You are on page 1of 20

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

MALAYSIA FRANCE INSTITUTE

MPU 3113 HUBUNGAN ETNIK

TAJUK TUGASAN 1 :
CABARAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI
DI MALAYSIA

Nama Pensyarah:
Adifarizal bin Mohd Ariffin

No. Kumpulan: 1
Bil Student ID Nama Program
1. 50213119180 ADAM BIN MD NAZERI MECHA
2. 50213119109 FAIZ SYAZANI BIN ABDUL KARIM MECHA
3. 50213119135 MOHD SHARUL EZUAN BIN MATSHAH MECHA
4. 50213119233 MUHD AMMAR BIN HUSIN MECHA
5. 50213119207 MUHD FARIS IRFAN BIN AB AZIZ MECHA
6. 50213119269 MUHD MUHAIMAN BIN MUHAZAM MECHA
7. 50213119120 PUA JIAN JING MECHA
8. 50213119161 SYED ALWI ALHADAD BIN SYED HUSSAIN MECHA

GROUP : LMZ
Januari 2020

1
Isi Kandungan

1. Pendahuluan ……………………………….……………………………………………… 3

2. Cabaran - cabaran dalam memupuk integrasi di Malaysia.......................…….…………. 5

2.1 Beranggapan bahawa meraikan upacara atau perayaan kaum lain bertentangan

dengan agama sendiri…………………………………………………………..….6

2.2 Cabaran-cabaran integrase dari segi budaya…………………………………...…9

2.3 Kemelut dan perubahan politik antara variasi kaum di Malaysia ………………..11

2.4 Fokus yang berlainan dalam sektor ekonomi……………………………………..13

2.5 Cabaran memupuk integrasi dari segi social……………………………………..16

2.6 Perpisahan pendidikan antara kaum sejak dari Sekolah Rendah…………..…….17

3. Penutup…………………………………………………………………………………… 19

4. Rujukan ……………………………………………………………………….………….. 20

2
1. Pendahuluan

Malaysia ialah sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum yang
mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui bahasa, politik,
ekonomi, tempat tinggal, dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum
Cina, kaum India, kaum Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak terdapat kaum Kadazan,
Iban, Kayan, Bajau, Bidayuh, dan banyak lagi. Mereka ini juga dianggap sebagai kaum
Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang Asli.

Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara
yang mempunyai kepelbagaian kaum yang terdiri dari kaum Melayu, kaum Cina, dan kaum
India. Kaum-kaum ini juga terdiri daripada pelbagai agama, bahasa, budaya, dan etnik yang
tersendiri. Kaum Melayu terdiri daripada etnik Jawa, Bugis, Rawa, Banjar yang datang dari
kepulauan Indonesia. Manakala kaum Cina terdiri daripada etnik Kwangsi, Hakka, Hokkien,
Kantonis, Teochew, dan Hainan. Bagi kaum India pula mereka terdiri dari kasta Maruthuvar,
Vanniyar, Thevar, Nadar, Yadhavar, dan Adhi Dravidar. Kesemua etnik ini mempunyai bahasa
yang berbeza dan cara hidup yang berbeza.

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam
kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit
politik. Manakala, perpaduan pula ialah proses menyatukan seluruh masyarakat dan negara
supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Jika digabungkan kedua-dua perkataan ini, integrasi dan perpaduan bermaksud


mewujudkan satu masyarakat yang bersatu dengan satu identiti nasional. Kerjasama ini boleh
dibentuk melalui integrasi agama, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan, dan politik.
Dalam konteks politik di Malaysia, integrasi dan perpaduan tidak banyak melibatkan unsur-
unsur asimilasi tetapi lebih mirip kepada integrasi, akomodasi dan akulturasi.

Malaysia seperti negara lain yang ingin mencapai kemajuan dan negara kita sedang
menuju negara maju. Oleh itu untuk mencapai impian ini, negara mestilah menyatupadukan
semua kaum dengan melaksanakan pelbagai dasar seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan,
Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, dan Dasar Pembangunan Negara.

