You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BALING

JALAN MAHMUD.09100 BALING


KEDAH DARULAMAN
TEL : 04 4702284 FAX : 04 4702914
Email : skbaling@gmail.com

Ruj.Kami : SKB 600 – 3/2/4(1)


Tarikh : 20/2/2020

Ahli Persatuan Bahasa Inggeris


Sekolah Kebangsaan Baling

Tuan,
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bahasa Inggeris

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Baling
akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Februari 2020


Masa :1.30 tgh
Tempat :1 Marikh

2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut


i) Perutusan Pengerusi
ii) Ucapan Penasihat
iii) Pengesahan Minit Mesyuarat
iv) Perkara- Perkara Berbangkit
v) Pembentangan Laporan Tahunan
vi) Pembentangan Rancangan Aktiviti Tahunan
vii) Perlantikan Ahli Jawatankuasa
viii) Hal-Hal Lain
ix) Ucapan Penangguhan

3. Saudara / saudari dijemput hadir ke mesyuarat ini.Kehadiran amat dihargai.

Sekian ,terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………………………………
( )
Setiausaha Persatuan Bahasa Inggeris
Sekolah Kebangasaan Baling
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN BAHASA INGGERIS

Tarikh : 27/02/2020

Masa : 1.30 Tgh

Tempat : 1 Marikh

Hadir :

1. Mohd Azlisham Bin Ibrahim

2. Ooi Bee Giat

3. Najwa Binti Ahmad Tajuddin

4. Norhafiza Binti Halim

5. Wan Nursyarwani binti Wan MD Saad

Hadir bersama :

1.Ahmad Yousob Bin mat (Guru Besar)

2. Nordiana Binti Zulkiflee (PK Kokurikulum)

i. Perutusan pengerusi.
1. Pengerusi mengucapkan terima kasih keatas kehadiran semua guru pemimpin
Persatuan Bahasa Inggeris sekolah.
2. Pengerusi juga memperkenalkan guru pemimpin Persatuan Bahasa Inggeris
seramai lima orang.

ii. Ucapan Guru Penasihat Persatuan

3. Penasihat mamaklumkan agar semua ahli persatuan memainkan peranan


masing-masing bagi mencapai matlamat perancangan tahunan persatuan.

4. Guru-guru penasihat persatuan juga perlu mengambil inisiatif dalam


mempelbagaikan aktiviti yang lebih menarik dalam setiap perjumpaan mingguan.
iii. Pengesahan MInit Mesyuarat

5.

Cadangan :Muhammad Adam Bin Azhar


Sokong : Muhammad Haris Irfan Bin Mohd Shukri

iv. Perkara Berbangkit

6. Penglibatan murid dalam aktiviti persatuan masih ditahap sederhana


walaupun pelbagai usaha dijalankan oleh guru-guru penasihat.

7. Penggunaan Speaker Corner masih ditahap yang rendah dan tidak berfungsi
seperti yang dirancangkan dalam perancangan persatuan.

8. Guru penasihat perlu memainkan peranan untuk menggalakkan ahli persatuan


terlibat dengan aktif dalam Speaker Corner.

v. Pembentangan Laporan Tahunan

9. Lapan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perjumpaan persatuan pada


tahun 2019 seperti dalam Lampiran 1.

vi. Pembentangan Rancangan Aktiviti Tahunan

10. Segala aktiviti dirancang mengikut perbincangan guru-guru penasihat seperti


dalam Lampiran 2.

vii. Pelantikan Ahli Jawatankuasa

11. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Persatuan Bahasa Inggeris dipilih mengikut


undian ahli Persatuan Bahasa Inggeris sekolah seperti dalam Lampiran 3.

viii. Hal-Hal Lain

12. Pengerusi mengharapkan ahli-ahli Persatuan Bahasa Inggeris aktif dalam


menyertai aktiviti dalam persatuan.

13. Pengerusi memberi penekanan kepada semua ahli persatuan kepentingan


penglibatan dalam aktiviti persatuan bagi mendapat kredit yang tinggi dalam
rekod PAJSK.
14. Pengerusi mengingatkan kepada ahli yang tidak hadir dalam perjumpaan
mingguan persatuan akan dikenakan tindakan.

ix. Ucapan Penangguhan

15. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Dicatat oleh, Disemak oleh,

……………………………. ……………………………..
(Nur Darwisya Afriena Mohd Azrul Huzaimi) ( Mohd Azlisham Ibrahim )
Setiausaha, Guru Penasihat
Persatuan Bahasa Inggeris Persatuan Bahasa Inggeris
SK.Baling SK.Baling

You might also like