You are on page 1of 3

LAPORAN KES POSITIF COVID-19 PEKERJA DI LOJI PEMPROSESAN AYAM, PEDAS

1. Laporan ini bertujuan untuk menjelaskan kes positif COVID-19 melibatkan 60


pekerja loji pemprosesan ayam di Pedas, Negeri Sembilan:

KERABAT PROCESSING HOUSE, PEDAS (V 122)

2. Kerabat Processing House, Pedas adalah loji pemprosesan ayam komersil


dibawah kawalselia Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

3. Loji mengamalkan Food Safety Management System (FSMS) dan telah


dianugerahkan skim pensijilan “Veterinary Health Mark (VHM)“ oleh Jabatan
Perkhidmatan Veterinar sejak 2008.

4. Loji pemprosesan ayam Kerabat mempunyai kapasiti maksimum pemprosesan


ayam sehingga 90,000 ekor sehari.

5. Sumber ayam hidup diperolehi daripada 79 ladang ayam kontrak di bawah


kawal selia syarikat dan 23 ladang ayam persendirian.

6. Syarikat membekalkan ayam yang telah diproses kepada Tesco sebanyak


60% - 70% dan selebihnya dihantar ke tempat lain. Senarai lengkap adalah
seperti berikut :

PASARAN AYAM SYARIKAT KERABAT


PROCESSING HOUSE
1. Tesco (60% - 70%)
2. Giant
3. Econsave
4. Sate Kajang
5. Nando's
6. Texas Chicken
7. Pasaraya Hero
8. Pasar raya Darulsalam
9. Star Grocer
10. KFC
11. Jaya 33
12. Genting
7. Jumlah pekerja di syarikat adalah seramai 796 orang terdiri daripada 244 orang
warga tempatan dan 552 warga asing. Pecahan mengikut negara adalah
seperti berikut :

8. Pada 2 Mei 2020, KKM telah mengenalpasti loji pemprosesan ayam Kerabat
sebagai kluster baru COVID-19. Ia mula di kesan apabila seorang kakitangan
syarikat mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit
kepala pada 5 April 2020. Pekerja tersebut telah manjalani saringan ujian
COVID-19 pada 10 April 2020 dan keputusan ujian disahkan positif pada 12
april 2020.

9. Sehingga 8 Mei 2020 , seramai 786 orang kakitangan dan ahli keluarga telah
dijalankan saringan ujian COVID-19. Daripada jumlah tersebut, 60 orang
didapati positif COVID-19, 286 negatif dan 440 orang masih menunggu
keputusan. Pekerja yang telah disahkan positif telah dikuarantin. Pecahan
pekerja mengikut warga negara yang disahkan positif COVID-19 :

WARGANEGARA BILANGAN POSITIF COVID-19


(sehingga 8 Mei)
Malaysia 7
Nepal 25
Bangladesh 18
Indonesia 8
Myammar 2

10. KKM telah mengeluarkan arahan memberhentikan operasi loji pemprosesan


ayam Kerabat selama 14 hari berkuatkuasa dari 7 Mei hingga 20 Mei 2020.
11. Loji pemprosesan ayam Kerabat adalah diantara 28 loji pemprosesan ayam
komersil yang dikawalselia oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bawah
skim pensijilan VHM. Senarai lengkap seperti di lampiran.

12. Loji pemprosesan ayam Kerabat membekalkan sebanyak (purata) 54,000 ekor
ayam segar sehari, manakala jumlah keseluruhan bekalan ayam segar
semasa negara adalah sebanyak (purata) 1.6 juta ekor sehari.

13. Penutupan loji pemprosesan ayam Kerabat, tidak menjejaskan bekalan ayam
segar kerana ia hanya menyumbang 3% daripada jumlah keseluruhan bekalan
ayam untuk pasaran dalam negara.

14. Jabatan Perkhidmatan Veterinar ingin menasihatkan masyarakat supaya tidak


khuatir untuk memakan daging ayam. Kenyataan ini disokong oleh:

a. Laporan yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) bertarikh


7 April 2020:
“It is highly unlikely that people can contact COVID-19 from food or
food packaging. There is no evidence to date of viruses that cause
respiratory illness being transmitted via food or food packaging.
Coronaviruses cannot multiply in food.”
b. Artikel daripada University of Georgia, US bertarikh 23 March 2020 juga
menyatakan:
“It's important to emphasize that COVID-19 virus (SARS-CoV-2) is
not associated with poultry or poultry products”.

Disediakan oleh:
Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya
9 Mei 2020

You might also like