You are on page 1of 5

TAKLIMAT ACARA AKHIR PADANG SUKAN TAHUNAN

SMK TAMAN SERAYA KALI KE 20

1. Peraturan Pertandingan (rujuk peraturan dan undang-undang pertandingan)

2. Acara Dipertandingkan (rujuk peraturan dan undang-undang pertandingan)

3. Agihan Nombor Peserta (rujuk peraturan dan undang-undang pertandingan)

4. Lihat Jawatankuasa Acara Akhir Padang

- Lihat jadual pertandingan akhir.


- Masa: sesi pagi pukul 2.00 - 4.00 ptg, manakala sesi petang pukul 8.00-10.00 pagi.
- Sila lihat kepada jawatankuasa yang telah dibentuk, mohon kerjasama semua guru agar
dapat bertugas mengikut tugasan yang telah ditentukan.

- Pengurus-pengurus pasukan (ketua rumah sukan pagi dan petang). Ketua-ketua telah
diemailkan borang penyertaan, jadi ketua-ketua perlu mengemailkan kembali senarai
peserta kepada penyelia peserta selewat-lewatnya 26.4.2013 (Jumaat).

- Penyelia peserta perlu menyerahkan borang-borang acara akhir berserta nama peserta
yang lengkap kepada ketua-ketua hakim sebelum acara bermula. Penyelia peserta juga
perlu memaklumkan kepada pelajar sebelum pertandingan/ mengumpulkan peserta
sebelum pertandingan bermula.

- Bagi acara lompat jauh dan lontar peluru, setiap peserta diberikan enam percubaan.
Ukuran jarak bagi setiap lompatan dan lontaran yang disahkan (tidak batal) perlu
direkodkan.
- Teknik mengukur jarak hendaklah betul. Ketua Hakim boleh berjumpa dengan saya bagi
mendapatkan teknik mengambil ukuran jauh.
- Pengesahan atau pembatalan lompatan dan lontaran dibuat oleh hakim (guru), bukan QM.
- Perhatian kpd AJK peralatan lontar peluru dan ketua hakim, berat peluru bagi kategori L1
(5.45), L2 (5.00), L3 (4.0), P1 (4.0), P2 (4.0) dan P3 (4.0).

- Bagi acara lompat tinggi, ketua hakim perlu menentukan ketinggian permulaan lompatan
dan julat kenaikan palang selepas setiap pusingan. Ketua hakim perlu merujuk rekod
sekolah bagi menentukan ketinggian permulaan.
- Untuk rekod kejohanan olahraga SMKTS: L1 (1.74 M), L2 (1.60 M), L3 (1.50 M), P1
(1.34 M), P2 (1.30 M), P3 (1.30). Ketua hakim dan pegawai bertugas perlu menetapkan
had ketinggian minimum yang boleh dilepasi oleh semua peserta. Julat kenaikan palang
ditentukan oleh pegawai bertugas. Setiap peserta membuat 3 percubaan bagi setiap
ketinggian. Jika melepasi percubaan tandakan O dan X jika gagal.

1
- Bagi acara tarik tali, setiap pasukan (rumah sukan) perlu daftarkan 2 pasukan lelaki dan 2
pasukan perempuan (pagi dan petang). Setiap pasukan mengandungi 10 orang termasuk 2
simpanan. Pertandingan diadakan secara sistem liga.
- Guru yang bertugas dibahagian tarik tali perlu memastikan pelajar yang memberi sokongan
perlu berada pada jarak 3 meter dengan peserta. Kadang-kadang guru yang bertugas turut
memberi sokongan kepada pasukan masing-masing hingga terlupa tugas sebenar. Minta
QM meletakkan skittel besar keliling.
- Rekod-rekod acara akhir yang telah disahkan oleh ketua hakim perlu diserahkan kepada
S/U Sukan.

- AJK Peralatan, minta bantuan dari QM bagi menyediakan, mengeluarkan dan


menyimpankan kembali peralatan-peralatan yang telah digunakan. Senarai nama dan jadual
tugas QM ada dengan saya.

- AJK Dokumentasi perlu mengambil gambar-gambar yang sesuai sepanjang pertandingan


berjalan.

- Ada apa-apa persoalan mengenai acara padang.

