You are on page 1of 44

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA

UJIAN, PENGUKURAN DAN


PENILAIAN

H
A
SI
L
P
E
M
B
E
L
AJ
A
R
A
N

  Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:  

1. Menerangkan definisi dan konsep ujian, pengukuran dan penilaian;


2. Menghuraikan sejarah pendidikan jasmani di Malaysia;

3. Menyatakan sejarah ujian, pengukuran dan penilaian;

4. Menjelaskan tiga bidang utama ujian, pengukuran dan penilaian;


5. Menjelaskan kepentingan ujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani;

6. Merumuskan keperluan pengukuran dalam proses penilaian; dan

7. Mengenal pasti prinsip-prinsip ujian dan pengukuran dalam penilaian.


 

PENGENALAN

Cikgu Borhan sedang menjalankan ujian daya tenaga asas (UDTA) di sekolah beliau bagi menguji
tahap kecergasan murid Tahun 6. Bagi menjalankan penilaian ini, beliau menggunakan beberapa
ujian untuk mengukur tahap kelembutan, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular dan
kepantasan murid-murid beliau. Untuk membolehkan Cikgu Borhan menjalankan ujian di atas, beliau
perlulah mempunyai pengetahuan khusus di dalam bidang ujian, pengukuran dan penilaian dalam
pendidikan jasmani. Mengapakah beliau memerlukan pengetahuan tentang ujian, pengukuran dan
penilaian ini? Sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut berhubung situasi ini, terlebih
dahulu kita perlulah jelas akan maksud ujian, pengenalan dan penilaian dalam pendidikan jasmani.

Ujian, pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan
pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan
produktif. Rajah 1.1 memberi gambaran pendidikan jasmani di sekolah kepada kita. Pengajaran
dalam pendidikan jasmani perlu dinilai untuk menentukan tahap kejayaannya. Ini bukan saja dapat
menberi maklum balas terhadap pembelajaran murid tetapi ia juga dapat menentukan
keberkesanan pengajaran guru pendidikan jasmani. Di dalam topik ini, perbincangan kita akan
merangkumi tentang konsep asas kepada ujian, pengukuran dan penilaian dengan melihat pelbagai
definisi yang dikemukakan. Selanjutnya, kita akan memberi tumpuan kepada latar belakang ujian,
pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani di Malaysia. Kita juga akan melihat sejarah
dalam ujian, pengukuran dan penilaian dan menjelaskan bagaimana ia mempengaruhi
perkembangan pendidikan jasmani di negara kita.

Bidang–bidang Ujian, Pengukuran dan Penilaian


Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, terdapat tiga bidang utama dalam ujian, pengukuran
dan penilaian. Penilaian dalam Pendidikan Jasmani digambarkan dalam  Rajah 1.4 di bawah.

Rajah 1.4: Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

Penerangan untuk ujian psikomotor, kognitif dan afektif dijelaskan seperti berikut:

a. Ujian Psikomotor
Untuk ujian psikomotor, anda dikehendaki untuk menilai kebolehan dan kecekapan fizikal
murid anda yang melibatkan kemahiran otot-otot kecil (bermain piano) dan otot-otot besar
(lompat jauh). Jansma (1988) menerangkan dalam penyelidikan beliau, terdapat empat
bahagian asas dalam ujian psikomotor. Ini digambarkan dalam Rajah 1.5.

Rajah 1.5: Bahagian asas ujian psikomotor


b.

Penerangan empat bahagian asas dalam ujian psikomotor adalah seperti berikut:

Terdapat pelbagai ujian untuk mengukur komponen dalam psikomotor. Jadual 1.2
menunjukkan komponen kecergasan fizikal yang boleh digunakan berpandukan
kepada senarai ujian yang disediakan oleh pusat perkembangan kurikulum 1999.

c. Jadual 1.2: Penilaian kecergasan fizikal yang di sediakan


oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999

d.

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan

Komponen kecergasan Ujian Kumpulan sasaran

1. Daya tahan Cooper Tahun 1 hingga Tingkatan 5


kardiovaskular (Larian/berjalan 12 minit)

2. Kekuatan otot Bangkit tubi berperingkat Tingkatan 3 hingga 5

3. Daya tahan otot a. Mendagu (lelaki) Tahun 4 hingga Tingkatan 5


b. Mendagu dalam
kedudukan  condong
(prempuan)

4. Kelenturan Duduk jangkau Tahun 1 hingga Tingkatan 5

5. Komposisi tubuh badan Ukuran lilitan badan Tahun 1 – Tingkatan 5

Kecergasan Fizikal Berasaskan Perlakuan Motor

6. Kelajuan a. Lari pecut 30 meter Tahun 3 hingga 6


b. Lari pecut 50 meter Tingkatan 1 hingga 5

7. Imbangan Dirian bangau (Strok Stand) Tahun 4 hingga Tingkatan 5

8. Ketangkasan a. Lompat kuadron Tahun 1 hingga Tingkatan 5


b. Illinois
Tahun 1 hingga Tingkatan 5

9. Kuasa a. Lompat jauh berdiri Tahun 1 hingga Tingkatan 5


b. Lontaran Tahun 1 hingga Tingkatan 5
bolabaling/keranjang aras
dada

10 Nelson Choice-Response- Tahun 4 hingga Tingkatan 5


Masa tindak balas
. Movement

11 a. Mengelecek bola dengan Tahun 1 hingga Tingkat 5


Kordinasi
. tangan Tahun 1 hingga Tingkat 5
b. Mengelecek bola dengan
kaki
e.

f. Ujian Kognitif
Seperti yang boleh anda lihat dalam jadual di atas, ujian kognitif adalah untuk
mengukur pengetahuan dan kepintaran pelajar. Dalam ujian kognitif, anda akan dapati
6 peringkat cara berfikir dalam Taxonomy Cognitive Bloom iaitu:

i. Pengetahuan iaitu kebolehan mengingat (contohnya: nama ibu kota, nama


negara).
ii. Pemahaman iaitu kebolehan memahami (contohnya: membuat kesimpulan).

iii. Aplikasi iaitu kemampuan penerapan (contohnya: menggunakan suatu


pengetahuan yang diperolehnya untuk menyelesaikan masalah).

iv. Analisis iaitu kemampuan menganalisis suatu maklumat yang luas


dibahagikan menjadi bahagian-bahagian kecil (contohnya: menganalisis
pengertian suatu puisi).

v. Sintesis iaitu kemampuan menggabungkan beberapa maklumat menjadi suatu


kesimpulan (contohnya: mengenalpasti jenis kategori binatang).
vi. Penilaian iaitu kemampuan membuat pertimbangan sifat yang baik dan sifat
yang buruk.

g. Ujian Afektif
Ujian afektif pula merangkumi penilaian dari segi perasaan, nilai-nilai dan emosi
individu. Untuk makluman anda, ujian ini adalah berbentuk subjektif. Ujian ini
dilakukan melalui pengawasan dan interaksi secara langsung dengan murid anda.
Penilaian afektif dibahagi kepada ujian secara umum (menilai tingkah laku) dan
penilaian afektif berbentuk akademik (peperiksaan).

