You are on page 1of 8

TUGASAN 1: LAPORAN TEMUBUAL

Profesion merupakan satu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan,


kemahiran dan latihan yang tinggi [ CITATION Kam05 \l 1033 ]. Manakal guru pula merujuk kepada
orang yg kerjanya mengajar; pengajar, pendidik [CITATION Kam101 \l 1033 ]. Guru merupakan
golongan profesional yang mengalas tanggungjawab untuk mendidik, membimbing, melatih dan
mengasuh peserta pendidikan (murid) sama ada di peringkat pendidikan awal kanak-kanak,
sekolah rendah, sekolah menengah dan di peringkat pengajian tinggi. Di Malaysia, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah berhempas-pulas berusaha untuk menjadikan profesion
perguruan ini sebagai satu profesion yang disegani oleh masyarakat.

Pada 12 Mac 2019 yang lalu, saya telah menemui dan menemubual seorang guru yang
bernama Muhammad Nur Ikhwan Bin Naridan yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan
Seksyen 2 Bandar Kinrara terletak di daerah Puchong, Selangor Darul Ehsan. Cikgu Ikhwan
merupakan bekas siswa pendidik pengkhususan Pendidikan Agama Islam (SK) di Institut
Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI). Cikgu Ikhwan sudah menghampiri tiga
tahun perkhidmatannya sebagai seorang guru di sekolah rendah berkenaan. Tujuan saya
memilih Cikgu Ikhwan untuk ditemubual adalah kerana kami sudah saling kenal dan pernah
bekerjasama selama dua minggu semasa menjalani Misi Sukarelawan Siswa di Laos pada
tahun 2015 yang lalu. Oleh kerana itu, saya menjangkakan sesi temubual ini akan menjadi lebih
santai dan tidak kekok. Sesi temubual yang dijalankan telah berlangsung lebih kurang tiga
puluh minit dengan merangkumi tujuh buah soalan yang dilontarkan kepada Cikgu Ikhwan.

Soalan pertama yang dilontarkan kepada Cikgu Ikhwan ialah mengenai latar belakang
beliau. Cikgu Ikhwan berusia 26 tahun dan belum berkahwin. Beliau berasal dari negeri Indera
Kayangan iaitu Perlis. Cikgu Ikhwan merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik.
Ibu dan bapa Cikgu Ikhwan juga berkhidmat sebagai guru. Berdasarkan soalan pertama ini,
saya mendapati bahawa Cikgu Ikhwan sememangnya telah dibesarkan dalam persekitaran
pendidikan oleh kerana kedua orang tuanya juga merupakan guru sekolah rendah. Dibesarkan
di dalam keluarga pendidik menjadikan Cikgu Ikhwan lebih memahami profesion perguruan
meskipun beliau baru sahaja memasuki tahun ketiga berkhidmat. Oleh kerana itu, tidak
hairanlah beliau pernah dianugerahkan Anugerah Guru Harapan kerana usahanya dalam
memantapkan dan memperluaskan VLE Frog di sekolahnya. Pencapaian yang dicapai oleh
Cikgu Ikhwan ini dapat saya mewar-warkan pendapat Abd Karim Alias (2012) yang
menyenaraikan lima atribut yang menyumbang kepada kecemerlangan seseorang guru. Salah
satunya ialah keghairahan dan semangat.

1
Kemudian, soalan kedua ialah mengenai pengalaman beliau sepanjang berkhidmat
sebagai seorang guru. Cikgu Ikhwan menyatakan bahawa pengalaman beliau adalah dari
aspek pengurusan murid dan ibu bapa. Cikgu Ikhwan merupakan guru kelas Tahun Satu.
Beliau pernah berada di dalam situasi di mana terdapat murid yang membuang air besar. Cikgu
Ikhwan juga menyatakan bahawa berurusan dengan ibu bapa juga merupakan pengalaman
yang mencabar. Tambahan pula, beliau perlu berurusan dengan ibu bapa yang berkerjaya di
bandar besar. Pengalaman berurusan dengan ibu bapa dan komuniti sedikit sebanyak dapat
meningkatkan lagi profesionalisme Cikgu Ikhwan sebagai seorang guru. Cikgu Ikhwan turut
menegaskan bahawa cabaran isu pendidikan seperti dasar pendidikan negara yang sering
berubah. Walaubagaimanapun, beliau mengakui bahawa perubahan dasar pendidikan negara
tersebut adalah untuk memenuhi keperluan dan kemenjadian murid. Sebagai seorang guru, kita
haruslah sentiasa mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menerima dasar-dasar
pendidikan yang akan datang.

