You are on page 1of 10

SULIT SEML/INTERNSHIP/B&K/9/2020

LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU

Nama/ kod : KL 1 Pertemuan :1

Umur : 13 Tahun Tarikh : 11.02.2020

Masa Mula : 9.30 Pagi Masa Tamat : 10.30 Pagi

BAHAGIAN 1: ISU/ MASALAH YANG DIKEMUKAKAN

Klien merupakan seorang pelajar lelaki, anak sulung daripada dua orang adik beradik. Klien
seorang yang agak pendiam tetapi sentiasa tersenyum. Klien seorang yang agak berisi dan
berkulit sedikit gelap. Pakaian seragam klien kelihatan kemas dan bersih. Ibu bapa klien bekerja.
Bapa klien bekerja sendiri. Manakala, ibu klien adalah seorang pensyarah di Universiti Malaysia
Perlis (UniMap). Klien tinggal di Arau bersama-sama dengan ibu bapa dan adiknya. Klien
memiliki seorang adik lelaki yang berumur 11 tahun. Hubungan klien dengan ahli keluarganya
adalah baik-baik sahaja. Di dalam kelas klien sering bersendirian. Di sekolah terutamanya di
dalam kelas klien tidak mempunyai kawan rapat tetapi klien selesa berkawan dengan sesiapa
sahaja.

BAHAGIAN 2: PENILAIAN ISU/ MASALAH

2.1 Teori :

Tidak menggunakan teori pada sesi pertama.

2.2 Punca Patalogi: Tiada

2.3 DSM-5 atau ICD-10 - Tiada

2.4 Pentaksiran ujian psikologi yang piawai (optional) - Tiada

2.5 Maklumat berkaitan yang diperoleh daripada professional lain - Tiada


BAHAGIAN 3: PERANCANGAN RAWATAN DAN TINDAKAN

Tiada perancangan rawatan dan tindakan pada sesi kali ini.

BAHAGIAN 4: PENILAIAN SESI KAUNSELING

Kaunselor agak gementar memandangkan sesi ini adalah sesi pertama kaunselor di sekolah.
Kaunselor banyak menggunakan kemahiran menyoal memandangkan klien agak kurang
bercakap.
SULIT SEML/INTERNSHIP/B&K/9/2020

LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU

Nama/ kod : KL 1 Pertemuan :2

Umur : 13 Tahun Tarikh : 15. 02.2020

Masa Mula : 10.30 am Masa Tamat :11.30 am

BAHAGIAN 1: ISU/ MASALAH YANG DIKEMUKAKAN

Klien kelihatan biasa-biasa sahaja, Klien berkongsi masalah yang dihadapi olehnya. Klien
mempunyai masalah dalam pelajaran. Walaupun sudah berada di tingkatan satu tetapi klien
mempunyai masalah membaca dan menulis. Klien menyatakan klien malu kerana majoriti
kawan-kawan di dalam kelasnya boleh membaca dan menulis dengan baik.

BAHAGIAN 2: PENILAIAN ISU/ MASALAH

2.1 Teori: Teori Realiti (William Glasser)

Kaunselor menggunakan konsep WDEP dalam menjalankan sesi kaunseing. Kaunselor


menggunakan W (wants) pada sesi ini. Kaunselor meminta klien mengenal pasti dan menyatakan
apa yang mereka inginkan pada waktu ini. Kaunselor mengajukan soalan “apa yang kamu
inginkan?”.

a) Mengenalpasti kejadian
Rasa terpinggir dan malu kerana kawan-kawan di dalam kelas berkawan baik antara satu
sama lain. Klien merasa rendah diri disebabkan oleh kawan-kawan yang boleh mambaca
dan mengeja dengan baik. Klien suka membuat kerja sendiri dan bersendirian berbanding
membuat kerja bersama rakan-rakan. Klien malu jika kawan-kawan melihat kelemahan
dirinya.
b) Mengenal pasti sistem kepercayaan
klien menganggap dirinya lemah dan bodoh berbanding rakan-rakan.
c) Mengenalpasti kesan
Klien merasa rendah diri dan rasa terpinggir. Kawan-kawan pernah menegur klien yang
klien mempunyai banyak kesalahan ejaan ketika melakukan tugasan. Guru juga selalu
membetulkan kerja klien.

2.2 Punca Patalogi - Tiada

2.3 DSM-5 atau ICD-10 - Tiada

2.4 Pentaksiran ujian psikologi yang piawai (optional) - Tiada

2.5 Maklumat berkaitan yang diperoleh daripada professional lain - Tiada

BAHAGIAN 3: PERANCANGAN RAWATAN DAN TINDAKAN

Kaunselor meminta klien menyakan tindakan yang diambil olehnya sekarang untuk
menyelesaikan masalah berkaitan dengan akademiknya.