3
Justeru itu, semua kaum di Malaysia diwajibkan memahimi, menerima, menghormati dan
mengamalkan nilai hidup dan identiti yang sama bagi membentuk rakyat yang sama selaras
dengan impian mencapai negara yang maju dan mencapai masyarakat yang berintegrasi.

Proses mencapai sebuah masyarakat yang berintegrasi bukanlah sesuatu yang mudah.
Kita dapat lihat setiap kaum membawa hal masing-masing daripada pelbagai sudut seperti
sejarah, pendidikan, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Boleh dikatakan kebanyakannya
bersifat perkauman. Ia telah berakar umbi sejak dahulu lagi, sebelum, semasa dan selepas
merdeka. Usaha ke arah mengintegrasikan perpaduan berasaskan satu identiti nasional tidak
dapat diterima oleh orang bukan Melayu dan inilah yang merupakan salah satu agenda
disebalik penjajahan British sebelum merdeka.

Oleh itu, kerajaan mestilah berusaha untuk menyatukan hubungan etnik, perpaduan dan
integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan dan seterusnya pembangunan negara
berjalan rancak tanpa sebarang gangguan ataupun berlakunya prasangka antara kaum. Selain
itu juga, integrasi kaum dan hubungan etnik sangat penting supaya tenaga negara dapat
disalurkan kepada memajukan negara. Selaras dengan harapan pemimpin negara untuk
mencapai negara maju. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik,
perkara ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada
perpaduan rakyat di negara itu sendiri. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat
perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati sesama kaum.

4
2. Cabaran - cabaran dalam memupuk integrasi di Malaysia

Cabaran utama yang menghalang intergrasi kaum dan hubungan etnik di negara kita
adalah bersangkutan dengan nilai hidup iaitu prasangka, perkauman, etnosentrisme,
sosioekonomi, dan pemisahan fizikal. Kesemua perkara ini membawa perpecahan antara kaum
dan etnik kerana mereka masih kukuh kepada peranan tradisional dan berpegang teguh kepada
nilai-nilai yang terbatas antara kaum. Masalah hubungan etnik dan intergrasi kaum ini berpunca
daripada dasar-dasar British ketika menjajah Tanak Melayu dulu.

Sikap prasangka buruk antara kaum dan mengutamakan etnik sendiri menjadi
penghalang kepada perpaduan antara kaum dan bercorak generalisasi dan stereotaip di atas
bukti-bukti yang tidak kukuh. Masalah prasangka buruk antara kaum ini bermula dari Era
Penjajahan British yang menjalankan pemerintahan Dasar Pecah dan Belah yang telah
menjarakkan perpaduan antara kaum. Begitu juga Era Pendudukan Jepun yang telah
mengamalkan sikap berat sebelah dengan semangat anti-Cina telah memberi peluang kepada
kaum Melayu membabitkan diri dalam bidang perniagaan keadaan ini telah menimbulkan
kemarahan kaum Cina. Setelah Jepun menyerah kalah kaum Cina telah mengambil tindakan
dengan membalas dendam kepada kaum Melayu kesannya berlakulah pergaduhan antara
kaum.

Kedudukan geografi juga mempengaruhi masalah integrasi kaum dan hubungan etnik
kerana jarak yang jauh menyukarkan perhubungan dan sukar mengenali etnik lain. Sebagai
contoh kedudukan Sabah dan Sarawak yang terpisah dengan Semenanjung Malaysia sukar
untuk berhubung dan ia boleh menimbulkan prasangka antara kaum dan etnik.

Manakala perkauman pula merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri


dalam bidang politik, agama, ekonomi, pendidikan, dan sosial atau kebudayaan dimana satu-
satu etnik mementingkan kaumnya sendiri. Sikap perkauman ini boleh menwujudkan
hubungan yang tegang dan menjarakkan sosial antara individu. Sikap perkauman ini boleh
menghalang perpaduan rakyat sekali gus merencatkan kemajuan negara. Etnosentrisme pula
merujuk kepada kepercayaan bahawa unsur-unsur budaya sendiri adalah yang terbaik dari
budaya etnik lain. Sikap ini menghalang interaksi dan pergaulan yang luas antara kaum dan
etnik.