Kebanyakan guru pendidikan jasmani merasakan ujian ini tidak begitu sesuai
digunakan kerana penilaiannya yang tidak jelas. Mereka lebih cenderong kepada ujian
psikomotor dan kognitif. Tetapi ada juga yang berpendapat sebaliknya bagi ujian ini.
Berpandukan kepada kenyataan di atas, sesetengah guru pendidikan jasmani
merasakan yang ujian afektif ini tidak sesuai digunakan kerana:

i. Perubahan sikap berlaku secara berperingkat-peringkat. Pengetahuan dan


kemahiran boleh berubah dalam masa yang singkat, tetapi sikap dan nilai-nilai
memerlukan masa yang panjang untuk berubah.
ii. Sukar untuk mengenalpasti penilaian yang dibuat terhadap minat, sikap, dan
nilai. Secara umum, tidak terdapat satu garis panduan atau kaedah yang jelas
untuk menilai faktor-faktor ini.

iii. Hasil daripada penyelidikan yang dibuat menunjukkan guru pendidikan


jasmani mempunyai masa yang terhad untuk menilai ujian fizikal, kemahiran
pengetahuan dan afektif murid secara serentak dan kerap (Philips dan Hornak
1979; Mood 1982). Kekangan ini membataskan ketepatan penilaian yang
dibuat.

Keperluan Pengukuran dalam Proses


Penilaian
Setelah kita membincangkan definisi dan sejarah ujian, pengukuran dan penilaian, seterusnya kita
akan melihat keperluan pengukuran dalam proses penilaian. Keperluan pengukuran ini adalah
pelbagai dan meliputi beberapa aspek. Di antara aspek-aspek tersebut adalah seperti yang
dinyatakan dalam Rajah 1.6 berikut.

Rajah 1.6: Keperluan pengukuran dalam proses penilaian

Di bawah adalah penerangan lanjut tentang aspek-aspek keperluan pengukuran dalam proses
penilaian:

Klik pada aspek-aspek berikut untuk melihat keterangan lanjut.

a. Motivasi  Papar
b. Diagnosis (pengenalpastian)  Papar
c. Klasifikasi   Papar
d. Pencapaian   Papar
e. Penilaian pengajaran dan program   Papar
f. Ramalan   Papar
g. Penyelidikan   Papar

PRINSIP-PRINSIP UJIAN DAN


PENGUKURAN DALAM PENILAIAN
Terdapat tiga prinsip ujian dan pergerakan dalam penilaian, iaitu:
i. sebagai alat untuk mengukur keberkesanan program;
ii. untuk memenuhi objektif dan keperluan; dan

iii. untuk menentukan kaedah penilaian.


iv. Sebagai Alat untuk Mengukur
Keberkesanan Program
v. Apabila prinsip-prinsip ujian dan pengukuran digunakan dalam penilaian, ia boleh
mengenalpasti keberkesanan sesuatu program, sama ada ianya berjaya atau tidak.
Sesebuah program yang didapati berkesan akan terus digunakan untuk masa hadapan
sebagai bahan rujukan. Jika didapati ia tidak berkesan, penggubahsuaian terpaksa
dilakukan untuk memperbaiki  kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sesuatu
program. Ia mestilah berdasarkan pelbagai jenis prosedur (soalan pilihan objektif,
soalan subjektif, essei, projek, teknik pemerhatian dan teknik laporan kendiri).

vi. Memenuhi Objektif dan Keperluan


Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif dan keperluan
program pendidikan jasmani. Penilaian ini memberi maklum balas sama ada program
tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada pihak tertentu untuk mengubah
strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang dirangkakan tercapai. Keperluan
sesetengah pihak juga harus dipertimbangkan bagi menjayakan sesuatu program. Ia
juga dapat mengelakkan dari berlakunya bias.

Menentukan Kaedah Penilaian


i. Penilaian dapat dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan cara. Segala prosedur
penilaian mestilah sesuai dengan prestasi yang akan diukur (prosedur yang betul, objektif,
ketepatan dan menyakinkan). Ia juga mestilah berdasarkan persekitaran dan keluasan
pembelajaran dan pembangunan seseorang pelajar.

KRITERIA PEMILIHAN UJIAN DALAM


PENILAIAN
Kriteria-kritera pemilihan ujian dalam penilaian kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti
hendaklah diambil kira apabila memilih atau membentuk ujian. Jika dua ujian bersamaan dengan
kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti, kriteria di bawah boleh menolong anda mengenalpasti
ujian mana yang boleh dipilih. Sila rujuk Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Kriteria pemilihan ujian dalam penilaian

Penerangan bagi kriteria-kriteria tersebut:

Klik pada kriteria-kriteria berikut untuk melihat keterangan lanjut.

a. Mudah ditadbir  Papar


b. Kos pentadbiran ujian  Papar
c. Sumber manusia dan peralatan   Papar
d. Memenuhi objektif   Papar
e. Mencabar dan bermakna   Papar

Persediaan Pra-ujian
Anda merancang sebelum memberi ujian untuk memastikan persediaan yang anda lakukan
adalah memadai dan pentadbiran tersebut akan berjalan dengan lancar. Persediaan pra-ujian
adalah merangkumi kesemua persediaan yang wujud sebelum pentadbiran ujian tersebut. Ia
termasuklah beberapa tugasan iaitu memahami ujian tersebut, memajukan prosedur ujian,
memajukan arahan, pra-perancangan terhadap individu yang hendak dilakukan ujian,
merancangkan ujian percubaan dan pemanasan, menyediakan peralatan dan kemudahan
untuk ujian tersebut, membuat kertas permarkahan, menganggarkan masa ujian yang
diperlukan, dan memberi ujian. Ini dijelaskan dengan terperinci di bawah:
a. Memahami ujian
Apabila anda melakukan perancangan dalam pentadbiran ujian untuk pertama kali,
baca arahan atau manual ujian beberapa kali, fikirkan tentang ujian yang kamu baca.
Ini adalah cara untuk menghindarkan terlepas pandang segelintir prosedur , dimensi
dan bentuk ujian tersebut.

b. Memajukan prosedur ujian


Apabila anda dah mahir dengan ujian yang dilakukan, mulakan dengan memajukan
prosedur untuk pentadbiran tersebut. Ini termasuklah pemilihan prosedur penilaian
yang berkesan, memutuskan sama ada untuk melakukan ujian secara serentak
terhadap semua individu atau dalam berkumpulan dan memastikan sama ada seorang
sahaja melakukan ujian tersebut atau secara berpasangan melakukan ujian sesama
sendiri.

Jika anda merancang untuk mentadbir beberapa ujian dalam hari yang sama, maka
kepenatan mereka akan membataskan. Jangan beri ujian yang melibatkan kumpulan
otot yang sama. Juga, jangan rancang untuk mentadbir acara yang memenatkan,
seperti marathon atau ujian kesungguhan yang maksimum. Langkah yang seterusnya
adalah mengenal pasti keperluan markah dan unit pengukur. Sebagai contoh, dalam
ujian “curl-up”, anda mungkin memerlukan individu tersebut memulakan dalam
keadaan telentang, dengan keadaan bahu rapat dengan lantai dan lutut lurus.
Kemudian, dengan lengan bersilang dan tangan diletakkan dalam keadaan
bertentangan untuk bangkit sampai kedua-dua siku menyentuh peha, dan akhir sekali, 
balik kepada keadaan permulaan. Semua dikira satu jika ia dilakukan dengan betul.

Di sini juga, apabila diperlukan, anda hendaklah memilih unit dalam pengukuran
bagaimana anda hendak masukkan markah. Sebagai contoh, adakah anda hendak
mengira jarak dalam kaki atau inci atau kedua-duanya sekali; masa dalam minit atau
saat atau kedua-duanya sekali? Untuk memastikan markah boleh dianalisa dengan
cepat dalam matematiknya, anda hendaklah menggunakan salah satu unit pengukuran
dan selalunya dalam ukuran kecil.

Di tahap ini juga, anda haruslah memutuskan apa yang hendak dilakukan sekiranya
individu tersebut melakukan kesilapan semasa ujian dilakukan. Sama ada anda
mengabaikan kesalahan tersebut, memberi amaran dan terus mengira ujian tersebut,
atau memberi potongan markah, anda perlulah pastikan ia dilakukan terhadap semua
individu.

