You are on page 1of 5

SISTEM Pendidikan di zaman Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah memberi kesan

dalam mewujudkan polarisasi kaum  di Tanah Melayu. Hal ini kerana dasar British yang
telah membuat pemisahan kaum terutamanya dalam aspek pendidikan telah mewujudkan
polarisasi di Tanah Melayu.

Sistem pendidikan yang diwujudkan di Tanah Melayu begitu jelas berorientasikan


kepentingan perkauman dan telah mewujudkan sekolah-sekolah vernakular yang
menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah-
sekolah.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}
 
Pada peringkat ini pendidikan di Tanah Melayu telah dikelolakan, dikendalikan, dikawal dan
diletakkan di bawah kuasa pentadbiran penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah
yang yang konkrit atau Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Pentadbiran pendidikan di Tanah Melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu
`pecah dan perintah’ serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan
vernakular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi
pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi
keperluan tenaga dan ekonomi British .

Sistem pendidikan pra kemerdekaan 1 Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957

1.Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan


2.Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
3.Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
4.Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Penyata Rahman Talib dan Akta Pelaporan Pelajaran 1961

1.Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira


2.Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang
diingini
3.Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
4.Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
5.Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
6.Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Laporan Kabinet 1979

1.Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira


2.Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang
diingini
3.Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
4.Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
5.Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
6.Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Rang Undang-Undang

•Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia


dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara
•Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
•Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
•Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia
dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara
•Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
•Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
•Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
•Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
•Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Pelan induk pembangunan Pendidikan 2006-2010


 
PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah haji Ahmad Badawi pada
16 Januari 2007 di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP telah menggariskan
enam teras:

•Membina Negara Bangsa


•Membangunkan Modal Insan
•Memperkasakan sekolah Kebagsaan
•Merapatkan jurang pendidikan
•Memartabatkan profesion Perguruan
•Melonjakkan kecemerlangan Institusi Institusi pendidikan

Dasar baru Kementerian Pendidikan 2013-2025

VISI- Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera


MISI- Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi
Individu bagi memenuhi aspirasi negara.

‘Ucapan Tan Sri Dato’ Mahyuddin Mohd Yassin Dalam Pelancaran Dasar Baru KPM 2013-
2025’ ;

“Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan Negara untuk tempoh 15


tahun akan datang. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di
Negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut
peluang dan menangani cabaran abad ke-21.
Dalam usaha kita untuk bersaing dengan Negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita
perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara
kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya
berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Tidak kurang pentingnya setiap
murid di Negara kita perlu diterapkan dengan nilai, etika dan rasa tanggung jawab sebagai
warganegara, agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat untuk diri mereka, keluarga
dan Negara serta berupaya mengharungi dan mengatasi cabaran”

Matlamat pendidikan di Malaysia

•Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu


•Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera
•Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan Negara dan memberi
peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Cadangan dan komentar

Bagi mencapai  matlamat di atas:

1.Bagaimana Pendidikan boleh membentuk perpaduan. Iaitu sistem persekolahan yang


sama bagi semua rakyat. Sebagaimana yang berlaku sekarang ini. Begitu juga menjadikan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam pembelajaran. Bahasa
akan menjadi alat perpaduan.

2.Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama adalah cara paling penting
untuk menyatu padukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Mata Pelajaran Inggeris
diwajibkan bermula dari sekolah rendah lagi. Manakala bahasa China dan Bahasa Tamil
sebagai subjek elektif kepada pelajar-pelajar sekolah menengah.

Saya agak terkejut dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdul Rahman Dahlan; “Sekolah aliran Inggeris wajar di wujudkan semula bagi
meningkatkan daya saing rakyat sebagai langkah persediaan menempuhi cabaran Revolusi
Perindusterian 4.0”.
( Petikan akhbar KOSMO, Selasa 21 Nov 2017, m.s 12)

3.Agama Islam sebagai subjek wajib lulus SPM untuk pelajar muslim dan pendidikan moral
kepada non muslim: Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang
berakhlak mulia.

4.Kurikulum yang sama: Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di
dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma-norma, unsur-
unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat. Peranan
kurikulum dalam pendidikan adalah untuk mmbina perkembangan pelajar yang lengkap dari
segi jasmani, rohani, akal dan emosi
5.Peperiksaan yang seragam: Kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi
dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam.

6.Perkasakan Peranan PIBG: PIBG sepatutnya dijadikan sebagai satu medan mengadakan
‘forum’ untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran serta berunding dalam suasana
muhibbah bagi menyelesaikan masalah sekolah supaya dapat meningkatkan
kecemerlangan pendidikan sekolah.

Pendidikan Islam

Pendidikan dalam Islam adalah pendidikan sepanjang hayat. PendidikanIslam ialah suatu
proses membentuk, melatih dan membimbing seluruh potensi yang ada pada manusia
sama ada akal, jasmani dan rohani bersumberkan bimbingan ilahi untuk melahirkan insan
soleh yang menjadi penguasa dan membangunkan dunia ini. Islam memberi penekanan
kepada beberapa prinsip utama dalam mendidik manusia iaitu:

•Pendidikan Tauhid merujuk kepada surah Luqman: ayat 13, bermaksud:  “Dan ingatlah
ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa ia memberi nasihat kepadanya, wahai
anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)
sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”

•Pendidikan akal dan ilmiah surah al’Alaq:96: ayat 1-5, bermaksud:


“Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhan mu, yang menciptakan sekalian makhluk,
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhan mu yang Maha
Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang
tidak diketahuinya.”

•Pendidkan Akhlak, Sabda Rasululah s.a.w yang bermaksud:  “Sesungguhnya aku


diutuskan untk menyempurnakan kemuliaan akhlak.”
•Pendidikan Kesihatan: kata-kata Hukama; ‘Akal yang waras berada pada badan yang
sihat’.

Kesimpulan

•Matlamat pendidikan dalam Islam ialah untuk membentuk manusia yang beriman,
berakhlak tinggi, sihat dan beramal soleh. Begitu juga menyedarkan manusia tentang tugas
dan peranan mereka sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi ini.

•Pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan Negara ke arah
yang lebih baik. Malaysia merupakan Negara yang mempunyai masyarakat majmuk maka
dasar pendidikan perlu dilaksanakan mengikut keperluan masyarakat.

•Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan memberi pelajaran di sekolah
semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa dan agama.
Perkasakan pendidikan Islam yang bersifat holistik kerana Islam sebagai agama rasmi
Negara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.{/mprestriction}

You might also like