Selain daripada itu, saya juga menanyakan pada Cikgu Ikhwan apakah jawatan yang
disandang di dalam sekolah dan di luar sekolah. Cikgu Ikhwan menjawat pelbagai jawatan di
sekolah, antaranya ialah; guru penasihat untuk VLE Frog dan ICT dan ketua penyelaras Kelab
Hoki. Di luar sekolah pula, Cikgu Ikhwan menjadi penasihat dalam pembangunan belia dalam
persatuan NGO yang dimasukinya. Setiap kali cuti sekolah, Cikgu Ikhwan sememangnya akan
sentiasa melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti sekolah dan aktiviti bersama NGO. Bagi beliau,
penglibatannya itu menambahkan pengalaman beliau sebagai guru selain daripada mengajar di
sekolah. Meskipun menjawat jawatan yang banyak, Cikgu Ikhwan tetap setia menjalankan
tugasnya sebagai seorang guru seperti menyediakan Rancangan Mengajar Harian (RPH),
membina bahan bantu mengajar, membuat pentaksiran murid dan sebagainya. Kepemimpinan
jenis ketagih [ CITATION Won18 \l 1033 ] oleh Cikgu Ikhwan adalah berkait rapat dengan konsep
sekolah berkesan dan kemajuan sekolah. Ia tergolong dalam jenis kepimpinan demokratik dan
praticipative (ambil bahagian). Guru dan kepimpinan merupakan satu konsep yang tidak boleh
dipisahkan kerana menjadi seorang guru memerlukan ciri pemimpin. Tindakan seperti
menpengaruhi, mengarah, memberi inspirasi adalah merupakan sebahagian daripada peranan
guru yang mempunyai ciri pemimpin.

Natijahnya, saya melihat Cikgu Ikhwan sedang berusaha untuk menjadikan dirinya guru
yang berkualiti sebagaimana yang telah digariskan dalam Standard Guru Malaysia (SGM) iaitu
kompetensi profesional [ CITATION Kem09 \l 1033 ]. Cikgu Ikhwan hampir memenuhi tiga domain
utama iaitu domain diri; di mana beliau melakukan kerjanya dengan ikhlas dan amanah,

2
mempunyai daya saing yang tinggi, tahan lasak, aktif dan efisien. Domain profesion pula boleh
dilihat melalui kesungguhan beliau dalam meningkatkan diri melalui ilmu pengetahuan dan
pengalaman dan amalan kerja berpasukan yang proaktif. Akhir sekali ialah domain sosial iaitu
Cikgu Ikhwan juga bertindak sebagai seorang agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam
masyarakat. Justeru dengan itu, kualiti pendidikan Malaysia adalah bergantung pada
kompetensi para guru dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka dalam
memastikan kualiti pendidikan dan kemenjadian murid berada pada tahap yang cemerlang.

3
TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK

i. Menilai peringkat-peringkat perkembangan yang dilalui oleh guru yang ditemubual

Teori Trotter (1986) mempunyai lima peringkat perkembangan untuk seseorang guru
menjadi pakar dalam bidang yang dieburi. Lima peringkat yang dimaksudkan ialah peringkat
novis, peringkat novis lanjutan, peringkat cekap, peringkat mahir dan peringkat pakar. Bermula
dengan peringkat pertama iaitu novis dan diakhiri dengan peringkat terakhir iaitu peringkat
pakar mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 tahun. Berdasarkan hasil temu bual yang
dijalankan, saya mendapati bahawa Cikgu Ikhwan berada di peringkat cekap meskipun beliau
baru sahaja memasuki tahun ketiga berkhidmat sebagai guru di sekolah. Hal ini kerana, Cikgu
Ikhwan sebelum ini merupakan siswa pendidik di Institut Pendidikan Guru (IPG). Siswa pendidik
IPG merupakan guru pra-perkhidmatan yang melalui program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Latihan perguruan yang Cikgu Ikhwan jalani seperti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS),
enam bulan tempoh praktikum dan program internship selama satu bulan di sekolah telah
melonjakkan dirinya untuk berada di peringkat cekap apabila menjadi guru permulaan di
sekolah [ CITATION Won18 \l 1033 ]. Hal ini turut dijelaskan oleh Trotter (1986) yang mengatakan
bahawa guru memerlukan pengalaman bertahun-tahun untuk beranjak dari satu peringkat ke
satu peringkat.

