Professional Documents
Culture Documents
Skrip Penutupan Bulan Kemerdekaan 2015
Skrip Penutupan Bulan Kemerdekaan 2015
Majlis dengan sukacitanya memohon kepada hadirin sekalian untuk sama-sama berdiri
dan menyanyikan lagu Negaraku, diikuti Lagu Wilayah Persekutuan dan Lagu Sekolah.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih dan mempersilakan hadirin sekalian untuk
duduk dan mengambil tempat masing-masing.
Yang Berbahagia, Tn. Hj. Mohamad Saadon b. Haron, Pengetua SMK Sungai Besi. Yang
Berusaha, Puan Yap Chooi Phin, Penolong Kanan Sesi Petang. Encik Loke Kai Hoong,
Guru Kanan Bidang kemanusiaan. Ketua-ketua bidang, guru-guru dan pelajar-pelajar
yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, majlis dengan rasa penuh kesyukuran dan berbesar hati mengalu-
alukan kehadiran semua ke Majlis Penutupan Bulan Patriotik SMK Sungai Besi bagi
tahun 2015. Sebagaimana yang dimaklumi, sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 58 ini
telah berlangsung dalam suasana penuh gilang gemilang. Melalui program-program
yang telah dijalankan, kita mengharapkan akan wujud kesedaran kepada generasi hari
ini dalam menghargai pengorbanan pejuang-pejuang silam dan seterusnya melahirkan
pelajar yang berkeyakinan tinggi.
Seterusnya, bagi memberkati majlis kita pada kali ini, dijemput Al Fazil Ustaz
Muhammad Rahim Che Razak untuk menyempurnakan bacaan doa.
Majlis mempersilakan.
Untuk meneruskan kelangsungan majlis pada hari ini, pihak majlis dengan segala
hormatnya menjemput Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohamad Saadon b. Haron, Pengetua
SMK Sungai Besi untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis
Penutupan Bulan Patriotik dan Kemerdekaan Smk Sungai Besi. Majlis mempersilakan.
*** Persembahan***
Terima kasih diucapkan kepada para peserta atas persembahan yang sungguh menarik
itu tadi.
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Pertandingan Peragaan selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula
Majlis dimeriahkan lagi dengan Persembahan Tarian 1 Malaysia yang dipimpin oleh Pn.
Norhafizah. Majlis mempersilakan.
*** Persembahan***
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang sungguh bertenaga itu tadi
Hadirin yang dihormati , kini, tibalah masanya acara kemuncak majlis pada petang ini
iaitu Penyampaian Hadiah. Sehubungan itu, pihak majlis mempersilakan
_____________________________ untuk mengiringi _______________________ bagi
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
7. Pertandingan Futsal
Tempat kelima :__________________________________________________________
Tempat keempat :__________________________________________________________
Tempat ketiga :__________________________________________________________
NAIB JOHAN :__________________________________________________________
JOHAN :__________________________________________________________
***Persembahan***
Dengan ini, pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis penutupan bulan Patriotik dan
Kemerdekaan pada petang ini.