumiputera adalah lebih rendah iaitu 17.4
peratus dan kaum Cina adalah 79.3 peratus. Bagi pertubuhan perdagangan borong, pemilikan
kaun Cina adalah jauh lebih tinggi. Di Semenanjung Malaysia, kaum Cina memiliki 85.2
peratus daripada jumlah pertubuhan perdagangan borong berbanding degan 10.2 peratus.
Bumiputera dan 2.9 peratus kaum India. Bagi Sabah dan Sarawak pula, pemilikan Cina
adalah 94.5 peratus dan Bumiputera sebanyak 3.8 peratus. Kaum Melayu pula kekal di sektor
pertanian, penjawat awam manakala kaum India masih lagi di estet dan penjawat awam.

Keadaan ini telah menyebabkan ketidak seimbangan pendapatan dan wujudnya jurang
ekonomi yang besar dalam kalangan kaum. Walaupun kerajaan telah menjalankan dasar-
dasar, DEB dan RMK, kerajaan hanya mampu mengurangkan jurang ini dan bukannya
menghapuskannya. Ini menyukarkan pembentukan hubungan etnik lantaran wujudnya
jurangjurang ini kerana tidak ada percampuran antara masyarakat yang berlainan taraf
memandangkan mereka terpisah dari dunia masing-masing. Golongan yang berpendapatan
tinggi pastilah tinggal di kawasan elit dan mewah dan sekali gus memisahkan mereka dari
golongan lain.

Di samping itu, degan wujudnya jurang ini, semua etnik berusaha untuk mengaut keuntungan
secara maksimum dari apa yang telah tersedia. Masing-masing mementingkan etnik sendiri
terlebih dahulu dalam mengejar kekukuhan tapak dalam sektor ekonomi. Ini dapat dilihat

14
dalam sektor awam sendiri. Selain itu, dalam perniagaan, etnik dan kaum sendiri diberikan
peluang dan bukannya dari etnik lain. Seperti terjadinya satu kes baru-baru ini di mana
seorang berbangsa Melayu telah berkunjung ke sebuah restoran iaitu Old Town White Coffee
untuk memohon membuka francais restoran itu. Namun maklum balas yang diterima ialah
pihak Old Town tidak memberi peluang ini untuk orang Melayu. Ini jelas menunjukkan
bahawa terdapatnya unsur mementingkan kaum sendiri dalam membuka peluang perniagaan.
Begitu juga dalam memberi peluang pekerjaan di mana kebanyakannya memilih bangsa
sendiri untuk di ambil bekerja. Ini bukan sahaja menghalang pembentukan dinamika ekonomi
malah ia juga akan mengagalkan usaha untuk mengeratkan hubungan etnik di Malaysia.

15
2.5 CABARAN MEMUPUK INTEGRASI DARI SEGI SOSIAL

Dari segi sosial juga terdapat cabaran dalam memupuk integrasi di Malaysia menjadi
pincang. Ini berlaku apabila kurangnya percampuran dan integrasi sosial antara kaum.
Apabila perkara ini berlaku, tidak akan timbul rasa kepercayaan dan kekitaan dalam diri
setiap kaum dan etnik, apabila kepercayaan ini telah hilang maka sesuatu hubungan yang baik
sukar untuk dibentuk. Kekurangan ini terhasil daripada pemisahan yang berlaku seperti dia
bawah;

a) Pemisahan dari segi fizikal

Pemisahan fizikal ini berlaku pada asasnya akibat keadaan geografi yang memisahkan etnik.
Kedudukan yang jauh terpisah telah di tambh lagi oleh dasar pecah dan perintah yang
mengasingkan pemerintahan dan penempatan dimana orang melayu berada diluar bandar
untuk menjalankan kegiatan ekonomi Bertani dan ke laut. Orang India pula berada estet dan
ladang untuk bekerja manakal orang cina berada di bandar untuk melombong dan perniagaan.
Untuk menyempurnakan dasar ini, British telah menyediakan segala kelengkapan termasuk
system Pendidikan ditempat yang diasingkan ini. Akibat pemisahan ini, bukan sahaja
merenggangkan hubungan dan interaksi, tetapi juga menguatkan lagi etnosentrisme dan
menimbulkan prasangka antara kaum.

b) Masyarakat kurang kefahaman mengenai kontrak sosial

Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin
Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA, dan MIC.
Kontrak ini mewujudkan dengan tujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan majoriti
dan minority di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing. Justeru
itu, masyarakat kurang memahami kepentingan kontrak sosial terhadap memupuk hubungan
integrasi antara kaum dan kaum Cina dan India menyifatkan ia tidak relevan dan
menyebabkan mereka di negara ini ‘berkecil hati’.

16
2.6 PERPISAHAN PENDIDIKAN ANTARA KAUM SEJAK DARI SEKOLAH RENDAH

Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini
adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan
bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Mandarin
sebagai bahasa perantaraan, manakala pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan
menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa perantaraan. Sistem persekolahan yang
memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik ini kurang memainkan
peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar.
Situasi ini hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama
sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada
negara Malaysia.

Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan
menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah kerana mereka menganggap bahawa
ianya tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu,
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Vernakular mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza.
Ianya akan memberikan impak yang negatif kepada penstrukturan negara kerana mempunyai
corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut
di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada
satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja,
sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang sepakat. Bakal pemimpin negara
ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang
terdiri daripada etnik yang berbeza.

Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini
dipandang enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar
yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat Sekolah Rendah,
Sekolah Menegah, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta Institut Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS). Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia.
Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara
Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara
semua kaum. Jika kita lihat pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang mempunyai

17
kurang kepercayaan untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka
lebih memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana
merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik
anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu
perspektif yang perlu kita hormati. Walaubagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang
bertindak sedemikian. Ibu bapa yang mementingkan sifat kekitaan antara kaum di Malaysia
akan menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Rendah kerana mereka inginkan anak-anak
mereka bersatu hati dengan semua kaum supaya mendapat persefahaman dan sepakat sesama
mereka.

18
3. PENUTUP

Secara kesimpulan, populasi di Malaysia terdiri daripada tiga masyarakat terbesar


iaitu Melayu, Cina dan India. Kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memumpuk
semangat perpaduan di dalam masyarakat dari pelbagai etnik. Antara inisiatif yang telah
diambil oleh kerajaan ialah Wawasan 2020, pelaksanaan pelan pembangunan 5 tahun, Dasar
Pelajaran Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Usaha untuk memumpuk
perhubungan etnik tidak akan dapat tercapai jika semua pihak tidak menjalankan
tanggungjawab masing-masing.

Organisasi yang bercorak perkauman dan organisasi media adalah faktor utama
kegoyahan hubungan etnik pelbagai kaum. Proses sosialisasi dan budaya politik sebegini
sama ada berlaku asuhan atau semulajadi akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan
dalam masyarakat Malaysia. Kestabilan ekonomi dan politik merupakan satu platform untuk
megekalkan hubungan etnik di Malaysia. Orang bukan Melayu melihat keadilan politik
sebagai kesaksamaan dan kesamarataan bagi semua warganegara Malaysia, manakala orang
Melayu tidak melihat sedemikian kerana hak-hak istimewa orang-orang Melayu telah
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah menjelaskan bahawa kesaksamaan
dan kesamarataan tidak wujud dalam konteks yang sebenar. Keadilan dalam konteks
Malaysia ialah mengekalkan hak-hak orang Melayu, agama Islam, Sultan Melayu dan Bahasa
Melayu seperti yang telah dipersetujui oleh semua pihak semasa kemerdekaan.

Dalam masa yang sama, Melayu moderate akan memastikan hak-hak orang bukan
Melayu yang dijanjikan akan terus kekal dan memperakui kewarganegaraan mereka, hak
mereka untuk mengundi, berniaga, mendapat pendidikan dalam bahasa ibunda masing-
masing, dan mengamalkan kepercayaan dan adat resam masing-masing. Hal ini
menyebabkan, isu-isu integrasi antara kaum amat kompleks untuk diterjemahkan. Buat masa
ini kita hanya mampu berharap untuk integrase antara kaum menjadi kenyataan. Tuntutan
pada hari ini adalah kesediaan untuk mematuhi kontrak sosial yang telah dipersetujui
bersama. Selagi wujud institusi bersifat perkauman ini, selagi itulah matlamat untuk
mewujudkan integrasi yang jitu agar sukar untuk dijadikan realiti.

19
4. RUJUKAN
✓ http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/v2n12010/makalah-v2n1-n4.pdf. (19Ogos
2020)
✓ https://www.researchgate.net/publication/288827698_KAJIAN_ISU_DAN_CABAR
AN_HUBUNGAN_ANTARA_PENGANUT_AGAMA_DI_MALAYSIA
(19 Ogos 2020)

✓ https://ms.wikipedia.org/wiki/Agama_di_Malaysia#Hubungan_antara_agama (20
Ogos 2020)

✓ https://www.slideshare.net/biiey/cabaran-cabaran-dalam-mengeratkan-hubunganetnik
(22 Ogos 2020)

✓ https://sunsuria.wordpress.com/2016/06/14/cabaran-untuk-mencapai-perpaduan-
danintegrasi/ (23 Ogos 2020)

✓ http://integrasikaumdimalysia.blogspot.com/2016/08/integrasi-kaum-
dimalaysia_6.html (24Ogos 2020)

✓ https://www.academia.edu/4668003/CABARAN_INTEGRASI_ANTARA_KAUM_
DI_MALAYSIA_PERSPEKTIF_SEJARAH_KELUARGA_PENDIDIKAN_DAN_A
GAMA (25 Ogos 2020)

20
21

You might also like