5
2.1 Beranggapan bahawa meraikan upacara atau perayaan kaum lain
bertentangan dengan agama sendiri

Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat berbilang agama dan budaya yang
hidup secara aman dan damai serta mengekalkan keunikan masing-masing. Kemajmukan ini
menjadikan Malaysia sebuah negara yang sering dicontohi oleh masyarakat antarabangsa.

Walau bagaimanapun kemajmukan tersebut turut digariskan sebagai salah satu cabaran
utama dalam misi menjayakan pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju pada
2020. Situasi semasa yang berkaitan dengan aspek agama dan hubungan antara agama
khususnya antara Islam dan bukan Islam merupakan fenomena dalam perhubungan antara
penganut agama sekarang.Beberapa permasalahan kajian telah dikenal pasti.

Perbezaan nilai dan agama setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan dan
Bahasa yang berbeza. Orang Melayu, Orang Cina, Orang India terus dengan system hidup yang
berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka. Selain daripada itu kewujudan akhbar yang
pelbagai Bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukukan lagi
perasaan kumpulan etnik masing-masing.

Tahun Islam Buddha Kristian Hindu Konfusianisme Tiada Agama


& Taoisme Agama Lain

2000 60.4% 19.2% 9.1% 6.3% 2.6% - 2.4%


2010 61.3% 19.8% 9.2% 6.3% 1.3% 0.7% 0.5%
Table 1.Angka-angka Banci Penduduk.

6
I. Islam

Islam adalah agama utama negara dan diiktiraf sebagai agama rasmi negara. Ia diamalkan
oleh kira-kira 60 peratus rakyat Malaysia. Kebanyakan hari suci umat Islam adalah hari cuti
kebangsaan, termasuk akhir bulan Ramadhan, akhir haji, dan hari lahir Nabi Muhammad.Islam
dianggap telah dibawa ke Malaysia sekitar abad ke-12 oleh pedagang India. Pada awal abad
ke-15 Kesultanan Melaka, yang biasanya dianggap sebagai negeri bebas pertama di
Semenanjung, telah diasaskan. Dipimpin oleh penganut Islam pengaruh Melaka menyebabkan
penyebaran Islam ke seluruh penduduk Melayu.

II. Buddha

Ramai orang Cina Malaysia mengamalkan pelbagai kepercayaan, termasuk Mahayana dan
mazhab agama Buddha lain, agama kaum Cina, Konfusianisme dan Daoisme.
Walaupun Buddhisme berpengaruh sebelum kedatangan Islam, majoriti penduduk China
semasa datang semasa pemerintahan Tanah Melayu British. Tahun Baru Cina disambut sebagai
cuti kebangsaan.Bagi kebanyakan orang Cina, agama adalah bahagian penting dalam
kehidupan budaya mereka.

III. Hindu

Majoriti orang Tamil yang membentuk 9% penduduk Malaysia mengamalkan Hinduisme.


Hinduisme berpengaruh sebelum Islam, tetapi pengikut moden kebanyakannya berasal dari
masyarakat pendatang dari Tamil Nadu yang datang ke Tanah Melayu untuk bekerja di ladang
getah British. Sebuah komuniti kecil pendatang dari Utara India juga wujud. Kuil-kuil luar
bandar sering didedikasikan untuk dewa tunggal, sementara kuil-kuil luar bandar sering
menjadi rumah kepada pelbagai dewa-dewa yang berbeza. Kebanyakan dibawa dengan
pendatang. Kebanyakan kuil mengikut tradisi Saivite dari India Selatan, untuk
menyembah Siva. Cuti Hindu Thaipusam dan Deepavali adalah cuti kebangsaan.

7
SABAN tahun, sambutan perayaan Hari Krismas atau Hari Natal yang disambut
penganut Kristian di seluruh dunia menimbulkan polemik dan salah faham kalangan
masyarakat Islam. Terdapat pandangan yang diutarakan yang membolehkan orang Islam untuk
meraikan sambutan itu, tetapi pada masa sama, wujud pendapat lebih keras yang melarang
hingga menjatuhkan hukum haram kepada umat Islam untuk meraikannya.

