You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR, Kod Sekolah

: JBA. 3001 
114, JALAN OMAR,
No. Telefon : 07-883 1261 
81900 KOTA TINGGI,
No. Faksimile : 07-882 6884 
NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM.

​Ruj. Tuan:
Ruj. Kami: ​SKB.600-1/(1)
Tarikh ​:​ 12 JULAI 2020

Kepada,
Ibu bapa / Penjaga Murid-murid Tahap 1 dan 2,
SK Bandar Kota Tinggi,
Johor.

Tuan,

PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH PASCA PKPP TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya surat rujukan KPM 100-1/3/1 Jilid. 3(6) bertarikh 26 Jun 2020 adalah
dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Sekolah Kebangsaan Bandar telah bersedia untuk membuka semula
sekolah mengikut ketetapan berikut:-

2.1 Tarikh : 15 Julai 2020 (Rabu) Tahun 5 dan 6 (Tahap 2)


: 22 Julai 2020 (Rabu) Tahun 1, 2, 3 (Tahap 1) dan Tahun 4 (Tahap
2)
2.2 Masa : 7.20 pagi – 1.10. tengah hari (Tahap 2)
: 7.20 pagi -12.40 tengah hari (Tahap 1)
2.3 Tempat : Kelas anak masing-masing.
2.4 Pakaian : Pakaian Seragam Sekolah yang lengkap.(Setiap hari persekolahan kecuali
hari Rabu murid Tahap 2 pakai baju uniform unit pasukan beruniform masing-
masing. (Bagi tarikh 15 Julai 2020 dan 16 Julai 2020 murid Tahun 5 dan 6
dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah)
2.5 Persediaan : Sihat, dan pakai pelitup muka.
: Pengajaran dan Pembelajaran mengikut jadual waktu yang baharu
(jadual waktu akan dimaklumkan oleh guru
kelas)

3. Sehubungan dengan itu, anak tuan puan yang berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala
perlu hadir ke sekolah dengan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilampirkan
bersama.

4. Tuan/puan dingatkan supaya mengekalkan penjarakan sosial dan bekerjasama


kepada sekolah demi keselamatan pembukaan semula sekolah dengan “Norma Baharu Pendidikan”

4. Sokongan dan kerjasama semua ibu bapa amat dihargai. Sila berhubung
dengan guru kelas jika terdapat sebarang kemusykilan .

Sekian, terima kasih.

#KITA MESTI MENANG#

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti


Saya yang menjalankan amanah,

.............................................
(HAJI TUGI BIN WAGIMAN)
Guru Besar,
SK Bandar, Kota Tinggi,
Johor.
Lampiran
SOP NORMA BAHARU PKPP TAHUN 2020
SK BANDAR KOTA TINGGI, JOHOR
SESI PERSEKOLAHAN MULAI 15 JULAI 2020

1. Murid yang berpenyakit, berimuniti rendah dan bergejala seperti demam,


batuk-batuk dan selsema tidak dibenarkan hadir ke sekolah. Sila dapatkan rawatan.
2. Sentiasa membasuh tangan dengan menggunakan sabun dan air atau ​hand sanitizer.
3. Elakkan menggosok mata, hidung dan elakkan batuk berhampiran dengan individu
lain.
4. Mengamalkan penjarakan sosial yang dibenarkan (satu meter antara satu individu
dengan individu yang lain).
5. Murid yang menaiki bas sekolah dan van hendaklah memakai pelitup muka sepanjang
masa.
6. Digalakkan memakai pelitup muka sepanjang masa di kawasan sekolah.
7. Beruniform sekolah yang lengkap setiap hari persekolahan kecuali hari Rabu
memakai pakaian unit beruniform.
8. Pengurusan makanan dan minuman:
i) Murid makan di dalam kelas.
ii) Pesanan makanan melalui Pre oder kepada pihak pengurusan kantin.
iii) Menu makanan ditetapkan mengikut hari (dimaklumkan melalui guru kelas )
iv) Sediakan wang saku untuk membeli makanan yang secukupnya.
v) Ibu bapa digalakkan menyediakan bekalan makanan dan minuman . Pastikan
anak-anak membawa bekalan air minuman setiap hari.
vi) Bawa sudu, garfu ,tuala tangan dan tisu untuk kegunaan sendiri.
9. Tidak menghantar anak terlalu awal (sebelum 7.00 pagi) dan lewat mengambil anak.
10. Sekolah tidak boleh dijadikan tempat menunggu sebelum ke sekolah agama.
11. Anak-anak tidak dibenarkan berkongsi buku, alat tulis, makanan dan minuman dan
sebagainya.
12. Gunakan pautan ​https://forms.gle/SQ6nGNCt7X3utLUC7​ sekiranya anak tidak hadir.
13. Sila kemaskini nombor telefon terkini yang mudah dihubungi oleh guru kelas.
14. Hanya anak sahaja dibenarkan masuk ke sekolah.
15. Bersikap sabar, bertoleransi dan bekerjasama kepada pihak sekolah untuk
memastikan kelancaran perjalanan persekolahan sepanjang masa PKPP dengan
“Norma Baharu”
16. Sentiasa mematuhi pelan pergerakan yang ditetapkan dan penjarakan sepanjang
berada di sekolah.
17. Sentiasa berdoa semoga semua diberi kesihatan dan dijauhi dari jangkitan COVID 19
#KITA JAGA KITA# #KITA MESTI MENANG#

Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti


Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti

You might also like