You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS

KALI 1 / 2020
SK KUALA KEPIS

Tarikh : 30 Disember 2019


Hari : Isnin
Masa : 2.00 – 3.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Kuala Kepis

AGENDA MESYUARAT
1.0 Perutusan pengerusi
2.0 Pembentangan minit mesyuarat lalu
3.0 Perkara berbangkit
4.0 Perkara yang dibincangkan
4.1 Perancangan .panitia
4.2 Rancangan dan aktiviti
4.3 Sesi ilmu
4.4 Perancangan strategik
5.0 Hal-hal lain
6.0 Ucapan penangguhan

KEHADIRAN
Pn Sabiha Bt Atan GPK Kurikulum
En Irwan bin Nazarudin
En Shahril Shafiq bin Sulaiman
En Mohd Khairul Azwai bin Ab Hana
Pn Nurul Nazifah bt Mansor Ketua Panitia
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru
Bahasa Inggeris pada mesyuarat kali pertama ini.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas
kerjasama sepanjang tahun 2019.
1.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua di atas kejayaan
keputusan mata pelajaran Bahasa Inggeris di dalam UPSR yang lepas.
Namun usaha perlu diteruskan untuk peningkatan pencapaian pada tahun
ini.
Tindakan : Makluman

2.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Minit mesyuarat Bahasa Inggeris Bil 3/2019 dibentangkan dan disahkan
sebulat suara tanpa pindaan.

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 English Corner masih belum dikemaskini dan digunakan sepenuhnya di
hadapan Bilik Komputer.

4.0 PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 PERANCANGAN PANITIA

4.1.1 SUKATAN PELAJARAN RPT DAN RPH


4.1.1.1 Penulisan RPH menggunakan buku rekod mengajar.
4.1.1.2 RPH perlu disediakan setiap hari.
4.1.1.3 RPT perlu disediakan dan dikumpulkan dalam bentuk
binding tape. Dokumen Standard perlu disediakan.
4.1.1.4 Salinan DSKP & RPT perlu dikemaskini dalam fail
panitia.
4.1.1.5 Setiap guru perlu ada DSKP & RPT bagi setiap kelas
yang diajar.
Tindakan : Semua Guru
4.1.2 BUKU RUJUKAN, BUKU KERJA
4.1.2.1 Untuk Tahun 3 dan Tahun 4 buku kerja ada
disediakan (tetapi tidak diberi kepada murid). Guru
diminta membuat salinan fotostat dan beri kepada
murid sebagai lembaran kerja.
4.1.2.2 Latihan perlu diberikan mengikut jumlah yang sesuai.
4.1.2.3 Buku latihan perlu disemak dan ditanda secara
berkala.
Tindakan : Semua guru
4.1.3 BBM DAN ABM
4.1.3.1 Bahan bantu mengajar Bahasa Inggeris ada
diletakkan di dalam rak di Bilik Guru. Guru boleh
mendapatlan juga BBM secara online (flaschcard) dan
melayari Blog guru-guru Bahasa Inggeris.
4.1.3.2 Status kewangan panatia Bahasa Inggeris berbaki
untuk Tahun 2020 adalah sebanyak RM 901.50.
4.1.3.3 Anggaran Belanja Mengurus (ABM) perlu disediakan
untuk penggunaan peruntukan yang ada.
Tindakan : Semua guru
4.1.4 PENCERAPAN PdPC
4.1.4.1 Pencerapan akan dijalankan tiga kali setahun oleh
pentadbir. Guru diminta sentiasa bersedia.
4.1.4.2 Penggunaan ICT dan Pembelajaran Abad Ke-21
(PAK 21) amatlah digalakkan.
Tindakan : Semua Guru