Melihat dalam konteks Malaysia yang dihuni masyarakat berbilang kaum, bangsa dan
agama, beliau lebih cenderung kepada pandangan yang membolehkan umat Islam turut sama
meraikannya. Tidak salah umat Islam untuk mengucapkan Selamat Hari Natal atau ‘Merry
Christmas’ kepada penganut Kristian bagi memperlihatkan keharmonian kaum dan agama
dalam sesebuah negara.

Dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini yang mempunyai pelbagai kaum
dan agama, kita perlu melihat perayaan itu sebagai satu acara yang diraikan oleh semua.
Banyak perayaan lain yang disambut seperti Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali yang
turut diraikan semua masyarakat di negara ini. Ini menjadikan tidak salah untuk umat Islam
turut sama menghormati perayaan agama lain dan turut mengambil bahagian. Kecenderungan
untuk membolehkan umat Islam meraikan sambutan Krismas juga disebabkan wujud sedikit
persamaan antara ajaran Islam dan Kristian yang kedua-duanya adalah agama samawi selain
agama Yahudi.

Mungkin pandangan yang mengharamkan umat Islam meraikan hari Krismas dirujuk
daripada negara yang majoriti besarnya adalah orang Islam dan bilangan penganut Kristian
terlalu sedikit atau tiada menjadikan umat Islam dilarang untuk meraikan dan menyambutnya.
Allah SWT berfirman: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil
terhadap orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari
negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah SWT
hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang yang memerangi kamu
kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu daripada kampung halaman kamu, serta
membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka
teman rapat, maka mereka itulah orang yang zalim.

8
2.2 Cabaran-cabaran integrasi dari segi budaya

Di Malaysia, terdapat 3 kaum utama iaitu melayu, cina dan india. Setiap kaum terdapat
berlainan cara hidup dan budaya. Sebagai contoh, budaya makan setiap kaum berbeza. Kaum
melayu menggunakan tangan untuk makan. Manakala, kaum cina menggunakan chopsticks
untuk makan. Kaum india menggunakan daun pisang sebagai alas untuk meletakkan makanan.
Hal ini membuktikan bahawa setiap kaum mempunyai cara tersendiri dalam kehidupan
seharian. Tetapi terdapat juga cabaran dalam memupuk semangat integrasi dalam setiap kaum
di Malaysia dari segi budaya. Antaranya ialah:

a) Etnosentrisme

Maksud etnosentrisme adalah sesuatu bangsa menggangap budaya dan adat resamnya
lebih bagus daripada kaum lain. Apabila ini berlaku dalam masyrakat kita, ini akan
menyebabkan setiap kaum memandang rendah terhadap adat resam dan budaya sesuatu kaum.
Hal ini boleh menyebabkan persefahaman antara kaum akan musnah dan semangat integrasi
antara kaum di Malaysia akan hilang. Hal ini boleh dibendung di peringkat rumah lagi dengan
cara ibu bapa tidak memperlekehkan adat kaum lain dihadapan anak-anak. Ibu bapa juga
hendaklah memberitahu kepada anak-anaknya untuk menghormati adat dan budaya kaum lain
dan jangan merasakan adat dan budaya kaum kita lebih bagus dari kaum lain.

b) Wujudnya akhbar atau majalah yang berunsurkan kaum

Akhbar ini diwujudkan untuk semua orang tahu akan situasi terkini dalam negara.
Tetapi muncul akhbar khas yang menyentuh soal perkauman. Ini akan melaga-lagakan dengan
kaum lain. Hal ini akan menyebabkan pergaduhan antara kaum dan membuatkan sesuatu kaum
tidak berpuas hati dengan kaum yang lain. Hal ini juga akan menghilangkan intrgrasi dalam
setiap kaum. Ini dapat dibendung dengan cara pihak media massa dan pihak ngo dan pihak
berkuasa berkerjasama dalam membasmi akhbar-akhbar tersebut. Apabila semua pihak
berkerjasama dalam hal ini, akhbar-akhbar ini dapat dihapuskan dan sikap integrasi dalam
masyarakat dapat dipupuk kembali. Apabila semua bangsa bersatu negara akan harmoni dan
damai.