2
TAKLIMAT ACARA BALAPAN SUKAN TAHUNAN
SMK TAMAN SERAYA KALI KE-20

1. Maklumat Kejohanan.

A. Kejohanan olahraga SMKTS kali ke-20 ini akan diadakan pada 15 Jun 2013 (sabtu)
bertempat di Stadium IKBN Dusun Tua. Acara akan bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00
petang.
B. Sila lihat tentatif kejohanan, sedikit perubahan dilakukan pada tahun ini. Kejohanan
dimulakan dengan acara 400 meter semua kategori, kemudian diteruskan dengan
perarakan masuk kontinjen-kontinjen perbarisan rumah sukan, bacaan doa, majlis
perasmian (pengetua), upacara menaikkan bendera dan seterusnya acara-acara akhir
balapan.

2. Peraturan Pertandingan (rujuk peraturan dan undang-undang pertandingan)

3. Acara Dipertandingkan (rujuk peraturan dan undang-undang pertandingan)

A. Acara-acara balapan yang dipertandingkan adalah 100 m, 200 m, 400 m (acara individu)
dan 4x100 m, 4x400 m (acara berpasukan). Tiada acara 800 m dan acara jemputan.
Bagaimana dengan acara pegawai (guru)? Nak buat @ tidak.

4. Agihan Nombor Peserta (rujuk peraturan dan undang-undang pertandingan)

5. Seterusnya Lihat Kepada Jawatankuasa Acara Balapan (Jawatan dan Tugas).

A. Penyelaras Balapan: Memastikan balapan dan trek larian dalam keadaan yang baik serta
bersedia bagi membolehkan acara-acara balapan dijalankan dengan lancar.

B. Penyelaras Perbarisan:
i. Menyediakan 7 orang pelajar unit beruniform mengetuai perarakan masuk kontinjen
dan bendera kejohanan.
ii. Memastikan setiap rumah sukan menyediakan satu pasukan perbarisan mengandungi
34 orang pelajar (ketua kontinjen, bendera rumah sukan, maskot). Menyelaraskan
latihan & rease sebelum kejohanan bermula, selaraskan juga aspek-aspek penilaian
(sediakan borang penilaian) yang diambil kira semasa perbarisan diadakan. Rease
dicadangkan diadakan pada hari jumaat (14.6.2013).
iii. Menyediakan lagu atau muzik perarakan masuk kontinjen serta bekerjasama dengan
bahagian P.A sistem bagi memastikan kelancaran majlis.

C. Pengurus Pasukan (Ketua Rumah Sukan):


i. Mendaftar nama pelajar (peserta) selewat-lewatnya hari jumaat (17 Mei 2013) kepada
Penyelia Peserta. Seterusnya pengurus pasukan perlu membuat semakan nama peserta
dengan penyelia peserta bagi memastikan nama-nama pelajar tidak tercicir.
ii. Masih terdapat pengurus yang belum lengkap mendaftar nama pelajar.
iii. Menyediakan nombor-nombor peserta pada hari kejonanan.

3
iv. Memastikan pelajar dalam keadaan bersedia di bawah khemah rumah sukan masing-
masing bagi memudahkan penyelia peserta mengumpulkan peserta bertanding.
v. Menyediakan kontinjen perbarisan dan memastikan kontinjen perbarisan bersedia pada
hari kejohanan.

D. Perasmian/ sambutan: Berbincang dengan pihak pentadbir perasmi kejohanan dan


jemputan-jemputan lain kiranya perlu, mohon keluarkan surat jemputan. AJK Perasmian
mungkin boleh memikirkan sesuatu gimik perasmian (kiranya perlu).

E. Penyelia Peserta/ Atlet: Memastikan pendaftaran pelajar/ atlet acara-acara yg telah


ditetapkan (mengisi brg2 berkaitan). Seterusnya menyelaras/ memanggil/ mengumpul
peserta sebelum acara dijalankan. Kelancaran acara balapan banyak bergantung pada
penyelia peserta. Mohon kerjasama pengurus-pengurus pasukan memastikan pelajar-
pelajar terlibat sentiasa bersedia.

F. Penolong pelepas: Membantu dan bekerjasama dengan pelepas pada setiap masa,
seterusnya akan dibantu oleh QM.

G. Pengadil Lorong: Pengadil lorong akan bertugas bagi acara yang mempunyai selekoh
iaitu 400 m, 4 x 100 m dan 4 x 400 m. Sekurang-kurangnya 2 orang pengadil lorong bagi
setiap selekoh. Memastikan peserta berada dalam lorong-lorong yang telah ditentukan.
Memastikan atlet berlari mengikut lorong yang telah ditetapkan. Seterusnya, memberi
laporan kepada hakim penamat sekiranya peserta melanggar peraturan semasa
pertandingan.