Cikgu Ikhwan telah melalui peringkat novis ketika keberadaan beliau sebagai siswa
pendidik di IPG. Pada peringkat ini, Cikgu Ikhwan telah mempelajari dan berusaha untuk
membentuk satu pandangan menyeluruh dalam mengamati pengertian menjadi seorang guru.
Beliau telah diperkenalkan dengan satu bentuk konseptual mengenai tugas-tugas seorang guru
yang profesional melalui kursus-kursus yang ditawarkan di IPG seperti kursus Asas Pendidikan,
kursus Murid dan Pembelajaran, Falsafah dalam Pendidikan dan sebagainya. Kursus-kursus ini
merupakan kursus wajib diambil oleh setiap siswa pendidik IPG sebagai pengenalan kepada
aspek psikologi dan perkembangan kanak-kanak, falsafah pendidikan dan sejarah pendidikan
negara [ CITATION Won18 \l 1033 ]. Di samping itu juga, menjadi anak kepada ibu bapa yang juga
berkhidmat sebagai guru di sekolah, ia sedikit sebanyak telah membekalkan pengalaman
kepada Cikgu Ikhwan sendiri. Beliau sudah melihat tahap profesionalisme ibu bapanya dalam
menceburi bidang pendidikan. Ia sekaligus menjadi satu bentuk pengetahuan yang tidak
langsung buat Cikgu Ikhwan dalam peringkat novis ini.

Seterusnya, semasa di IPG, Cikgu Ikhwan telah melalui fasa PBS, praktikum dan
internship di sekolah mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Melalui proses ini, Cikgu

4
Ikhwan diberi peluang untuk mengumpul dan menambah pengetahuan serta memberi
pengalaman kepadanya mengenai pengertian menjadi seorang guru. Peringkat ini dinamakan
sebagai peringkat novis lanjutan. Pengalaman untuk berada di dalam sekolah melalui
program PBS, praktikum dan internship ini telah memberi pendedahan kepada beliau mengenai
situasi sebenar di sekolah. Pada peringkat ini juga Cikgu Ikhwan akan mengaplikasikan teori-
teori pembelajaran yang telah dipelajari semasa di IPG. Perkembangan peringkat novis lanjutan
ke peringkat cekap akan dilakukan melalui program pementoran dan pencerapan klinikal.
Semasa praktikum dan program internship dijalankan, setiap siswa pendidik mempunyai
seorang mentor dan penyelia yang akan membantu guru novis lanjutan ini membina keyakinan
diri dan meningkatkan kemahiran mengajar. Saya turut difahamkan bahawa Cikgu Ikhwan
merupakan ahli kelab Skuad Didik ketika di IPG dahulu. Beliau juga mempunyai pengalaman
mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di Ban Na Primary School ketika menjalani Misi
Sukarelawan Siswa di Laos pada tahun 2015 yang lalu. Saya membuat kesimpulan bahawa
pada peringkat novis lanjutan ini, Cikgu Ikhwan sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan
profesionalisme perguruan melalui bidang yang diceburi.

Peringkat terkini oleh Cikgu Ikhwan mengikut Teori Trotter (1986) ialah peringkat
cekap. Cikgu Ikhwan sudah memiliki kelayakan ikhtisas (Ijazah Sarjana Muda Perguruan) yang
diperolehi di IPG. Untuk menjadi guru yang bertauliah, peringkat cekap ini merupakan peringkat
minimum. Cikgu Ikhwan sudah mula mengenali prinsip-prinsip dan konsep pembelajaran dalam
pelbagai situasi. Guru cekap akan sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab terhadap
kemenjadian muridnya. Saya melihat Cikgu Ikhwan sangat kompeten dan sentiasa
bersemangat dalam memastikan kualiti murid dan kemajuan sekolah dipertingkatkan. Hal ini
dibuktikan melalui usaha beliau dalam memperluaskan penggunaan VLE Frog di peringkat
sekolah. Cikgu Ikhwan juga telah melatih murid-murid hoki sehingga dapat mewakili
sekolahnya. Lebih mengagumkan lagi, pada perkhidmatannya yang baru memasuki tahun
ketiga ini, Cikgu Ikhwan telah dianugerahkan Guru Harapan Sekolah.

ii. Pelan pembangunan diri dan kerjaya menuju peringkat pakar

Keberadaan saya dalam semester akhir di IPG ini telah mendorong saya untuk
menyediakan satu pelan pembangunan diri dan kerjaya untuk menuju ke peringkat pakar.
Pertama sekali, sejurus sahaja saya tamat pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) dan memperolehi kelayakan ikhtisas, saya akan menyiapkan diri dari segi mental dan
fizikal untuk menghadapi temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Sekiranya
saya lulus temu duga SPP, saya akan dilantik menjadi seorang Pegawai Perkhidmatan

5
Pendidikan (PPP) dengan gred DG41 dan akan ditempatkan di sekolah yang ditetapkan oleh
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pengajian saya selama lima tahun di IPG
dengan melalui pelbagai kursus pendidikan dan pengalaman di sekolah telah membantu saya
melalui peringkat novis dan peringkat novis lanjutan. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru
permulaan di sekolah kelak, saya akan memasuki peringkat cekap menurut Teori Trotter
(1986).