9
c) Tidak suka belajar budaya kaum lain

Sikap ini sering terjadi dalam masyarakat sekarang. Mereka beranggapan bahawa jika
mereka belajar budaya sesuatu kaum, mereka kena menjadi kaum tersebut dan mengganut
agama kaum tersebut. Ini yang masyarakat sekarang beranggapan. Ini menyebabkan
masyarakat sekarang malas untuk mengenal antara kaum lain. Ini menyebabkan sikap integrasi
dalam masyarakat akan pupus dan hilang ditelan zaman. Kita boleh sahaja belajar budaya
sesuatu kaum yang lain kerana di Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum. Ini dapat memupuk
sikap hormat menghormati antara budaya lain. Ini juga dapat memupuk sikap integrasi dalam
diri kita.

10
2.3 Kemelut dan perubahan politik antara variasi kaum di Malaysia

Ketidakstabilan politik di Malaysia akhir-akhir ini sedikit menjejaskan kesejahteraan antara


kaum. Pelbagai isu-isu perkauman mahupun keagamaan sering kali dipaparkan dan didengari
di media sosial. Terdapat juga segelintir ahli pemimpin politik yang terdesak menggunakan isu
kaum untuk mengelirukan dan menarik sokongan orang ramai. Sebagai contoh, sebahagian ahli
politik yang tidak bertanggungjawab membangkitkan kenyataan bahawa tulisan Jawi
membawa kepada isu rasis dan dakyah agama. Selain itu, terdapat juga masyarakat yang
terjebak dengan ekstremisme menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Lebih
menyedihkan lagi, segelintirnya adalah orang Melayu Islam. Hal ini jelas membuktikan
bahawa aspek politik amat perlu bagi membanteras isu perkauman yang semakin berleluasa.
Jika keadaan sebegini masih berlaku, keharmonian negara mungkin akan terjejas dan tidak
mustahil peristiwa 13 Mei 1969 boleh berlaku kembali.

Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah memahami serta mendalami sejarah dan perlembagaan
Malaysia. Negara kita telah mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan
seperti sistem dan struktur kerajaan British. Sewaktu perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
digubal, orang Melayu bersifat terbuka dalam menerima hak kerakyatan orang bukan Melayu.
Keterbukaan orang Melayu telah memberi hak kerakyatan kepada orang Cina dan orang India
yang sebahagian besarnya tidak fasih berbahasa Melayu walaupun mereka perlu fasih bertutur
bahasa Melayu bagi memperolehi kerakyatan. Orang bukan Melayu telah berlapang dada
mengenai kedudukan istimewa bumiputera dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dimasukkan dalam perlembagaan Tanah Melayu. Sikap toleransi dan saling memahami telah
membentuk negara Malaysia yang berdaulat. Namun hari ini, masih ada segelintir ahli politik
yang mencabarkan kedudukan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan. Mereka
menyatakan bahawa mereka tidak boleh menerima istilah bangsa Malaysia sama sekali kerana
menurut mereka istilah itu menghapuskan kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi.
Barangkali kerana kurang memahami sejarah watan tanah air dan peruntukan Perlembagaan
Persekutuan, mereka sanggup mengetepikan keharmonian negara demi agenda politik sendiri.

11
Isu-isu nasional melibatkan kepentingan kaum di negara ini akan terus disuarakan oleh parti
parti politik tertentu, sebahagiannya akan menimbulkan konflik dan kontroversi berterusan
sekiranya kerajaan tidak dapat membendung hal-hal sedemikian. Ia akan membangkitkan hal-
hal dan kepentingan rakyat di negara ini dan seterusnya akan menguji perpaduan kaum.
Persoalannya, mampukah parti-parti politik dalam kerajaan terbaru bangkit membina suatu
permuafakatan lebih mantap dan menjanjikan persekitaran politik negara yang lebih baik dan
mampu menarik minat pelabur ke negara kita? Inilah yang harus difikirkan dan dijadikan
ukuran kepada anjakan paradigma politik negara pada tahun akan datang. Jika rakyat
didedahkan dengan berterusan atas segala usaha kerajaan untuk memakmurkan rakyat, sudah
pasti sokongan rakyat akan diraih dan permainan politik yang tidak membawa faedah akan
ditolak oleh semua.

