You are on page 1of 7

SEGMEN 1

Key No. Skrip


SO1 1 Niat enson matakaji semar ngiseng...gumgumgumgum (pelajar berdiri
sambil bergetar)
SR 2 Shyyy...! Shyyy...! Shyyy...Awas, persembahan ini tiada selingan iklan!
Sila bagi perhatian!
SR 3 Assalamualaikum W.B.T... Salam permai bumi tuhan.
SRP 4 Kawan-kawan...mahu dengar cerita tak?
SO2 5 nak...nak...nak
SR 6 Tanggal 5 November 2003, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah
mengistiharkan penubuhan IIM.
SO3 7 IIM tu apa?
SR 8 Institut Integriti Malaysia
SO4 9 Ooo...Apa fungsi IIM?
SRP 10 IIM memantau dan menyelaras pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN)
SO5 11 Pelan Integriti Nasional ?! (menggaru kepala)
SR 12 Terdapat 5 tekad dalam PIN
SRL 13 Pertama, mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna
kuasa secara berkesan.
SRP 14 Kedua, meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian
perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi.
SRL 15 Ketiga, meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan.
SRP 16 Keempat, memantapkan institusi keluarga dan komuniti.
SRP 17 Kelima, meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteran masyarakat.
SR 18 Fuhhh...! Penatnya.
SO6 19 Tapi... (gaya berfikir)
SR 20 Tapi apa?
SO7 21 Takkan nak cerita semua?
SRL 22 Ooo...fokus kepada satu, nanti kumpulan lain kupas tajuk lain. Tekad
kedua jadi pilihan. Perkhidmatan Awam perlu ditingkatkan, karenah
birokrasi harus dikurangkan!
SO8 23 Siapa di sini tahu apa itu perkhidmatan awam?
SR 24 (berpandangan antara satu sama lain)
SRP1 25 Tahukah kawan-kawan, menurut Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan,
terdapat 7 entiti yang dikategorikan sebagai pekhidmatan awam yang
berkhidmat dalam pelbagai sektor di bawah kerajaan. Antaranya sektor
pendidikan, pendaftaran, dan imigresen .
SRL 26 Jom, kita ke agensi ini!
SO9 27 Jom. Kita melawat ke sekolah dulu.
SEGMEN 2
Key No. Skrip
SO10 28 Semua bangun! Selamat pagi cikgu.
SR 29 Selamat pagi cikgu.
SO11 30 Selamat pagi murid-murid...duduk.
SO12 31 Baiklah murid-murid, sila baca apa yang cikgu tulis, seorang demi
seorang, bermula dengan Nordin bin Hanafi.
SO13 32 Cikgu suka main bola...hari-hari cikgu main bola (ulang 3 kali)
SO14 33 Cikgu suka main bola...hari-hari...cikgu...tidur! (sambil menunding jari ke
arah guru)
SR 34 O...O...masalah sudah timbul.
Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian.
SR 35 Guru mengajar, murid belajar
Guru menegur, murid mendengar
Guru tidur, murid ...hmmm?(mengangkat bahu)
SO15 36 Jom kita main...(tangan mengajak)
SR 37 (suasana bising)
SO16 38 Senyappp...! (menjerit)
SO17 39 Jika hari ini, seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini, seorang raja menaiki tahta
Jika hari ini, siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan, oleh seorang guru biasa (nada sajak)
(diiringi lagu Guru Malaysia)
SO18 40 Jadi bagaimana?
SRP 41 Guru berintegiri, menjunjung aspirasi, hidup berbudi, hemat murabbi.
SRP 42 Cantinglah kain putih ini, secantik cantingan batik,
bentuklah kuih ini, mengikut acuan yang menarik.
SRL 43 Jangan marah arhhh...
SO19 44 Semua guru memang begitu kah? Tidak berintegriti?
SR 45 Bukan...hanya segelintir tetapi kerana seekor kerbau membawa lumpur,
habis yang lain terpalik.
SO20 46 Ooo... Jom ke tempat lain!
SO21 47 UTC pulak.
SEGMEN 3
Key No. Skrip
SR 48 Pernahkah anda ke mana-mana agensi kerajaan untuk berurusan?
SO22 49 Assalamualaikum cik...mak cik ni mahu buat kad pengenalan? Kad
pengenalan mak cik hilang.
SO23 50 Hilang??? Macam mana boleh hilang? Kenapa tidak jaga betul-betul?
(nada marah)
SR 51 Adakah itu budaya kita?!
SR 52 Bila kita belajar pekerti?
Bila kita belajar sopan santun?
Bila kita belajar budi bahasa?