Untuk berada di peringkat cekap, saya perlu meningkatkan diri dengan amalan
membuat refleksi untuk menilai sejauh manakah keberkesanan PdPc saya. Saya harus
bertindak dengan cekap dan efisien dalam menyediakan perancangan sendiri untuk
menghadapi pelbagai situasi yang mendatang. Guru yang cekap dan beraspirasi juga akan
menggunakan pelbagai strategi pengajaran untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan
sesuatu PdPc. Saya juga perlu memastikan strategi dan teknik pengajaran yang dirancang
adalah bersesuaian dengan keperluan murid. Saya wajib mengambil kira perbezaan individu
yang wujud dalam setiap murid. Kemenjadian murid yang berkualiti dari pelbagai aspek adalah
bersahutan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara”

[ CITATION Kem \l 1033 ]

Kemudian, selepas sepuluh tahun berada di dalam dunia pendidikan, saya sebagai PPP
akan memasuki peringkat mahir. Peringkat mahir bermaksud guru yang sudah dapat mengenal
pasti elemen-elemen penting dalam sesuatu tugas [ CITATION Won18 \l 1033 ]. Saya harus
mempunyai kemampuan untuk mencerakin dan menganalisis persekitaran pembelajaran yang
kreatif dan tersendiri. Saya seharusnya sudah dapat mempamerkan gaya pembelajaran yang
tersendiri dan spontan dalam membuat keputusan. Menjadi guru mahir juga mendorong saya
untuk mempunyai kemahiran membimbing dan menjadi mentor kepada guru novis dan novis
lanjutan. Pada peringkat mahir, saya akan berkongsi idea, pengalaman dan pengetahuan saya
kepada masyarakat.

6
Akhir sekali ialah peringkat pakar. Peringkat pakar merupakan peringkat yang tertinggi
mengikut Teori Perkembangan Guru oleh Trotter. Guru pakar ialah guru yang mempunyai
kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam PdPc.
Saya harus menyerlahkan diri secara profesionalisme melalui luahan idea dan kemahiran yang
boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah. Pada peringkat mahir ini juga, saya akan
dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang profesional. Pada peringkat
ini, saya mengharapkan saya akan menjadi seorang pakar dalam bidang pengkhususan saya
iaitu Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Saya perlu memastikan sahsiah saya sentiasa terpuji,
mempunyai keterampilan diri yang menarik kerana pada waktu ini saya akan menjadi pakar
rujuk oleh masyarakat di luar sana. Saya juga harus berupaya untuk menjana idea baru dalam
bidang pengkhususan yang diceburi dan berkongsi idea tersebut untuk meningkatkan mutu
pendidikan negara [ CITATION Nor17 \l 1033 ].

7
RUJUKAN

Abd Karim Alias. (2012). The Quest for Excellence in Teaching. Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.

Kamus Dewan dan Pustaka. (2005). Kamus Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Kamus Dewan dan Pustaka. (2010). Kamus Bahasa Melayu. Retrieved from Dewan Bahasa
dan Pustaka: http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=guru

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Standard Guru Malaysia. Retrieved from


Kementerian Pendidikan Malaysia: http://www.moe.gov.my/sgm/index.php

Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d.). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Retrieved from


Jabatan Pendidikan Negeri Selangor:
http://jpnselangor.moe.gov.my/jpns/index.php/korporat/ibu-pejabat/falsafah-pendidikan-
kebangsaan

Nordin Tahir. (2017). EDU3108 - Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru.
Retrieved from Doc Player: https://docplayer.net/30738075-Edu-3108-asas-
kepemimpinan-dan-perkembangan-profesional-guru-nordin-tahir-jip-ipg-kampus-
ipoh.html

Trotter R. (1986). The Mystery of Mastery. Psycology Today, 32-38.

Wong Kiet Wah. (2018). Asas Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru. Kuala
Lumpur: Oxford Fajar.

You might also like