Kesimpulannya, mungkin politik hari ini akan menjadi lebih matang dan rakyat negara kita
ini akan lebih peka dalam membuat keputusan dalam memilih siapa yang pada mereka layak
memimpin dan memerintah negara ini. Kita melihat sikap-sikap politik menghalalkan cara
politik dendam, marah dan politik hanya berpaksi kepentingan tertentu lantas merebak
penyelewengan, rasuah, keruntuhan integriti dan penyalahgunaan kuasa amat menakutkan.
Perbezaan fahaman politik dalam kalangan seperti etnik tidak menjadi isu yang besar sekiranya
setiap komponen dalam organiasi bangsa Malaysia yang majmuk ini sendiri saling bertoleransi
dan bekerjasama.

12
2.4 Fokus yang berlainan dalam sektor ekonomi

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan
British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat
memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar pecah dan perintah telah memisahkan
kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu
mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar bandar iaitu di kampung-kampung.
Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana
aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India
pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga
kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhalang dan menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di
mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana
dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan
jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British
itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi
didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang.
Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak
diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang
sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang
sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi
semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.

Ini telah mewujudkan perasaan curiga antara kaum dan telah mewujudkan jurang
ekonomi antara kaum serta polarisasi antara kaum. Akibat dari dasar itu masih lagi di dominasi
oleh orang Cina dan kebanyakan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan
pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial kerana mereka hanya dapat meluangkan masa
ditempat kerja dan berkomunikasi dengan rakan sekerja. Jika rakan sekerja terdiri dari kaum
sama, maka interaksi dan komunikasi mereka berada dalam lingkungan kaum yang sama. Ini
menyebabkan perasaan perkauman dan kurangnya hubungan semakin menebal.

13
Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek
ekonomi. Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang
tertentu yang di dominasi oleh kaum-kaum tertentu dan ini adalah kerana kaum yang
mendominasi itu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Diantara contoh yang
boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam bidang perniagaan yang telah di dominasi oleh
kaum Cina sejak dahalu lagi dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih mendominasi
bidang lain juga seperti bekerja dngan pasukan berunifrom (polis, askar) dan juga perguruan.
Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor perkhidmatan awam
namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee (2009) pernah menyatakan
bahawa “Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan tamadun mereka serta lebih suka
berdikari dengan menceburikan diri dalam bidang perniagaan yang menjadi darang daging
mereka”.

Di semenanjung Malaysia, Bumiputera memiliki 32.3 peratus daripada jumlah


pertubuhan perdangangan runcit, manakala kaum Cina sebnayak 60.8 pertaus dan kaum India
sebanyak 6.3 peratus. Di Sabah dan Sarawak, pemilikan Bumiputera adalah lebih rendah iaitu
17.4 peratus dan kaum Cina adalah 79.3 peratus. Bagi pertubuhan perdagangan borong,
pemilikan kaun Cina adalah jauh lebih tinggi. Di Semenanjung Malaysia, kaum Cina memiliki
85.2 peratus daripada jumlah pertubuhan perdagangan borong berbanding degan 10.2 peratus.
Bumiputera dan 2.9 peratus kaum India. Bagi Sabah dan Sarawak pula, pemilikan Cina adalah
94.5 peratus dan Bumiputera sebanyak 3.8 peratus. Kaum Melayu pula kekal di sektor
pertanian, penjawat awam manakala kaum India masih lagi di estet dan penjawat awam.

Keadaan ini telah menyebabkan ketidak seimbangan pendapatan dan wujudnya jurang
ekonomi yang besar dalam kalangan kaum. Walaupun kerajaan telah menjalankan dasar-dasar,
DEB dan RMK, kerajaan hanya mampu mengurangkan jurang ini dan bukannya
menghapuskannya. Ini menyukarkan pembentukan hubungan etnik lantaran wujudnya jurang-
jurang ini kerana tidak ada percampuran antara masyarakat yang berlainan taraf
memandangkan mereka terpisah dari dunia masing-masing. Golongan yang berpendapatan
tinggi pastilah tinggal di kawasan elit dan mewah dan sekali gus memisahkan mereka dari
golongan lain.