Akhir sekali, prosedur keselamatan amat penting. Selalulah rancang untuk menggunakan
tindakan yang segera dalam ujian di mana individu boleh mendapat kecederaan atau semasa
melakukan ujian kepada individu yang berumur. Jika anda tidak pernah melakukan ujian-
ujian yang tertentu sebelum ini, cubalah satu atau dua percubaan pentadbiran sebelum ujian
yang sebenar. Ini adalah ujian yang terbaik, bukan sahaja dalam perubahan dan penambahan
dalam prosedur yang hendak dilakukan, tetapi juga untuk melatih pentadbiran secara
peribadi.
c. Memajukan arahan
Selepas anda mengenal pasti prosedur, anda hendaklah memajukan tujuan. Ia
bertepatan penerimaan untuk membaca arahan kepada kumpulan sebelum melakukan
ujian tersebut terhadap mereka. Arahan tersebut hendaklah mudah untuk difahami dan
mestilah diikuti dengan perkara-perkara berikut:

 Prosedur pentadbiran;
 Arahan terhadap persembahan;

 Prosedur permarkahan dan polisi terhadap persembahan yang salah; dan

 Isyarat terhadap teknik untuk meningkatkan markah.

d. Menyediakan pelajar atau prosedur program


Memberitahu ujian yang akan dilakukan, maka mereka boleh berlatih. Ia akan
meningkatkan markah mereka. Bila kelas atau kumpulan tersebut tidak biasa dengan
ujian yang diberikan, lebihkan masa kepada mereka untuk menerangkan, sehari
sebelum ujian tersebut dilakukan. Ini termasuklah teknik-teknik untuk meningkatkan
markah ujian, dan memerhati latihan pra ujian tersebut.

Walaupun seseorang itu telah didedahkan terhadap ujian tersebut, mereka juga
memerlukan masa untuk mengingati teknik-teknik yang diperlukan. Dengan
tanggapan beberapa pengkaji keadaan, individu tersebut haruslah di beritahu ujian apa
yang akan dilakukan dan apa yang terlibat. Ini membolehkan mereka bersedia
daripada segi fizikal dan minda.

e. Merancangkan ujian percubaan dan pemanasan


Sebelum ini, anda mempelajari bahawa kebolehpercayaan meningkatkan pemanasan
pra ujian. Sifat terhadap pemanasan hendaklah dirancang. Pemanasan hendaklah
dilakukan secara terperinci terhadap kemahiran yang hendak dilakukan.

f. Menyediakan peralatan dan kemudahan untuk ujian


Anda hendaklah mempunyai semua peralatan yang diperlukan dan persediaan
kemudahan tempat sehari sebelum ujian dilakukan. Mempunyai kesemua peralatan
yang diperlukan, membuat garisan halangan, menanda tempat yang betul apabila para
pengambil ujian sampai pada waktunya dan menghindarkan masalah yang akan
timbul apabila para pengambil ujian menunggu giliran mereka.

g. Membuat kertas permarkahan


Menyediakan kertas permarkahan sebelum ujian untuk kesemua ahli kumpulan atau
individu kad permarkahan. Masukkan kesemua nama peserta dalam kertas atau kad
permarkahan sebelum ujian dilakukan. Terdapat banyak kelebihan menggunakan
kertas permarkahan. Kad permarkahan membolehkan peserta untuk bergilir ketika
melakukan ujian di stesen-stesen dan memudahkan mengisi markah dengan cepat
selepas melakukan ujian tersebut. Apabila seseorang melakukan ujian sambil
merekodkan permarkahan untuk setiap kumpulan, masa boleh dijimatkan.

h. Menganggarkan masa ujian yang diperlukan


Apabila ujian tidak mengambil keseluruhan kelas atau waktu program atau apabila
setengah kumpulan sedang mengambil ujian dalam hari tertentu, anda haruslah
merancangkan beberapa aktiviti untuk mengisi masa yang terluang. Jika ujian
program kecergasan dilakukan terhadap agensi atau syarikat, perancangan yang sama
diperlukan. Menganggarkan masa yang diperlukan dalam mentadbir ujian boleh
minimumkan kekeliruan dan maksimumkan penggunaan masa yang ada.

Pelaksanaan Ujian
Jika anda merancang dengan teliti, penilaian yang dilakukan akan berjalan dengan lancar. Walaupun
anda mengambil berat sewaktu hari ujian itu dilaksanakan, anda juga haruslah lengkap dengan
persediaan para pengambil ujian, motivasi dan keselamatan. Ini dapat kita lihat dalam Rajah 3.4 yang
berikut.

Rajah 3.4: Pelaksanaan ujian

Sila baca penerangan berikut untuk memahami perlaksanaan ujian dengan lebih jelas:

Klik pada pelaksanaan ujian berikut untuk melihat keterangan lanjut.

a. Persediaan  Papar
b. Motivasi  Papar
c. Keselamatan   Papar

Penilaian dan Pelaporan


Rasionalnya melakukan penilaian adalah untuk mengumpul maklumat para peserta dan hal
yang berkaitan dengan program pengajaran. Informasi ini hanya boleh digunakan selepas
ujian itu dilakukan. Keputusan ujian hendaklah dipulangkan kepada para peserta kerana ia
akan lebih bermakna untuk mereka dalam proses penilaian. Penilaian dan pelaporan termasuk
dalam prosedur selepas ujian. Menilai markah ujian dan menyimpan serta melaporkan
keputusan ujian diterangkan seperti berikut:

ii. Menilai markah ujian


Selepas ujian dilakukan, markah ujian perlulah dinilai menggunakan teknik-teknik
yang tertentu. Ini memerlukan memasukkan data dalam komputer untuk dinilai,
menyimpan rekod, dan/atau penerimaan data. Analisis adalah untuk mendedahkan
ciri-ciri yang boleh mempengaruhi proses pengajaran atau melaksanakan program dan
memberi maklumat terhadap kumpulan pengambil ujian dan menyediakan data untuk
permarkahan atau tujuan yang lain. Sesetengah individu tertarik dengan markah
mereka sendiri. Pelaporan keputusan ujian kepada peserta adalah cara motivasi yang
berkesan.

iii. Menyimpan dan melaporkan keputusan ujian


Menyimpan keputusan ujian selalunya digunakan untuk menempatkan kertas
permarkahan dan menganalisis mereka dalam fail yang tertentu. Maklumat yang
dibuat boleh memberikan perbezaan di antara kelas dan kumpulan di antara tahun,
program penilaian setiap tahun, dan pembangunan norma-norma. Untuk pengetahuan
bahawa kumpulan atau taraf kelas, selalunya berdasarkan keputusan ujain dan analisis
anda. Walaupun tidak penting untuk mengenalpasti markah, selalunya dalam situasi di
mana rekod kad yang tetap untuk setiap pelajar atau pengambil ujian itu disimpan. Ia
melalui kad yang disimpan, di mana mengikuti perkembangan para pelajar daripada
satu tahap ke satu tahap dan para peserta dari tahun ke tahun, di mana anda boleh
mengenalpasti peningkatan dari masa ke semasa.