4.1.5 PENILAIAN, PEPERIKSAAN DAN PBS


4.1.5.1 Semua guru perlu melaksanakan PBS di dalam kelas.
Perekodan perlu dibuat di dalam Borang Perekodan
yang telah disediakan dan akan dikumpulkan untuk
disimpan di dalam fail.
4.1.5.2 Guru perlu menyediakan rekod transit sebelum
memasukkan data ke dalam sistem. Rekod transit
perlu disimpan oleh guru untuk tujuan pemantauan.
4.1.5.3 Guru boleh menggunakan buku yang telah dibekalkan
sebagai bahan pentaksiran dan eviden.
4.1.5.4 Semua guru boleh mencatatkan Tahap Penguasaan
murid di dalam RPH.
4.1.5.5 Semua guru perlu melaksanakan PBS di dalam kelas.
4.1.5.6 Guru perlu menyediakan rekod transit sebelum
memasukkan data ke dalam sistem. Rekod transit
perlu disimpan oleh guru untuk tujuan pemantauan.
4.1.5.7 Guru boleh menggunakan buku yang telah dibekalkan
sebagai bahan pentaksiran dan eviden.
4.1.5.8 Pengerusi mengingatkan semua guru untuk
mencatatkan pentaksiran di dalam RPH.
Tindakan : Semua Guru

4.1.6 PENYELIAAN BUKU LATIHAN MURID


4.1.6.1 Buku tulis untuk Tahap 2 sebanyak 3 buah buku dan
untuk Tahap 1 latihan didalam buku aktiviti.
4.1.6.2 Pencerapan buku tulis murid dan pemantauan pdp
guru-guru BI akan dilaksanakan oleh Pentadbir dua
kali setahun.
Tindakan : Semua Guru

4.2 RANCANGAN DAN AKTIVITI (PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK)


4.2.1 Pengerusi membentangkan program-program tahun 2020
seperti berikut:
4.2.1.1 UPSR: Kelas Pagi, Kelas Tambahan, Kelas Hujung
Minggu, Mento Mentee Tahun 6, Bengkel Teknik
Menjawab Soalan UPSR, Program Motivasi Tahun 6.
4.2.1.2 English Week: Crossword Puzzle, Essay Writing,
Spelling Bee, Storytelling.
4.2.1.3 Penggunaan Sudut Pidato murid pada waktu rehat
boleh dipertingkatkan lagi dengan persembahan
Bahasa Inggeris.
4.2.1.4 Learn A Word A Day akan diteruskan dan
dipertingkatkan pelaksanaan.
Tindakan : Semua Guru

4.3 SESI ILMU (PERKEMBANGAN STAF)


4.3.1 LADAP akan dijalankan sekiranya guru menghadiri kursus
berkaitan subjek.
4.3.2 Professional Learning Communities (PLC) perlu dilaksanakan
dan disediakan laporan.
Tindakan : Makluman

4.4 PELAN TINDAKAN STRATEGIK


4.4.1 KP meminta guru-guru mencadangkan aktiviti yang akan
dijalankan sepanjang tahun.
4.4.2 English Day akan dijalankan pada setiap hari Rabu. Guru-guru
BI perlu bertugas mengikut giliran dan menyediakan aktiviti
murid setiap minggu.
4.4.3 Pelan strategik bagi Tahun 2020 masih dalam perancangan dan
akan ditambah baik dari tahun sebelumnya.
Tindakan : Semua Guru

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Penggunaan Buku Kerja bagi Tahun 3 dan Tahun 4. Guru dibenarkan
untuk memfotostat buku kerja menggunakan wang peruntukan PCG
panitia.
Tindakan : Guru BI tahun 3 dan 4
5.2 Meminta semua guru mewujudkan suasana pembelajaran PdPC Abad Ke
21 dan KBAT.
Tindakan : Semua Guru
5.3 KP mencadangkan untuk mengadakan PLC mengenai cara penulisan
RPH pdp.
Tindakan : Makluman
6.0 PENUTUP
6.1 Pengerusi berharap semua guru dapat bekerjasama menjalankan tugas.
Semoga program Bahasa Inggeris yang telah dirancang dapat
dilaksanakan dengan cemerlang pada tahun 2020.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang

Disediakan oleh :
……………………………….
NURUL NAZIFAH BINTI MANSOR
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris
SK Kuala Kepis.

You might also like