Di samping itu, degan wujudnya jurang ini, semua etnik berusaha untuk mengaut
keuntungan secara maksimum dari apa yang telah tersedia. Masing-masing mementingkan
14
etnik sendiri terlebih dahulu dalam mengejar kekukuhan tapak dalam sektor ekonomi. Ini dapat
dilihat dalam sektor awam sendiri. Selain itu, dalam perniagaan, etnik dan kaum sendiri
diberikan peluang dan bukannya dari etnik lain. Seperti terjadinya satu kes baru-baru ini di
mana seorang berbangsa Melayu telah berkunjung ke sebuah restoran iaitu Old Town White
Coffee untuk memohon membuka francais restoran itu. Namun maklum balas yang diterima
ialah pihak Old Town tidak memberi peluang ini untuk orang Melayu. Ini jelas menunjukkan
bahawa terdapatnya unsur mementingkan kaum sendiri dalam membuka peluang perniagaan.
Begitu juga dalam memberi peluang pekerjaan di mana kebanyakannya memilih bangsa sendiri
untuk di ambil bekerja. Ini bukan sahaja menghalang pembentukan dinamika ekonomi malah
ia juga akan mengagalkan usaha untuk mengeratkan hubungan etnik di Malaysia.

15
2.5 Cabaran memupuk integrasi dari segi sosial

Dari segi sosial juga terdapat cabaran dalam memupuk integrasi di Malaysia menjadi
pincang. Ini berlaku apabila kurangnya percampuran dan integrasi sosial antara kaum. Apabila
perkara ini berlaku, tidak akan timbul rasa kepercayaan dan kekitaan dalam diri setiap kaum
dan etnik, apabila kepercayaan ini telah hilang maka sesuatu hubungan yang baik sukar untuk
dibentuk. Kekurangan ini terhasil daripada pemisahan yang berlaku seperti dia bawah;

a) Pemisahan dari segi fizikal

Pemisahan fizikal ini berlaku pada asasnya akibat keadaan geografi yang memisahkan etnik.
Kedudukan yang jauh terpisah telah di tambh lagi oleh dasar pecah dan perintah yang
mengasingkan pemerintahan dan penempatan dimana orang melayu berada diluar bandar untuk
menjalankan kegiatan ekonomi Bertani dan ke laut. Orang India pula berada estet dan ladang
untuk bekerja manakal orang cina berada di bandar untuk melombong dan perniagaan. Untuk
menyempurnakan dasar ini, British telah menyediakan segala kelengkapan termasuk system
Pendidikan ditempat yang diasingkan ini. Akibat pemisahan ini, bukan sahaja merenggangkan
hubungan dan interaksi, tetapi juga menguatkan lagi etnosentrisme dan menimbulkan
prasangka antara kaum.

b) Masyarakat kurang kefahaman mengenai kontrak sosial

Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin
Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA, dan MIC. Kontrak
ini mewujudkan dengan tujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan majoriti dan
minority di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing. Justeru itu,
masyarakat kurang memahami kepentingan kontrak sosial terhadap memupuk hubungan
integrasi antara kaum dan kaum Cina dan India menyifatkan ia tidak relevan dan menyebabkan
mereka di negara ini ‘berkecil hati’.

16
2.6 Perpisahan pendidikan antara kaum sejak dari Sekolah Rendah

Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini
adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan
bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Mandarin
sebagai bahasa perantaraan, manakala pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan
menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa perantaraan. Sistem persekolahan yang
memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik ini kurang memainkan
peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar.
Situasi ini hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama
sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara
Malaysia.

Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan
menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah kerana mereka menganggap bahawa ianya
tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, Sekolah
Kebangsaan dan Sekolah Vernakular mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya
akan memberikan impak yang negatif kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak
pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di
sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu
hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti
Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang sepakat. Bakal pemimpin negara ini juga
mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri
daripada etnik yang berbeza.

Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini
dipandang enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang
dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat Sekolah Rendah,
Sekolah Menegah, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta Institut Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS). Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia.
Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia
tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua

17
kaum. Jika kita lihat pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang mempunyai kurang
kepercayaan untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih
memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan
struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak
mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu
perspektif yang perlu kita hormati. Walaubagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak
sedemikian. Ibu bapa yang mementingkan sifat kekitaan antara kaum di Malaysia akan
menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Rendah kerana mereka inginkan anak-anak mereka
bersatu hati dengan semua kaum supaya mendapat persefahaman dan sepakat sesama mereka.

18
3. Penutup

Secara kesimpulan, populasi di Malaysia terdiri daripada tiga masyarakat terbesar iaitu
Melayu, Cina dan India. Kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memumpuk
semangat perpaduan di dalam masyarakat dari pelbagai etnik. Antara inisiatif yang telah
diambil oleh kerajaan ialah Wawasan 2020, pelaksanaan pelan pembangunan 5 tahun, Dasar
Pelajaran Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Usaha untuk memumpuk
perhubungan etnik tidak akan dapat tercapai jika semua pihak tidak menjalankan
tanggungjawab masing-masing.

Organisasi yang bercorak perkauman dan organisasi media adalah faktor utama
kegoyahan hubungan etnik pelbagai kaum. Proses sosialisasi dan budaya politik sebegini sama
ada berlaku asuhan atau semulajadi akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam
masyarakat Malaysia. Kestabilan ekonomi dan politik merupakan satu platform untuk
megekalkan hubungan etnik di Malaysia. Orang bukan Melayu melihat keadilan politik sebagai
kesaksamaan dan kesamarataan bagi semua warganegara Malaysia, manakala orang Melayu
tidak melihat sedemikian kerana hak-hak istimewa orang-orang Melayu telah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan yang telah menjelaskan bahawa kesaksamaan dan kesamarataan
tidak wujud dalam konteks yang sebenar. Keadilan dalam konteks Malaysia ialah mengekalkan
hak-hak orang Melayu, agama Islam, Sultan Melayu dan Bahasa Melayu seperti yang telah
dipersetujui oleh semua pihak semasa kemerdekaan.

Dalam masa yang sama, Melayu moderate akan memastikan hak-hak orang bukan
Melayu yang dijanjikan akan terus kekal dan memperakui kewarganegaraan mereka, hak
mereka untuk mengundi, berniaga, mendapat pendidikan dalam bahasa ibunda masing-masing,
dan mengamalkan kepercayaan dan adat resam masing-masing. Hal ini menyebabkan, isu-isu
integrasi antara kaum amat kompleks untuk diterjemahkan. Buat masa ini kita hanya mampu
berharap untuk integrase antara kaum menjadi kenyataan. Tuntutan pada hari ini adalah
kesediaan untuk mematuhi kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama. Selagi wujud
institusi bersifat perkauman ini, selagi itulah matlamat untuk mewujudkan integrasi yang jitu
agar sukar untuk dijadikan realiti.

19
4. Rujukan
✓ https://www.researchgate.net/publication/288827698_KAJIAN_ISU_DAN_CABAR
AN_HUBUNGAN_ANTARA_PENGANUT_AGAMA_DI_MALAYSIA
(1 Mac 2020)

✓ https://ms.wikipedia.org/wiki/Agama_di_Malaysia#Hubungan_antara_agama
(3 Mac 2020)

✓ https://www.slideshare.net/biiey/cabaran-cabaran-dalam-mengeratkan-hubungan-
etnik (4 Mac 2020)

✓ https://sunsuria.wordpress.com/2016/06/14/cabaran-untuk-mencapai-perpaduan-dan-
integrasi/ (6 Mac 2020)

✓ http://integrasikaumdimalysia.blogspot.com/2016/08/integrasi-kaum-di-
malaysia_6.html (7 Mac 2020)

✓ https://www.academia.edu/4668003/CABARAN_INTEGRASI_ANTARA_KAUM_
DI_MALAYSIA_PERSPEKTIF_SEJARAH_KELUARGA_PENDIDIKAN_DAN_A
GAMA (8 Mac 2020)

20

You might also like