Kepentingan Penggredan

i. Dalam  bidang perguruan, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memberi laporan

tentang gred yang dicapai oleh pelajar. Ini memberi infomasi kepada beberapa kumpulan
seperti pelajar, guru, pentadbir dan ibubapa. Mari kita lihat dengan lebih lanjut kegunaan
gred kepada kumpulan yang disebutkan berikut:
Kepentingan Penggredan

i. Dalam  bidang perguruan, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memberi laporan

tentang gred yang dicapai oleh pelajar. Ini memberi infomasi kepada beberapa kumpulan
seperti pelajar, guru, pentadbir dan ibubapa. Mari kita lihat dengan lebih lanjut kegunaan
gred kepada kumpulan yang disebutkan berikut:

Prinsip-prinsip Penggredan dalam


Pendidikan  Jasmani
Prinsip-prinsip penggredan dalam Pendidikan Jasmani adalah seperti berikut:
ii. Penggredan boleh digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi dan memberi
maklumat tentang pencapaian seseorang pelajar kepada ibubapa, guru, pentadbir dan
pelajar itu sendiri. Ia dikenali sebagai satu proses penilaian yang mudah difahami oleh
semua orang. Seperti yang kita maklum, setiap orang pelajar adalah unik. Hasil
penggredan ini dapat memberi maklumat dengan lebih lanjut tentang kelebihan dan
kelemahan seseorang murid.

iii. Gred adalah penilaian berterusan di mana ia boleh dijadikan sebagai panduan
pendidik untuk menunjukkan pencapaian pelajar. Penggredan juga digunakan untuk
menentukan status semasa murid. Seperti yang diperkatakan oleh Kirkendal, Grubel
dan Johnson (1987), penentuan status semasa murid ini merangkumi pemberian gred
dan memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi.

iv. Dengan menggunakan gred, matapelajaran Pendidikan Jasmani akan dapat


mengekalkan status quo di dalam persekitaran sekolah. Dengan menggunakan gred
secara berterusan, ia menjadi penyebut kepada pecahan untuk semua kelas.
v. Menjadi kelaziman untuk ukuran/kriteria rujukan kepada ujian, yang mana gred
menentukan prestasi secara tepat dan khusus. Seorang murid lebih suka menunjukkan
skil dan kecekapan daripada memilih satu jawapan daripada beberapa soalan dalam
ujian bertulis. Jenis penilaian ini boleh menyebabkan diskriminasi di antara murid dan
peluang untuk menentukan gred sewajarnya.

vi. Sejarah menunjukkan bahawa Pendidikan Jasmani telah dikritik kerana tidak
menghiraukan cara, bahasa dan ujian yang dijalankan. Ujian yang digunakan sering
kali tidak tepat, kurang matlamat dan tiada piawaian yang diperlukan untuk mencari
ketepatan dalam pengukuran. Dengan menggunakan gred kritikan ini, ia dapat ditepis
dan telah berjaya menyakinkan orang ramai. 

vii. Melalui gred juga, para guru boleh menggunakan maklumat bagi memilih pelajar
yang terbaik untuk mewakili sekolah. Dengan menggunakan kriteria-kriteria tertentu,
gred dapat menunjukkan sama ada pelajar dapat bersaing dengan lebih baik dan
proses pemilihan dapat dilaksanakan dengan lebih saksama tanpa unsur biasa.

PENENTUAN GRED DALAM


PENDIDIKAN JASMANI
Guru Pendidikan Jasmani seharusnya dapat menentukan cara yang hendak digunakan untuk
menentukan gred di dalam Pendidikan Jasmani. Di bawah adalah senarai asas penggredan dalam
Pendidikan Jasmani. Gred mestilah berdasarkan faktor pengukuran yang dapat menunjukkan
pencapaian murid dalam tiga domain pembelajaran. Menjadi tanggungjawab guru untuk mereka
bentuk teknik ujian yang bersesuaian bagi menentukan perkembangan murid dalam psikomotor,
kognitif dan afektif domain. Banyak faktor digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani dalam pemilihan
gred. Ia selalunya berdasarkan tiga domain; iaitu faktor psikomotor, faktor kognitif dan faktor afektif
seperti yang diterangkan seterusnya. Lihat Rajah 4.1.
Rajah 4.1: Faktor dalam pemilihan gred Pendidikan Jasmani

Faktor Psikomotor
Faktor psikomotor banyak digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani bagi menilai kebolehan
dan kecekapan fizikal murid. Ia melibatkan kemahiran otot-otot kecil dan otot-otot besar.
Antara aktiviti yang digunakan untuk penggredan ialah kemahiran dalam aktiviti, kecergasan
dan prestasi dalam permainan. Mari kita lihat Jadual 4.1 untuk mengetahui bagaimana gred
digunakan untuk menilai aktiviti.

Jadual 4.1: Penggunaan gred dalam menilai aktiviti

i. JENIS-JENIS GRED
ii. Gred terbahagi kepada tiga jenis, iaitu sistem gred tradisional, sistem lulus–gagal dan sistem
pemerian atau gambaran. Ketiga-tiga sistem gred ini digunakan secara meluas di mana-mana
sistem pendidikan di dunia. Mari kita lihat jenis gred yang digunakan dengan lebih lanjut. Sila
rujuk Rajah 4.2.

Rajah 4.2: Jenis-jenis gred


Kriteria pemilihan gred mestilah berdasarkan beberapa faktor, sebelum menilai murid.
Barrow dan McGee (1979) telah menyenaraikan beberapa faktor kriteria untuk pemilihan
gred bagi mendapat gred yang adil dan saksama di kalangan pelajar. Mari kita lihat kriteria-
kriteria yang disenaraikan:
iii. Gred mestilah berkait rapat dengan objektif pembelajaran. Jika faktor ini tidak
dimasukkan dalam objektif pengajaran, gred tidak boleh digunakan.

iv. Gred mestilah mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti. Sistem gred
yang digunakan hendaklah konsisten dan harus menunjukkan faktor pencapaian yang
telah murid lakukan.

v. Pemberat (peratusan jumlah gred) yang menentukan gred terakhir mestilah difahami
oleh murid dan ibubapa. Teknik untuk menentukan gred juga tidak harus dirahsiakan
dikalangan murid dan ibubapa dan tidak terlalu sukar sehingga kurang difahami oleh
mereka.

vi. Jika gred adalah rujukan norma atau rujukan kriteria, guru haruslah mendiskriminasi
antara pelajar yang baik dan pelajar yang lemah. Pelajar yang beraksi dengan tahap
yang lebih tinggi mestilah mendapat gred yang terbaik daripada pelajar yang beraksi
pada tahap yang buruk.

vii. Gred mestilah ditadbir secara ekonomi. Sistem yang digunakan hendaklah
dilaksanakan secara berkesan, terutama yang melibatkan masa, kos dan personal.
Dalam era ini, penggunaan komputer dilihat lebih berkesan dan memberi guru lebih
masa untuk persediaan di dalam kelas.

PENGGREDAN MUTLAK

i. Ada satu pendekatan yang berhubung antara satu sama lain. Rujukan norma ialah satu cara

untuk membentuk kriteria, di mana guru dapat mengasingkan kelas kepada beberapa
kumpulan berdasarkan kemampuan mereka. Kaedah ini sesuai untuk guru yang baru mula
mengajar dan guru yang masih kurang pengalaman dalam kaedah rujukan kriteria bagi
menilai skil, tahap kecergasan kesihatan, tingkah laku atau kognitif.

