You are on page 1of 2

Pemasaran Emel Dengan Autoresponder

Salah satu alat terbaik yang anda boleh miliki untuk kempen pemasaran emel adalah
autoresponder. Terdapat banyak faedah yang anda boleh dapat melalui sistem begini,
tetapi perkara terbaik ialah autoresponder akan menguruskan kempen pemasaran anda
sepanjang masa tanpa kegagalan, yang juga bermaksud anda sebagus jurujual 24-jam
untuk mempromosikan kempen pemasaran online anda. Pernahkah anda lihat surat
jualan yang memberitahu anda bahawa mereka akan menjawab pertanyaan anda
walaupun pukul 2 pagi? Jangan menganggap bahawa mereka terus berjaga sepanjang
masa mengawasi peti surat mereka. Tetapi sebenarnya mereka menggunakan
autoresponder yang menghantar respon automatik ke sistem pertanyaan, dengan
segera.

Kepada orang yang menerima, ini benar-benar ciri yang hebat. Mereka tidak perlu
menunggu, mereka mendapat semua jawapan dengan segera. Semasa anda merancang
untuk mengautomasikan tugas sebanyak mungkin demi menjimatkan masa untuk tugas
penting yang lain, anda memang tidak boleh abaikan autoresponder.

Mari kita lihat beberapa faedah yang anda dapat dengan autoresponder:-

Ia Membina Squeeze Page

Inilah satu faedah terbaik. Pada squeeze page, anda memerlukan butang yang pelawat
perlu isi dengan nama dan emel mereka. Autoresponder ada kod lazim yang anda boleh
guna pada laman web anda yang mana menghasilkan borang-borang ini. Bukan itu saja,
ia boleh merekodkan maklumat yang pelawat anda letakkan dan menyimpannya dengan
selamat untuk komunikasi kemudian hari.

Ia Menghantar Jawapan Segera

Sebaik saja alamat emel diterima, autoresponder akan hantarkan mereka jawapan
segera, yang mana secara automatik. Anda boleh tetapkan jawapan ini pada bila-bila
masa supaya jawapan yang anda buat itu akan menuju ke orang-orang ini. Kata-kata
ialah tugas anda, servis ialah tugas autoresponder.
Ia Meneruskan Kempen Pemasaran Emel Anda
Apabila anda hendak menghantar emel promosi selanjutnya kepada semua lead ini,
anda tidak perlu mengisi semua alamat mereka secara manual. Autoresponder yang
telah menyimpan maklumat mereka akan menghantar emel-emel ini kepada semua
orang yang berada dalam senarai itu dengan segera.

Ia Mengesan Jawapan

Sebarang jenis respon yang emel ini terima akan direkodkan oleh autoresponder dan
akan dilaporkan kepada anda. Anda tidak perlu mengesannya langsung. Hakikatnya,
anda boleh mengautomasikan jawapan kepada mereka melalui autoresponder-
autoresponder ini.

Perkara terbaik ialah tanggapan. Lead anda akan mengetahui betapa tekunnya anda
tentang seluruh perkara ini. Mereka akan rasa gembira membuat bisnes dengan anda
kerana ketepatan servis yang anda pamerkan melalui autoresponder yang hebat ini.

You might also like