Hari-hari emak membebel,


Hari-hari guru menegur,
Sudah kerja, majikan marah,
Pening...pening...pening!

Hai...apa nak jadi?...apa nak jadi?...sampai sekarang masih


begini?...apa nak jadi?...(nyanyi)
SO24 53 Bangsa Malaysia berhemah tinggi,
Ramah dan mesra elok pekerti,
Yang tiada dibantu yang lemah dilindungi,
Bertimbang rasa hormat menghormati. (nada pantun)
SR 54 Budi bahasa budaya kita...(nyanyian lagu budi bahasa budaya kita)
SO25 55 Mak cik, sila duduk. Boleh saya bantu? (sambil tersenyum)
SO26 56 Terima kasih. Sila datang lagi.
SR 57 Haaa...kan manis kalau senyum! Senyum itu kan satu sedekah.
SR 58 Senyum seindah suria, yang membawa cahaya, senyumlah dari hati,
duniamu berseri.(nyanyian lagu)
SO27 59 Kawan-kawan, cuba dengar tu!
SEGMEN 4
Key No. Skrip
SO28 60 Eh, dah jam 10 pagi! Man, ayuh pergi minum!
SO29 61 Ayuh Bob, aku belanja ko hari ini!
SR 62 Tik...tok. Tik...tok. Tik...tok. (bunyi jam)
SO30 63 Siti, di mana Man dan Bob? Pelanggan dah merungut terpaksa menunggu
lama! (marah)
SO31 64 Dia pergi minum bos.
SO32 65 Apa? Dah dua jam pergi minum tak masuk pejabat lagi? Sudahlah masuk
kerja pun lambat!
SR 66 Ini masalah ponteng! Ponteng! Ponteng! Ponteng!
Waktu rehat tepat pada masa, waktu pulang tergesa-gesa tapi
waktu kerja asyik buang masa. (nada sinis)
SRP 67 Bagai melepaskan batuk di tangga.
Ada tangga tetapi memanjat tiang.
SRL 68 Bukankah kita dibayar gaji untuk bekerja?
SRP1 69 Ke mana duit itu dibelanjakan?
SRP2 70 Anak dan isteri jugak kan
SR 71 Kesian...hilang integriti, terhakis jati diri. (menggeleng kepala)
SO33 72 Ayuh, dengar cerita ini pulak! (tangan mengajak)
SR 73 (Tangan di telinga)
SO34 74 Siti, tolong buat tuntutan ini.
SO35 75 Tapi kan bos tak jadi pergi kursus, kenapa nak buat tuntutan juga?
SRP1 76 Integriti sudah lesu, hidup suka menipu, semua perkara hendak disapu,
maka dibuat tuntutan palsu.
SO36 77 Buat jelah! Banyak soal pulak! (sambil mata menjeling)
SRP2 78 Inilah manusia...Diberi berkuku hendak mencengkam.
Cuba menumbuk di periuk, bertanak di lesung.
SRL 79 Tiada jalan pintas untuk kaya tau!
SR 80 Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
SO37 81 Encik Abu bin Samad, kamu didapati bersalah kerana memalsukan
dokumen di bawah seksyen 465 kanun keseksaan dan dijatuhi hukuman
penjara 2 tahun.(nada seorang hakim)
SO38 82 Aku menyesal...(jeritan penyesalan)
SR 83 Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian sudah tidak berguna.
SRP1 84 Nasi sudah menjadi bubur.
SRP2 85 Telajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan...haaa, rasalah sendiri!
SO39 86 Kesian...(sambil geleng kepala) nak dengar cerita lagi...boleh tak?
SR 87 bolehhh...
SEGMEN 5
Key No. Skrip
SO40 88 Encik...oh encik...kenapa lama sangat ni?
SRL 89 Kenapa ni pak cik?
SO41 90 Dah lama pak cik tunggu, tadi pegawai tu cakap surat pemohonan pak cik
dah siap tapi pegawai atasan belum tandatangan.
SRP 91 Kenapa tidak telefon dulu sebelum datang?
SO42 92 Sudah tapi tidak berangkat.
SR 93 Karenah birokrasi menjadi halangan,
Urusan yang ringkas menjadi rumit,
Hal yang pendek menjadi panjang,
Perkara yang mudah menjadi payah.
SRP2 94 Bukankah pegawai yang dilantik sudah terlatih?
Mengapa kita menjadi letih?
Tidakkah cukup gaji dihulur hingga kerja perlu ditegur?
SO43 95 Karenah birokrasi bukan masalah baharu, sudah jadi duri dalam daging,
bimbang kelak menjadi barah dalam masyarakat!
SRL 96 Dasyatnya, masalah macam ini pun boleh jadi barah?
SR 97 Masa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan
Kalau dibiar kelak menjadi api dalam sekam.
SO44 98 Itulah kawan-kawan, hal yang kecil jangan diremehkan, bukan niat nak
memperbesar tapi mencegah itu lebih baik daripada mengubati.(nada
memberi peringatan)
SR 99 Apa kata kita kongsi cerita yang terakhir ini?
SO45 100 Mahu ke mana pulak?
SR 101 Ayuh, ke Jabatan Imigresen!
SEGMEN 6