Rujukan kriteria boleh digunakan untuk menilai prestasi atau tingkah laku dalam kesihatan
yang berkaitan dengan kecergasan fizikal, psikomotor, afektif dan kognitif. Pendekatan ini
digunakan sebagai penilaian kepada pengukuran yang dibandingkan dengan piawaian yang
ditetapkan sebagai contoh markah, percubaaan yang berjaya dilengkapkan dan percubaan
yang berjaya dan tidak berjaya. Kadang–kala, ia juga boleh dirujuk sebagai gred penguasaan.
Berjaya atau tidak pendekatan ini bergantung kepada kebolehan guru untuk menyediakan
piawaian yang bersesuaian. Ia banyak digunakan sebagai min bagi penilaian dan
pengukuran. Kelebihan rujukan kriteria ialah gred tidak dipengaruhi oleh tahap kemahiran
murid, sama ada ia tinggi atau rendah.

ii. PENGUKURAN KARDIOVASKULAR


iii. Dalam subtopik ini kita akan melihat aspek-aspek yang berkaitan dengan pengukuran
kardiovaskular termasuklah latar belakangnya, fungsi dan prosedur ujian yang
digunakan.

Konsep, Matlamat dan Objektif Ujian dan


Pengukuran Kardiovaskular
Carrol (1994) menyatakan bahawa kecergasan kardiovaskular adalah merupakan keupayaan
seseorang untuk melakukan tugas berat secara berterusan bagi satu jangkamasa yang panjang.
Ia juga dikenali sebagai kecergasan aerobik, iaitu keupayaan sistem peredaran dan respiratori
untuk penyesuaian dan pemulihan kesan daripada aktiviti fizikal seperti berlari, berjalan laju,
berbasikal, berenang dan sebagainya (Nieman, 2003).

Matlamat ujian dan pengukuran kardiovaskular ialah seseorang itu boleh meningkatkan tahap
kecergasan kardiovaskular dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung,
diabetes, darah tinggi dan jenis-jenis kanser yang tertentu. Pate (1991) melaporkan terdapat
hubungan yang konsisten antara pengukuran dalam aktiviti fizikal, kecergasan fizikal dan
penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Melalui ujian dan pengukuran, kita boleh
mengenalpasti tahap kecergasan kardiovaskular seseorang dan mencadangkan latihan yang
sesuai bagi mereka. Ia juga boleh dijadikan motivasi untuk peningkatan prestasi, atau
meneruskan gaya hidup sihat, dan juga sebagai langkah awal untuk pengesanan penyakit.

Menurut Franks dan Howley (1998), kecergasan kardiovaskular dikaitkan dengan keupayaan
pengambilan isipadu maksima oksigen (VO2 max). Pengambilan isipadu maksima oksigen
ialah jumlah isipadu maksima gas oksigen yang digunakan oleh seseorang sewaktu
melakukan aktiviti yang meletihkan. American College of Sports Medicine (ACSM, 1999)
menjelaskan bahawa VO2 max adalah merupakan penunjuk yang paling baik untuk
menentukan tahap kecergasan kardiovaskular seseorang. Semakin tinggi nilai VO2 max,
semakin tinggilah tahap kecergasan kardiovaskular seseorang itu. Bagi ahli fisiologi senam,
pengukuran secara terus terhadap pengambilan maksima isipadu oksigen adalah merupakan
pengukuran yang mempunyai kesahan yang paling tinggi dalam mengukur keupayaan sistem
kardiovaskular (Heyward, 1998).

Mari kita lihat objektif ujian dan pengukuran kardiovaskular.


a. Ke arah kecergasan seumur hidup;
b. Memahami cara-cara mengukur komponen kecergasan diri; dan

c. Melahirkan minat terhadap kecergasan diri yang optima.

Fungsi Ujian dan Pengukuran


Kardiovaskular
Fungsi ujian dan pengukuran kardiovaskular diberikan di bawah:
a. Menaikkan kapasiti fizikal untuk berkerja pada semua peringkat umur;

b. Menurunkan kadar obesiti dan masalah yang berkaitan dengan obesiti;


c. Mengurangkan risiko penyakit coroneri arteri dan stroke;

d. Mengurangkan risiko menghidap diebetes;

e. Dapat membantu di dalam pengurusan stres dan kemurungan;

f. Dapat memberi persediaan daripada segi fizikal dan mental.

Bateri dan Prosedur Ujian dan Pengukuran


Kardiovascular
Skor kecergasan kardiovaskular menggambarkan betapa cekap atau tidaknya jantung dan
paru-paru anda bekerja untuk menghantar oksigen ke tisu-tisu dan organ-organ dalam badan
bagi menjalankan fungsi masing-masing. Sistem kardiovaskular yang sihat dapat
membekalkan darah dan oksigen yang diperlukan dengan mudah, tetapi sistem
kardiovaskular yang lemah terpaksa bekerja lebih keras membekalkan jumlah darah dan
oksigen yang diperlukan.

Klik pada ujian larian berikut untuk melihat keterangan lanjut.

a. Ujian Larian 1 batu dan 1.5 batu  Papar


b. 12 minit dan 9 minit larian (AAHPERD 1980)  Papar
c. 3 batu berjalan kaki (tanpa larian) (Cooper 1982)   Papar
d. 12 minit ujian berenang (Cooper 1982)   Papar

PENGUKURAN IMBANGAN
Sekarang kita akan melihat pula latar
belakang pengukuran imbangan, fungsinya
dan prosedur yang digunakan.
Konsep, Matlamat, dan Objektif Ujian dan
Pengukuran Imbangan
i. Berikut adalah konsep, matlamat dan objektif ujian dan pengukuran imbangan.

Klik pada konsep, matlamat dan objektif berikut untuk melihat keterangan lanjut.
ii. Imbangan adalah kebolehan untuk mengekalkan equalibrium menentang daya
graviti. Pusat imbangan (saluran semicircular) terdapat dalam bahagian dalam
telinga, deria kinestetik di otot dan sendi (“rasa” terhadap aktiviti), dan gambaran
tanggapan terhadap imbangan. Dalam sesetengah kedudukan, imbangan juga
mempengaruhi kekuatan. Jika penahan otot tidak boleh menampung berat badan,
bahagian badan, atau berat kepadatan dalam kedudukan luaran, imbangan adalah
terhad. Bagi sesetengah individu, peningkatan kekuatan disebabkan imbanganya
meningkat.

Secara asasnya, terdapat dua jenis imbangan: statik dan dinamik. Imbangan statik
adalah kebolehan untuk mengekalkan equilibrium. Apabila tidak bergerak, ia
selalunya dianggap sebagai kestabilan. Untuk mengekalkan keseimbangan statik, ia
memerlukan pusat tengah seseorang melebihi asas penampungan. Contohnya,
menganggap dalam kedudukan untuk menembak, melihat melalui mikroskop dan
membuat gaya ketika bergambar adalah keseimbangan statik.

Keseimbangan dinamik adalah kebolehan untuk mengekalkan equilibrium sementara


dalam gerakan atau menggerakkan badan atau bahagian badan dari satu tempat ke
satu tempat yang lain. Menari, berjalan, memukul bola golf dan bowling adalah
contoh keseimbangan dinamik. Keseimbangan dinamik dan statik diperlukan untuk
melakukan persembahan dalam aktiviti fizikal. Namun, kebolehan untuk
memulihkan keseimbangan juga diperlukan dalam kebanyakan aktiviti. Berlari,
menyepak, meloncat, melakukan aktiviti dengan peralatan gimnastik, melakukan
senaman lantai gimnastik dan bergusti adalah contoh salah satu aktiviti tersebut.
Sebagai fakta, semua pergerakan manusia terjadi disebabkan gangguan dalam
keseimbangan badan.
iii. Keseimbangan amat diperlukan, bukan sahaja dalam sukan dan berkaitan dengan
aktiviti fizikal tetapi juga dalam kita melakukan aktiviti seharian. Individu yang
mempunyai keseimbangan yang teruk adalah kerana kurang melakukan aktiviti
fizikal dengan berkesan. Juga, individu tersebut akan mudah untuk jatuh dan cedera
semasa melakukan aktiviti fizikal. Faktor baka atau keturunan juga mempengaruhi
kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan tetapi keseimbangan boleh
ditingkatkan melalui latihan aktiviti fizikal yang sesuai. Sebagai cadangan jika
mengajar Pendidikan Jasmani, peningkatan yang tertumpu dalam imbangan tidak
boleh digunakan dalam menilai gred pelajar. Jika imbangan adalah komponen yang
penting dalam aktiviti fizikal, persembahan pelajar dalam aktiviti tersebut akan
mempengaruhi tahap imbangan tersebut.

