You are on page 1of 10

MAJLIS ANUGERAS KECEMERLANGAN DIPLOMA TASFIG

Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahfiz Diploma bertempat di Hotel Shahzan Inn Kuantan, Pahang. Pada 31 Januari 2018

Turut hadir menyerikan majlis iaitu pihak Pengurusan, Pensyarah-pensyarah diploma, Guru-guru, kakitangan dan semua pela-
jar diploma MTNP. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YS Dato' Dr. Sj. Gulkifle bin Saji Ali Al-Safiz, Ketua Pegawai Ekse-
kutif MTNP.
WATIKAS PERLANTIKAN BADAN KEPIMPINAN MTNP

Disempurnakan oleh YH Dato’ Hjh Rashidah Bt. Md Arif


MAJLIS TILAWAS DAN MENGSAFAG AL-QURAN PERINGKT KEBANGSAAN

Alhamdulillah.
Bergambar kenangan dari kiri Ustaz Mohd Lafzul B. Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, YS Dato' Dr. Sj. Gulkifle B. Sj. Ali
Al-Safiz bersama peserta yang akan berangkat mewakili Negeri Pahang ke Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat
Kebangsaan iaitu Najihah Bt. Notfi (kategori 20 juzuk) dan Nurhidayatul Najwa Bt. Sisham (kategori 10 juzuk) yg akan berlang-
sung di Putrajaya bermula 1 hingga 6 April 2018 ini.

Tiada dalam gambar : Nur Alya Farhani (kategori 30 juzuk).

Doakan mereka semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat kejayaan yang membanggakan.
RASMI LEAPED

Alhamdulillah, telah berlangsung "On-Boarding Session" Bersama LeapEd (Learning Enriched) Services Sdn.
Bhd. berkaitan Program Sekolah Amanah bersama tenaga pengajar MTNP bertempat di bilik mesyuarat
MTNP.

LeapEd merupakan sebuah penyedia perkhidmatan pendidikan yang diberi mandat untuk mentransformasikan
pendidikan di sekolah-sekolah secara meluas melalui program Sekolah Amanah Yayasan Amir sebagai pereka
dan pelaksana program transformasi sekolah awam di bawah kerangka Sekolah Amanah Kementerian Pen-
didikan Malaysia. LeapEd bertanggungjawab mereka-bentuk program latihan dalaman yang disesuaikan untuk
memenuhi keperluan setiap sekolah. Aplikasi tentang pembelajaran baharu dan refleksi terhadap impak men-
jadi elemen penting dalam program Leap Ed, dan menghasilkan penerapan perubahan dalam amalan serta
perubahan sikap para peserta dalam program ini.
PELAPORAN FORM 5

Alhamdulillah, telah berlangsung Postmortem Peperiksaan Suku Tahun 2018 Tingkatan 5 MTNP bertempat di Dewan Audito-
rium MTNP yang dihadiri oleh pihak Pengurusan, guru-guru dan ibu bapa pelajar tingkatan 5 MTNP.

Program bermula dengan slot ceramah motivasi oleh Tuan Saji Mohamed Anuar bin Saji Yusof, diikuti dengan pembentangan
keputusan peperiksaan oleh Tuan Saji Mohd Saleh bin Ramli, Penolong Pengurus Tahfiz Profesional dan seterusnya penyam-
paian hadiah kepada pelajar terpilih.

Program diakhiri dengan sesi pelaporan besama guru dan ibu bapa di Perpustakaan MTNP.
MULTAQA SUFFAG NEGERI PASANG 2018

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Perasmian Multaqa Suffaz Negeri Pahang 2018 bertempat di Dewan Perdana, Sotel
Grand Darul Makmur, Kuantan Pahang yang disempurnakan oleh YS Dato' Saji Mahmud bin Mohd Nawawi, Pengurus Besar
Yayasan Pahang wakil rasmi YAB. Dato' Sri Diraja Saji Adnan Bin Saji Yaakob, Menteri Besar Pahang.

Dalam ucapan beliau, terlebih dahulu YAB. Menteri Besar Pahang mengucapkan tahniah kerana program ini berjaya dilaksana-
kan dengan jayanya hasil usaha gigih pihak Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), Yayasan Pahang (YP) serta Majlis Ugama
Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Multaqa ini membuktikan usaha gigih kerajaan untuk mengembangkan lagi ilmu
dalam bidang pendidikan tahfiz al-quran.

Bersesuaian dengan hasrat kerajaan melalui dasar pendidikan tahfiz negara adalah untuk memastikan institusi pendidikan
tahfiz al-quran di negara ini terus subur dan diperkasakan. Melalui multaqa seperti inilah, diharap dapat menghasilkan input-
input baru dalam merealisasikan hasrat kerajaan melalui dasar tersebut. Tidak dinafikan lagi, institusi yang menawarkan
bidang pengajian tahfiz mula mendapat perhatian ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka menghafaz al-quran sedari
usia yang masih kecil lagi.

Kerajaan menyediakan ruang yang seluas-luasnya kepada individu, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan-Persatuan
Tahfiz dan Institusi-Institusi Tahfiz yang ada di negara ini sama ada untuk memberikan pandangan atau cadangan dalam pem-
bangunan dasar tersebut. Malah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan pengajian tahfiz di peringkat yang lebih tinggi.

