You are on page 1of 1
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK JALAN DIPLOMATIK, OFF JALAN BAKO, 93050 PETRA JAYA KUCHING, SARAWAK Tel: 082- 473473 (Samb. 424/029/445) Faks : 082473428 (Unit Latihan dan Kemajuan Sta) Rujukan kami : JPS(W)/SK2P (Lat)/153/08/03/11/Jid12 ( 76 ) Tarikh : 2 Mac 2016 ‘Semua Pegawai Pendidikan Daerah Semua Pengetua dan Guru Besar Jabatan Pendidikan Sarawak Tuan KEPERLUAN MEMENUHI LATIHAN TUJUH (7) HARI SETAHUN Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sebagaimana maklum, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam yang digariskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 telah menekankan keperluan semua warga kerja sektor awam memenuhi sekurang-kurangnya tujuh (7) hari latinan setahun. Panel Pembangunan Sumber Manusia (Latihan) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bersidang pada 10 September 2015 turut memberikan penekanan mengenai keperiuan latihan dengan menetapkan bahawa ia menjadi sebahagian daripada Indeks Petunjuk Utama (KPI) semua Ketua Jabatan. 3. _Lanjutan daripada itu, beberapa langkah perlu diambil bagi mencapai sasaran 100 Peratus kehadiran tujuh (7) hari latihan pada tahun 2016. Antaranya ialah seperti berikut (a) Penetapan sasaran latihan secara suku tahunan seperti berikut i) Bulan April - Sekurang-kurangnya 3 hari latihan ii) Bulan Ogos - Sekurang-kurangnya 5 hari latinan iil) Bulan November - Memenuhi 7 hari latinan (b) Pelaksanaan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat berbentuk perkongsian limu dalam kalangan anggota Jabatan. Mulai tahun 2016, semua Jabatan perlu melaksanakan sekurang-kurangnya satu perkongsian ilmu dan mengemukakan laporan ringkas pelaksanaannya kepada Unit Latihan Dan Kemajuan Staf Jabatan Pendidikan Sarawak. Format adalah seperti di Lampiran A; dan (©) Jabatan perlu terus mengaplikasikan pelbagai kaedah latihan seperti perkongsian ilmu, pembacaan buku ilmiah, pementoran dan penggunaan E-Pembelajaran ‘Sektor Awam (EPSA) yang lebih meluas selain latihan secara school based/vorkplace- based/n-house training bagi mengoptimumkan_peruntukan latihan, 4. Jabatan, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah yang tidak memenuhi syarat latihan akan dibenkan Surat Tunjuk Sebab. Pemotongan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) akan dilaksanakan pada tahun ini terhadap pegawai/staf dan penyelia yang tidak cukup 7 hari latihan. “MENJULANG PENDIDIKAN NEGER! SARAWAK™

You might also like