You are on page 1of 2

KEPENTINGAN HUTAN

Sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi bahawa hutan merupakan khazanah alam yang amat tinggi
nilainya.Hutan mendatangkan pelbagai impak yang positif kepada masyarakat dan negara.Tanpa hutan kita tidak
akan dapat menikmati keindahan panorama yang dapat kita nikmati pada waktu ini.Macapada,hutan semakin
terancam sebagai akibat ketamakan dan kerakusan masyarakat pada zaman ini.Mereka hanya melakukan sesuatu
tindakan berlandaskan hawa nafsu bukannya berlandaskan fikiran sedangkan mereka mengetahui kesan tindakan
mereka terhadap generasi pada masa hadapan.Oleh sebab itu,semua pihak haruslah berganding bahu bagi
memastikan hutan terpelihara kerana hutan memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara.

Antara kepentingan hutan kepada masyarakat ialah merupakan kawasan tadahan.Hutan merupakan sumber air
dominan yang kita gunakan dalam rutin harian.Sekiranya hutan semakin pupus,cuba kita bayangkan bagaimana
kehidupan kita tanpa air.Sememangnya kita sedar bahawa kita tidak boleh hidup tanpa air walaupun sehari kerana
kegiatan rutin harian kita sentiasa menggunakan air seperti membasuh kereta,mencuci pinggan ,mandi dan juga
menampung keperluan asas bagi manusia.Kegiatan pembalakan haram semakin berleluasa pada hari ini dan
menyebabkan hutan di negara semakin terancam.Hal ini akan menyebabkan kita kehilangan kawasan tadahan hujan
sekali gus kita akan kehilangan sumber air yang berkualiti.Oleh itu,sebagai masyarakat yang bertanggungjawab,kita
hendaklah mengambil berat terhadap kegiatan pembalakan haram yang mengancam kepentingan hutan.

Selain itu,hutan juga dapat menstabilkan peratus oksigen di permukaan bumi.Hali ini kerana hanya hutan
sahaja yang boleh menjalankan proses fotosintesis.Proses fotosintesis amat penting dalam kehidupan masyarakat
dalam memastikan purata suhu di negara kita tidak meningkat kerana kesan rumah hijau boleh mendatangkan impak
negatif kepada masyarakat.Sekiranya hutan ditebang,bilangan tumbuhan hijau akan berkurangan dan menyebabkan
peratus karbon dioksida bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Natijahnya,kita akan mengalami El-Nini
sedangkan kedudukan negara kita terletak di garisan khatulistiwa.Secara faktanya,negara kita mengalami iklim yang
panas dan lembap sepanjang tahun tetapi kenapa kita ingin negara kita mengalami kemarau yang berpanjangan.Oleh
yang demikian masyarakat yang bersikap materialistik hendaklah mengikis sikap tamak dalam sanubari mereka itu
kerana anjakan paradigma.

Seterusnya,hutan juga merupakan habitat bgi flora dan fauna yang juga merupakan sumber makanan
kita.Hutan merupakan satu-satunya habitat bagi flora dan fauna.Sekiranya hutan pupus di manakanh binatang-
binatang liar tersebut dapat tinggal selain hutan?Di samping itu,hutan merupakan sumber makanan bagi binatang liar
tersebut yang tergolong daripada kategori 'herbivore'.Sekiranya mereka kehilangan sumber makanan kita juga akan
kehilangan sumber makanan kerana sumber protein kita ialah daging binatang-binatang yang terdapat di dalam
hutan.

Di samping itu juga hutan merupakan penampan hakisan semasa hujan menyirami bumi.Jika hutan
ditebang,tanih akan menjadi gondol dan matahari yang panas terik akan menyebabkan tanih menjadi kering-
kontang.Hali ini akan menyebabkan hakisan tanih mudah berlaku.Oleh itu,hutan boleh mengelakkan kejadian tanah
runtuh daripada berlaku kerana akar-akar tumbuhan dapat mengikat tanih daripada mudah longgar yang akan
menyebabkan tanah runtuh sekali gus banjir lumpur.

Akhir sekali,sektor pelancongan yang dapat menjan ekonomi negara juga merupakan peranan hutan.Hal ini
kerana pihak kerajaan telah menubuhkan kawasan eko-pelancongan yang dapat memlihar kepupusan flora dan fauna
seperti Taman Negara Bako di Sarawak dan Taman Negara Kinabalu.Kawasan-kawasan hutan ini merupakan
kawasan yang diharamkan kegiatan pembalakan dijalankan.Sememangnya tindakan pihak kerajaan yang drastik ini
telah menyelamatkan hutan di negara daripada pupus.Di samping itu juga hutan dapat menjana ekonomi negara
melalui kegiatan eksport kayu-kayu belian yang berharga yang mendapat pasaran yang tinggi di persada
antarabangsa.Sehubungan itu,hutan telah membantu negara meningkatkan pembangunan negara ke arah kemajuan
supaya negara dapat berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara-negara lain.
Konklusinya,semua pihak hendaklah menggembleng tenaga dalam memastikan pemeliharaan dan
pemuliharaan hutan.Hargailah hutan kerana hutan merupakn khazanah yang amat bernilai.Oleh sebab itu,kita
mestilah bersyukur kerana dilahirkan di sebuah negara yang dikeliling dengan hutan-hutan yang malar hijau.Marilah
kita bersama-sama memelihara dan memulihara hutan di negara ini sebelum terlambat kerana sesal dahulu
pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya lagi.

You might also like