Peranan para pendidik tidak hanya terbatas di bilik-bilik kuliah sahaja, bahkan sudah tiba masanya para pendidik meneroka
kaedah-kaedah baru dalam menggalakkan masyarakat berdamping dengan al-quran dan meningkatkan penguasaan golongan
tahfiz dan hafizah dalam hafazan mereka.
Adalah diharapkan idea yang tercetus hasil dari multaqa ini akan menjadi rujukan dan menambah pengetahuan bagi pencinta
ilmu al-quran.

Dikesempatan ini, beliau merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang bertungkus-lumus mengorbankan
masa dan tenaga dalam menjayakan Multaqa Suffaz kali ini.
Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan, Khatam Safazan al Quran dan Majlis Berbuka Puasa Maahad Tahfiz Negeri Pa-
hang 2018

KUANTAN 5 Jun - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu penekanan terhadap aspek agama diberi
perhatian yang proaktif bagi menangani krisis nilai dan keruntuhan akhlak pada masa kini.

Tengku Abdullah bertitah, penekanan kepada pendidikan agama itu penting kerana ia membawa impak lebih besar kepada
pembangunan modal insan.

"Manusia yang mesti kita bangunkan pada hari ini adalah mereka yang tidak melupakan penciptanya dan tidak terpengaruh
dengan keindahan dunia serta menindas orang lain demi kepentingan diri serta ketamakkan harta.

"Ilmuan ingin kita lahirkan ialah mereka yang membela nasib ummah, berbakti kepada nusa dan bangsa serta membawa rah-
mat kepada sekalian alam,” titah baginda pada Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan, Khatam Safazan al Quran dan
Majlis Berbuka Puasa Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), di sini hari ini.

Titah ucapan baginda dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan, Khatam Safazan al Quran dan Majlis Berbuka
Puasa Maahad Tahfiz Negeri Pahang 2018 yang berlangsung di Masjid Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Acara kemuncak Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan, Khatam Safazan al Quran dan Majlis Berbuka Puasa Maahad
Tahfiz Negeri Pahang 2018 , ketibaan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai wakil rasmi Pemangku
Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Saj Ibni Sultan Saji Ahmad Shah Al-Mustain Billah yang berlangsung di
perkarangan Masjid MTNP. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan, Yang Ber-
hormat Dato’ Sri Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan, YB Abdul Rahim Muda,
Timbalan Yang DiPertua MUIP, YDS Dato’ Saji Wan Abdul Wahid Wan Sassan, Pengurus Besar Yayasan Pahang dan pegawai-
pegawai kanan negeri dan daerah Kuantan.

Majlis bermula dengan bacaan al-Quran oleh pelajar MTNP, bacaan doa oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, persem-
bahan Montaj dan persembahan ucapan oleh YAB. Menteri Besar Pahang.
QURAN SOUR

7 Jun 2018, Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Negeri Pahang turut mengadakan kempen membaca al-Quran dalam Program Quran
Sour yg berjalan di seluruh dunia.

Antara pengisiannya ialah bacaan al-Quran secara bertarannum oleh Ust.Ahmad Fikri bin Abd Karim.

Tidak hanya membaca, tetapi program turut ditingkatkan manfaatnya melalui tadabbur surah Al-Sujurat yg memfokuskan
kepada pembinaan sahsiah dan akhlak seorang muslim.

Antara yg ditekankan ialah hubungan sesama muslim, jangan mencela, jgn merendahkan orang lain, jangan mengumpat, jan-
gan memfitnah bahkan umat Islam dituntut mengeratkan silaturrahim kerana mereka adalah bersaudara.

Sesi Tadabbur disampaikan oleh Ust.Sj.Mohd Saleh b. Ramli, pensyarah MTNP


Program Kemasyarakatan Pelajar MTNP di Kampung Peramu.

7 Jun 2018. Alhamdulillah. Penyampaian sumbangan kepada fakir dan miskin sekitar Kampung Peramu, Kuantan.

Apa yang membanggakan ialah kutipan ini dibuat oleh sesama pelajar. Jumlah yang terkumpul agak besar kalau dinisbah seba-
gai seorang pelajar. Setiap fakir dan miskin mendapat sumbangan wang tunai dan barang makanan seperti beras, gula, tepung
dan lain-lain setiap seorang dan seramai lebih kurang 20 penerima berjaya disampaikan. Alhamdulillah.

Semoga sifat pemurah tersebut kekal di dalam diri mereka sehingga ke akhir hayat.
Aamiin..
Pertandingan Debat Yayasan Pahang edisi 2018

Maahad Tahfiz Negeri Pahang dengan kerjasama Yayasan Pahang akan menganjurkan Pertandingan Debat Yayasan Pahang
edisi 2018.

Program akan bermula pada 29hb Jun sehingga 1 Julai 2018 yang akan mengetengahkan 24 pasukan dari 17 sekolah seluruh
malaysia dan sebuah institusi dari Singapura.

Pertandingan terbahagi kepada 3 kategori debat iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

You might also like