You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU BESAR

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL. 1 2016

TARIKH: 29 Disember 2015 (Selasa)


MASA: 9.00 pagi
TEMPAT: Bilik Gerakan Sekolah Kebangsaan Pulau Besar

KEHADIRAN:
1. PN. NORIZAH BT ZAINOL (GURU BESAR)
2. PN. HAMIDAH BT HASAN (GPK KURIKULUM)
3. PN. KAMARIAH BT MOHAMAD (GPK HEM)
4. EN. MOHD FAIZAL BIN ABU KHALEL (GPK KOKO)
5. EN. WAN HUSNI HASIFFUDDIN BIN WAN ZAKI (SETIAUSAHA KOKURIKULUM)
6. PN. MISLAH BT JAAFAR
7. PN. MUNIRA BT MOHD HATTA
8. CIK SITI ZAILIFFAH BT MD. ZAIN
9. CIK NORMALA ASYIKIN BT ZAINAL
10. CIK SITI AISHAH BT MOHD HALIM
11. CIK NOR JAURIAH BT OTHMAN
12. PN. NORAINI BT RAMLI
13. PN. RODZIAH BT HASSAN
14. PN BAHVIAH NAZIFAH BT BAHRUDIN
15. PN. ZALIKHA BT HASHIM
16. USTAZ HAFIZ BIN RUSLI
17. PN MAHNIZA BT MAHMOOD

TIDAK HADIR BERSEBAB:


-
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada
mesyuarat kali pertama bagi sesi 2016 ini.
Makluman
2.0 UCAPAN GURU BESAR
2.1 Guru besar menyampaikan ucapan penghargaan dan tahniah di atas kerjayaan
guru-guru Sekolah Kebangsaan Pulau Besar kerana berjaya menandingi
pencapaian gred purata sekolah (GPS) UPSR 2015 baru-baru ini.
Makluman

2.2 Guru Besar memaklumkan bahawa e-operasi bagi sesi 2016 akan beroperasi
semula pada 1 Januari 2016 dan meminta semua guru untuk mengemaskini
jadual pengajaran dan pembelajaran masing-masing dalam sistem e-operasi.
Semua Guru

2.3 Guru Besar juga mengingatkan bahawa buku rekod pengajaran guru-guru perlu
dihantar di pejabat sekolah pada setiap hari jumaat dan selewat-lewatnya pada
pagi isnin. Sekiranya guru-guru tidak menghantar buku rekod pengajaran pada
hari yang telah ditetapkan, guru tersebut boleh dikenakan tatatertib. Beliau juga
memaklumkan bahawa buku rekod kedatangan perlu diisikan sehingga bulan
Disember.
Makluman
2.4 Guru Besar juga memaklumkan fokus 2016 semua guru-guru diterapkan
keseronokan sewaktu bekerja, kualiti kepimpinan serta pengurusan guru-guru dan
keberhasilan murid.
Semua Guru

3.0 PERANCANGAN KOKURIKULUM 2016


3.1 GPK Kokurikulum menerangkan visi dan misi serta carta organisasi ahli
jawatankuasa Kokurikulum dan beliau memaklumkan bahawa segala jawatan
yang terdapat pada carta organisasi ahli jawatankuasa Kokurikulum dikekalkan
seperti jawatan pada tahun 2015.
Makluman
3.2 Unit Kokurikulum terbahagi kepada:
3.2.1 1M1S

1.2.1.1 GPK Kokurikulum memaklumkan bahawa pertukaran waktu


baru aktiviti Kokurikulum berubah pada pukul 2.30 petang dan
berakhir pada pukul 4.30 petang. Aktiviti kokurikulum akan
bermula pada 20 Januari 2016 bersamaan hari rabu minggu
ketiga persekolahan.
Makluman

1.2.1.2 Semua guru sebulat suara untuk mengugurkan permainan bola


sepak dan hanya 3 jenis permainan untuk 1M1S. Permainan
tersebut bola jaring, bola baling dan badminton. Beliau juga
memaklumkan bahawa bulan Januari memfokuskan kepada
latihan badminton, ping-pong, merentas desa dan sepak
takraw kerana pertandingan bagi setiap acara bermula pada
awal Febuari.
Semua Guru

3.2.2 Kelab dan Permainan


1.2.1.3 Aktiviti kelab atau persatuan, permainan dan unit beruniform
akan dilaksanakan pada hari Rabu petang secara bergilir-gilir
pada jam 2.30 petang.
Makluman

1.2.1.4 GPK Kokurikulum memaklumkan bahawa Kelab Rukun Negara


digugurkan kerana peruntukan untuk meneruskan tidak
mencukupi.
Makluman

1.2.1.5 GPK Kokurikulum memaklumkan bahawa waktu kegiatan


kokurikulum mestilah sekurang-kurangnya 12 kali setahun bagi
setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan.
Makluman
3.3 Unit Beruniform
3.3.1 GPK Kokurikulum memaklumkan kepada semua guru bahawa Badan
Beruniform dikekalkan iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah dan hanya
perubahan kepada ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah dibahagikan
kepada 3 kumpulan mengikut ahli rumah sukan biru, hijau dan merah.
Makluman

3.3.2 GPK Kokurikulum mencadangkan kehadiran guru sewaktu aktiviti


Kokurikulum Badan Beruniform iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah
adalah secara bergilir-gilir mengikut minggu. Semua guru sebulat
suara bersetuju dengan cadangan yang dicadangkan oleh GPK
Kokurikulum.
Makluman

4.0 TAKWIN KOKURIKULUM 2016


4.1 GPK Kokurikulum memaklumkan bahawa segala penglibatan murid dalam aktiviti
kokurikulum mempunyai markah dan pengumpulan markah murid adalah secara
pengaplikasian ‘online’ . Beliau juga akan mengedarkan borang rumusan aktiviti
sukan atau kokurikulum bagi tahun 4 dan tahun bagi setiap guru nanti.
Makluman

4.2 GPK Kokurikulum membentangkan takwin kokurikulum sepanjang tahun 2016.


Beliau memohon agar semua guru mengambil maklum tentang takwin
kokurikulum seperti yang berikut :
4.2.1 Pertandingan Ping Pong : 21 Januari 2016
4.2.2 Aktiviti Merentas Desa : 23 Januari 2016
4.2.3 Pertandingan Kawad Kaki : 6 Mei 2016
Semua Guru

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Pn. Rodziah menyatakan harapan beliau untuk membawa murid untuk latihan
ping-pong pada waktu kokurikulum dan dalam masa yang sama beliau berharapan
waktu latihan ini diteruskan untuk pencarian bakat untuk pelapis sukan ping-pong
akan datang.
Makluman
6.0 UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Pengerusi memohon kerjasama dari semua guru bagi memastikan perjalanan
pentadbiran sekolah dan kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Pulau Besar
berjalan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... .......................................
(Wan Husni Hasiffuddin Bin Wan zaki) (EN. MOHD FAIZAL BIN ABU KHALEL)
Setiausaha Kokurikulum GPK Kokurikulum
SK Pulau Besar SK Pulau Besar

You might also like