Fungsi Ujian dan Pengukuran


Keseimbangan

Ujian keseimbangan diklasifikasikan dalam


statik atau dinamik. Rumusan ujian
tersebut adalah praktikal, tidak mahal
untuk dilakukan dan memuaskan kedua-
dua jenis jantina yang melakukannya.
Koefisien kebolehpercayaan dan objektiviti
tidak didapati dalam kesemua ujian dan
yang dikesalkan, penerbitan norma-norma
hanyalah untuk individu dalam umur kolej.
Ia amat diperlukan dalam meningkatkan
norma-norma bagi penduduk dengan setiap
pekerjaan yang anda lakukan. Ia
dicadangkan bahawa norma-norma ujian
keseimbangan digunakan dalam bentuk
yang sama sebagai norma-norma
ketangkasan untuk meningkatkan tahap
berkaitan norma-norma. Walaupun tidak
kesemua faktor dalam ujian keseimbangan,
keletihan mungkin mempengaruhi
persembahan terhadap sesetengah individu.
Bagi tujuan ini, ia akan lebih bagus jika
tidak melakukan ujian keseimbangan
setelah melakukan aktiviti yang berat. Jadi
pengambil ujian akan lebih biasa dengan
ujian tersebut dan membenarkan mereka
lakukan latihan sebelum ujian. Latihan
membolehkan ramai individu mendapat
markah yang lebih baik.
Bateri dan Prosedur Ujian dan Pengukuran
Imbangan
a. Ujian Imbangan Statik (Johnson dan Nelson 1986)

Objektif ujian: Untuk mengukur keseimbangan yang tidak bergerak sambil berat
badan ditampung atas tapak kaki yang dominan.

Had umur: 10 tahun hingga umur kolej.

Peralatan: Jam randik.

Kesahan: Kesahan paras.

Kebolehpercayaan: Koefisien di antara .85 dan .87 telah dilaporkan menggunakan


kaedah ujian semula.

Objektiviti: Johnson dan Nelson (1986) melaporkan daripada pembelajaran yang


dijumpai adalah koefisien objektif .99.

Pentadbiran dan arahan: Individu mungkin akan dinilai dengan pasangan.


Pengambil ujian akan berdiri di atas tapak kaki dominan, letakkan kaki yang sebelah
lagi ke dalam di mana lutut menampung dan letakkan tangan di pinggang seperti
dalam Rajah 7.3. Pengambil ujian akan mengangkat tumit kaki dominan dari lantai
dan cuba untuk mengekalkan imbangan selama yang boleh. Pentadbir ujian haruslah
mengira dengan kuat dalam saat. Pasangan pengambil ujian akan merekodkan
bilangan saat pengambil ujian selama mana pengambil ujian boleh melakukan
keseimbangan. Ujian tersebut akan tamat setelah tangan bergerak dari pinggang,
apabila kaki dominan bergerak dari keadaan asal atau apabila tumit menyentuh lantai.
Percubaan sebanyak tiga kali dilakukan.

Permarkahan: Masa terbaik dalam saat, daripada tiga percubaan adalah markah yang
dikira. Oleh kerana tiada masa yang ditetapkan, dan sesetengah individu mungkin boleh
untuk melakukan keseimbangan dalam masa yang lama, mungkin anda memilih untuk
memberhentikan ujian tersebut, di mana melebihi norma yang purata.

Rajah 7.3: Ujian Imbangan Statik (Johnson dan Nelson 1986)


b.

c. Ujian Kayu Bass (Kaedah Kepanjangan) (Bass, 1939)

Objektif ujian: Untuk mengukur keseimbangan apabila berat badan ditampung di


atas kaki.
Had umur: 10 tahun hingga umur kolej.

Peralatan: Kayu 1” x 1” x 12”, jam randik dan pita pelekat.

Kesahan: Paras kesahan diterima.

Kebolehpercayaan: .90

Pentadbiran dan arahan: Semua kayu hendaklah dilekatkan di atas lantai. Individu
mungkin akan diukur secara berpasangan. Pengambil ujian hendaklah meletakkan
kaki berpanjangan di atas kayu (kaki dan tumit hendaklah bersentuhan dengan kayu).
Pengambil ujian akan mengangkat kaki yang berlainan dari lantai, angkat sedikit
tumit kaki dominan dari kayu dan cuba menahan kedudukan ini maksimum 60 saat
(lihat Rajah 7.4). Pentadbir ujian akan mengira dengan kuat dalam saat sementara
pasangan pengambil ujian akan merekodkan bilangan dalam saat pengambil ujian
mengekalkan imbangan. Ujian akan berakhir apabila mana-mana bahagian kaki
bersentuhan lantai. Tiga percubaan akan dilakukan bagi setiap kaki. Jika pengambil
ujian hilang keseimbangan di antara tiga saat terawal, percubaan tersebut tidak dikira.

Permarkahan: Markah adalah jumlah masa dalam saat untuk semua enam percubaan, tiga
bagi setiap kaki.

Rajah 7.4: Ujian Kayu Bass (kaedah kepanjangan). (Bass 1939)


d.
e. Ujian Kayu Bass (Kaedah Silang) (Bass 1939)

Ujian kaedah kayu silangan adalah sama dengan ujian kaedah kepanjangan kecuali
kaki yang menampung berat diletakkan bersilang atas kayu. Anda akan dapati ujian
keseimbangan statik berhubung-kait dengan persembahan gimnastik dalam
pengukuran buku teks. Imbangan kepala, tangan dan lengan adalah contoh ujian yang
diberikan.

f. Ujian Keseimbangan Dinamik

Objektif ujian: Untuk mengukur kebolehan mengekalkan keseimbangan semasa


pergerakan dan semasa mendarat dari lompatan.

Had umur: Sekolah menengah hingga kolej.

Peralatan: Jam randik, pita pengukur dan pita lantai.

Kesahan: Kesahan paras; .46 apabila berkait dengan ujian Bass terhadap imbangan
dinamik.

Kebolehpercayaan: .75 menggunakan ujian semula.

Objektiviti: .97

Pentadbiran dan arahan: Sebelas keping pita (1” x ”) diletakkan seperti dalam
Rajah 7.5. Pengambil ujian (1) berdiri dengan kaki kanan diletakkan di penanda
permulaan; (2) lompat ke penanda pita pertama, mendarat dengan kaki kiri dan cuba
untuk bertahan selama lima saat; (3) lompat ke penanda pita kedua, mendarat
menggunakan kaki kanan dan cuba bertahan selama lima saat; dan (4) sambung ke
penanda yang berkutnya, kaki berlainan dan cuba bertahan selama lima saat dengan
stabil. Kaki yang mendarat haruslah menutup kesemua pita. Pentadbir ujian hendaklah
mengira dalam saat setiap imbangan.

Permarkahan: Markah diberikan seperti berikut:

 Lima markah bagi setiap pendaratan yang berjaya di atas penanda pita (pita
ditutup sepenuhnya).
 Satu markah (melebihi lima saat) untuk setiap saat bertahan dalam kedudukan
stabil di atas penanda pita.

