You are on page 1of 6

1. The engineer has a duty of care to the public under common law.

Discuss,

giving examples, the obligations that his duty imposes on himself as a

Professional Engineer.

Definisi publik – ialah orang awam dan ianya terbahagi kepada dua iaitu :-

i. penguna

ii. orang awam yang berada di sekeliling kawasan pembinaan.

Tanggungjawab untuk menjaga keselamatan public di bawah undang-undang

am (common law). Sebagai contoh projek pembinaan sekolah yang di buat di

kawasan perumahan/perkampungan. Di antara tanggungjawab yang perlu

diberi penekanan ialah :-

1. Penyiasatan tapak

Penyiasatan tapak perlu dijalankan untuk menentukan keadaan tanah dan

pemilihan jenis penapak yang bersesuaian. Selain dari itu, pelanggan dan

Jurutera Professional boleh memilih tapak yang kurang memberi

gangguan kepada orang awam serta mendatangkan kerosakan kepada

harta benda awam terutamanya apabila peralatan / mesin dibawa masuk

ke tapak.

2. Rekabentuk

Rekabentuk yang dipilih mestilah yang paling sesuai bagi meminimakan

kerosakan kepada harta awam. Jurutera Professional perlu merekabentuk


mengikut ‘code of practice’. Sebagai contohnya, untuk kerja-kerja

penanaman cerucuk, elakkan pengunakan mesin disel yang akan

memberi impak yang besar kepada penduduk sekitar di mana

kebiasaannya rumah-rumah di kampung tidak direkabentuk mengikut

standard-standard yang ditetapkan dan selalunya dengan hentaman

mesin cerucuk akan menyebabkan kegagalan kepada rumah tersebut.

3. Pelantikan Kontraktor

Kontraktor yang dipilih/dilantik, perlulah mempunyai rekod yang baik dari

projek-projek yang lalu. Pemilihan bukan hanya bergantung kepada harga

terendah sahaja kerana komunikasi yang baik adalah amat perlu apabila

berhadapan dengan orang awam. Kontraktor yang dilantik perlulah

memberi kerjasama kepada Jurutera Professional dalam melaksanakan

kerja dengan memberi keutamaan kepada pelanggan tanpa mengabaikan

kepentingan orang awam dan harta awam..

4. Penyeliaan Tapak Bina

Ini adalah peringkat yang paling utama dan paling penting di mana ketika

ini semua pekerja dan peralatan akan berada di tapak. Sekiranya tidak

dikawal , ianya akan memberi gangguan serta mendatangkan ketidak

selesaan kepada keselamatan dan harta awam. Adalah menjadi

tanggungan jawab Jurutera Professional memastikan semua ini

terpelihara.
Selain dari itu Jurutera Professional perlu memastikan bahawa pihak

kontraktor mematuhi lukisan-lukisan serta pelan seperti mana yang

ditetapkan dan juga spesifikasi yang terdapat di dalam dokumen kontrak.


2. If you were a consulting engineer and were submitting Turnkey tender on

behalf on a Turnkey Contractor, would you consider a conflict of interest

between the role of a consulting engineer and contractor? Enlarge on the

ethics of this subject.

Pada amnya, projek secara turnkey merupakan projek yang besar dan

memerlukan kepakaran yang tinggi dan pada kebiasaannya adalah ‘fast

track’ projek. Sebagai contoh projek secara turnkey di Malaysia adalah Kuala

Lumpur International Airport (KLIA), Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan

Hospital Selayang. Pada kebiasaannya tender dibuat secara ‘selective’ atau

rundingan terus bergantung kepada jenis projek.

Di dalam projek yang dilaksanakan secara turnkey, pihak kontraktor diminta

untuk merekabentuk, membina, memeriksa, menguji dan menyelenggara

projek tersebut mengikut syarat-syarat kontrak. Pada peringkat awalnya,

pihak klien hanya menyediakan keperluan yang dipanggil sebagai ‘need

statement’ atau pun projek brief sebagai panduan kepada petender untuk

menyediakan kertas cadangan. Berdasarkan kepada brief tersebut pihak

kontraktor akan melantik pakar iaitu perunding untuk menyediakan konsep

rekabentuk dan spesifikasi serta kos projek.

Setelah cadangan tersebut diterima oleh pihak klien dan dipersetujui maka

kontraktor akan diminta untuk melaksanakan projek mengikut ‘term and


condition’ yang telah dipersetujui. Pada kebiasaannya, kontraktor sebagai

‘profit oriented body’ akan cuba untuk mendapatkan keuntungan yang lebih

dengan cara cuba memberikan produk atau peralatan yang kurang bermutu

yang mana kurang kecekapan dan ‘low performance’.

Sebagai Jurutera Perunding di dalam projek turnkey ini, beliau hendaklah

menjalankan tugas untuk mempastikan bahawa kerja yang dilaksanakan

mengikut spesifikasi yang ditetapkan di dalam kontrak. Sebagai Jurutera

Perunding yang bertanggungjawab dalam projek tersebut hendaklah

memastikan kemuliaan ‘dignity’ sebagai Jurutera Professional terjaga.

Beliau perlu menjaga kepentingan awam dan juga keselamatan serta

kepentingan klien. Sebagai seorang Jurutera Professional, sifat jujur, amanah

serta tulus dan ‘intergrity’ dalam menjalankan tugas sebagai Jurutera

Perunding dalam projek tersebut. Tiada tolak ansur dalam perkara-perkara

yang tidak betul seperti penipuan dan sebagainya kerana ini boleh

menggugat kekompetensinya sebagai Jurutera Professional.

Oleh itu pihak kontraktor dan juga Jurutera Perunding perlu memahami tugas

yang telah diamanahkan kepada mereka yang mana pihak perunding

hendaklah memastikan projek dilaksanakan mengikut Dokumen Kontrak dan

Jurutera Perunding yang dilantik dapat menjaga dan memastikan kerja


pembinaan, kualiti bahan binaan dan produk yang dihasilkan oleh kontraktor

mengikut spesifikasi dan lukisan seperti yang ditetapkan.

You might also like