You are on page 1of 4

(YBB 2216)

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU BUDU,


95400 SARATOK.
Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil1/2020

Tarikh :16 JANUARI 2020


Masa :1430PM
Tempat : PERPUSTAKAAN SK ULU BUDU

HADIR

1. ENCIK LOLA BIN HJ. JULAI


2. ENCIK ENPUNGAN ANAK LUNCHAT
3. ENCIK CLEMENT ANAK DATU
4. ENCIK AHMAD DURRANI BIN JAMALI
5. ENCIK MELATI BIN TAIBEN
6. PUAN DONNILA ANAK ANYAI
7. PUAN JEANICA MAY ANAK KUYAH
8. CIK NURFASIHA BINTI YA@ ISMAIL

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Alu-Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan ucapan salam dan


merakamkan ucapan jutaan terima kasih kerana kesudian ahli-ahli Panitia
Matematik yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat Panitia kali
pertama.
1.2 Pengerusi juga berharap agar semua ahli panitia dapat memberi kerjasama
kepada beliau memandangkan beliau baru menjawat jawatan sebagai Ketua
Panitai bagi Tahun 2020 ini. Dengan berharap dapat meningkatkan kualiti
pencapaian mata pelajaran Matematik di sekolah untuk Tahun 2020 ini.

2. Penubuhan AJK Baru

2.1 Pengerusi membentangkan penubuhan Ahli Jawatankuasa Baru bagi Panitia


Matematik untuk Tahun 2020.
2.2 Beliau menerangkan penubuhan AJK baru ini dibuat kerana berlakunya
pertukaran guru yang mengajar mata pelajaran Matematik bagi tahun 2020.
2.3 Beliau berharap dengan adanya tenaga baharu yang membantu dalam
pengajaran mata pelajaran Matematik akan dapat meningkatkan lagi markah
pencapaian Matematik dalam UPSR nanti.
Tindakan : Semua guru Matematik
3. Rancangan Tahunan Dan Borang Biodata Guru

3.1 Pengerusi meminta guru-guru menyediakan rancangan tahunan mengikut


tahun yang diajar dan berkongsi dengan guru-guru yang lain.

3.2 Guru-guru juga diminta supaya melengkapkan boring biodata diri dan
menghantarnya kepada setiusaha sebelum 29/1/2020 supaya dapat
dimasukkan ke dalam fail panitia.

Tindakan : Semua guru Matematik

4. Melaksanakan Program Pemantauan Kurikulum Berkualiti.

4.1 Semua guru Matematik dikehendaki menghantar Buku Rekod Pengajaran


dan Pembelajaran dan RPH kepada Guru Kanan masing-masing mengikut
ketetapan tarikh dan waktu yang telah ditetapkan pada setiap minggu.

4.2 Dalam masa yang sama semua guru Matematik diminta merujuk jadual
pencerapan dan penyeliaan yang telah diberikan serta berhubung dengan
pencerap-pencerap lebih awal dan membuat persediaan yang sepatutnya.

Tindakan : Semua guru Matematik

5. Perancangan Awal Tahun dan DSKP

5.1 Ketua Panitia menerangkan perancangan-perancangan yang perlu dilakukan


pada awal tahun sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.

5.2 Guru-guru Matematik telah diagihkan tugas untuk memuat turun DSKP
mengikut tahun-tahun yang tetapkan dan menyimpan dalam bentuk CD dan
dimuat naik dalam RPH masing-masing
Tindakan : Semua guru Matematik

6. Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun

6.1 Guru-guru telah ditugaskan untuk menyediakan kertas soalan bagi PPT dan
PAT mengikut tahun yang ditetapkan.

Tindakan : Semua guru Matematik

7. Perancangan Program UPSR

7.1 Kelas tambahan pada sebelah petang berjalan seperti biasa mengikut jadual
yang ditetapkan, di mana setaiap guru akan dibahagi kepada kumpulan
mengikut mata pelajaran yang diajar dan dibantu oleh guru yang lain.

7.2 Kelas malam akan dilaksanakan agar murid dpat membuat kerja dengan
berkesan. Selain itu murid boleh membuat kerja dalam kumpulan.
Tindakan : Warden
7.3 Mengadakan kelas intenship. Semua guru yang mengajar Tahun 6 terlibat.

Tindakan : Cikgu Empungan

8. Perancangan Program Panitia

BIL PROGRAM YANG DIRANCANG TARIKH PELAKSANAAN


1. Mesyuarat Panitia Mesyuarat 1: 16 Januari 2020
Mesyuarat 2: 31 Mac 2020
Mesyuarat 3: 13 Mei 2020
Mesyuarat 4: 22 September
2020
2. Bijak Sifir(Tahun 1-6) Februari – November
3. Kuiz Matematik(Tahap 2) April
4. Explorasi Matematik(Tahap 2) Julai, Ogos, September
5. Minggu Matematik (Tahun 1- 6) Mei
6. Kira Dan Warna (Tahap 1) Ogos
7. Bengkel teknik menjawab soalan UPSR Julai, Ogos
Matematik
8. Post Mortem AR Mac, Mei, Julai, September,
November
9. Penyemakan buku latihan (Setiap darjah) April, June, Ogos, September

Tindakan : Semua guru Matematik

9. Hal-hal Lain

9.1 Cik Nurfasiha mencadangkan agar Penyemakan buku latihan setiap darjah
dijalankan 2 kali setiap bulan.
9.2 Buku tambahan perlu seragam dan seboleh-bolehnya dibeli oleh guru mata
pelajaran.
9.3 Minta jasa baik semua guru MATEMATIK untuk menjayakan Program
Tahunan Panitia dengan jayanya.
Tindakan : Semua guru Matematik

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1600 petang.


Disediakan Oleh:  Disemak oleh:

............................. ...............................
(DONNILA AK ANYAI) (JEANICA MAY AK KUYAH)
SetIausaha Panitia MATEMATIK  Ketua Panitia MATEMATIK

SK Ulu Budu SK Ulu Budu

You might also like