Maksimum 10 markah diberikan bagi setiap penanda pita dan 100 markah untuk keseluruhan
ujian ini. Pengambil ujian akan didenda lima markah bagi setiap kesalahan di bawah:
 Gagal berhenti ketika mendarat.
 Bahagian badan yang lain menyentuh lantai selain kaki yang digunakan untuk
mendarat.

 Gagal untuk menutup penanda pita dengan keseluruhan kaki.

Jika pengambil ujian membuat pendaratan yang salah dan kedudukan imbangan yang betul
dengan menganggap dan melakukan maksimum lima saat. Jika pengambil ujian mendarat
dengan betul di atas penanda pita tetapi melakukan salah satu kesalahan sebelum
melengkapkan bilangan lima saat, denda satu markah akan ditolak:
a. Salah satu bahagian badan menyentuh lantai selain kaki yang digunakan untuk
mendarat.
b. Gagal untuk menahan kaki mendarat dengan stabil dalam keadaan stabil.

PENGUKURAN KETANGKASAN

Subtopik ini pula akan membincangkan


latar belakang pengukuran ketangkasan,
fungsi ujian dan prosedur yang digunakan.
Konsep, Matlamat dan Objektif Ujian dan
Pengukuran Ketangkasan

i. Berikut adalah konsep, matlamat dan


objektif ujian dan pengukuran
ketangkasan.
a. Konsep  Tutup

Ketangkasan, merujuk kepada kebolehan ‘manoeuvre’ badan, adalah kebolehan untuk kerap-
kali bertukar kedudukan dan arah badan atau bahagian badan. Bakat atau baka adalah faktor
utama bagi tahap ketangkasan sesetengah individu, tetapi ketangkasan juga bergantung
kepada kekuatan, kelajuan, koordinasi dan imbangan dinamik. Ramai individu boleh
meningkatkan ketangkasan melalui meningkatkan ketangkasan dengan pelbagai cara.
Ketangkasan juga boleh ditingkatkan melalui tunjukan secara langsung, latihan, dan membuat
latihan ketangkasan.

Ketangkasan amat penting dalam semua aktiviti dan sukan. Individu dan sukan berpasukan
melibatkan permulaan dan berhenti yang pantas, kerap menukar arah, gerak kaki yang
berkesan, dan cepat menyesuaikan badan dan bahagian badan. Individu dengan ketangkasan
yang bagus mempunyai peluang untuk berjaya dalam aktiviti fizikal daripada individu yang
mempunyai ketangkasan yang kurang bagus. Ujian ketangkasan selalunya ada tiga jenis,
iaitu:
i. Larian menukar arah;
ii. Menukar kedudukan badan; dan

iii. Menukar arah bahagian badan.

Contoh bagi tiga jenis ujian ini adalah larian berhalangan (larian menukar arah) dan menepis,
“squat thrust”(menukar kedudukan badan) dan ujian yang memerlukan menukar kedudukan
tangan atau kaki (menukar arah bahagian badan). Ujian ketangkasan hanya memerlukan
pergerakan tangan atau kaki yang selalu digunakan dalam pendidikan jasmani. Ketangkasan
mungkin hanya bertumpu kepada aktiviti dan sukan. Anda mungkin tidak menjangkakannya.
Kerana itu, setiap individu melakukan dalam bentuk yang sama dan bagus dalam semua ujian
ketangkasan. Ujian ketangkasan yang sah disediakan untuk mengenalpasti individu yang
mempunyai ketangkasan yang kurang bagus.

Fungsi Ujian dan Pengukuran


Ketangkasanan

i. Ujian penilaian dibuat untuk ulasan praktikal, tidak mahal untuk dilakukan dan memuaskan

untuk kedua-dua jantina yang melakukan ujian tersebut. Koefisien objektiviti dan norma-
norma tidak dilaporkan bagi kesemua ujian. Norma-norma boleh ditingkatkan untuk
mencapai keperluan anda yang lebih spesifik. Anda mungkin hendak meningkatkan norma-
norma tempatan untuk ujian di mana norma-norma tersebut dilaporkan. Tujuan dasar anda
dalam membangunkan norma-norma haruslah kukuh  dengan tahap berkaitan kriteria untuk
ujian yang anda pilih.

Untuk memperolehi keputusan yang konsisten dan tidak berbeza-beza, ujian ketangkasan
hendaklah dilakukan di atas permukaan yang tidak licin dan kesemua individu hendaklah
memakai kasut yang sesuai. Sebagai tambahan, setiap individu haruslah melakukan latihan
ujian ketangkasan dan haruslah bersesuaian dengan kehendak persembahan tersebut.

Bateri dan Prosedur Ujian dan Pengukuran


Ketangkasan
a. Larian Boomerang Kekanan atau ‘Right-Boomerang Run’(Gates dan Sheffield 1940)

Objektif ujian: Untuk mengukur ketangkasan berlari.


Had umur: 10 tahun hingga peringkat kolej.

Peralatan: Jam randik, pita pengukur, kerusi atau objek yang sesuai untuk pusat tengah dan
empat penanda kon untuk penanda luar.

Kesahan: Dengan jumlah markah-T bagi lima belas benda dalam bateri ketangkasan sebagai
kriteria ujian, koefisien kesahan adalah .72 telah dilaporkan bagi perempuan. Sama dengan
enam belas benda dalam bateri, jarak koefisien adalah di antara .78 hingga .87 telah
dilaporkan untuk pelajar sekolah menengah.

Kebolehpercayaan: .93 untuk perempuan dan .92 bagi lelaki.

Pentadbiran dan arahan: Kerusi diletakkan 17 kaki dari garisan permulaan, dan penanda kon
diletakkan 15 kaki setiap tepi dari pusat tengah. Pelajar akan berlari ke pusat tengah dan
kembali ke tengah, buat suku pusingan, dan selesaikan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
7.1. Pelajar hendaklah diarahkan berlari sepantas yang boleh melalui kursus ini dan bukan
menyentuh kerusi atau kon.

Permarkahan: Markah dalam ujian ini adalah masa yang paling hampir 1/10 dari saat untuk
menyempurnakan kursus ini. Denda dari 1/10 akan ditolak daripada markah bagi setiap
masa di mana kerusi atau penanda kon disentuh.
Rajah 7.1: Litar Larian Boomerang Kekanan atau Right–Boomerang Run

SU
MB
ER
MA
KL
UM
AT
  Video berikut memaparkan contoh bagaimana permainan boomerang dimainkan.  
Klik butang 'play' untuk menonton video (Masa: 3:01)

Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=LQ5dW5pHPYk

b. Langkah Kesisi atau ‘Sidestepping’ (North Carolina Motor fitness Battery 1971)

Objektif ujian: Untuk mengukur ketangkasan, ketahanan dan kelajuan terhadap pergerakan 
bahagian sisi.

Had umur: 9 hingga 17 tahun.

Peralatan: Jam randik, pita pengukur dan pita penanda.

Kesahan: Paras kesahan.

Kebolehpercayaan: Tidak dilaporkan.

Pentadbiran dan arahan: Dua garisan selari diletakkan di atas lantai 12 kaki yang terpisah
sebagai pengukuran dari dalam garisan. Pengambil ujian menganggap bahagian permulaan
di dalam garisan, dengan sebelah kaki menyentuh garisan. Pengambil ujian (1) bergerak ke
arah sisi dengan pergerakan bahagian sisi, mendahului dengan kaki yang berhampiran
garisan untuk perhatian; (2) ulangi pergerakan bahagian sisi sehingga kaki menyentuh atau
hilang melewati garisan; dan (3) bergerak ke garisan berikutnya dengan pergerakan yang
sama. Pengambil ujian haruslah menghadap pada arah yang sama setiap masa, tidak boleh
melintasi kaki dan haruslah melompat.