H. Penjaga Masa: Ketua penjaga masa hendaklah menyediakan borang-borang masa.


Memastikan pegawai-pegawai penjaga masa sentiasa bersedia mengambil masa bagi
setiap acara yang akan dilepaskan. Ketua penjaga masa perlu mengarahkan QM
menggangkat bendera putih sekiranya telah bersedia dan bendera merah sekiranya belum
bersedia. Menyerahkan keputusan kepada pencatat. Masa diambil berdasarkan asap
tembakan oleh pelepas dan bukannya bunyi tembakan (bunyi lambat beberapa saat
daripada asap.

I. Hakim Penamat: Memastikan peserta menamatkan acara mengikut peraturan yang


ditetapkan. Antaranya ambil kira torso ( Memastikan kedudukan peserta pertama hingga
(susun peserta tempat pertama hingga lapan setelah tamat setiap acara). Seterusnya
menyelaraskan kedudukan peserta dengan merujuk kepada hakim penjaga masa.
Menyerahkan keputusan kepada pencatat.

J. Pencatat: Menerima dan mengesahkan keputusan hakim penamat dan penjaga masa
sebelum mengedarkan keputusan kepada statistik, pengacara dan penyelia penerima
hadiah.

K. Dokumentasi: Mengambil gambar-gambar yang sesuai sepanjang kejohanan. Seterusnya


menyiapkan dokumentasi bergambar berserta statistik lengkap bagi setiap acara sebaik
sahaja acara tamat. Menghantar satu salinan dokumentasi lengkap kepada S/U Sukan.

4
L. Pengangkutan: Bahagian pengangkutan perlu menyelaraskan borang pengangkutan bas
dengan tutor. Di mana tutor akan mengutip tambang bas daripada pelajar dan
menyerahkan kepada penyelaras tingkatan bagi pengangkutan. Sediakan kupon-kupon
bagi memudahkan urusan menaiki bas pergi dan balik dari stadium. Selepas itu, buat
tempahan bas yang mencukupi bagi keperluan pelajar.

M. Hadiah, tempahan hadiah dah dibuat

N. Teknik/ peralatan: Menyediakan dan membawa segala peralatan dan keperluan yang
diperlukan ke stadium. Senarai semak peralatan sila dapatkan daripada S/U Sukan.
Memastikan yang peralatan yang diperlukan disediakan di balapan dengan bantuan QM.

O. Statistik dan Rekod: Mengumpul semua keputusan terdahulu iaitu merentas desa,
sukantara, acara padang dan acara balapan. Menerima keputusan acara balapan dan
sentiasa mengemas kini jumlah markah (catatkan pada papan putih) Menyediakan rekod
lama kejohanan dan memastikan rekod baru dicatat sekiranya ada. Menghantar salinan
statistik kepada SU Sukan dan bahagian dokumentasi.

P. Buku program/ atur cara: Menyediakan pamplet program kejohanan dan surat
jemputan kepada YDP PIBG. Mengagihkan pamplet program kepada jemputan dan guru-
guru pada hari kejohanan.

Q. Kecemasan: Menyediakan surat makluman kepada pihak hospital terdekat. Menyediakan


pegawai dan pelajar kecemasan seperti St. John atau PBSM. Jumlah pelajar yang
diperlukan 10 orang (5 lelaki dan 5 perempuan)

R. Disiplin: Mengawal disiplin pelajar sepanjang kejohanan berlangsung bagi


menggelakkan perkara-perkara negatif seperti berada di kawasan yang dilarang, merokok,
pergaduhan, pertelingkahan dan permusuhan antara ahli rumah. Maklumkan kepada
pelajar motosikal tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan IKBN.

S. Makanan: brp bajet seorang? Cuba mohon peruntukan pibg. Menyediakan, mengagihkan
minuman dan makanan pegawai dan QM yang bertugas di stadium. Menyediakan tiket
makanan bagi pegawai dan pelajar. Berapa bajet seorang? Cuba mohon peruntukan pibg.

T. Kebersihan: Memastikan kebersihan sepanjang kejohanan dan sebelum meninggalkan


stadium. Cadangan bawa pekerja sekolah k stadium.

U. Penyelia penerima hadiah: Bekerjasama dengan pihak pengacara penyampaian hadiah


kepada pemenang dari masa ke semasa. Memastikan hadiah diserahkan kepada para
pemenang dan jangan disimpan.

You might also like