You are on page 1of 5

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI

PENGURUSAN KURIKULUM

LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM


(KEPERLUAN MINIMUM)

Nama Institusi : Unit Kokurikulum

1. Nama Program : Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah dan Majlis Perpisahan
Encik Zaidi bin Abdul Rahman

2. Tarikh : 14 Jun 2019

3. Masa / Hari : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari /Jumaat

4. Tempat : Dewan Terbuka SK Petaling Jaya.

5. Bilangan Penyertaan : Semua warga SK Petaling Jaya serta Ahli Jawatankuasa PIBG

6. Objektif :

6.1 Membentuk sahsiah diri yang tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian.
6.2 Menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan
yang berbeza dan boleh diraikan oleh semua kaum.
6.3 Mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan
menghormati antara satu sama lain.

7. Butiran aktiviti :

8.30 pagi Ucapan Guru Besar


9.00 pagi Ucapan Perpisahan oleh Encik Zaidi
10.00 pagi Persembahan lagu raya oleh murid
10.00 pagi Jamuan Raya
11.00 pagi Penyerahan cenderahati kepada Encik Zaidi
12.00 tengah hari – Bersurai

8. Sumber Kewangan : Kewangan daripada PIBG dan sumbangan daripada murid.

9. Perbelanjaan : RM 2000
10. Penilaian Program

10.1 Kekuatan Program :


Sambutan Hari Raya dapat mengeratkan silaturrahim di antara semua
warga sekolah sama ada guru, staf sokongan, pekerja swasta, murid-
murid serta ahli jawatankuasa PIBG. Sedikit sebanyak dapat
merealisasikan hasrat kerajaan membentuk warganegara yang
mempunyai nilai murni yang tinggi dan saling hormat-menghormati di
antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.

10.2 Kelemahan Program :


Namun disebalik kekuatan ada kelemahannya. Kelemahannya adalah
tiada penyertaan daripada ibu bapa dan juga masyarakat sekitar
kerana kekurangan kewangan. Selain itu, program yang dijalankan
terlalu singkat kerana hari yang ditetapkan pada hari Jumaat.

10.3 Langkah-Langkah Penambahbaikan :


Langkah yang boleh dilakukan adalah menjemput ibu bapa untuk turut
serta menyambut hari raya di sekolah dan memohon sumbangan
daripada ibu bapa. Di samping tidak mengadakan pada hari Jumaat
yang sesi persekolahan agak singkat.
Disediakan oleh:

............................................
(AFIRA BINTI MUSTAFAR)
SETIAUSAHA PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING JAYA

Disemak oleh:

..............................................….
(PN THERESA BINTI JAIMUN)
PK KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING JAYA

Disahkan oleh:

......................................…………………..
(PN AZATULAKMAL BINTI ABD RAZAK)
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING JAYA
LAMPIRAN GAMBAR

You might also like