Permarkahan: Satu markah dikira bagi setiap kaki menyentuh atau mencapai garisan sisi.
Markah akhir adalah bilangan masa garisan disentuh dalam 30 saat.

c. Larian Zigzag Barrow (Barrow dan McGee 1979)

Objektif ujian: Untuk mengukur ketangkasan semasa berlari dan mengubah arah.

Had umur: Umur pelajar sekolah menengah rendah hingga peringkat kolej.

Peralatan: Jam randik dan lima tahap yang digunakan untuk lompat jauh, bola tampar atau
badminton. Kon juga digunakan.

Kesahan: .74 dengan jumlah markah untuk 29 benda ujian diukur bagi lapan faktor.

Kesahan: .80

Objektiviti: .99

Pentadbiran dan arahan: Akiviti ini dilakukan seperti dalam Rajah 7.2. Pengambil ujian
berlari sepantas yang boleh dan ujian ini berbentuk 8 untuk 3 pusingan lengkap. Jika
kesalahan dilakukan atau pelajar tidak melakukan larian dengan betul, pelajar dikehendaki
berlari semula. (kesahan dan kebolehpercayaan ujian tersebut akan dipengaruhi jika anda
meminta pelajar berlari dua pusingan).

Permarkahan: Markah diberikan dengan masa yang hampir 1/10 saat diperlukan untuk
larian yang lengkap tiga pusingan.
Bateri dan Prosedur Ujian dan Pengukuran
Ketangkasan
a. Larian Boomerang Kekanan atau ‘Right-Boomerang Run’(Gates dan Sheffield 1940)

Objektif ujian: Untuk mengukur ketangkasan berlari.

Had umur: 10 tahun hingga peringkat kolej.

Peralatan: Jam randik, pita pengukur, kerusi atau objek yang sesuai untuk pusat tengah dan
empat penanda kon untuk penanda luar.

Kesahan: Dengan jumlah markah-T bagi lima belas benda dalam bateri ketangkasan sebagai
kriteria ujian, koefisien kesahan adalah .72 telah dilaporkan bagi perempuan. Sama dengan
enam belas benda dalam bateri, jarak koefisien adalah di antara .78 hingga .87 telah
dilaporkan untuk pelajar sekolah menengah.

Kebolehpercayaan: .93 untuk perempuan dan .92 bagi lelaki.

Pentadbiran dan arahan: Kerusi diletakkan 17 kaki dari garisan permulaan, dan penanda kon
diletakkan 15 kaki setiap tepi dari pusat tengah. Pelajar akan berlari ke pusat tengah dan
kembali ke tengah, buat suku pusingan, dan selesaikan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
7.1. Pelajar hendaklah diarahkan berlari sepantas yang boleh melalui kursus ini dan bukan
menyentuh kerusi atau kon.

Permarkahan: Markah dalam ujian ini adalah masa yang paling hampir 1/10 dari saat untuk
menyempurnakan kursus ini. Denda dari 1/10 akan ditolak daripada markah bagi setiap
masa di mana kerusi atau penanda kon disentuh.
Rajah 7.1: Litar Larian Boomerang Kekanan atau Right–Boomerang Run

SU
MB
ER
MA
KL
UM
AT
  Video berikut memaparkan contoh bagaimana permainan boomerang dimainkan.  
Klik butang 'play' untuk menonton video (Masa: 3:01)

Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=LQ5dW5pHPYk

b. Langkah Kesisi atau ‘Sidestepping’ (North Carolina Motor fitness Battery 1971)

Objektif ujian: Untuk mengukur ketangkasan, ketahanan dan kelajuan terhadap pergerakan 
bahagian sisi.

Had umur: 9 hingga 17 tahun.

Peralatan: Jam randik, pita pengukur dan pita penanda.

Kesahan: Paras kesahan.

Kebolehpercayaan: Tidak dilaporkan.

Pentadbiran dan arahan: Dua garisan selari diletakkan di atas lantai 12 kaki yang terpisah
sebagai pengukuran dari dalam garisan. Pengambil ujian menganggap bahagian permulaan
di dalam garisan, dengan sebelah kaki menyentuh garisan. Pengambil ujian (1) bergerak ke
arah sisi dengan pergerakan bahagian sisi, mendahului dengan kaki yang berhampiran
garisan untuk perhatian; (2) ulangi pergerakan bahagian sisi sehingga kaki menyentuh atau
hilang melewati garisan; dan (3) bergerak ke garisan berikutnya dengan pergerakan yang
sama. Pengambil ujian haruslah menghadap pada arah yang sama setiap masa, tidak boleh
melintasi kaki dan haruslah melompat.

Permarkahan: Satu markah dikira bagi setiap kaki menyentuh atau mencapai garisan sisi.
Markah akhir adalah bilangan masa garisan disentuh dalam 30 saat.

c. Larian Zigzag Barrow (Barrow dan McGee 1979)

Objektif ujian: Untuk mengukur ketangkasan semasa berlari dan mengubah arah.

Had umur: Umur pelajar sekolah menengah rendah hingga peringkat kolej.

Peralatan: Jam randik dan lima tahap yang digunakan untuk lompat jauh, bola tampar atau
badminton. Kon juga digunakan.

Kesahan: .74 dengan jumlah markah untuk 29 benda ujian diukur bagi lapan faktor.

Kesahan: .80

Objektiviti: .99

Pentadbiran dan arahan: Akiviti ini dilakukan seperti dalam Rajah 7.2. Pengambil ujian
berlari sepantas yang boleh dan ujian ini berbentuk 8 untuk 3 pusingan lengkap. Jika
kesalahan dilakukan atau pelajar tidak melakukan larian dengan betul, pelajar dikehendaki
berlari semula. (kesahan dan kebolehpercayaan ujian tersebut akan dipengaruhi jika anda
meminta pelajar berlari dua pusingan).

Permarkahan: Markah diberikan dengan masa yang hampir 1/10 saat diperlukan untuk
larian yang lengkap tiga pusingan.

ii.
DEFINISI UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN
Rajah 1.2: Ujian di peringkat sekolah

Kita boleh mendefinisikan ujian sebagai  satu instrumen atau alat  yang digunakan
untuk mendapat maklumat murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Ia boleh
mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal,
pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotel. Ujian di peringkat
sekolah dapat kita lihat dalam Rajah 1.2.

Pengukuran pula boleh kita definisikan sebagai menentukan bilangan pemarkahan


keputusan ujian atau lain-lain kaedah penilaian berdasarkan peraturan tertentu. Ini
adalah satu proses mengutip maklumat berangka tahap ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh
seseorang. Pengukuran juga boleh ditakrif sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai
kepada ujian.

Manakala penilaian pula boleh anda definisikan sebagai suatu proses untuk mengumpul,
menganalisis dan mentafsir data yang dikumpul. Kaedah ini meliputi ujian dan
pengukuran. Dalam pendidikan, ia adalah proses di mana pendidik menggunakan timbal
balas pelajar sebagai stimuli yang terjadi secara semulajadi untuk membuat kesimpulan
tentang pengetahuan, kemahiran atau emosi pelajar. Dalam erti kata lain, penilaian adalah
proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Penilaian
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara
berterusan. Penilaian mata pelajaran ini dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat
sekolah. Instrumen penilaian dibina dan ditadbir oleh guru. Penilaian boleh dibuat secara
pemerhatian, penulisan dan lisan. Hasil penilaian akan digunakan untuk tindakan susulan
bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu
dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru
lain.

Tujuan penilaian ialah untuk:

You might also like