BAHAGIAN 4: PENILAIAN SESI KAUNSELING

Kaunselor terlalu banyak menggunakan kemahiran menyoal disebabkan klien susah untuk
bercakap kecuali apabila disoal. Klien juga seorang yang pasif.
SULIT SEML/INTERNSHIP/B&K/9/2020

LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU

Nama/ kod : KL 1 Pertemuan :3

Umur : 13 Tahun TarikH : 25.02.2020

Masa Mula : 10.10 Pagi Masa Tamat : 11.10 Pagi

BAHAGIAN 1: ISU/ MASALAH YANG DIKEMUKAKAN

Pada sesi ini klien masih seperti sesi pertama dan sesi kedua. Klien hanya berdiam dari dan
bercakap apabila kaunselor bercakap. Kaunselor mengingatkan kembali kepada klien berkaitan
sesi yang lepas. Menurut klien, klien tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengatasi
masalah pembelajaran yang dihadapi olehnya. Ibu bapanya juga selalu sibuk dan jarang
meluangkan masa bersama klien di rumah. Klien kurang mendapat bantuan berkaitan
pembelajaran daripada ibu bapanya. Klien tidak mengambil apa-apa tindakan untuk
meningkatkan kemahiran membaca dan menulis. Klien tidak tahu cara untuk membantu dirinya.

BAHAGIAN 2: PENILAIAN ISU/ MASALAH

2.1 Teori : Teori Realiti (William Glasser)

Kaunselor menggunakan konsep D - doing and direction. Setelah meneroka kehendak klien,
kaunselor bertanyakan klien adakah tingkah laku klien sekarang mampu menyumbang kepada
pencapian kemahuan klien. Kaunselor menanyakan soalan “apa yang klien lakukan sekarang?”,
“ apa rancangan kamu untuk seterusnya?”. Kaunselor turut menggunakan konsep E - evaluation.
Kaunselor meminta penilaian daripada klien tentang cara atau langkah yang diambil oleh klien
dalam menyelesaikan masalahnya. Kaunselor mengkonfrantasi tingkah laku tidak produktif klien
serta klien diminta menilai sendiri tingkah lakunya sekarang dalam usaha menyedarkan klien
tentang tingkah lakunya.

a) Mengenalpasti kejadian
Klien tidak mengambil langkah bagi mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi
olehnya. Klien tidak mengambil langkah proaktif untuk mengatasi isu ini

b) Mengenal pasti sistem kepercayaan


Bagi klien ibu bapanya yang patut membantu diri klien dalam masalah pembelajaran.
Klien terlalu berharap ibunya membantunya memandangkan ibunya adalah seorang
pensyarah.

c) Mengenalpasti kesan

Tiada sebarang peningkatan akademik yang berlaku kepada klien. Klien masih lagi lemah
dalam mengeja dan membaca.

2.2 Punca Patalogi - Tiada

2.3 DSM-5 atau ICD-10 - Tiada

2.4 Pentaksiran ujian psikologi yang piawai (optional) - Tiada

2.5 Maklumat berkaitan yang diperoleh daripada professional lain - Tiada

BAHAGIAN 3: PERANCANGAN RAWATAN DAN TINDAKAN

Kaunselor menyedarkan klien yang sepatutnya klien jangan mengharapkan orang lain
membantunya tetapi klien perlu membantu dirinya sendiri. Klien perlu mempertingkatkan
kemahiran membaca dan menulis memandangkan ujian akan bermula sebelum cuti penggal.

BAHAGIAN 4: PENILAIAN SESI KAUNSELING

Kaunselor banyak menyoal klien memandangkan klien banyak berdiam diri dan tidak bersikap
terbuka
SULIT SEML/INTERNSHIP/B&K/9/2020

LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU

Nama/ kod : KL 1 Pertemuan :4

Umur : 13 Tahun Tarikh : 02.03.2020

Masa Mula : 10.40 Pagi Masa Tamat : 11.40 Pagi

BAHAGIAN 1: ISU/ MASALAH YANG DIKEMUKAKAN

Kaunselor mengalu-alukan kedatangan klien ke sesi kaunseling. Kaunselor mengimbas kembali


isu yang dibincangkan pada sesi yang lepas. Klien pada sesi ini kelihatan takut-takut dan risau.
Klien memberitahu jadual ujian sudah keluar. Dalam masa tiga minggu akan datang klien akan
menduduki ujian penggal satu. Klien risau jika dirinya tidak mampu menjawab soalan dengan
baik. Walaupun risau dengan kemahiran membaca dan mengeja yang belum sepenuhnya
dikuasai oleh klien, tetapi klien tetap tidak mengambil sebarang langkah untuk
mempertingkatkan kemahiranya.