Key No. Skrip

SO46 102 Tuan, saya mahu buat pastport untuk ke luar negara.
Bila boleh siap?
SO47 103 Satu minggu dik. Tapi kalau nak cepat, abang boleh tolong, cuma...(serba
salah)
SO48 104 Cuma apa abang? (reaksi pelik)
SRL 105 Agak-agak apa yang nak diminta?
SR 106 Duit? Rumah? Kereta? atau harga diri?
SR 107 Takkan makan budi tergadai diri?
SO49 108 Ha, nak kena gadai diri?! Cantik ke badan aku ni?(sambil menilik badan
sendiri)
SR 109 Eee...tak kuasalah! (reaksi menjengkelkan)
SR 110 Inilah masalah karenah birokrasi! Kalau nak membantu mesti bersyarat,
bila memberi minta dibalas.
SR 111 Kalau semua perkara macam ini, di mana Malaysia di mata dunia? Indah
khabar dari rupa. Kulitnya cantik isinya lompang. Dek kerana nila setitik
rosak susu sebelanga.
SO50 112 Hello, ni Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia? Saya mahu buat
aduan.
SR 113 Bagus!(tunjuk simbol bagus) Ambil tindakan pantas. Jangan dibiar kudis
melarat kelak diri menanggung akibat.
SEGMEN 7
Key No. Skrip
SO51 114 Kawan...oh kawan...Sudah masa kita berubah!
SR 115 Kawan...oh kawan...Sudah masa kita berubah! (rentak dikir barat)
SR 116 Kalau bukan sekarang bila lagi? Kalau bukan kita, siapa lagi?
SR 117 Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!
SR 118 Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat.
SR 119 Tingkatkan kualiti perkhidmatan awam Malaysia!
SR 120 Amalkan konsep bersih, cekap dan amanah.
SR 121 Setiap penyakit pasti ada penawarnya.
SO52 122 Apa penawarnya?
SR 123 INTEGRITI!
SR 124 Integriti pemangkin perkhidmatan awam berkualiti, pencetus revolusi,
pemacu Trasformasi 1Malaysia.
SR 125 Kawan-kawan, sungguh singkat pertemuan ini, kerna masa amat
mencemburui, kalau juara milik kami, kelak kita bertemu lagi .Aamin
(tangan sapu di muka)
SR 126 Rampo ngiseng semar tillem...gumgumgum(pelajar tunduk sambil badan
bergetar)

Petunjuk:
SO : SUARA SOLO
SR: SUARA RAMAI
SRP: SUARA RAMAI PEREMPUAN
SRL: SUARA RAMAI LELAKI

You might also like