BAHAGIAN 2: PENILAIAN ISU/ MASALAH

2.1 Teori : Teori Realiti (William Glasser)

Kaunselor menggunakan konsep P - plan and action dalam teori realiti. Pada sesi ini kaunselor
sama-sama merancang tindakan yang bersesuain untuk menggerakkan perubahan dalam diri
klien.

a) Mengenalpasti kejadian
Klien berusaha memikirkan cara yang mudah dan tidak membosankan untuknya belajar
dan meningkatkan kemahiran mebaca dan mengeja.
b) Mengenal pasti sistem kepercayaan
Klien bimbang jika kemahiran mengejanya tidak baik, klien akan gagal dalam ujian
penggl satu nanti.
c) Mengenalpasti kesan

Klien ingin mencuba langkah atau cara yang dirasakan sesuai untunya belajar .

2.2 Punca Patalogi - tiada

2.3 DSM-5 atau ICD-10 - tiada

2.4 Pentaksiran ujian psikologi yang piawai (optional) - tiada

2.5 Maklumat berkaitan yang diperoleh daripada professional lain - tiada

BAHAGIAN 3: PERANCANGAN RAWATAN DAN TINDAKAN

Klien dengan bantuan kaunselor menyenaraikan beberapa cara untuk membantu klien
meningkatkan kemahiran mengeja dan menulis klien. Klien bersetuju untuk melihat video-video
dan memuat turun permainan teka silang kata dalam usaha membantunya meningkatkan
kemahiran mengeja. Klien pernah melihat adiknya sewaktu kecil suka bermain permainan silang
kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Klien juga akan merancang jadual waktu
belajarnya sendiri di rumah. Bagi klien permainan ini membantu adiknya dan klien merasakan
permainan ini sesuai untuknya memandangkan klien mempunyai kemudahan telefon pintar dan
wi-fi di ruamh.

BAHAGIAN 4: PENILAIAN SESI KAUNSELING

Kaunselor gembira melihat klien celik akal untuk merancang jadual serta mampu menyumbang
idea bagi mengatasi masalah dirinya.
SULIT SEML/INTERNSHIP/B&K/9/2020

LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU

BAHAGIAN 1: ISU/ MASALAH YANG DIKEMUKAKAN

Nama/ kod : KL 1 Pertemuan :5

Umur : 13 Tahun Tarikh : 07.03.2020

Masa Mula : 12.00 Tengah Hari Masa Tamat : 1.00 Tengah Hari

BAHAGIAN 2: PENILAIAN ISU/ MASALAH

Klien kelihatan baik-baik sahaja dan sihat sahaja. Klien menyatakan ada membuat tindakan yang
dirancang pada sesi yang lepas tetapi klien tidak melihat perubahan yang berlaku. Tetapi klien
akan terus berusaha untuk menguasai kemahiran mengeja.

2.1 Teori : Teori Pemusatan Klien (Carl Rogers)

- Kongruen: kaunselor mendengar perkongsian klien dengan bersungguh-sungguh dan


tidak berpura-pura sepanjang sesi kaunseling dijalankan bagi mewujudkan suasana yang
teraputik bagi meneroka perkongsian klien
- Empati : menunjukkan minat kaunselor mendengar dan memahami setiap cerita yang
diluahkan oleh klien.

a) Mengenalpasti kejadian
Klien mngikuti cara yang dipersetujui pada sesi lepas
b) Mengenal pasti sistem kepercayaan
Klien akan terus berusaha untuk meningkatkan kemahiran mengeja dan klien akan
membaiki pencapian akademiknya.
c) Mengenalpasti kesan
Klien berasa lega dapat berkongsi masalahnya dan berterima kasih kepada kaunselor
kerana sama-sama membantunya mencari jalan untuk mengatasi isu ini

2.2 Punca Patalogi - tiada

2.3 DSM-5 atau ICD-10 - tiada

2.4 Pentaksiran ujian psikologi yang piawai (optional) - tiada

2.5 Maklumat berkaitan yang diperoleh daripada professional lain - tiada

BAHAGIAN 3: PERANCANGAN RAWATAN DAN TINDAKAN

Sesi ditamatkan. Kaunselor akan melakukan follow-up dengan menilai keputusan peperiksaan
klien pada penggal satu nanti

BAHAGIAN 4: PENILAIAN SESI KAUNSELING

Kaunselor membuat rumusan sebelum menamatkan sesi kaunseling. Kaunselor gembira melihat
diri klien yang lebih mesra pada sesi-sesi terakhir.

You might also like